ENTRY-ENTRY BARU..JOM JENGUK

Tuesday, February 18, 2014

Pengambilan EKF di awal kehamilan dan turun rahem

 

pada 7hb Mac 2013 pukul 9.39 pagi
Assalamualaikum ....sy nak bertanya , jika sy dah buat pregnancy test...dah ada nampak jalur tp agak kabur...ada kawan kata +ve pregnant....kitaran haid bulan nie agak lewat sedikit bbrp hari dr tarikh sepatutnya dtg haid. smlm ada keluar darah dan sehingga kini masih ada....2 tahun kebelakangan nie sy sering mengalami kencing x lawas...3 bulan lps sy berurut dan dia maklumkan pd sy peranakn turun mungkin krn sy kerap mengangkat brg yg berat. persoalannya, setelah sy baca khasiat produk EKF dr UTM ...sy berminat nak cuba makan....tp boleh ke sy makan dlm waktu nie...sy x pasti sy mengandung @ tidak....boleh makan sewaktu mengandung @ sblm mengandung ? Dan minta jasa baik Dr. jelaskan penyakit yg sy hadapi...adakah perlu sy berurut dlm keadaan begini utk naikkan peranakn @ bagaimana ?Jazakallah.


Dr zubaidi:  Sebenarnya cara terbaik untuk pengesahan kehamilan menggunakan UPT ilah dengan melakukannya 14 hari dari tarikh sepatutnya datang haid, atau 42 hari (6 munggu) dari tarikh hari pertama haid bulan terakhir. Jika puan mengalami masalah jalur yang berkabur, puan boleh uji semula selepas seminggu.

EKF tidak menyebabkan keguguran di awal kehamilan. Keguguran di awal kehamilan sebenarnya disebabkan oleh janin yang lemah akibat percantuman ovum atau sperma yang kuarang berkualiti. Dibimbangi apabila seorang mengambil EKF dan pada masa yang sama berlaku keguguran, ada pihak yang menyalahkan EKF , pada hal sebenarnya ia berlaku akibat janin yang lemah ini.

Bagi mengelakkan kekeliruan ini, saya sendiri meminta wanita yang hamil tidak menggunakan EKF, kecuali di akhir kehamilan bagi tujuan memudahkan proses kelahiran. Setakat ini belum ada kajian klinikal yang membuktikan bahawa EKF menyebabkan keguguran pada wanita hamil.


Kesimpulannya, EKF tidak menyebabkan keguguran tetapi diminta tidak menggunakannya bagi kekeliruan ini.  Berurut membantu sedikit mengangkat peranakan untuk wanita yang mengalami rahem turun (prolapse). Namun oleh kerana rahem berada di dalam abdomen/pelvis, maka sukar bergantung kepada urutan saja. Saya mencadangkan puan mengamalkan EKF jika prolapse puan di tahap yang ringan

https://www.facebook.com/notes/ekstrak-kacip-fatimah/pengambilan-ekf-di-awal-kehamilan-dan-turun-rahem/438807049532798


 
Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI
 Kalau berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM:
ILA-0173201998 (msg/wasap/call)

Thursday, February 6, 2014

Koleksi testimoni Ekstrak Kacip Fatimah UTM

Salam
Sebelum saya teruskan entri nie hanya syukur Alhamdulilah je yang boleh saya ucapkan. Saya makin percaya kini setiap yang berlaku ada hikmahnya. Disebalik dugaan Allah dengan keadaan kesihatan Adlan Khairy yang tak menentu sejak dari dalam perut sehingga lahir.. Allah uji saya sehingga sampai satu tahap air mata keluar mengalir sendiri tanpa saya menangis.. Macam tue sekali sengsara tengok anak dengan bibir lebam tak cukup nafas.. 

Dengan keadaan Khairy yang macam tue saya memang tak boleh nak berpantang dengan sempurna. sehingga diri saya sendiri tak sihat luar dan dalam.. TAPI kini saya nampak hikmahnya.. Kerana keadaan yang tak sihat tuelah saya carik penawarnya.. Ye memang saya boleh jumpa doktor.. panggil tukang urut.. tapi bila? Saya ke hospital berulang-ulang kali hanya untuk Khairy. Nak panggil tukang urut dengan kita yang asik duduk tepi anak.. tak adala...

 Saya pun tak bagitau en papa..kesian tengok en papa yang terkejar uruskan anak-anak yang lain..uruskan saya..Khairy lagi..keja lagi.. Itupun both parents dah banyak sangat tolong.. jadi saya hanya diam..cuma selalu berdoa semoga Allah beri jalan untuk saya jumpa penawarnya.. Sehinggalah saya yang memang mengikut blog Dr.Zubaidi terbaca satu artikle mengenai masalah saya.. saya rasa itulah masalah saya.. bila Dr Zubaidi syorkan "masalah" macam saya cuba amalkan Ekstrak Kacip Fatimah(EKF) keluaran UTM.. saya tawakal dan terus beli.. senyap2 tau..tak bagitau en papa pun. Alhamdulilah beransur sembuh dan sekarang rasanya macam dah baik terus.. Camanapun saya tetap akan jumpa gynea untuk kepastian.. Testimoni saya di lain entry ye.. Boleh tunggukan? Saya nak carik balik artikel Dr Zubaidi berkenaan "masalah"saya tue..

Dan hikmah dari segala dugaan yang Allah beri nie rupanya Allah juga nak bagi saya rezeki sampingan.. Alhamdulilah sangat..bagai tak percaya saya dah berjaya jual 40 botol EKF. Sebulan untuk stok pertama sebab saya tak dapat nak buat apa2 sangat sebab masih tumpukan pada anak-anak. So amik sebulan untuk habiskan 20 kotak. Lepas tue saya restok lagi 20 kotak.. Ya Allah sangat tak sangka seminggu je habis! Dan atas sokongan dan dorongan mak ..Dan support en papa yang bagi saya modal saya restok lagi. Kali nie 50 kotak terus! Tak mo kelam-kabut bila stok habis macam kali pertama dan kedua tue..

Dan saya sangat happy bila saya tanya kat mana customer saya dapat contact saya? Rata-rata cakap dapat contact saya menerusi blog kecil nie.. Mereka baca entry saya tentang EKF.. Alhamdulilah.. blog nie memang beri saya rezeki..walau kecil pada sesetengah orang tapi besar untuk saya..contest..penulisan.. dan terkini EKF.. alhamdulilah..ok dahlah ye intro pun dah macam satu entry hikhik.. meh kita baca testimoni customer-customer saya
 
Kita mulakan dengan testimoni Puan Z ye.. Nie customer saya dari Brunei. Untuk yang mungkin tak pernah terbaca artikle yang EKF membantu proses penyembuhan cyst.. cyst ada pada breast & dalam rahim. Saya pun tak pernah tahu tapi customer yang bagitau saya.. Tapi cyst yang pada peringkat awal..cyst yang saiznya  kurang 3cm. Kalau lebih memang kena operate untuk buang tau.. Jangan simpan pulak.. Nanti saya jumpa artikle Dr Zubaidi tue saya share ye..

Memang dalam pamplet ada nyatakan EKF membantu melangsingkan badan & menegangkan otot2 tapi belum ada lagi customer yang rasa perubahan dari segi itu.. Ini testimoni customer yang pertama yang mengakui EKF membantu melangsingkan badan! ..mihmihmih..yess boleh kurus!!

Puan Z juga akui EKF  menambah stamina (saya sendiri merasakannya)
Puan Z nie pun berpendirian macam saya.. hal peribadi suami isteri adalah rahsia dan bukan utk dikongsi dengan umum ..tapi paham2 sendirilah :)

TQ sangat kat Puan Z sebab bagi detaillllll testimoni.. Nanti kalau cyst dah ada perubahan kongsi ye..

 
 Testimoni kedua adalah  Puan L. Masalah Puan L periodnya datang hanya 3 hari dan sangat sedikit. Jadi perempuan mestilah nak yang normal 7 hari dan kuantiti darah yang keluar tue dalam keadaan normal. Alhamdulilah sejak makan EKF ada perubahan pada period yang mengembirakan Puan L
 
Puan S nie cuma tunjuk thumbs up.. Senang citer hal suami isteri. Tak boleh nak komen lebih2 :)

 
Alamak terdelete terus nama customer nia haha. Kita panggil akak jelah.. Dari akak nielah baru saya tahu EKF membantu proses penyembuhan cyst.. Dan dari akak nie jugak saya tahu yang cyst juga merujuk pada breast.Ingat dalam rahim je ..Akak nie memang dah makan EKF sebelum beli dengan saya lagi. Sebelum nie katanya adik dia yang belikan.. So sekarang dia beli dengan saya.. Alhamdulilah..

Kesimpulan dari testimoni dari customer-customer di atas ialah:
 EKF membantu melangsingkan badan dan menegangkan otot-otot, menambah stamina dan membantu proses penyembuhan cyst, memperbaiki masalah kitaran haid dan memperbaiki hubungan suami isteri.

Nak baca pelbagai INFO tentang EKSTRAK KACIP FATIMAH?
 Anda boleh pilih pelbagai entry. KLIK SINI


Berminat untuk mencuba Ekstrak Kacip Fatimah keluaran UTM? 
Contact ILA-0173201998 (msg/wasap/call)