15 September 2009 - flight MH004 dari Kuala Lumpur International Airport ke London Heathrow
Keluar dari rumah Kota Damansara, hari sudah hujan renyai-renyai. Di NKVE, hujan semakin lebat, tapi mula reda selepas Dengkil.
Check-in di row D untuk MAS, business & first class pessanger. Cepat dan pantas.
Flight dari KLIA jam 10.05 pagi, first question the MH steward & sterwardess tanyer is "cik puasa ker hari ini??..."
Soalan yg aku & Nughul dok pikir2 dari seminggu lepas. Kalau kami puasa, bermakna kami perlu puasa selama 19 - 20 jam. Syarat berpuasa, lihat matahari di tempat perjalanan kami. Larat ker aku ni ek??....
Head Steward MAS pesan, boleh berbuka ikut waktu Malaysia & tawakallilah. Boleh ker macam tu??..
Dah tanyer ustaz & ustazah, syarat nyer mesti ikut matahari jugak. No such thing as ikut time dari tempat kita melangkah keluar untuk perjalanan. Buat apa berjalan kalau nak buat lagu tu nooooo.... huhuhuhu
Pikir-pikir punyer pikir semasak-masaknyer, kami decide tak nak teruskan berpuasa. Kami di tempatkan di bhg atas, Business Class. Ada beberapa keluarga Melayu Malaysia ker tujuan yang sama dengan kami.

First time naik long distance business class, jadi jobo kojap, coz layanan, presentation nya memang kelas. Patutpun MH dpt anugerah.. (=^_^=)
Kalau dah lapar tu kan, semua pun nampak sedap. Seat jauh lebih besar dari kelas ekonomi.
Kerusi canggih, boleh jadi seat, sofa & bed. Siap dengan messager lagi... wah......
Flight to Heathrow is about 12 hours. Sepanjang perjalanan, tidor lena sebentar selepas 'brunch' ponteng puasa. Insya'Allah, perjalanan ini mendapat keberkatan Illahi. Tak dapat nak teruskan perjuangan kerana perlu mengangkat beg2 yang sama besar dengan diri ini!!.. huhuhuhu
Alhamdulillah, steward & stewardess MAS, memang kelas. Ada satu family (ber-enam sekeluarga) hampir setiap masa buat request yang pelik2. Mee maggi di hantar hampir setiap 1/2 jam.
Di belakang seat aku & Nughul, ada sebakul makanan, biskut, cheese, fruits, cakes, sandwich di sediakan sementara tingkap di tutup supaya penumpang lain boleh lena.
Sampai di Heathrow, kami dapat laluan "Fast Track" sebab Business Class. Tapisan imigresen cepat & pantas tanpa banyak keperluan & line queue panjang.
Beg keluar dari pesawat pun pantas, sebab GCCL route.. memang seronok. Kalau ler company aku bagi peluang travel business class untuk long distance setiap masa!!... huhuhuhu

Aku siap kena gelak dek pokcik2 omputih sebab kecit2 kena kejar beg yg nak sama saiz, hahahahahaha....
Inilah jer jumlah barang-barang yang kami bawa. cukup ker nih untuk sementara waktu di perantauan??.. Insya'Allah. Keluar dari flight kami terus ke arah taxi stand, betul ker apa yg kami buat nih??.. layan sajalah, janji sampai...


Naik taxi London ke Westminster University Hall, di Marylebone Road. Pemandu taxi tu, pokcik tuo yg mata pun macam payah jer nak bukak. Jalan jem skit masa keluar dari Heathrow, dan hati berdebar-debar tengok meter taxi berputar pantas mcm air hujan
huhuhuhuhu....
London juga hujan ketika itu, renyai-renyai di perjalanan dan semakin lebat sehampir tempat tujuan. Pokcik tuo tu salah hantar kami, walaupun kami dah beri alamat yg betul sebelum naik taxi dia. Dah dia yang salah tu, sempat lagi dia panggil kami "idiot, no wonder u need to go to university!!..."
Sakit nyer hati, agak, taxi driver di London ni semua ada degree kot. Baca alamat pun salah!!... Since kami tak tau tempat, timor barat, diam kan sajalah apa yg dia cakap. Sampai di tempat yang betul, bukan nyer dia nak tolong angkat beg dalam hujan tu, siap tolak beg aku kelaur dari taxi.
Nasib bulan ramadhan, kami sabar angkat beg besar & tolak masuk ke Uni Hall.
Alhamdulillah, bilik ni selesa, internet pun free 24 jam. Sampai Uni Hall dah jam 6 petang. Kami rehat2kan badan dulu sebelum keluar cari tempat makan untuk beli makanan sahur. Hari masih hujan dan semakin lebat.
Alhamdulillah, tak perlu berjalan jauh sangat sebelum berjumpa kedai makan & kedai runcit Lebonan.
Lupa pulak, portion makanan di luar negara, ada 2-3 kali lagi besar dari saiz makanan di Malaysia. Boleh ler di tapau lebihan untuk sahur nanti.
16 September 2009 - Westminster University, Marylebone Hall
Sahur di sini, tamat 4.45 pagi. Alhamdulillah, jam 3 sudah terjaga untuk makan. Tapi, minum air sejuk saja lah, sebab tiada pantry di floor kediaman kami. Tempat secure, so tak perlu risau...
Sorry ler, tak sempat nak ambil gambar keliling Uni Hall ni. Sebab tak ada yg menarik pun... huhuhuhu
Hari ni, start contact property agent untuk cari rumah sewa untuk Nughul. Sementara itu, kami berjalan-jalan sepanjang Marylebone untuk mencari surat khabar untuk property agent.
Hari ini dah mula puasa semula. Sambil berjalan, sambil mencari-cari tempat makan yang halal. Depan Uni Hall ni, adalah Madam Toussou. memanggil-manggil untuk masuk.
Tapi, belum boleh lagi since mencari rumah sewa Nughul adalah priority sebelum boleh jalan lepak-lepak...
Sambung kemudian ya... panjang lagi nak cerita nih... huhuhuhu