Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker
Showing posts with label work..work... Show all posts
Showing posts with label work..work... Show all posts

Saturday, January 11, 2014

Respect & Relax

Walauapapun jawatan yang kita pegang, janganlah sombong..
jangan kerana jawatan kita lebih sedikit, orang lain dilayan layaknya seperti 'pencacai'
kalau nak orang respect kita, jangan malu untuk minta maaf kalau itu memang salah kita.

Bila jadi boss kalau relax, sopan dengan orang, dengan sendirinya orang akan respect awak
tak payah nak jadi macam anjing menyalak bukit
annoying tahu?! 

naik berdarah telinga dengan semua orang keliling merungut pasal perangai awak tu...


haih......


**ofis tengah dilanda angin ribut dek kerana eksekutif senior yang lagaknya seperti 'lady boss'

Wednesday, December 25, 2013

Alkisah 'kehilangan' pasport sebelum Singapore Office Trip

Sudah berbulan - bulan dulu trip ni. 1st company study trip........ tak jauh mana pun, ke seberang tambak sahaja kali ke 3 menjejakkan kaki ke Kota Singa. bukan ke universal studio... cuma ke Garden By the Bay, Singapore Botanical Garden & Jurong Bird Park

Meh nak cerita kekalutan waktu memperbaharui pasport sebelum trip tu....

Dua minggu sebelum trip baru punya kesempatan untuk memperbaharui paspot antarabangsa yang tarikh luputnya disember tahun sudah. Sebab nak perbaharui paspot perlulah bawa yang lama kan? Alkisah,saya memang jenis suka menyimpan tapi yang menjadi masalah, suka menyimpan sampai lupa simpan barang tu kat mana!! puas geledah segala macam laci kat rumah tapi memang tak jumpa pasport lama tu! lebih memburukkan keadaan, paspot antarabangsa suami pun saya gagal temui! walauwei!!

terus google apa nak buat kalau paspot antarabangsa hilang, muka pucat tak berdarah waktu terbaca


1-3 bulan?! habislah......

kalau ikut tempoh tu memang takkan sempat dapat paspot utk ofis trip. Tapi cuba juga mana tahu boleh dapat cepat

ada terbaca juga kalau paspot hilang bukan disebabkan jenayah tak perlu buat laporan polis, boleh terus ke pesuruhjaya sumpah. Itulah yang saya lakukan, terus ke istana kehakiman putrajaya untuk buat pengakuan bersumpah. Malangnya, waktu tu pihak pesuruhjaya sumpah kembali memerlukan laporan polis sebelum mereka boleh memproses permohonan saya. T______T memang sebelum ini boleh dilakukan tanpa laporan polis, tapi berlaku banyak kekeliruan, maka laporan polis kembali menjadi kemestian

pening pula nak cari balai polis putrajaya, dugaan sungguh! dah puas pusing - pusing putrajaya dengan bantuan aplikasi WAZE yang kadangkala mengelirukan barulah sampai ke IPD Putrajaya. Selamatlah buat laporan mengenai 'kehilangan' paspot-paspot berkenaan.

elok keluar dari balai polis, dapat panggilan dari suami 

"yang, abg dah jumpa paspot kita"

"haaa?!! jumpa kat mana?"

"dalam laci meja solek"

...........dalam hati menggerutu sendiri sebab tempat yang suami jumpa tu saya dah bongkar 2-3 kali tapi langsung tak nampak!

dasar perempuan kelam kabut!

saya dan suami memang terlalu banyak percanggahan tapi untuk aspek yang satu ni memang kami saling melengkapi. Saya seorang yang sangat kelam kabut - suami seorang yang sangat -sangat - sangat tenang

lega dan syukur dapat  memperbaharui paspot tanpa melalui sesi soal jawab dengan pegawai

dapatla ke Garden by the Bay ^_^







Monday, July 1, 2013

Main kompang je pun dapat pegi LONDON... kau ade?!

Amaran: ni memang entry jeles tahap gaban!


sangat jeles dengan group kompang company yang dapat terbang ke london untuk ground breaking ceremony project kat sana..... 

main kompangnya adala 10 minit kot... tapi dorang pegi dekat seminggu!!

kita ni nak dapat giliran pegi sana tah bila T____T

JELES!!

Tuesday, April 9, 2013

No More Lunch Partner

Sedari awal mula kerja tahun 2006 dulu...

saya memang takde lunch partner, sebab waktu tu saya sorang je melayu kat situ.... selalu makan sorang kat kedai mamak pastu lepak kat surau petronas sampai habis lunch hour...

8 bulan kemudian tukar ke company baru

kali ni ramai boleh teman makan, plus kedai makan kat bawah ofis sajok.. restoran Azira, Sek 10 shah alam. sapa tau?! situla port hari - hari

lepas tu pindah ofis ke Kota Damansara
geng ngan boss.. maklumle lady boss yang super sporting... company memang sume melayu.. so geng makan memang ramai..begitulah seterusnya sehingga 5 tahun kemudian


terpaksa meninggalkan company kesayangan demi kelangsungan hidup yang seterusnya.. sampaila saya ke company sekarang... adala juga lunch partner sorang... tapi selalu kene lunch sorang juga sebab partner saya tu spesis super bizi.. kadang saya dah habis makan baru dia sampai.....

bila dah hujung2 duduk kat eco park baru dapat geng yang lagi ramai.....
seronok... 


tapi....


bila dah kena pindah cyberjaya... mulala balik lunch tanpa partner... sobsobsob

2-3 minggu after pindah cyberjaya baru mula baik dengan budak sales dept. 
so diala kawan saya makan lunch hari - hari. buat beberapa bulan ni

alih2 harini dia hantar 24 hours notis berenti keja!


adoih! 


pencarian saya untuk lunch partner bermula lagi.... T____T



kenapa tak ajak orang lain? kat sini kami 2 ketul je perempuan melayu yang selalu ada kat ofis. yang lain semua cina. dorang selalu g chinese restaurant yang serve bak kut teh. takkan nak join sekali kanns?

Tuesday, April 2, 2013

ladang limau

nak minta tolong ni

ada tak sapa - sapa yang mengusahakan tanaman limau secara komersil?
atau ada sedara mara ke...

tak kisahla limau nipis ke, limau kasturi ke, limau madu ke...

kalau boleh nak di kawasan selatan semenanjung. selangor sampai johor..

tolong ya!......


tq!

Tuesday, March 12, 2013

Dan Sebenarnya....

i just hate to design things!

why a??

I have been in this line nearly 7 years. but still can not, sincerely designing things! then the output become fake, hard, without any soul in it.... T___T

i keep on diverting myself whenever i got the task. yes i am willing to prepare for proposals an report rather than designing things! but,even how far i run from it, at the end the day i still have to produce the design... still have to face it!


Friday, February 1, 2013

Lost in translation ~

Kalau benda ni jadi kenyataan macamana? sejak masuk alam pekerjaan benda ni dah jadi asam garam sebab dalam bidang pembinaan kebanyakan kontraktor bukan bangsa melayu. lagi teruk bila saya satu - satunya orang yang berbangsa melayu satu - satu dalam mesyuarat.

Selalu lost! mula - mula mmg bahasa inggeris digunakan tapi bila sorang dah mula guna bahasa ibunda habislah mmg keseluruhan discussion akan bertukar bahasa T__T walaupun dah ditegur tetap akan berulang... naik fed up!

kejadian yang buat saya mmg terasa hati, project manager call kata boss dia nak jumpa bos sy untuk discussion, tapi sebab bos tak available saya sorangla yang pegi jumpa client. From the beginning of the discussion mmg client guna bahasa ibunda dia dan terangkan semua benda pada project manager dia walaupun saya depan mata! mmg takde sepatah pun bahasa melayu / inggeris masa tu! baik dia terus je ckp kat projek manager tanpa sy perlu ada kat situ! pastu nanti tiba - tiba nakkan input saya kat tengah2 discussion walaupun sy tak tau hujung pangkal amende yang dia cerita.... haih...

kat ofis sekarang pun ada jugak lagi berlaku... keadaan macam ni seolah - olah nak bercerita benda rahsia walaupun sebenarnya benda tu benda general yang semua orang perlu tahu.


memang menggunakan bahasa ibunda adalah benda yang kita selesa. tapi dalam masa yang sama kena perhatikan keadaan. kalau waktu tu kita dalam perbincangan yang ada multi racial dan kaum lain tak faham dengan bahasa yang kita guna, kan ke lebik baik guna bahasa inggeris yang semua orang faham.. takla orang syak wasangka dengan apa yang kita cerita....





...............rasa nak ambil kelas bahasa asing.

Wednesday, January 30, 2013

Kerap MC & EL

Bab - bab MC ni sensitif kadang - kadang kan? Tajuk tu takde kaitan dengan saya pun... sejak bekerja, hatta masih belajar dulu pun saya memang jarang jatuh sakit jadinya jarang sangatlah MC. Sepanjang 6 tahun kerja ni pun boleh kira dengan jari berapa kali MC. Alhamdulillah syukur dengan rahmat yang Allah berikan..

Cumanya saya pelik dengan beberapa orang kat ofis ni, silih berganti MCnya... orang2 yang samaaaaaa je pulak tu... setiap hari tak sah kalau takde email maklumkan sipolan2 ni MC bulan januari ni belum pun habis lagi tapi dah beberapa kali nama yang sama naik dimaklumkan sebagai MC. kalau tak mc EL

2 minggu lepas entah kenapa dorang ni macam pakat2 EL & MC, lepas dia, dia, kira dalam 1 department tu tetiap hari mesti ada yang cuti, ada yang sampai 4 org sekaligus! macam boikot je dorang nih... bila dah sampai tahap macam tu agaknya GM pun naik anginla.. terus mintak list MC n EL dari Nov - January (walaupun masa tu baru je masuk bulan Jan). bos mana tak marah kalau tetiap hari mailbox dia penuh dengan notification MC n EL.. tapi masih belum meletup lagi big boss dengan issue ni

Dorang ni tak risau ke eh klu sume tu effect KPI? perkara yang selalu berlegar - legar dalam otak ni sebab dari awal lagi dorang dah ingatkan >3 kali EL mmg ur KPI will gonela... bila KPI gone boleh say goodbye utk   Bonus n incrementla....



.........hish ape kena aku ni dok risaukan orang lain? dorang pun tak risau pasal KPI dorang.



**Updated: Baru dapat tahu salah seorang yang selalu MC n EL tu dah resign! pastu banyak kerja dia yang dia dah terima dari awal bulan langsung tak settle... natijahnya ramaila kawan2 yang berkaitan dengan dia dapat kemarahan free dari boss masing2 walaupun bukan salah dorang.

Thursday, December 27, 2012

Its Official! : Hello Cyberjaya

Maaf ya lama tak ber update... terlalu sibuk dengan urusan duniawi! 

setelah berbulan2 berteka teki bila kami akan berpindah... akhirnya secara rasmi saya akan menjadi warga Cyberjaya - Seri Kembangan mulai 1 Januari 2013

sekarang tengah kemas - kemas semua file, barang - barang peribadi... tak banyak mana pun, belum sempat kumpul stok kat sini.. ^_^

macam biasa, kalau dah nama nak berpisah confirmla sedih kan walaupun cuma 8 bulan kat sini tapi tetap berat hati  T____T 

Selamat tinggal Eco Park!

Lain kali kalau datang lagi dah sebagai pelawat... bukan lagi tuan rumah sob..sob..

Dan dengan itu juga secara rasminya saya dan suami terpaksa tinggal berjauhan

uwaaaaaa!!! 

Aly, Coki & Popok macam dah terasa akan ditinggalkan, mengekor mana mama pergi.. pantang mama duduk minta garu, mintak sikat... buat muka kesian


Ini jalan yang saya dengan sukarela pilih... maka saya redha.... 

moga permohonan suami untuk bertukar akan dipermudahkan......

Friday, November 16, 2012

ROOM Hunting~

Bos dah announce akan team kami akan pindah ke cyberjaya bulan depan... huhu bulan depan tu tinggal bape hari je lagi kannnn?!

Kusut! 

dah lama sungguh tinggalkan benda2 cari rumah sewa dan yang sewaktu dengannya nih.. tu pun dulu memang dah ada geng nak duduk sekali... kali ni.... sorang2 je nih..

tak tahu nak mula cari dari mana.... tapi macamana pun kene gak cari .. nampak atas map memang mampu nak ulang alik.. tapi yang menempuh hari2 ni tak sanggup! 

Sg Buaya,Rawang ----> Cyberjaya

 tak mampu rasanya nak ulang alik hari2... mau lobang poket gigil2 nak bayo minyak & tol hari2...

so option yang saya ada cuma sewa bilik dekat dengan ofis & balik during weekend.. at least kalau terpaksa balik lambat takla gigil nak drive jauh sangat. 

TAPI....

dalam masa yang sama berat hati nak tinggal asing2 dengan anak2 bulus tuh... yang paling penting surela berat hati nak duduk jauh dengan hasben! T____T

ada sapa ada tau bilik untuk disewa, yang dekat dengan cyberjaya?

tak mampu nak menyewa kat cyberjaya.. mahal beno!!

Monday, November 12, 2012

LIVE,LEARN,WORK & PLAY ~ Family Day 2012

bila dah hujung2 tahun ni mulala nak semput sebab nak attend sume company event.... dan bila company event ni maknanya compulsory to attend. Tak attend tanpa bukti kukuh bermakna nak jeopardise KPI diri sendiri... 3 big event is down , 1 more to go! Charity dinner dah sudah, Staff Luncheon pun dah sudah.... Family Day baru je sudah... Annual dinner je tinggal on Disember. 

1st time Family Day company ni... just a simple occasion. tempat pun cuma sepelaung je dari ofis, kat Oval Lawn sebelah Setia City Mall. tahun ni business unit kami dapat theme colour - Black. sama dengan Property north (penang)

Semangat ni pagi2 dah sampai.. tapi ramai lagi yang lagi awal dari saya.. hahahah... mujur parking senang nak cari.. Yang tak bestnya adalah keadaan yang super becak! mana idaknya tiap2 petang hujan turun mencurah2... hari sebelum event tu lagila seharian hujan.. walaupun haritu memang panas cantik tapi sebab kaki basah.. potong mood sungguh!

tarikan yang paling utama.....




v




v




v




v





v





Belon besar ni yang dari jauh dah menarik perhatian orang.. udahle seketul je... memang panjang berlengkor2 orang baris nak naik.. ada yang Q almost 3 hours, sekali sampai dekat turn dia gas dah abis! haru sungguh...

Gambar tu saya amik waktu Tan Sri naik rasmikan majlis. 

sebab aktiviti tak banyak..... ramai yang amik kesempatan g shopping kat City Mall sebelah tu...  bila dah dekat time makan kul 11 baru turun balik beramai2... nak balik awal tak boleh sebab attendance amik kul 12... huhu

Tuesday, November 6, 2012

'3+1 Kawan Setia' Musical Show

huhu.. after months of practising, facing ups and downs together... finally the musical show successfully presented in the Charity Dinner last Saturday..... we have wonderful time together, delivering wonderful performance, giving 200% of effort to make it success although we are not a professional dancer or actor / actress!


never believed i can dance! hihi... but don't ever imagine i can dance like professional dancers ya! sikit - sikit bolehlah.... ^_^  now we starts to missed each other already, all the music keeps on playing inside my head.. really a fever! 

Tuesday, August 14, 2012

Balloting day

balloting day @ orang putih kata 'hari pengundian' bukan mengundi pilihanraya ya.. ada sapa2 yang pernah melalui proses ni masa beli rumah? selalunya  melibatkan projek perumahan baru.

start dari 2/8 - 10/8 dah diadakan sales preview untuk Eco Glades di Cyberjaya, alhamdulillah sambutan menggalakkan dan senarai mendaftar lebih 2kali ganda dari unit yang ditawarkan. Ada 6 jenis rumah dari 3 fasa berbeza dilancarkan serentak. 1 fasa Superlink(starting rm1.1 M), 1 fasa SemiD(start rm1.7M), 1 fasa island(mix - superlink(start rm1.2M), semiD(rm1.9M), banglo( start  rm2.4M))

jadi semalam semua staff yang berkaitan dikerah untuk melicinkan proses 'ballot' ni. Masa mula2 dapat task memang blur tak boleh nak bayangkan amendela menatang balloting nih. Padahal tengah bagi explaination kat customer ni, time tu buat muke confident sudah...  waktu briefing pasal proses pun masih blur lagi.. cume fahamkan betul2 ape task saya.. proses keseluruhan tetap tak reti nak bayangkan (sebab tak pernah beli rumah kennnn)

akhirnya ahad lepas sampai jugak balloting day nih.. patut saya jadi sales assistant tapi sebab registration kaunter tak cukup orang maka tolonglah dorang dulu. keluar rumah kul 5 pagi tau! sebab kene kumpul kat ofis kul 6 & van hantar kami ke cyberjaya.. memandu waktu awal pagi memang mencabar.. jenuh tampar muka sendiri nak bagi bukak mata

Balloting day ni dibuat di Cyberview Lodge Resort & Spa, Cyberjaya. registration start 7.30 - 10.00am masa tu macam2 kerenah buyers boleh tengok. ada yang guna sampai 4 nama (wife / husband / anak / parents) dan kebanyakannya buyers cina. melayu boleh kira dengan tangan, india kurang 5 orang. selambe je dorang beli rumah juta2 ni. macam soping kat kedai runcit! ada juga yang datang as cash buyer!! boleh bayang dak orang beli rumah juta2 bayar cash? ada yang datang invitation letter takde.. yang tu memang mintak ampun takleh masuk ye. kena pastikan nama on invitation letter, purchasers detail form & pre assessment letter dari bank adalah dari orang yang sama. untuk balloting ni nak pakai proxy pun boleh dengan syarat ada authorised letter. kalau takde sila balik... ada yang register nama 2 kali dengan harapan nak dapat 2 nombor tapi kirim salam.. memang dapat 1 je sebab kami dah tapis siap2.. kalau nak dapat no lebih kene pakai nama orang lain.

ade tak buyer yang mengamuk sebab takle masuk? mestilah ada..... tapi nak wat camne.. dah memang takle... even kalau dia nangis guling2 pun kami takle bagi masuk

10.30am start cabut no. start dengan 5 lot banglo. dan lepas tu untuk superlink & semiD. lepas no dipanggil kene Q pula untuk masuk pilih lot yang disukai ya. time nila naik sakit tekak saya panggil no yang berkenaan sebab bila dah hujung2 ramai dah balik sebab lot yang dorang nak dah habis. Fasa island memang selling fast! fasa yang paling cepat habis! diikuti dengan superlink. paling slow fasa untuk semiD. cume semiD ye yang masih ada available lot waktu balloting tamat. 2 fasa lagi sold out dalam masa 4jam!

lepas buyer ni pilih lot, kene jumpa lawyer kami untuk handover booking cheque. Lepas tu dah boleh balikla. g cari loan sume siap2,   S&P akan sign dalam masa 1-2bulan.

bila dah hujung2 tu kaki memang dah rasa cam nak tanggal jek.. penat gilos! dan proses ni tamat lebih kurang pukul 3 petang. Kesian juga tengok ade sorang tu ada 3 nombor terlekat kat badan dia tapi 1 pun tak naik! sampaila hujung2 tu akhirnya kami kumpulkan no orang2 yang tinggal n cabut undi. semua yang tinggal tu dapatla unit semiD sebab tu je yang ada..

ada juga yang saya nampak ada sorang tu 4 kali kot no dia naik. memang pakat sedara mara adik beradik beli kottt.

Fuhhhh...... skang dah tau camne proses balloting.. lenkali kalau kene duty memang sapsapsoi jelah... hihi

hujung tahun ni Nov/Dec mungkin akan launch lagi 3 parcel. sapa2 minat bolehlah register nanti ya

boleh tengok di website ni ya ----> Setia Eco Glades





Wednesday, August 1, 2012

bolehla bajet retis lepas nih.. kehkehkeh

ade pulak yang muntah hijau tgk tajuk kanns


kihkihkih

sebenarnya saya dinominate untuk satu musical show, untuk Annual dinner & charity dinner company. mende ni memang dah jadi tradisi kat sini.. persembahan Annual dinner memang dibuat oleh staff - staff yang dikumpulkan dari semua business unit seluruh malaysia dan luar malaysia. Pemilihan samada secara sukarela @ dinamakan oleh orang atasan, ni untuk supporting cast. Untuk main cast committee siap buat casting 3 hari untuk pemilihan. Oleh kerana saya salah seorang orang baru kat dalam department ni makanya memang obviouslah saya kena! huhu


dah bertahun tak involve benda gini... last saya ada persembahan pentas ni time sekolah menengah,  15tahun dulu kottttt! itupun buat persembahan bodo - bodo jek.. nama pun budak2, yang ni??

adeh... nervous! siap ada professional choreographer untuk musical show ni untuk train sume pelakon - pelakon amateur nih.. 

yang bestnye saya bukan dalam golongan orang yang kene menari

yang tak bestnya saya ada dialog yang boleh tahan panjang!

bila dah nervous sume tunggang langgang, yang mula2 dah ingat terus terabur... T______T 

respek betul dekat main cast yang boleh ingat semua lines yang banyak tuuu, kita yang baru 5-6 lines pun dah berterabur


hoho.. ada pat bulan lagi untuk practice, this week baru separuh 1st scene

harap2 malam ni boleh ingat betul2 semua lines... kalau tak mampus kene drill dengan director!

o_O"

Friday, July 20, 2012

8.00am - 5.00pm

itu waktu bekerja saya sepanjang bulan Ramadan ni.. tapi masih dok garu - garu kepala yang takde kutu pun, sebab nak  cari ilham..

bukan budak nama ilham ye.. budak nama ilham memang takdela dalam hidup saya pun.


kisahnye nak cari ilham nak g keje kul bape... T______T

before ni dok tanya member ofis waktu keje camne bulan puasa, dorang kata masuk keje sama, balik awal sejam tapi takde rehat tengahari... so saya ok jela... tak kisah pun takde rehat tengahari sebab bukan makan pun kan?

sekali petang semalam dapat email rasmi dari GHR kata waktu keje 8-5!! uwaaaaaaaaaaa


sekarang masuk kul 9 saya kuar umah kul 7... tak dapat nak bayangkan ai keluar rumah kul 6 o_O


ada sapa2 nak pinjamkan helikopter ke.. jet ke.. ajar ilmu terbang ke.. ilmu pergerakan sejenak ke... pinjamkan pintu suka hati pun boleh.. huhu


bestnye kalau boleh bermalas malasan kat rumah macam budak - budak ni. pastu dapat makan free.. 

......sigh......



hidup tetap perlu diteruskan, tekadkan hati.. anggap jela Rawang ke Meru tu cuma sepelaung.. T_____T

Wednesday, July 11, 2012

day trip to UK

Sabtu lepas dapat rare chance pegi UK naik bas.. ehehe korang pun mesti dapat agak bukan United Kingdom kan?! jadah ape g UK naik bas?? dah le tu sehari je lak tu.. hehe


sebenarnya sabtu lepas saya bertugas untuk Club House ofis saya ni. bawa residen ke UK Farm, Kluang je...  2 bas penuh! rasa zaman sekolah g rombongan naik bas ^_^ tapi ianya aktiviti yang sangat menarik! Seumur hidup saya nila 1st time g rombongan g ladang.. bawak orang kaya - kaya pulak tu.. hihi... walaupun saya anak kampung, saya tak pernah ada peluang nak bergaul dengan kambing.. ya kambing, sebab family saya lebih kepada tanaman, bukan ternakan. ada takde bela ayam je dulu tu pun takat pat lima ekor.. sekarang lagila.. setakat bela kucing je! hahaha



sedikit pasal UK Farm (dari website diorang)


"UK Agro Resort is situated in the southern state of Johor, Malaysia within the Kluang Modern Agriculture Project (Projek Pertanian Moden Kluang) under the auspices of the Ministry of Agriculture and Agro-Based Industry, Malaysia.
Located in UK Agro Resort is UK Farm, which has the reputation of being Malaysia’s largest goat and sheep farm, with 100 acres of grazing land for 4000 sheep. It is a self-sufficient integrated farm practising the most modern techniques in goat and sheep rearing. We also have 15 acres of passion fruit and an on-site passion fruit manufacturing station.
At UK Agro Resort, we aim to provide visitors an authentic and memorable farm experience while showcasing the modern techniques involved in 21st century farming. For that reason, we offer a wide range of facilities that cater to your individual needs such as restaurant, farm mart, conference room, chalet, dormitory, barbeque area, open stage, camp site and karaoke."

memang banyaaaaaakkkkkk sangat kambing kat sana, dan selain dari kambing UK Farm ni ada banyak sangat Passion fruit @ Markisa. actually UK Farm ni pernah jugak masuk JJCM. tapi time kami kesana dia tak hidangkan pun daging kambing.... T_____T


jomla layan gambar



patung kambing yang sangaaaatttttla besar.. abeh semua orang nak amik gambo ngan dia



 geram je tgk markisa bergantungan.. awas ya. kalau terpetik sekalipun... memang kena bayar 200la eh

 really huge farm! by the way, markisa fruit juice yang dorang produce memang sangat sedap!

 satu2nya kambing yang nak pose utk camera saya.. ^_^

 dasar jakun... berebut2 nak bergambo peluk anak kambing

 kesian anak2 kambing ni.. menyusu pun dari tong jek
 ada juga herb farm.. tapi tak terjaga.. sedih betul tgk condition dia


marvellous passion fruit juice!
kat sini ade sample rumah orang asli jakun.. dan penghuni sebenar pun ada juga cuma masa tu kebanyakan dorang balik rompin

ada banyakkkkkkk sangat lavender.. suka..suka... ^_^

 mini zoo juga ada... tapi tak berapa menarik yang ada cuma burung, beruk sekor, arnab, ayam hutan, burung merak, landak

 ostrich juga ada.. tapi demand oh!! daun2 yang orang feed yang dah jatuh dia tamo makan dah!


mushroom house.. 


motip amik gambo kuda ni??

sebenarnya kuda ni bertugas bila ada orang amik pakej kereta kuda. 15 minit juga saya tenung dia dalam panas2 tu.. terasa sangat kesian, dahla cuaca sangat panas pastu ada pulak mende sendal dalam mulut dia tu... nampak sangat dia stress

kambing - kambing sangat behave + berdisiplin sekali halau je semua pandai beratur balik ke kandang.


overall pusing farm yang sangat luas ni ambil masa lebih kurang 3 jam. memang penat gila.. masing2 dah sama bau dengan kambing! muahahahahahaa

dan bila nak balik tu dapat free stuff lagi.. aiskrim susu kambing, sedap tapi bila dah hujung2 tu dalam mulut rasa kambing! wekkk T__T, muffin tu pun produk susu kambing jugak tapi sedap! rasa cam chiffon cake pun ada.


sesekali g rombongan camni syok jugak... plus sape nak bagi kan, g jalan takyah bayar fee apa - apa siap bagi upah lagi.. hihi

Thursday, April 12, 2012

sapa punya idea?

sekarang tengah brainstorming ideas untuk sculpture.. berdarah otak rasa nak create sculpture ni... maklumla time company lama buat sume benda yang mesti ada kegunaan.. kalau setakat street art memang kena scrap je idea tuu.. terbalik pula kat sini..masa belajar dulu cukup menyampah dengan subject sculpture nih.. tapi 6 tahun kemudian nak tak nak saya kene belajar cintakan benda alah sculpture ni.. huhu

ok.. balik pada cerita tadi... dok google2 terjumpa pasal 'giant flower tree' ni

 Giant Flower Tree @ Lyon, France

Giant Flower Tree @ Vivocity, Singapore

sejibik kan? mula - mula ingat location sama, angle foto je yang berlainan.. rupanya memang tempat pun lain - lain!! saya cuba cari sapa tuan punya idea dua - dua sculpture... saya cuma jumpa untuk sculpture di Singapura (Choi Jeong-hwa ( Korea))

ada fikiran jahat yang bisik kata ada salah satu idea ni ditiru.. kalau betul berani sungguh si peng'copy' itu kan? obvious tuuu..
tapi saya tetap berfikiran positif bahawa kedua - dua pokok bunga ni datang dari idea orang yang sama... :)


Tuesday, January 10, 2012

2ND Interview


cuak!

4.30 petang ni saya ada temujanji untuk temuduga kali ke2, dengan syarikat pemaju..

kali pertama temuduga 2 minggu lepas

seperti biasa.. dari malam tadi dah tak boleh tido, sume benda tak kena

perut dah mula rasa sebu

doakan saya ya


[updated] Alhamdulillah.. temuduga berjalan lancar cuma kalau ditakdirkan ini rezeki saya, perlu fikirkan banyak benda termasuk tempat tinggal sebab 'base' di Cyberjaya... pitam wey nak berulang dari sg buaya hari - hari!!

keputusan akan dapat minggu depan - berdebar...

terima kasih ya atas doa semua!!

Friday, January 6, 2012

menempuh cabaran 2012

selamat tahun baru semua!

ehehe.. dah masuk 6 hari tahun 2012 baru nak wish kat orang.


sian blog, dah seminggu tak berjenguk.. entah le kenapa berat sungguh jari ni nak menaip entry untuk blog sendiri.. tapi dok jenjalan blog orang lajuuuuu jek.. hihi

nampak gayanya 2012 ni akan bertambah mancabar kot utk saya lebih - lebih lagi dalam soal kerja, dan nampak gayanya perlu usaha berlipat kali ganda untuk cari tempat baru sebab saya tak tahu berapa lama lagi syarikat ni dapat bertahan. Untuk tahun 2011 memang takde 1 pun projek baru yang masuk. cuma meneruskan projek - projek yang lama. bila projek baru takde, automatik kerja makin berkurangan - OT pun dah takde - mileage pun ciput - maka gaji pun tinggal basic je.. huhuuuu

maka dengan itu memang sangat makan hati bila orang dok cerita pasal bonus!!! uwaaaaaaa
saya ni kalau dapat gaji penuh pun cukup syukur dah... T___T

moga tahun ni laluan kerjaya saya akan dipermudahkan.... masih menunggu dengan penuh debaran, adakah antara permohonan saya yang akan berjaya...

apa sekalipun, semuanya adalah ketentuan dari Allah dan saya serahkan semua kepadaNYA. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

........


Thursday, September 15, 2011

kupu2 menggodak perut

adeh..

nervous!


mau pegi interview kejap lagi...


doakan ada rezeki saya kali ni ya!

terima kasih kawan - kawan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

::peringatan buat pengunjung::

"segala kandungan dan sebarang pernyataan yang berada didalam blog ini adalah datang dari repekan puan empunya blog ini. segala ayat pedas, manis, masam atau masin hasil dari idea, email dan segala macam benda adalah semata2 untuk memuaskan hati beliau. kalau ada yang baik jadikanlah tauladan dan kalau yang tak baik, jadikanlah sempadan

puan empunya blog juga tidak bertanggungjawab akan kesahihan sesetengah fakta yang terpapar disini. kepercayaan adalah tanggungjawab anda sebagai pembaca"