Showing posts with label agama. Show all posts

Baju Hitam



"Orang kata, pakai baju hitam tak nampak kotor ."

"Begitu juga dengan hati, bila hati hitam buat dosa pun rasa tak bersalah."😔

Istighfar.

Astaghfirullahala'zim.

Bersama Ustaz Don



Alhamdulillah, pagi ni dapat bersama Ustaz Don Danial bersama-sama guru Islam bahagian Miri.

Teman Alam Kubur?



Semoga ampunkan segala dosa dan kesalahan kami sekeluarga.

Di Mana Anak Kita Sekarang?



Jom amalkan. Semoga allah memelihara keluarga kita setiap masa.

Kenali Pejuang Al Qassam



Semoga allah memberkati perjuangan rakyat palestin dan seluruh umat islam.

Waktu Mustajab Doa



Semoga kita perbanyakkan lagi doa untuk ahli keluarga dan ummat islam yang lain.

Jom Amalkan



Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, tuhan yang haq!

Memohon Hujan?

(Laa ilaaha illaaLlah, yaf’alu maa yuriid. Allahumma AntaLlahu laa ilaaha illaa Antal Ghiniyyu wa nahnul fuqoroo-u, anzil ‘alainal ghoitsa waj’al maa anzalta lanaa quwwatan wabalaghon ilaa hiin)

Keterangan:

Doa ini diambil dari hadits riwayat Abu Dawud yang dibaca oleh Rasulullah ﷺ ketika Solat Istisqa’ (solat minta hujan).

.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

Tazkirah Jumaat 21.2.2014

KEUTAMAAN SEDEKAH PADA HARI JUMAAT.

Sedekah pada hari apa pun sangat utama. Namun, khusus pada hari Jumaat, Allah memberinya pahala “lebih”, apalagi pada bulan Ramadhan, hari Jumaat merupakan hari yang utama dalam Islam, lebih utama lagi hari Jumaat dalam bulan Ramadhan. Ada gabungan keberkahan dari keduanya – Jumaat dan Ramadhan.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab. Bila seorang hamba muslim melaksanakan solat dan berdoa kepada Allah nescaya akan dikabulkan…” (Muttafaqun ‘Alaih)

“Sesungguhnya sedekah pada hari Jumaat itu memiliki kelebihan dari hari-hari lainnya. Sedekah pada hari itu dibandingkan dengan hari-hari lainnya dalam seminggu, seperti sedekah pada bulan Ramadhan jika dibandingkan dengan seluruh bulan lainnya.” (Ibnul Qayyim, Zadul Ma’ad)

“Dan sedekah pada hari itu (Jumaat) lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (HR Ibnu Khuzaimah, Mauquf Shahih). Wallahu'alam.