Showing posts with label rayyan. Show all posts

Esok Balik Jumpa Keluarga


Salam semua.

Insya allah, esok naik flight dalam tengah hari dari miri ke kl dan sebelah malam naik bas sampai ke kb.

Dalam keadaan suasana tidak menentu, pakat doa semoga perjalanan ambo dan kawan² semuanya selamat.

Rindu nak lihat keluarga tercinta di kampung sana. Ditambah pulak, cuti ni adik lelaki ambo kahwin.

Doakan² lah. Semoga sahabat² juga baik² saja time cuti nanti. Kita pakat² jaga kesihatan. Bye.

Makin besar dah Rayyan

Alhamdulillah, makin sihat anakanda no 2 ni. Banyak karenah nakal dan lucu setiap hari yang dia buat.

Semoga adik sentiasa dalam lindungan Allah.

Senyum sikit dik!

Rayyan pagi ini naik kereta nak ke pasar borong bersama dengan ummi dia serta Tok Ma.

Musim hujan dah di kelantan sekarang ni.

Tidak tahu siapa lagi, masam saja muka adik tu. Senyum sikit dik, baru murah rezeki.

3 minggu lebih kurang lagi untuk balik kampung. Insyaallah kalau jadi akan buat majlis aqiqah adik.

Titipan Di Airport

Alhamdulillah, tempoh cuti selama 3 hari yang diberikan diisi dengan palbagai aktiviti keluarga yang penuh makna.

Anak-anak nampak gembira tetapi beberapa permintaan mereka tak sempat dipenuhi sebab masa yang sangat terhad. Alahai Rayyan sangat aktif dan nak kenal semua benda.

Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan sahabat handai yang mendoakan keselamatan dan kelancaran ibadah haji kedua ibu bapa ambo.

Mereka berdua sangat bersemangat dan alhamdulillah sihat. Banyak cerita yang Allah nak tunjuk kuasa berlaku semasa di sana.

Dalam cuti dapat masuk kawasan jeli, tidur kat sana 1malam. Orang kata masuk jeli selepas tok pa umum keluar umno, nampaknya kedai kopi sana hangat dan kita tunggu lah apa kenyataan tok pa pada orang jeli. Kenyataan bersurat hari tu tinggi sangat ayatnya 😀.

Sekarang dalam perjalanan ke Miri dah.

Tok abah Tok we melawat Rayyan

Alhamdulillah, hari ini tok abah dengan tok we melawat baby rayyan di tanah merah.

Siap bawa bekal lagi. Terima kasih tok we tok abah. Jumpa tahun baru cina nanti.

Alkisah minggu pertama



Minggu pertama selepas cuti sebulan, penat sikit nak cari timing dan sesuaikan dengan jadual kelas.

10 orang cikgu tak cukup, banyak lompang nak kena tutup tu.

Apa² pun mengajar budak² tidak diabaikan.

Tahun ni di beri tingkatan 1, 2, 4 dan 5. Semoga allah kuatkan semangat dalam kerjaya ini.

Ting 1 dalam minggu orientasi, nampak bersemangat. Weh, anak bini dok jauh! Teringat weh!

Pasar Minggu Wakaf Bharu



Tunggu ummi dalam kereta saja sebab hujan. Nak cari baju budak untuk muiz dan anak² sedara di tanah merah.

Buat apa yang orang sekeliling gembira.

Ultraman Muiz



Awal bangun pagi ni. Nak bawa rayyan ke klinik becah laut.

Rayyan geng topi



Tunggu ummi dalam kereta

Trowback time g kl hari tu.

Muhammad Rayyan



Budak baru bangun tidur ni, kepala pening lagi