Darlings

Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

Long Hiatus

Hallu everyone,

Ada lagi ke yang sedar kewujudan blog ni? Dah bertahun tak berupdate. Sejak ada facebook & insta memang aku pun kureng semangat nak update blog. Jengah pun tidak. Tapi tak tau la apa mimpi petang ni rasa macam terdetik nak update blog.  Mungkin rasa nak update untuk tatapan akan datang, sebab bukan semua memori yang akan stay forever dalam ingatan kan. So, why not aku catat dalam blog sebagai kenangan.

So, hari ni tak ada long update or membebel apa pun. Aku nak tempek gambar anak anak je sebagai penyeri blog. Last update mak anak dua kan, so sekarang " I am a mother of three" hoyeah.

Cepat tak cepat masa berlalu kan. Dari zaman practical diploma dulu aku start blogging, sampai ke further degree then sambung ke working life, paused kejap sambung masa ada anak satu, sampai la sekarang aku decided untuk start balik menulis kat blog ni. Mungkin aku rasa sayang nak betul betul tinggal dunia blog ni.

.


Okeh, nah lanje cinta cinta hati aku dulu. My Tripple trouble. Nanti ada masa aku buat entri khas pasal anakanda bertiga ni pulak.

MY TRIPPLE A (AYRAN.ALANA.AYDAN)


MY BUNGSU. AYDAN UMAR


Till then.
babai

Thursday, July 13, 2017

Parents tak reti jaga anak?

Sejak naik pangkat jadi mak, entry pun berkisar pasal parenting, anak anak, rumahtangga je la uolls. Topik hangat dekat facebook lately kan. Masing masing dok bertelagah pendapat diorang betul. Haish. Apa yang dok kalut sangat la. Dah namanya manusia, adik beradik kembar pun belum tentu sama pendapat inikan pula parents A dan parents B kan.

Baru baru ni dok hangat pasal statement chef wan yang ibu bapa tak reti jaga anak masa bertandang ke rumah orang. Masing masing butt hurt kan. Mau tak butt hurt weh. Aku ler salah sorang tu. Raya baru baru ni, macam biasa la kalau balik kelantan, agenda wajib adalah ziarah menziarah rumah sanak saudara. Turn rumah ke 5 jatuh pada rumah arwah atuk aku, walaupun atuk dah tak ada, tapi aku still ada nenek tiri, mak cik pak cik yang masa raya lah boleh jumpa masing masing. Nak dijadikan cerita, masa aku dan Mr Razman sibuk dok leka makan mee bandung, terlepas pandang si lasak alana rose tu buat apa. Dia ni memang suka pegang semua benda tau. Nak dijadikan cerita dia gatal tangan g petik bunga plastik dalam pasu. Gamaknya nak ambik tapi tak sampai so dia acah tarik, sekali dengar bunyi benda pecah. Berkecai bahagian atas pasu, berkecai jugak hati mama ni nak oi. Panik sebab pasu rumah orang kot! Padan muka mama papa kan sebab lalai sangat. Mendapat malu.

Kalau aku p mana mana memang mulut aku bising, "alana jangan pegang tu, alana jangan ambik ni, alana jangan panjat, alana turun sekarang, alana jangan buat abang! " . Yesza sampai rasa sakit tekak, exhausted sebab manjang dok pekik. tak ada niat nak jadi parents yang halang anak anak dari being creative, active or whatsoever beb, tapi mengenangkan kita berada dalam rumah orang, kalau jahanam harta benda orang , siapa yang menjawab, tuan rumah memang cakap tak apa la, ala budak budak. tapi dalam hati mesti rasa kuciwaaaaa jugak. Respect tuan rumah.

Mama redha je la dua kali pecah dalam bulan yang sama. sekali apaknya yang buat, sekali anak perempuan bertuah yang buat
Kalau kat rumah sendiri, most of the time aku biar je. Nak panjat pagar, nak panjat kerusi. haaa panjat panjat sampai korang rasa bosan. Tapi bila dekat rumah orang, bila dekat mall, senang cerita dekat luar, nak tak nak mak kaurang kena jadi singa, mulut kena mengomel non stop bagi mengelakkan peristiwa pasu pecah, gelas pecah berulang, tambah satu lagi, berlari sana sini macam pelesit bak kata chef wan.
Nasib wujudnya safety harness ni, Dapat lah ringankan beban sikit.
 So, nak tanya la. anak anak korang behave gila ke kalau kat luar? Kalau behave dan mendengar kata alhamdulillah. Rezeki Allah bagi tu. Tapi jangan mendabik dada dan condemn orang yang anak anak super lasak ni. Dah berbuih mulut tegur cara baik, marah, tinggi suara, semua aku dah try. Tingal last sekali aku dah tak mampu nak marah, mampu tahan marah dari meletup je. Kadang kadang sampai aku hang, tengok je anak anak buat apa. Orang cakap macam tengah reboot system.


Tengah tidur rasa geram nak cium, tengah melasak rasa geram nak cubit. grrrrrrrrr
Sekarang ni. Nak cuba didik hati jangan jadi manusia yang pemarah sangat even banyak kali terbabas tapi masih lagi mencuba.

Aku doakan semua parents yang ada anak anak lasak ni mampu bersabar.

Best of luck!

Wednesday, April 19, 2017

Husband ku suweeet ke sawit?

Hi uolls,
Mood tengah rindu serindunya dekat Mr Razman sebab beliau tengah outstation. PD je pun tapi rasa macam jauh bebenor. Call me clingy wife lah. Pantang laki jauh sikit rasa nak riauuuu. The best partnya, bukan aku je ngado ngado lebih, laki aku pun sama. Tengah tengah malam baru habis meeting balik bilik berindu bagai. Hahaha. Comel sangatkan. Dah jauh ( jauh ke) sikit ni reti ler rindu, cuba dok ada depan mata, memasing sibuk dengan gadget sebab masing masing handle business lain lain. 

Since kahwin ni, aku memang jarang update pasal Mr Razman, either dekat fb or ig. Gambar tu kadang kadang la ada. Bukan tak sayang laki oiiiii. Gila tak sayang laki ku. Cuma kalau dok manjang update laki ku baik , laki ku romantik, laki ku rajin, laki ku sporting, kang ado akk krt dok aim laki aku pulak. Haru biru, nayaaa weh. Biar la ku simpan laki ku diam diam. Tapi sekali sekala datang angin nak mengada tu harap mahap. Baca je la diam diam. 

Mr Razman suweet ke? Kalau sweet ikut definisi budak budak sekolah tu aku tak tau. Tapi sweet definisi aku bila.

  • Gilir gilir jaga anak, aku masak, kau layan anak
  • Anak bangun tengah malam, kau bangun handle & tolong buat susu
  • Anak berak,kau tolong cebok. 
  • Dah makan tolong basuh pinggan (Satu pinggan je tapi buat aku senyum sampai telinga tau dak. Nampak effort kat situ nak tolong ringankan beban bini)
  • Bila aku masak kau makan bertambah tambah

Nak list pepanjang rasa kejang pulak jari. 
Baru nak masuk 3 tahun. Kalau haters or Ms perfect baca, ada la tukang komen dalam hati baru kahwin tak yah dok gebang bajet bahagia sangat. No i m not cik kak.

Kita ada cara cara masing masing untuk appreciate pasangan kan. Setakat post cenggini memang tak dapat nak balas jasa jasa suami kau kan. Tapi, at least orang tau yang kita sentiasa appreciate husband kita even sebesar zarah sekalipun kebaikan yang dia buat. 

Hargai suami selagi Allah izinkan dia ada dengan kita. 
Aku cukup terkesan sampai sekarang ni, sebab ada kawan kawan terdekat yang kehilangan suami dalam tempoh dua tahun ni. Aku pun tak mampu nak imagine hidup tanpa suami. Tapi aku yakin Allah hanya menduga pada hamba Nya yang mampu. 

Oke, nak make it short je.
Sebab ada kerja yang nak kena settle. Next entry kita ceghita pasal pengalaman bersalin ank kedua pulak sebelum aku lupa sepenuhnya. Kasi fair la. Pengalaman bersalin anak sulong ada, so anak no 2 pun kena lah ada jugak an an.

Nah belanja sekeping gambar last year


ok. la. gtg guys
Tata

Monday, January 21, 2013

Umi

Semalam umi call. Rindu gamak nya. Tapi ego letteeew nak bagitau yang dia rindu. Since aku dah keje ni, umi selalu call, compared dengan zaman study dulu, memang jarang sangat dia call. Kadang kadang jealous tengok  roomate, unimates yang lain boleh di katakan hari hari diorang call mak . Aku pulak? Aku memang jarang call umi, sekali seminggu or dua minggu sekali. May be sebab aku tak di ajar untuk mengadu dengan umi kalau ada masalah, so kalau ada masalah sekali pun aku pendam.Awkward nak bermanja dengan umi sendiri.

Semalam jugak aku tidur dengan perasaan yang bersalah gila gila sebab umi cakap. "Tak call umi pun tanya khabar dia" Erkkkk. aku tersentak. speechless. Sebab baru dua tiga yang lepas aku cakap dengan dia pasal nak balik kampung time raya cina nanti. Mungkin bila dah makin lanjut usia ni, makin sensitif hati umi . aku pulak alpa sampai lupa nak call dia. Lepas ni kena buat schedule call umi selang sehari. Takut umi terasa. aku ni pulak kalau rindu ke, teringat dia ke, aku bukan jenis akan call & cakap rindu umi laah, tak sabar nak balik peluk umi laah. Paling tidak pun aku akan cakap aku nak balik kampung & teringin nak makan masakan umi.

kaurang mesti rapat dengan mak masing masing kan. any tips ?

Tuesday, October 23, 2012

Motor GP 2012

Ahad lepas berjaya isi masa lapang dengan join tengok motor gp. Bukan tu je, berjaya jugak bakar muka sendiri dengan kepanasan matahari yang melampau. Kulit yang "putih melepak" terus bertambah tambah kemelepakan kulit aku. Berkilat kilat. Sekarang bila pandang cermin. hati terus retak seribu.

Ku akui, semenjak dua menjak ni aku sangat selekeh. pasrah dan redha bila mood nak pakai cantik cantik yileeek.
Selekeh tak selekeh. Tak kan nak p motor gp keno pakai dress bagai , berhigh heels pulak. Pengsan mak okeh. Dah la parking sejauh 1KM. Betapa gigih nya Mr Razman meredah panas dan hujan semata mata nak tengok motor gp ni. Kalau aku ajak p Jalan Tar. Buat bodoh sajek.

Si adik dan si Kakak. Gua kat belakang bersama Mr Razman. Bajet tengok motor. padahal gua nak cari tempat berteduh. Feeling putera lilin kata kan
gua tengah fokus ni Fahmi khairudin lalu sampai tak pandang camera

Macam mana pengalaman pertama? 

Agak okay lah. Yang tak okay sebab panas. Aku lagi rela kena hujan dari kena panas. Lagi rela aku demam dari aku kena sunburn.

Seronok boleh tengok live. Teruja tu lain macam. Pengalaman baru pun hado. Lain kali kalau orang ajak, boleh je join lagi dengan syarat tiket orang belanja lah. Nak beli sendiri memang sorrrrrry.

lastly

Tahniah Fahmi Khairuddin. Anda bagi kami bangga. Tabik 

Tak lupa yang paling aku salute.

Hafiz Syahri. Anda memang hati kering.Even dapat no 4. Tapi tengok dia race pun dah buat hati aku kecut. Mana tau satu hari nanti dia boleh jadi macam rossi. Sebab sama sama hati kering macam rossi. Aku yang terlebih nebes tengok dia ni. 

Syabas untuk anda.


Adios laporan untuk Motor Gp.


Thursday, August 30, 2012

Edisi Raya 2012

Update entry raya terus terjah ke Raya Kedua Ehem. Skip lah senang ceghita. Sebab tak do ceghita menarik pun untuk raya pertama. Routine ziarah menziarah mak cik mak cik sekalian masih berjalan seperti tahun tahun sudah.
Cuma yang beza tahun ni agak rabak poket sebab kena bagi duit raya kan. Bukan takat anak anak sepupu , mak cik mak cik pun kena bagi jugak. Nenek sekali. So. Sekarang ni pejam mata je nak shopping. terpaksa tahan napsu .
.
P raya rumah cik ayu jazari
Simple outfit on second raya. Kata nak baju raya yang plain. memang dapat yang plain lahhh. Harga je tak berapa plain. Tudung p rembat last minute kat pasar sajekk. Harga murah lagi berpatutan.

Aku rasa baju ni dah tak berapa nak muat dah gamak nya sebab sepanjang raya melantak tak hengatt.
p wedding kakak pada ex schoomate.






Sunday, February 12, 2012

Kisah Papa

Pagi buta ni rasa nak bercerita pasal papa pulak. Anak perempuan biasa nya rapat dengan ayah kan. Aku pun lebih kurang macam tu. Sebab dengan umi asyik gaduh, so kamceng dengan papa lah. Tapi kalau bab mengadu, mesti ngadu dekat umi jugak last last. 

Papa aku memang kategori garang weh. Kalau dia marah. Mau kecut perut. zaman kecik dulu pernah ajo kena rotan. Tapi dia pandai lah mujuk balik. Kadang kadang aku terpikir, kalau umi papa aku tak tegas, mesti aku tak de kat tempat aku sekarang. Mesti aku malas belajar, mesti aku tak do pelajaran agak nya. Sebab aku kan dasar pemalas. So, kalau parents tak tegas, Ke laut lah jawab nya.

Sebut pasal garang. Aku memang mewarisi dari papa lah. Garang tak bertempat, sekali naik angin. Semua benda keluar dari mulut aku. 15 minutes lepas tu cool balik macam tak do apa apa yang jadi. Ishk ishk, Tension kan layan aku.

Back to the topic,

Papa aku sangat protective. Tak do kompromi kalau bab bab keluar rumah balik lambat. Even keluar dengan cousin sendiri, dia mati mati tak bagi. Asal dia balik, aku tak do kat rumah, mula lah mencari tanya kat mana, Feh, pendek kata kena report lah kau p mana. Sudah masuk 24 pun , papa still macam tu. Kata nya. Sape tak sayang anak oiii. Semua ayah pun akan buat macam tu kan.

Bab yang selalu buat aku terharu, 

Aku start dok hostel since i was 13 gitu. So masa tu dah berenggang dengan papa, Tiap kali balik, mesti ada je benda yang dia simpan untuk aku. Sekecik kecik barang dia akan simpan. Contohnya, kalau raya cina, mesti dapat banyak kan limau mandarin tu kan, Dia sanggup makan sikit sikit, tak kasi umi aku makan tapi dia simpan untuk aku. Padahal limau mandarin tu bersepah dah orang kasi, Tapi tetap jugak dia nak simpan untuk aku. Apa kau nak cakap. Betapa dia concern nya. itu pasal limau. Last week aku balik, Ada orang kasi jajan kat dia. Sebulan yang lepas kot dia dapat jajan tu, Boleh dia simpan untuk aku, tunggu aku balik. Aku terharu dalam hati. 

Kasih papa, mana nak cari ganti. sebab tu aku cakap. Benda simple yang dia buat tapi tinggal kesan mendalam kat aku.

Umi ke papa ke. Dua dua kesayangan. Gila kau tak sayang mak ayah sendiri. Orang yang tatang since dari baby lagi. Orang yang jaga aku sampai aku dok tahap sekarang. Walau pun tak hebat , tapi dah cukup buat parents aku bangga.

Sayang parents selagi diorang ada. Peace.

Tuesday, November 1, 2011

Umi

Sayu hati bila hantar umi ke teminal tadi. Tapi buat buat tak sayu. Takut umi serba salah pulak. Sampai rumah, lagi bertambah sayu bila masuk bilik, terbayang bayang umi ada. Ye lah. 3 hari spend masa dengan umi, dok sembang, gaduh dengan dia sepanjang tiga hari. Tiba tiba balik rumah sunyi ajeeeee. 

Masa ni lah rasa nak balik keje kat kelantan aje. hurm. :(

Pagi tadi, bila aku bangun. Umi dah siap basuh baju aku. Hades. Serba salah gila. Dia basuh tangan pulak tu. Terharu gila. Prihatin tak prihatin seorang mak kan. Dia tau baju kurung aku tu tak boleh masuk washing machine, dia rela basuh tangan sebab dia tau sangat anak dia dasar pemalas. 

Haish. Umi aku tak pandai manja kan anak dengan belai belai, tapi dia tunjuk sayang dia, dia tunjuk keprihatinan dia dengan cara macam tu.

Umi letak harapan tinggi kat aku. Dia tak harap aku kahwin dengan orang kaya, dia tak harap aku punya gaji besar melampau, dia tak harap aku beli kan banglo, dia tak harap aku tabur dia dengan duit. Apa yang dia harap, anak dia jadi anak yang kenang budi, Kata umi: Biar lah gaji kecik, tapi ingat jasa mak bapak. Meleleh air mata aku.

Aku terharu. Aku tau. Even aku tak dapat Ijazah kelas pertama. Umi tetap bangga dengan aku, sebab impian dia nak aku ada degree. Masa aku dapat offer untuk further degree, umi lah orang paling happy. Aku rasa , satu kampung dia nak canang. Umi selalu pesan, "Grad on time" tapi masa yang sama, jaga pointer . jangan terbabas bawah dari 3. Nasib umi tak tau yang satu semester aku terbabas. Kalau dia tau , mau lah dia bebel tak cukup telinga nak dengar. haha. 

Tapi tu lah umi. Nature seorang mak, mana boleh di pisah kan dengan membebel kan.

Aku memang tak reti tunjuk yang aku sayang umi. Tapi aku nak umi bangga dengan apa yang aku dah usaha kan. Love u.

Tuesday, December 15, 2009

Sempena hari IBU ..






 
 
Entry ni adalah REPOST. Posting date 15/12/2009. Aku repost balik entry ni sempena hari ibu beberapa hari lagi kan. Sampai sekarang aku still mencuba untuk close dengan umi sebaik mungkin. Hargai ibu sementara dia ada. SELAMAT HARI IBU UMI. SELAMAT HARI IBU MAK. I LOVE BOTH OF YOU.
 
 
 
salam readers, malam ni tiba tiba nak sharing dengan kamu kamu semua pasal mak.Lya plh pasal ni sebab umi Lya baru je accident tadi.Yea,tak teruk sangat.Tapi accident tu buat Lya sedar yang kita kena appreciate masa mak kita ada.Try korang imagine,baru tadi korang dok bergelak ketawa ngn mak korang, then lps beberapa ketika korang dpt berita mak korang dah xde. apa perasaan korang?? wooooo..
 
. Lya hampir heart attack dengar umi accident tadi.Nasib baek kereta yg langgar umi tu bertimbang rasa.Hantar umi g klinik,lepas kena inject dan ambil ubat dia hantar umi balik rumah.Umi kena langgar time nk pegi surau.Dia dah lewat nk solat maghrib.Kuasa Allah,kereta tu tak perasan motor umi agak nya.kecian umi kena hempap dengan motor.nasib baek tangan dan kaki je yang luka
.Tapi ttp xsanggup umi sakit mcm tu.sedih..sigh.. Lya tkt.. sbb lya selalu gaduh dengan umi..selalu xdgr apa yg umi ckp..selalu lawan ckp umi. bukan ank yg baek..sedang kan umi hanya ada lya je.Anak yg degil.. Lya jugak tak close dengan umi..susa nk close dengan umi..n lya jrg tunjuk lya syg umi..
tapi berbeza dengan papa, Lya close dengan papa, may be anak perempuan close dengan ayh agk nya.. Lya lagi dengar ckp papa..kalau papa ckp tak payah.Lya ikut je.. tak adil kan.. kecian umi.. starting from tonite,Allah da bukak mata Lya.. yang Lya tak kuat kalau hilang umi.
.
ada satu kisah.. yangg still dalam ingatan Lya sampai sekarang..
 
hari pertama register di KOLEJ SHAHPUTRA.. time diberi taklimat dalam auditorium.. orang yang bagi taklimat tu suruh cari mak masing2... pegi peluk mak masing2..show ur love to ur mother kata nya.. so, memasing busy cari mak.. umi berdiri tak jauh dari Lya..Lya tak payah susah susah cari dia di tengah orang ramai.. tapi Lya tak pegi pelok & kiss pipi dia pun. Lya pandang & macam speechless, tak tau nak buat apa. Lya pandang orang lain sibuk peluk & kiss pipi mak masing masing. Sampai tahap macam tu lya tak reti nak tunjuk yang lya sayang umi. Demi Allah. Sumpah Lya sayang umi. Tapi lya kekok. Lya tak tau macam mana nak cakap yang lya sayang umi. sampai sekarang Lya masih belajar. 
 
kenapa Lya sekurang ajar tu kat umi. even Lya anak tunggal..tapi umi tak manja kan Lya mcm tu.. Lya dibesarkan dengan disiplin..no manja manja yang melampau.. papa aje yg manja kan Lya .. sebab tu Lya rapat dengan papa.. tapi.. mulai sekarang.. Lya nak manja dengan umi puas2.... Hargai sementara dia masih ada... luv u UMI...

Monday, December 7, 2009

kamu reti ke??

Salam,

Macamane dengan hari anda??Lya kat umah ni macam biasa la.Habiskan masa dengan on9 je la.kelik2 nuff.thanks ye pd yg datang kelik mengelik sampai lebam tu.Kalo ade yg lya trtinggal nk kelik korang nya nuff balik tu sorry sangat2.Broadbnd ni kdg2 kalo dtg lembap die..mak aih,nk loading satu2 page tu ambik mase setengah jam.

Jarang rase nya lya update blog mlm2.Tapi mlm ni rase nya nk update cite yg da lame tertangguh.Lya tertarik nk share ngn korang sal bahasa isyarat..Korang reti??Lya ni name je ade kazen2 yg kurang pendengaran n bisu.Tapi sepatah hrm lya xreti nk guna bahasa isyarat ni.Time kecik2 dulu ade gak lya belajar ngn EMA ni,tp belajar kejap lya da lupe.nk hafal ABC pn jenuh gak.Lembap thp gaban la org ckp.Buku bahasa isyarat ni pun blh thn tebal gak.kalo belajar btl2 confirm blh pandai.samada nak ngn tak nak je.ANDA cmane??

Tak rugi rasa nya kalau kita belajar kan bahasa isyarat ni.boleh dijadikan satu kelebihan kalo nak mintak keje kt mane2 nanti.bukan setakat pandai bahasa asing je.silap2 haribulan blh jd translator kt tv1 tu.hehe..tapi lya ni perlukan masa nk belajar.sebab kureng minat.so,korang kalo bermnt.blh beli buku je.Lya suke tgk ema gune bahasa isyarat kalo nk berinteraksi dengan adik dan abang2 die.best..cepat aje.kalo org tengok die,silap2 haribulan org ingat die pun bisu gak.Tapi die normal aje.pe kate kite layan gmbar ema time die ber video call ngn adik die gune bahasa isyarat.. yea,seronok mmg seronok ye ko bervideo call ngn adik ko.tapi yg plg seronok ko gune tepon aku..n xpsl2 de org yg marah aku sbb bil melambung.ades..

okeh,Mau g mengelik2 lak

Nota tangan : Takziah pada keluarga mangsa tragedi di kb mall.Ngeri sangat lya tgk gmbr2.Bak kate umi lya,Driver tu gedebe.hehe.umi2..de sape2 nk tgk gmbr? http://kb-mall-runtuh.blogspot.com.ni pun Mr Razman bagi link.Byk blog yg post n3 sal tragedi brdarah tu hr ni.so,korang blh g trjah.

Saturday, December 5, 2009

Orang kawen kite pun nk kawen..

Hye..

Tenggelam timbul je lya ni kan.asyik malas nk update blog je.actually not in da mood sangat.lagipun last 2days broadband kena block.so no tenet2 ni.Lagi la kebosanan melanda sangat2.Pasrah je la.Nsb baek 2 hr.Kalo seminggu cmane.adess.Mau nye meroyan rase hdp..

N3 kali ni mau cite sal kenduri kawen lagi la.bosan yek asyik bace sal kenduri je..hehe..da sekarang ni musim org kawen kan.cite je la sal org kawen.Lagipun ni my aunt yg kawen.

Hari tu de sape tnya..lya asyik pegi kenduri kawen org jek..lya bile lagi ek??haha.tergelak je lya bace.Neway,mude lagi kan nk kawen..nk rase life jd single ni puas2.once da kawen t.semua bnda kena minx permission dr husband dlu.lagipun, da jadi bini org ni,byk bnda yg kite kena jage.Maruah husband pn kena jage.so,prefer jd single je dlu.Tp jodoh tu kan ditangan Tuhan.Kalo Dia da tentukan jodoh lya awl.kawen je la..haha..bajet sng cite la tu kan.well,Lya de impian perkahwinan lya sndri.so,kalo kawen awl2,nk gune duit sape??duit parent??xhabes2 nk susa kan parent.??

Kalo blh bia la lya gune duit lya sndri..Lagipun kawen ni bkn nye tuk sehari due.so kalo blh nk la special sket.Paham2 je la special tu cmane ek.Lya nk every single things nanti cantik n mengikut taste lya.ades,sape yg jd future husband nanti kena la brsabar yek.kena la berhabes duit sket.hahah..ade berani??

eh..mcam tersasar lak dr tujuan utama,nk menempek gmbr sekitar majlis my aunt tu. Start ngn muke bdk sememeh ni,teman aunt g akad nikah kt masjid.Paksa EMA pegi skali.eh silap,EMA yg pksa lya pegi la.lupe lak.ingat kan mls pn nk pegi.tu yg muke selebet gitu gaye tu.tapi tempek je la kat sini.korang asek tgk muke lya yg bermake up je kan.tgk la plak muke yg togel without make up..for me ..mmg sangat trk kalo xmake up.Redha je la lya.
sempat bercamwhoring bersama2 bdk sengal ni..
My aunt yg simple.Dia mmg jenis yg xsuke make up.Rimas kate nye.die gak la feveret aunt lya.sebab die jenis xsombong compare ngn aunt2 yg laen.mase org make up kan die tuk akad nikah pn die da cam patung da..sbb xbiasa pkai lipstik..bgs btl cik pah ni..siap ckp ag.."cik pah mane biase la pkai lipstik ni.biase pkai lipice yg bape hinggit tu jek"
Pelamin nye xbape nk simple lak..ades..i xsuke coz crowded sgt..
Kepala cameraman ni pn nk masuk gak..i ni kan pendek..xleh nk ambik gmbr tinggi sket.so trpaksa la bg kepala cameraman nampak gak..
orang len potong kek..die potong pulut..pulut pn pulut la..
cium jgn xcium cik pah..hehe..
Hantaran pn sangat simple jek..
my aunt2..n kazen..oh my aunt lebih krg sebaya je ngn lya nye..yg bongsu tu pun lgi mude dr lya..
family mak ngah.umi ngn papa hlg mane ntah mase org dok sebok2 brgmbr..mase ni la nk ambik gmbr family.tp dorang saje je menghilang kan diri..
okeh.tempek muke dri sendri lak.
anak sepupu lya..syaza izzati..comel sgt..jd baby sitter je manjang hr tu..mak2 nye masing2 bz dok bergambr..ank terbia
tengok mate die..bulat..hish.geram tol ngn bdk ni
xhabes2 enterframe muke sndri kan..haha..hobi lor.ni mase nk hantar aunt ke umh mentua die lak..baru td jek..
oh tdg sangat serabai time ni ..baru trun kete jek tarik cik pah bergambar da..
okeh.satu lagi n3 yg penuh dengan gmbr settle..