Sudut Test Mouse Kiri

Tinggalkan pesanan anda di sini

Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sosial. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2014

Muhammad Firdaus Dullah remaja OKU yang dikurung ibu | Gambar dan video


\















"Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya’ 

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.
Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

vKatanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.

Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.

“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.

Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.

VIDEO  "Mak...mak.."







Ibu direman empat hari

Nilai: Seorang wanita yang dikenali sebagai Lola, 40, iaitu ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di Nilai, semalam, ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Abdullah Roning berkata, ibu remaja terbabit akan direman empat hari sehingga Rabu ini.
"Wanita itu ditahan di kediamannya di Flat Semarak, Nilai bagi mengambil keterangan berhubung perkara itu," katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001.

Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu

Ahad, 20 April 2014

88 belia ditahan di homestay dalam keadaan mabuk

GEORGETOWN - Seramai 88 individu termasuk 38 wanita ditahan ketika meraikan pesta hari jadi dalam keadaan mabuk dan khayal di sebuah banglo yang dijadikan inap desa di Jalan Masjid Negeri, di sini awal hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ismail Idris berkata, kesemua mereka yang berusia antara 16 dan 35 tahun itu ditahan dalam serbuan unit narkotik pada pukul 2.45 pagi hasil maklumat orang awam.

"Hasil siasatan seorang lelaki berusia 27 tahun mendakwa menganjurkan majlis hari jadi di banglo itu, bagaimanapun ia dijalankan dalam suasana yang mencurigakan kerana lagu dipasang dengan kuat dan polis turut menemui pelbagai botol arak.

"Mereka juga dalam keadaan khayal dipercayai akibat pengaruh dadah dan arak," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Ismail berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut dan hasil ujian saringan air kencing mendapati 35 lelaki dan 25 wanita positif dadah.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati 16 daripada yang ditahan itu ialah pelajar sekolah dan turut positif dadah.

Ismail berkata polis akan memanggil pemilik inap desa berkenaan bagi membantu siasatan kes itu.

"Menurut siasatan juga ada pengunjung yang menghadiri majlis itu dikenakan bayaran dan difahamkan ia adalah bagi menampung kos sewa inap desa serta makanan untuk majlis berkenaan," katanya. - Bernama

Sabtu, 3 Ogos 2013

Kecurangan pasangan

Makngoh memerhati membaca dan mendalami  macam macam cerita kecurangan pasangan.

Apa yang makngoh boleh simpulkan.

Entah berapa ramai pasangan yang membina rumahtangga dari penipuan dan kecurangan.

Entah berapa pasangan yang berpura bahagia demi mengelakkan penceraian dan demi anak anak.

Entah berapa ramai isteri yang bertahun tahun tidur tanpa keredhaan suami.

Entah berapa ramai suami yang menunggu balasan dek setiap airmata isteri yang dicatat malaikat.


Entah berapa ramai anak yang menjadi mangsa penipuan sebuah keluarga yang kononnya terbina atas kesetiaan dan kasih sayang ibubapa.

Entah berapa ramai pasangan yang benar benar faham tujuan perkahwinan itu berkasih sayang.

Isnin, 18 Oktober 2010

Sikap buruk orang kita | Lebih suka menunding jari mencari salah orang lain

Berikut kes kehilangan bakal pengantin






 
Anda baca dan pilihlah. Mana satu komen berhemah, mana satu komen simpati 
dan mana satu komen yang sekadar menyalahkan orang lain.

Ahad, 17 Oktober 2010

Jerat Cinta Internet : Beberapa laporan dari Kosmo mengikut tarikh

•14 September 2010

KUALA LUMPUR: Laman sembang sosial yang popular untuk mencari rakan, menyalur maklumat dan tempat bersembang menerusi maya dikesan turut disalah guna segelintir lelaki sebagai alat menjerat gadis termasuk masih di bangku sekolah rendah terjebak dalam kancah perzinaan.

Mendedahkan barah sosial yang menakutkan itu, seorang mangsa hanya mahu dikenali sebagai Elin, 13, berkata dia didedahkan dengan sembang Internet sejak kecil oleh keluarganya. “Saya jadi obses bersembang di ruang maya hingga sanggup tidak turun makan. Balik sekolah terus menghadap komputer, berjam-jam pun tak menjadi masalah.

“Seronok ada ramai kawan sebab di rumah selalu sunyi. Masa itu pun saya ada lebih 2,000 kawan di ruangan Friendster itu yang kebanyakan tak pernah jumpa bersemuka pun.

“Dalam ramai-ramai, ada juga beberapa lelaki cuba mengurat dengan menghantar ayat cinta dan saya akui seronok,” kata anak sulung daripada tiga beradik itu.

 •7 Ogos 2010

KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang dilamar untuk berkahwin akhirnya menjadi mangsa tipu seorang lelaki ‘warak’ yang menggunakan himpunan kata pedoman serta doa ayat suci di Internet untuk memikat mangsa supaya menyerahkan wang. Lelaki itu yang kerap tampil berserban selain tidak lekang bibirnya mengungkap himpunan hadis menyebabkan ramai gadis mudah jatuh cinta kerana menyangka dia benar-benar alim dan boleh dipercayai.

 Namun, mangsa yang dijerat melalui laman sosial Facebook atau Tagged hanya menyedari niat sebenar suspek ‘romeo Internet’ itu selepas wang dalam akaun mereka ‘disedut’ sedikit demi sedikit. Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Lin, 30-an, berkata, taktik itu menyebabkan dia rugi hampir RM20,000 tunai selepas diperdaya menyerahkan nombor akaun bank kepada lelaki berkenaan.

Katanya, dia mengenali lelaki itu melalui laman sembang Internet dan tertarik dengan personalitinya yang kerap melontarkan nasihat berbentuk keagamaan selain bijak memberikan tazkirah berhubung masalah hidup.

“Buah fikiran bernas diselangi doa menyebabkan saya tertarik dengan tanggapan dia lelaki matang dan benar-benar mahu membantu wanita bermasalah,” katanya.

 •20 Julai 2010

 KEPALA BATAS: Seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai ‘Nurul Gersang’ dikesan menggunakan laman sembang sosial menawarkan diri untuk dijadikan teman tidur sebelum menjerat mangsa supaya memasukkan wang ke dalam akaunnya. Wanita berusia 20-an itu turut memuatkan nombor telefonnya dalam laman sosial popular itu serta mempamerkan gambar seorang wanita seksi bagi menawan ‘mangsa’ tetapi dipercayai bukan dirinya.

Apabila ada individu menghubunginya, wanita berkenaan akan bertanya ‘nak booking ke’ sebelum meminta ‘bakal’ pelanggan memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun miliknya sebagai syarat untuk bertemu. Bagaimanapun, wanita berkenaan memberi pelbagai helah apabila tempoh temu janji ditetapkan walaupun wang sudah dimasukkan dalam akaunnya.

•5 Jun 2010

KUALA TERENGGANU: Penangan cinta siber bukan saja menyebabkan seorang wanita hanyut diulit mimpi indah, malah sanggup menjual tubuhnya kepada seorang kenalan lelaki akibat terdesak mendapatkan duit membeli tiket pesawat bagi membolehkannya bertemu kekasih berketurunan Arab di Asia Barat.

Malangnya, selepas tubuhnya diratah rakan terbabit, wang dijanjikan untuk membiayai kos membeli tiket penerbangan dan perbelanjaan ke Arab Saudi tidak ditunaikan, malah dia kini tertekan dengan kesilapannya terlalu mudah menyerahkan tubuh.

Kisah itu diceritakan seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Ita, 35, kini hilang arah tujuan dan tertekan akibat terlalu terdesak mencari cinta selain sumber kewangan untuk bertemu kekasihnya itu.

Menurutnya, cinta gila itu bermula selepas dia mengenali lelaki warga asing terbabit menerusi sebuah laman sosial di Internet sebelum termakan pujuk rayu kekasihnya itu supaya datang bertemunya untuk membincangkan hal perkahwinan.

 •13 Mac 2010

KUALA LUMPUR: Kata- kata memikat dan ayat meraih simpati menjadi helah seorang penganggur mengikis wang beberapa wanita dalam satu masa. Dengan penampilan menarik, kasanova berusia 20-an, itu menggunakan laman sosial di Internet untuk mencari mangsa sebelum dipujuk bertemu.

Mangsa yang ‘cair’ dengan pujuk rayu lelaki terbabit diajak menjadi kekasih dan pada masa sama, wanita yang menjadi sasaran dipujuk menyerahkan wang ribuan ringgit kepadanya untuk berbelanja. Difahamkan, lelaki itu bekerjasama dengan seorang lagi rakannya untuk memperalatkan wanita sebelum ‘melesapkan’ wang mangsa.

Mangsa terbaru, seorang wanita berusia awal 20-an yang bertugas sebagai penolong pegawai perancang ekonomi di sebuah syarikat di ibu kota.

 •30 Januari 2010

 KUALA LUMPUR: Perkenalan seorang wanita dengan teman lelaki warga asing melalui Internet kononnya mahu memperisterikannya mengundang padah apabila menerima ugutan gambar bogelnya akan disebarkan kepada umum semata-mata enggan membayar sejumlah wang kepada lelaki terbabit.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Annie, 32, berkata dia mengenali lelaki berusia 30-an dikenali ‘William Bobby Madolf’ melalui Internet sebelum perhubungan mereka intim, pada Mac 2009. “Kami hanya berkomunikasi atau ‘berdating’ melalui laman sosial berkenaan dan dia (lelaki) yang mendakwa bekerja sebagai doktor perubatan di Amerika itu berjanji mengahwininya.

“Kerana terlalu percaya dan sayang, saya akur permintaannya yang meminta saya menunjukkan seluruh tubuh melalui kamera web beberapa kali,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA.

 •14 Januari 2010

 KUALA LUMPUR: Bermodalkan ayat ‘power’ dan wajah kacak, segelintir lelaki hidung belang bijak menjerat cinta gadis remaja menggunakan laman sosial di Internet untuk menjadi pemuas nafsu mereka. Sasaran mereka, gadis remaja yang kemaruk melayari laman sosial untuk mencari kenalan hingga jatuh cinta dan seterusnya menyerahkan kehormatan diri.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azie, 21, ketika ditemui berkata, dia berkenalan dengan seorang jejaka berumur 20 tahun bernama Muaz melalui sebuah laman sosial popular di Internet.

“Selepas seminggu berkenalan melalui laman Myspace, saya mula jatuh cinta kepadanya dan kami berjumpa buat kali pertama di sebuah pusat beli-belah,” katanya yang juga penuntut pengajian syariah di sebuah kolej swasta di ibu negara.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Berhati-hatilah wahai adik-adik dan kakak-kakak yang mencari cinta di ruang siber ini. Makngoh tak risau sangat kalau mangsanya itu lelaki tetapi makngoh sangat risau kalau mangsanya itu adalah perempuan dan anak gadis yang masih di bangku sekolah.

Dulu, makngoh pun jenis suka berchatting di laman Yahoo Messenger dan kadang-kadang mIRC sejak di bangku sekolah. Memang seolah-olah menjadi ketagih. Namun, pandai-pandailah bawa diri dan jaga diri di alam maya. Makngoh tak pernah jumpa walau seorang pun rakan maya.

Tetapi, jika anda biasa berchatting di Room Kelate 1, Yahoo Messenger...kebanyakkan antara chatter otai di sana sudah mengenali antara satu sama lain dan mereka sering buat gathering beramai-ramai. Itu lebih selamat. Makngoh percayakan mereka walaupun makngoh tak pernah jumpa mereka. Banyak juga gambar-gambar ketika gathering mereka diletakkan di laman facebook dan group facebook.

Nasihat makngoh, janganlah berjumpa dengan kawan maya yang mengenalkan diri secara individu. Memang ada juga pengalaman makngoh berchatting dengan orang yang sering mengajarkan doa, orang yang sering memberi nasihat, orang yang sering menunjukkan kemewahannya dan orang yang mengaku bekerja sebagai doktor, jurutera dan peguam. Ada juga yang mengaku sebagai pelajar sekolah tahfiz, pelajar dari Cairo, Mesir dan macam-macam lagi.

Dalam alam maya, lebih baik kita sering berfikiran dan bertanggapan negatif terhadap seseorang. Bagi mengelakkan kita tertipu.


Sabtu, 9 Oktober 2010

Hindarilah pergaulan bebas



Sedih makngoh tengok apabila anak gadis, isteri orang dan janda bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrimnya. Apa yang Islam gariskan tidak diikuti malah ditambah lagi dengan penghinaan lain terhadap agama sendiri. Anda mahu bukti? Anda lihat saja di tv, di laman sosial dan juga web yang memaparkan macam-macam gambar dan video bukti pergaulan bebas perempuan.

Ya, Islam kata perempuan dibenarkan belajar. Islam kata perempuan dibenarkan bekerja. Namun sayangnya sesetengah perempuan Islam telah mengambil kesempatan dengan kelonggaran yang digariskan dalam agama. PERGAULAN BEBAS BERLAKU di tempat menuntut ilmu dan tempat kerja kemudian terbawa-bawa ke restoran, ke konsert, ke tempat hiburan, ke shopping kompleks dan malangnya ada yang terbawa ke katil.

Siapa sebenarnya yang rugi dari pergaulan bebas. Sudah tentulah PEREMPUAN yang rugi dunia dan akhirat. Kesan dari pergaulan bebas, perempuan akn hilang rasa malu, harga diri dan kesucian. Dari gadis suci yang bercakap sekadar berbisik tetapi akibat pergaulan bebas dan pengaruh kawan, boleh tukar kata hingga menjerit-jerit dan menyumpah seranah.

Lady Kook, seorang bangsa Eropah berkata " Sesungguhnya pergaulan bebas dimulakan oleh kaum lelaki. Kerananya seorang wanita cenderung untuk melakukan sesuatu yang bertolak belakang dengan fitrahnya. Semakin banyak pergaulan bebas, menjadikan banyaknya anak-anak zina. Ini merupakan bencana besar bagi perempuan"

Seorang missionaris bukan Islam pula berkata " Tiada cara lain untuk menghancurkan Islam yang lebih cepat kecuali dengan keluarnya wanita muslimah yang berjalan dengan terbuka auratnya secara jelas"

Di Malaysia, tentu sekali kita sudah boleh melihat perkara ini. Wanita Islam membuka aurat secara jelas. Anak-anak zina sudah mencecah ratusan ribu orang. Anak gadis melarikan diri dari rumah dan tinggal serumah dengan lelaki bukan muhrim. Itulah,tandanya masalah sosial negara kita semakin tenat.

Ibubapa lebih pentingkan duit dan kerja. Anak-anak tidak diajar dengan ilmu agama malah cara sembahyang pun tidak diajar.

Masyarakat pula suka bersikap menunding jari mencari salah orang lain. Mengeluh dengan masalah sosial yang bercambah dan berbincang mencari siapa yang salah. Tidak mahu menjaga tepi kain orang tetapi mahu mengumpat dan mencaci sahaja.

Pendidikan dibatasi dengan silibus yang banyak kepada duniawi. Pendidikan juga diletakkan garis panduan yang ketat hingga guru tidak boleh mengenakan hukuman terhadap akhlak pelajar yang teruk.

Jadi siapakah yang boleh menghapuskan pergaulan bebas? Bukan ibubapa, bukan masyarakat dan bukan pendidikan. Tetapi diri individu itu sendiri tanpa mengira siapa kita.

Mungkin kita ini
a) anak gadis orang - tugas kita belajar, menuntut ilmu agama dan dunia serta membahagiakan ibubapa

b) isteri orang - tugas kita adalah menurut kata suami, melayan suami dan patuh pada ALLAH di samping terus mencari ilmu dunia dan agama.

c) kakak orang
d) adik orang
e) tunang orang
f) ibu orang

Sama-samalah kita menjaga status kita sendiri. Janganlah keluar dengan lelaki yang bukan muhrim. Janganlah sesekali berdua-duanya dengan mereka. Jangan sesekali bertentang mata dengan lelaki sebegini dan jauhilah khayalan iblis yang sekadar mahu kita mengikut mereka ke neraka.

Jauhilah zina.

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman

Jumaat, 8 Oktober 2010

Muslimah UIA ke yang dimaksudkan iluvislam?

sumber iluvislam
Tajuk entri berbentuk pertanyaan ye bukan penyataan. Lihat gambar di bawah yang menyokong pertanyaan makngoh. Pendapat makngoh, mungkin ada segelintir muslimah UIA yang terlibat tapi 'dek nila setitik rosak susu sebelanga' , mungkin juga muslimah dari tempat lain, mungkin juga tiada pun muslimah UIA yang terlibat.



ATAUPUN mungkin ada juga yang tiba-tiba jadi muslimah kerana nak tunjuk kepada Maher Zain dan nak join konsert Maher Zain semata-mata.
TETAPI SANGATLAH MALANG jika yang dimaksudkan itu, memang perempuan yang bertudung sejak kecil lagi. Ada ilmu, tahu batas-batas tetapi 'ops terlebih sudah' akibat ter ghairah bila melihat Maher Zain.

Makngoh rasa tak sesuai bila ada orang duk bercerita mengenai perempuan bertudung dengan menggunakan istilah muslimah. Ada baiknya, jangan gunakan istilah muslimah ler kalau dah terkinja-kinja, terlompat, terpekik macam tu yer. Guna jer lah 'perempuan bertudung'. Tak salah kan :)

Zaman sekarang bertudung tu belum tentu lagi muslimah. Wartawan Melodi yang bukan Islam pun pandai bertudung bila pergi kubur artis.

Lihat jer aksi budak sekolah bertudung yang berzina di tepi jalan. Muslimah ker?


gambar zina tersebut diambil dari blog TOK KIYAI.

Selasa, 28 September 2010

Untungnya orang Cina

Petang tadi, makngoh ke kedai untuk comb binding modul math dan fizik. Masa sampai di kedai tu, sebelah pintunya dah tutup. Makngoh tengok waktu operasi sampai pukul 6 petang sahaja. Tapi makngoh masuk dan tanya jika masih buka kedai.

Pemilik kedai tu, cina jawab dengan mesra dan layan dengan bagus walaupun sepatutnya kedai tu dah ditutup. Makngoh teringat pernah makngoh ke kedai bumiputera (kaum apa makngoh tak nak bagitau), tuan punya kedai tu tak mahu melayan dan minta datang esok pagi sebab dia dah nak tutup kedai.

Disebabkan modul tu tebal (lebih 500 ms), makngoh menunggu hampir sejam, baru lah siap comb binding. Sebelum siap, ada lagi pelanggan lain datang minta fotostat dibesarkan sehingga 400%, pemilik kedai tu layan dan beri khidmat tanpa bebel walaupun dia terpaksa try and error beberapa kali sehingga dapat fotostat seperti yang dikehendaki.

Sambil-sambil buat kerja, pemilik kedai tu berbual dan bercerita tentang taman perumahan kami. Kebetulan taman perumahan kami sama. Percakapannya memang ada telo cina, tetapi dia fasih berbahasa Melayu.

Untungnya orang cina, mereka boleh berbahasa Melayu, berbahasa Inggeris dan juga berbahasa ibunda mereka. Malah, ada sesetengah pelajar Cina boleh mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan bahasa Melayu berbanding dengan sesetengah pelajar Melayu sendiri yang gagal matapelajaran ibunda.

Dan sekarang,ada orang Melayu yang sudah mula ada kesedaran betapa pentingnya perlu menguasai banyak bahasa, menghantar anak-anak mereka ke sekolah cina sejak tadika lagi. Di sini, makngoh perhatikan... sudah ramai ibubapa Melayu menghantar anak ke sekolah cina.

Bagi masa depan anak dan menghadapi cabaran Wawasan 2020, makngoh fikir persaingan mendapat kerja yang sengit mungkin akan lebih memberi peluang kepada mereka yang ada kemahiran banyak bahasa. Sekarang ini pun sudah ada majikan yang memilih ke arah itu. Antara bahasa yang mungkin senang untuk dipelajari dan sedang dipelajari oleh pelajar melayu adalah bahasa inggeris dan bahasa arab. Bahasa lain?

Bila mengenang kembali 1 Malaysia, makngoh fikir mungkin kementerian pendidikan perlu buat sesuatu supaya semua kaum boleh bertutur dalam semua bahasa utama di Malaysia iaitu bahasa melayu, bahasa mandarin dan bahasa Tamil.

Khamis, 23 September 2010

Pintu Taubat Wanita Berzina Terbuka Luas

Masyarakat perlu ada sifat pemaaf, prihatin bendung gejala buang bayi daripada berleluasa

PERSEPSI negatif masyarakat terhadap dosa penzina agaknya melampau sampai ke tahap tiada ampun lagi. Jika setakat mencela perbuatan terkutuk itu tidaklah berat ditanggung penzina yang mahu bertaubat.

Tetapi jika sampai tidak menaruh belas kasihan bahkan dipulaukan, dikeji seumur hidup sampai anak yang dilahirkan turut sama menanggung dosa orang tua dengan panggilan anak haram, diistimewakan dengan sebutan nama berbin dan binti Abdullah supaya berbeza daripada anak-anak lain, apakah ini sikap memaafkan masyarakat kita?

Apabila berlaku fenomena membuang bayi, kita sepakat mengutuk sekeras-kerasnya kejahatan ini tanpa menilai mengapa ia berlaku. Adakah disebabkan budaya masyarakat yang jauh menyeleweng daripada agama, jika benar mengapa ramai orang Islam yang terbabit?



Mungkin orang kafir lebih bijak menghapuskan benih perzinaan itu dengan melakukan pengguguran, tetapi persoalannya adalah sikap membunuh darah daging yang sempurna bentuk jasad dan sifatnya itu lebih kejam daripada pengguguran pada awal kandungan.

Kita tidak mempersoalkan tindakan mana lebih kejam kerana memang kedua-duanya adalah dosa besar dalam Islam. Tetapi umat Islam perlu memiliki sifat kemanusiaan dan jangan menghukum teruk wanita yang berzina supaya mereka tidak takut dan kembali melakukan dosa besar dengan membuang bayi.

Bayi tidak berdosa itu terbunuh mungkin disebabkan proses kelahiran yang disembunyikan akibat perasaan takut dan malu, bukan kerana sengaja mahu dibunuh. Bagaimana jika ia bukan hasil perzinaan, kerana jenayah rogol misalnya atau 'haruan makan anak'.

Disebabkan masyarakat tiada belas kasihan dan keluarga berantakan, maka wanita yang terbabit berusaha menutupi dosa dengan melahirkan sendiri anak tak berdosa itu. Mustahil mereka mahu membunuh bayi selepas kelahiran. Kalau berniat membunuh, mereka akan melakukannya pada awal kandungan lagi.

Mungkin sesetengahnya tidak sempat menggugurkan kandungan dan terpaksa menunggu saat kelahiran, tetapi pada masa menunggu itu mengapa keluarga dan masyarakat tidak mahu memaafkan sehingga wanita ini putus asa dan akhirnya membunuh bayinya.

Keluarga dan masyarakat berperanan besar dalam menyelesaikan fenomena ini. Orang Islam yang taat jangan sesekali memandang serong wanita yang sudah bertaubat. Mereka yang terlanjur dan mahu bertaubat sepatutnya dibimbing, dikasihani dan ditunjukkan jalan keluar. Jika kita bersikap keras, membenci dan terus memusuhi mereka tanpa memberi peluang, fenomena sebegini akan berlarutan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu [246]. Kemudian apabila kamu membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya." (Surah Ali Imran ayat: 159)

Kita dituntut untuk terpanggil dan sensitif dengan gejala tidak sihat di sekeliling rumah, tempat kerja, lingkungan di seluruh negeri kita. Jika ada anak saudara yang terlanjur, mampukah kita memberi kemaafan dan menanggung sama aib itu, atau kita menutupinya kerana takut dicemuh masyarakat kemudian tidak peduli dengan perbuatannya bahkan melarang anak perempuan kita bergaul rapat dengannya?

Bukankah lebih baik mengajar anak-anak kita menolong, menasihat dan mencari jalan keluar supaya taubatnya benar-benar nasuha? Malangnya, cerita keji itu tetap dikenang selamanya dan dijadikan cacian dalam keluarga sendiri padahal wanita itu sudah bertaubat.

Kita lihat pandangan dan sikap Baginda SAW terhadap wanita berzina dalam suatu hadis mengenai taubat yang bermaksud:

"Ada seorang wanita dari Juhainah datang kepada Rasulullah SAW sedang dirinya hamil kerana berzina. Dia berkata: Wahai Rasulullah aku telah melakukan kesalahan yang menyebabkan aku terkena hudud, maka laksanakanlah hudud itu kepadaku. Kemudian Rasulullah SAW memanggil wali perempuan ini dan bersabda: Berbuat baiklah kepadanya apabila sudah melahirkan bawalah dia kepadaku." (Hadis riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW tidak sesekali mengeji wanita yang ingin bertaubat ini, tidak mencari dan mengheret lelaki yang melakukannya dan tidak menjatuhkan hudud ke atasnya saat itu juga. Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada ayahnya atau bapa saudaranya atau saudara lelakinya supaya menjaga wanita ini baik-baik. Betapa lembutnya akhlak Nabi SAW, sedangkan ramai anak-anak perempuan di sekelilingnya terlanjur tak dapat menahan marah ke atas mereka. Sehingga menyebabkan wanita itu tetap dalam kejahatannya bahkan bertambah jahat lagi dengan membuang bayi mereka.

Kemudian selepas wanita itu melahirkan dan cukup tempoh penyusuan bayinya, sesudah dia meninggal dalam hudud, baginda mensolatkannya. Umar RA bertanya: Wahai Rasulullah mengapa engkau mensolatkan wanita ini padahal dia berzina. Rasulullah bersabda: Wanita ini benar-benar bertaubat seandainya taubat itu dibahagi kepada 70 orang Madinah nescaya masih cukup. Pernahkah kamu mendapatkan orang yang lebih utama daripada seorang yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah Azza Wa Jalla".

Seperti kita, Umar mengeji sekeras-kerasnya penzina. Tetapi Rasulullah SAW mengingatkan mengenai kedudukan taubat lebih tinggi lagi daripada segala kejahatan yang pernah dilakukan manusia.

Sebelum hudud ditegakkan, negara mesti menyediakan badan dakwah dan kebajikan yang aktif berperanan mendidik umat, menggunakan pendekatan kasih sayang dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar, membanteras jenayah dengan usaha pencegahan berlandaskan ilmu, nasihat dan bimbingan.

Jika ibu bapa sibuk dengan urusan sendiri, tidak menghiraukan pendidikan agama kepada anak-anak, langkah terbaik adalah mengenakan dulu hukuman ke atas ibu bapa yang tidak bertanggungjawab sebelum menyalahkan anak-anak terbabit.

Malang sungguh, saat terlanjur mereka diberhentikan daripada pengajian, dipulau keluarga, tiada yang sudi menasihati dan membimbing, jalan taubat ditutup rapat oleh masyarakat sekeliling. Jika kita tidak mengubah persepsi terhadap wanita-wanita malang ini selamanya gejala buang bayi akan berleluasa.
Diolah dari Berita Harian
Tulisan oleh Dr Juanda Jaya

Sabtu, 21 Ogos 2010

Kasihan Abang & Kakak dan Pakcik & Makcik Polis di luar sana


Belek suratkhabar, ada je kesalahan jenayah yang berlaku di serata negara menyebabkan makngoh terfikir, polis-polis di negara kita macam tak sempat nak duduk rehat. Lepas satu-satu kejadian jenayah berlaku. Macam sekarang ni, kes paling panas kes buang bayi. Kemudian kes bunuh suka-suka hati yang tiada petunjuk untuk membantu siasatan.


Itu belum lagi kes samun, ragut, rogol, rompak, khalwat, bergaduh dan macam-macam lagi lah termasuk kes pertengkaran suami-isteri, adik beradik, anak-ayah dan ahli keluarga lain yang perlu melibatkan siasatan polis. Contoh kes suami simbah asid ,suami tetak isteri dan suami toreh isteri.

Ini bulan Ramadhan. Syaitan dirantai. Makngoh ingat berkuranglah masalah-masalah ini. Bolehlah polis-polis berehat seketika untuk sebulan ni tetapi rupanya, syaitan original sahaja dirantai tetapi syaitan dalam diri manusia tetap ada. Maka, terpaksalah polis-polis bekerja keras walaupun bulan puasa.
Habis bulan puasa nanti, syaitan kembali bebas...maka bertambah banyak lagi kes jenayah yang berlaku. Makin sibuk si polis.


Polis trafik? Pun sibuk bila menjelang perayaan utama macam raya puasa ni. Hampir segenap jalanraya ada je polis trafik dan JPJ pun operasi. Macam-macam OPS sejak makngoh kecil hingga dah dewasa ni. Tapi ops atas ops, kemalangan dan kecuaian sentiasa berlaku. Itu belum masuk lagi kes syaitan yang mengoda manusia supaya merempit. Bulan puasa polis trafik sibuk, lepas bulan puasa nanti pun sibuk, masa kereta berasak-asak masuk ke bandar kembali.
Kesimpulannya....jangan jadi polis, jadilah cikgu macam makngoh ni. ekekekeke. Walaupun banyak masalah di sekolah tapi tidaklah sampai melibatkan kematian dan darah. DAN masalah-masalah itu takkan melemahkan semangat seorang guru dari terus menjadi guru. :)
p/s : semua kerja itu MULIA selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Wow, buang bayi lebih canggih. Dera dulu baru buang

Tepuk tangan dulu kepada manusia yang melakukan kejahatan ini. Semoga manusia itu ditimpa bala di dunia dan dibalas neraka nanti. Geram sangat dah makngoh ni. Malas nak doakan mereka yang buat tu bertaubat. Biarlah ALLAH balas dengan api neraka.

Kejam sungguh. Tengok gambar di atas tu. Bayi tersebut telah mati akibat didera dan ditinggalkan di perhentian bas. Mayat bayi tu ditemui oleh pelajar sekolah pada pukul 6 pagi semalam ketika mereka hendak ke sekolah.

Polis mengatakan kemungkinan bayi ini adalah keturunan Melayu dan dibuang setelah mati didera.

Baca berita penuh di sini

Isnin, 16 Ogos 2010

Kasihan si anak


Sedih sungguh baca berita mengenai peristiwa-peristiwa yang melanda negara sejak 2 menjak ni. Adakah ini bala dan ujian ALLAH untuk kita semua berfikir? Adakah ini balasan kerana telah banyak kerosakkan yang manusia lakukan pada diri dan masyarakat.

Isu buang bayi tak habis-habis lagi, isu jumpa mayat setiap minggu ada kes dan sekarang isu kanak-kanak yang menjadi mangsa ibubapa samada dera atau pergaduhan.

Kasihan sungguh. Kes di bulan Ramadhan tahun ini sangat mendukacitakan. Mula-mula kes bapa menetak isteri dan 2 orang anak dan menyebabkan anak-anaknya menjadi yatim piatu sekelip mata di Perak. Kemudian kes anak 12 tahun yang kemaruk seks dengan bapa sendiri hinggalah malam semalam, kes bapa simbah asid pada isteri dan 2 anak.


Sedih sungguh. Di mana peranan bapa yang sebenarnya dalam institusi kekeluargaan? Bapa sepatutnya penunjuk ajar, pelindung dan pembimbing agama dalam keluarga. Namun mengapa jadi begini? Bapa menjadi perogol, bapa menjadi pembunuh dan bapa sudah tersesat dari amanah yang ALLAH berikan.

Anak yang sihat walafiat tapi disimbah asid. Kasihan. Anda sudah baca cerita tersebut? Di Terengganu, seorang bapa, 32 tahun simbah asid ke wajah dan badan isteri 28 tahun, anak perempuan 8 tahun (gambar di atas tu), anak lelaki 2 tahun dan mak mertuanya.

Anda tengoklah gambar di atas. Tergamaknya seorang insan bernama bapa menyakiti anak sendiri. Anak yang masih kecil dan normal tetapi diragut dan diberi wajah dan kulit yang cacat. Tergamaknya ayah. Sudahlah sebelum ni, anak itu hidup susah tanpa nafkah dari bapa tapi kini si bapa memberi lagi penderitaan kepada anaknya.


Ini bulan Ramadhan. Ulamak kata syaitan sudah diikat dan dirantai. Jadi, mengapa si bapa-bapa itu sanggup bertindak demikian? Bukan lagi hasutan syaitan tetapi hasutan nafsu dan hasutan diri sendiri yang memang syaitan.


Wahai lelaki,janganlah berkahwin kalau tidak mampu membina keluarga menurut landasan Islam. Janganlah tambahkan masalah di dalam masyarakat kita. Jika nafsu memaksa untuk berkahwin, belajarlah dulu dan selamilah dulu ilmu agama sebelum bertindak menjadi ketua keluarga.

Bapa itu mulia tetapi ada syaitan-syaitan manusia yang telah merosakkan nama mulia bapa. Yang makngoh tahu, mengapa bapa-bapa itu jadi sedekimian rupa adalah kerana telah LUPA KEPADA ALLAH. TIDAK PATUH AJARAN AGAMA MALAH TIDAK PERNAH MENYENTUH AIR WUDHUK. KERANA itulah hati jadi seperti binatang, bertindak tanpa berfikir panjang dan tiada kasih-sayang walaupun terhadap anak sendiri.


Marilah doakan anak-anak yang menjadi mangsa bapa,anak-anak yang sedang bersedih dan kesakitan sekarang ini supaya mereka semua sabar dan tabah menghadapi ujian ALLAH ini. Berikanlah mereka kekuatan untuk menghadapinya walaupun mereka semua masih kecil. Semoga kehidupan mereka akan datang memberi sinar bahagia dan kejayaan. Amin YA ALLAH. AMIN.


p/s Kadang-kadang, menangis sendiri melihat penderitaan kanak-kanak. Berat mata memandang, berat lagi bahu mereka yang memikul. Apa salah mereka? Mereka masih kecil. Mereka patut diberik kasih-sayang dan keluarga yang bahagia.

Ahad, 15 Ogos 2010

buang bayi dan buang ibubapa : Melayu tetap juara

Untuk rekod, bagi tempoh empat tahun berturut-turut bermula pada tahun 2007 hingga Jun tahun ini, seramai 3,864 warga emas Melayu ditempatkan di 11 institusi penjagaan seluruh negara.

Kaum-kaum lain turut berbuat demikian namun hanya mencatatkan sebanyak 2,591 bagi kaum Cina dan 1,905 orang (kaum India) bagi tempoh sama.

Menurut Pengarah Bahagian Warga Tua dan Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Mohd. Fazari Mohd. Salleh, dalam tempoh sebulan, secara purata pihaknya menerima kemasukan 20 orang warga tua pelbagai kaum di rumah penjagaan warga emas kelolaan pihaknya.

Inilah akibatnya apabila agama tidak selari dengan pendidikan dunia. Anak diajar pandai, masuk universiti hinggalahkerja bergaji besar. Tetapi anak tidak tahu azab menderhaka ibubapa.

Sekarang ni pun ada golongan remaja yang berpendapat tidak salah hantar ibubapa ke rumah orang tua. Ada seorang blogger remaja yang buat entri macam ni. Anda carilah di google. Dia dan kawan-kawan berpendapat tidak berdosa buat macam tu.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Harakah Daily : Punca buang bayi adalah sistem pendidikan dan sosial negara yang lemah

Makngoh tak setuju betul bila ada orang menyalahkan sistem pendidikan sebagai punca utama berlaku masalah sosial terutamanya masalah buang bayi.

Cuba anda fikir secara logik. Betul ke sistem pendidikan adalah penyumbang utama hingga menimbulkan isu ini?

Kelemahan sistem sosial negara? Apa itu sistem sosial? Mungkin mereka maksudkan negara kita terlalu memberi kebebasan sosial kepada pemuda pemudi dan negara kita dipenuhi dengan tempat sosial seperti disko dan lain-lain.

Pendapat peribadi makngoh : Punca utama buang bayi adalah dari diri seseorang itu sendiri. Pemikiran tidak matang, dirasuk dengan nafsu dan tiada pendidikan agama yang kukuh. Apa yang diajar di sekolah dan diajar oleh ibubapa tidak dipratikkan dengan sempurna.

Berikut adalah laporan suratkhabar tersebut -:

SHAH ALAM, 15 Feb: Pengerusi Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor, Dr Halimah Ali berpendapat kelemahan dalam sistem pendidikan dan sistem sosial antara faktor besar menyumbang kepada peningkatan jenayah buang bayi di negara ini.

Beliau berkata, kerajaan perlu mengkaji secara terperinci kedua-dua sistem tersebut agar masalah ini dapat dibendung secepat mungkin.

"Saya berpendapat ia disebabkan kelemahan sistem pendidikan dan sistem sosial Malaysia"

"Saya menyeru kepada kementerian kebajikan agar mengambil langkah proaktif mengkaji secara berkesan bagi menangani masalah ini," katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas gejala pembuangan bayi yang semakain berleluasa berlaku dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga memaklumkan bahawa Selangor sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk kementerian dalam usaha menangani permasalahan yang semakin berleluasa itu.

Minggu lalu sahaja empat kes buang bayi dilaporkan berlaku.

Terbaru membabitkan seorang bayi lelaki yang dibuang dan dibakar dalam sebuah tong sampah di sebuah lorong Jalan Zainal Abidin, Kuala Krai.

Bayi malang seberat kira-kira dua kilogram ditemui dua petugas Majlis Daerah Kuala Krai (MDKK) dengan keadaan separuh badannya hangus dan kaki bercerai dari badan .

Buang bayi lagi : Warga Indonesia turut menyumbang kepada masalah ini

Makngoh bukan berniat nak mengfitnah warga negara jiran tetapi makngoh ada terbaca beberapa laporan akhbar yang menyatakan ibu kepada bayi yang dibuang adalah warga Indonesia.

Memanglah tidak semua bayi yang dibuang adalah benih dari warga Indonesia tetapi percaya memang ada kes buang bayi dari warga Indonesia ini.

Cubalah buka balik suratkhabar lama dan anda akan dapati polis menangkap wanita Indonesia kerana terlibat dengan kes buang bayi.

Hari ni pula, makngoh baca di Metro mengenai Pejabat Kebajikan Masyarakat yang mencari waris bayi-bayi yang ditinggalkan Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR).


Antaranya -:


1) Arun Raj (lima bulan) ditinggalkan ibu bapanya ketika dalam rawatan di HTAR, sejak Julai lalu. Ibu bayi itu, A Kamalathevi dan bapanya Mahadevan dengan alamat terakhir di Lot 1029, Jalan Bukit Kuda Off Jln Landasan, Klang.


2) Rayyan Mikael, (dua tahun), ditinggalkan dalam jagaan jiran di Jalan Chunggah, Pelabuhan Klang, yang kemudian diserah polis ke HTAR berikutan dakwaan ibu kanak-kanak itu menerima rawatan di hospital sebelum menghilangkan diri.

3) Ezaq Danial (sebulan) ditinggalkan di HTAR , ibunya Suarni seorang warga Indonesia menghilangkan diri.


4) Sarah Aleesa (tiga bulan) ditinggalkan di HTAR yang masih menjalani rawatan Susanti, juga warga Indonesia menghilangkan diri.

5) Jeganathan (sebulan) apabila ditinggalkan ibunya, Nuselah Manorgar ketika menerima rawatan di HTAR dengan alamat terakhir di Batu 9, Jalan Bernam, Tanjung Karang, Selangor.


6) Muhammad Faris Ieman (lapan bulan) ditinggalkan ibunya, warga Indonesia dikenali sebagai Ida selepas kanak-kanak itu dilahirkan di Hospital Metro Maternity, Jalan Pasar, Klang, dan mengikut maklumat alamat terakhir di No 37, Jalan Tamarin, Taman Selatan Klang.


7) Nurfarah Lidya Sabri, (lapan tahun) ditinggalkan ibunya kepada penjaga sejak tahun lalu di Telok Gadong Kecil, Jalan Yadi, Klang, dan dipercayai masih berada di Malaysia. Menurut kanak-kanak terbabit, dia pernah menetap di Muar, malah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Abu Bakar 2, Muar, Johor. Yang ini, makngoh tak pasti samada ibu kepada kanak-kanak2 adalah warga Indonesia atau Malaysia.




Andaikan sekarang hanya 6 bayi yang ditinggalkan dan kanak-kana ke 7 itu tidak diambil kira. Bukankah 3 daripada 6 orang bayi itu adalah dari warga Indonesia iaitu 50%. Ruang sampel terlalu kecil dan kesimpulan macam makngoh tu memang salah. Abaikanlah.



Di bawah ni, makngoh lampiran beberapa laporan akhbar yang melibatkan buang bayi yang melibatkan warga Indonesia.








Jumaat, 13 Ogos 2010

Buang Bayi : 302 dan 307

Alamak, pendeknya tajuk...buang bayi terus jadi 302 dan 307. Apakah nombor-nombor ini? Nombor ekor ke?

Selama ni, makngoh ingatkan kalau buang bayi hingga melibatkan kematian bayi tersebut, memang dan sah lah orang yang membuang itu akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tapi rupanya sebelum ini tidak begitu.

Hanya selepas bermesyuarat, maka Jemaah Menteri telah memutuskan bahawa bagi kes buang bayi juga dibicara -:

Bagi kesalahan membunuh dengan niat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori manakala di bawah Seksyen 307 kanun sama iaitu cubaan membunuh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Okaylah tu...
Dengar kata boleh mencari siapa ibubapa bayi yang dibuang dengan menggunakan ujian DNA...tetapi dalam banyak-banyak kes buang bayi ni, berapa jer yang kita dengar mereka yang membuang itu ditangkap. Kebanyakkan yang ditangkap pula si ibu tetapi si bapa terlepas.

TAK BOLEH KER SI IBU DAN SI BAPA ITU DIKENAKAN TINDAKAN BERZINA? SI BAPA TU JUGA BOLEH DIDAKWA MENIPU KERANA TIME NAK BUAT JANJI BUKAN MAIN, DAH BUAT, MENGANDUNG, DIA TINGGALKAN KEKASIH HATINYA.

Yang makngoh nampak, situasi ini berlaku kerana si perempuan yang terlalu percayakan pasangan dan bodoh. kerana cinta, musnah masa depan. Punca utamanya adalah perempuan itu sendiri.

Punca kedua adalah tiada pegangan agama.

Punca dan faktor lain buang bayi tu hanyalah faktor sampingan sahaja termasuk faktor ibubapa.

Ibubapa bukan faktor utama kes buang bayi.

Anak dara di rumah kebajikan masyarakat tidak pula mengandung, sedangkan mereka di situ tidak mendapat kasih sayang ibubapa.

p/s : tolonglah. penat dah baca cerita buang bayi ni. sudah-sudahlah buat dosa. 1 Ramadhan hari tu pun ada kes buang bayi sebaik sahaja beranak. Orang sibuk bersahur, pasangan tu sibuk nak buang anak. Tapi nasib baik mereka tu dah ditangkap.

Rabu, 11 Ogos 2010

Ahli politik dibidas alim-alim kucing

Siapakah ahli politik itu? Siapakah yang membidasnya? Acara bidas membidas ini tercetus apabila ahli politik tersebut meminta kerajaan negeri Selangor menutup semua pusat hiburan di Selangor sepanjang bulan Ramadhan ini.

"Pemimpin berkenaan seolah-olah 'alim-alim kucing' kerana mencabar ianya ditutup sepanjang bulan Ramadan sahaja" itulah ayat orang yang membidas.

Kata orang yang membidas itu lagi , setiap bulan adalah haram bagi semua aktiviti maksiat bukan bulan Ramadan sahaja.

“Ini menunjukkan betapa ceteknya ilmu agama pemimpin-pemimpin dot*. Bulan Ramadan baru nak tunjuk alim,”

Sorry yer...dot* itu nama parti politik.

Sebelum ini, ahli politik tersebut telah mencabar Kerajaan Negeri Selangor supaya menutup semua pusat hiburan dan rumah urut di negeri itu bagi menghormati bulan Ramadan dan mengelakkan tuduhan dot dot* berada di bawah telunjuk DAP.

Sorry lagi, dot dot* juga nama parti politik.

Malah Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo juga pernah mencabar kerajaan negeri Selangor menutup premis perjudian dan rumah urut.

Anda nak tahu siapakah yang dibidas dan siapakah yang membidas? Klik sini

Yang misterinya, kenapa Selangor sahaja diminta tutup pusat hiburan dan rumah urut? Negeri lain tiada pusat hiburan dan rumah urut ke?

Makngoh setuju tutup semua pusat hiburan dan rumah urut seluruh negara selama-lamanya. Berani ker?

Jumaat, 6 Ogos 2010

membebel pasal aurat versi kelate




adeh...dop pehe weh
jenis manusia sekejab bertudung
sekejab free hair...
bertudung pun napok leher..
napok sanggul, pisoh wat tinggi

...napok dado , pisoh nok tunjuk ratai


napok lurah pungung


napok lurah V



...jgn kato remaja,
hok tua-tua pun tak insaf lagi !!!

......insaflah wahai manusia weh




bo bo lah duk wak sedak ati


duk pk nok insaf pah pah ni


kaba-kaba dop dam insaf


baru nyesal




ingat aurat rambut dan aurat tubuh badan ni


mainan mudoh ko?




kalu anok daro > bapa pun tanggung dosa


kalu bini ore > toklaki pun tanggung dosa


Isnin, 2 Ogos 2010

Video pelajar perang mulut dengan guru > biadab

makngoh dari dapat fesbuk...seorang kawan guru yang share :)

dari shahirul.com yang mahu media prima siarkan video ini

Sabtu, 31 Julai 2010

Demi Ayim, sanggup kelar tangan

gambar dari Metro : lakonan semula jer rasanya sebab tak macam darah

Inilah trend terbaru pelajar perempuan sekarang samaada sekolah rendah ataupun sekolah menengah.

Mereka sanggup mengelar lengan masing-masing dengan jarum atau pisau hingga berdarah supaya meninggalkan kesan parut seolah-olah tatu yang bertulis nama kekasih. Inilah cara mereka menunjukkan cinta mereka terhadap kekasih masing-masing. SESAT!!!



Pakar Motivasi dan Kaunseling , Ahmadi Din berkata
Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani"

Berdasarkan maklumat dikumpulkan, perbuatan gila mencederakan diri sendiri itu menjadi ‘trend’ baru yang tersebar meluas di kalangan remaja sekolah rendah dan menengah. Jadi, ibu bapa perlu lebih peka dan menyiasat aktiviti anak masing-masing,” katanya.

Ahmadi berkata, kegilaan terbaru itu mungkin diakibatkan kaedah lama menoreh nama pada batang pokok atau kerusi batu di taman rekreasi sebagai bukti cinta dianggap ketinggalan zaman.

Lebih menyedihkan perbuatan menoreh nama teman lelaki pada lengan hingga berdarah ini sebahagian besarnya dilakukan gadis Melayu yang masih mentah untuk mengenal erti cinta,” katanya.

Menurutnya, perbuatan mencederakan tangan untuk menghasilkan parut tertera tulisan nama seseorang sama seperti membuat tatu dan Islam melarang keras amalan ini.

Dalam Islam, apa saja perbuatan memudarat dan membahayakan diri adalah haram. Malah, terdapat hadis Rasulullah yang maksudnya Allah melaknat perempuan membuat tatu, perempuan yang meminta dirinya ditatu, perempuan yang meminta bulu keningnya dibuang dan perempuan yang mengikir giginya,” katanya.

Selain itu, kata Ahmadi, daripada sudut kesihatan perbuatan menoreh kulit menyerupai tatu itu boleh menyebabkan gejala bengkak dan gatal pada bahagian ditoreh yang mengundang jangkitan penyakit Hepatitis B atau C jika jarum digunakan tercemar.

Namun seingat mak ngoh, sewaktu mak ngoh muda-muda dulu pun, dah ada pelajar perempuan yang gatal dan terlebih hormon nih mengelar tangan dan paha mereka dengan nama kekasih mereka. Ada juga pelajar yang menoreh dagu dengan duit syiling supaya dagu mereka kelihatan berlekuk dan belah.

Labels

AFF (3) ALLAH (127) artis (30) award (2) bajet 2011 (5) bencana (1) berita (171) blog (33) bola (37) buang bayi (4) cerpen (5) doa (6) ibubapa (6) iklan (7) ilmu (34) istana (7) kartun (4) kelate (75) kemalangan (6) kesihatan dan kecantikan (9) khidmat masyarakat (3) kisah benar (16) lain-lain (5) lawak (15) matematik (5) neraka (5) pelik (33) penderaan (12) pendidikan (131) penerbangan (4) peperiksaan (9) pergigian (1) peribadi (87) Piala Malaysia (8) piala presiden 2011 (1) politik (3) prestasi blog (6) puasa (10) puisi (4) resepi (33) solat (13) sosial (85) sukan (13) Sukan Asia Guangzhou (3) surat pekeliling (2) tips dan petua (31) tutorial (1) video (15)

~Komen Terbaru~

Get This Recent Comment Widget!