folooo...

Memaparkan catatan dengan label Tin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tin. Papar semua catatan

10 Disember 2011

Nak pakai kasut ke nak makan coklat.......??

Sepasang kasut but,satu jantan dan satu betina.
Packing tin yang disumatkan kedalamnya 2 peket kecil coklat m&m.Corak yang meraikan musim salji Hari Krismas.Terbaru dari coklat m&m kot?

08 Disember 2011

Packing terbaru dari Oat Krunch......

Mula-mula tak perasan tin ni sebab letak kat rak paling bawah sekali.Tengah mata melilau tengok barang tu terpandanglah tin Munchy's ni.Tak percaya juga betulkah biskut Munchy's ni.Rupa-rupanya memang betul.

Kalau gitu ini memang yang terbaru dari Munchy's la.Sebelum ni biskut oat krunch ada bagi 'beg shopping sabtu' dengan pack lembutnya.Oat Krunch Munchy's dah buat penukaran pack kepada tin pulak.Ha ha ini sudah baiiiik!
Bila diteliti aku hanya nampak ada 3 corak tin ni.Corak bunga seperti yang nii,corak gelang bulatan seperti polka dan corak love.

Walaupun packing baru dari Oat krunch tetapi sebab dibuat daripada tin aku tak teragak-agak menyambarnya tambahan designnya sangat cantik.Tak peduli apa jenis biskut yang aku ambil,yang aku tengok designnya sahaja.
Sampai kat rumah baru tengok yang aku ambil biskut cokelat hitam.sedap juga biskut ni ya?

15 Januari 2011

Tabung Duit sempena Raya Cina dari Munchy's

Strategi perniagaan yang sangat cerdik dan efektif.Kegunaan secara sekual(berturut) seperti 2 dalam 1.Sebagai pembungkusan biskut untuk pasaran dan tabung duit selepas biskut habis dimakan.
Tabung duit Edisi terhad keuaran Syarikat biskut Munchy;s yang dinamakan 'Munchini' ini tingginya lebih kurang dalam 1 kaki dan diameter lebih kurang 3 inci.
Baru beli semalam dan biskutnya sudah diratah anak-anak tidak sampai 1 hari.Anak-anak aku memang berselera makan.....he he he mcm bapanya juga..

11 Januari 2011

Tin Edisi Terhad Rokok SAAT

Tin rokok SAAT ni diberikan oleh bapa semasa balik kampung cuti sekolah hari tu.Oleh sebab dia tahu aku suka kumpul macam-macam benda lama terutama yang edisi terhad maka diberikan tin rokok SAAT ni kat aku.Keadaan tin ini masih cantik sebab ia baru dikeluarkan pada bulan Julai tahun lepas.




 Berbeza dengan tin yang dulu yang diperbuat dari besi semata-mata tapi tin ini dibuat dengan cantuman besi dan plastik.Designnya lebih anggun dan elegan.Ada ciri-ciri eksklusif  dan global.kira boleh lawan la dengan rokok-rokok jenama antarabangsa.Aku bukan nak berbangga dengan jenama rokok Malaysia ni tapi aku lebih fokus pada pembuatan tin ini bukan rokoknya.Pada pembuatannya tin ini  disertakan sekali penjelasannya tentang 'keistimewaan' dan kehadiran rokok ini dipasaran.Sila baca sendiri ya!



 Cara bukaan tin yang berbeza dengan edisi tin besi terdahulu.
 Semua syarat-syarat pengiklanan telah dipatuhi oleh Syarikat rokok ini.

Kalau nak tengok perzeaannya dengan tin edisi terdahulu lihat sini 

27 September 2010

Tin bekas cendawan kering

Jenama 'Premium Gold'

AMWAY MALAYSIA
Bekas tin cendawan kering siap dimakan keluaran 'PREMIUM GOLD' dan dipek untuk AMWAY MALAYSIA dikeluarkan pada tahun 2000.Tak tahu pulak sekarang masih ada dikeluarkan lagi atau tidak.

24 September 2010

Tin Mini Edisi Terhad Lipton





Akhirnya cukup sudah set untuk tin mini edisi terhad jenama teh LIPTON.Pengumpulan selama 2 bulan,hanya satu kedai sahaja yang ada menjual pek teh Lipton tin mini ini.

Lain-lain link untuk tin ini :-
http://spallanpunya.blogspot.com/2010/07/tin-lipton.html
http://raslibotoloren.blogspot.com/search/label/LIPTON

23 September 2010

Tin Cokelat Almond Vochelle

gambar 'design' tin terkini (gambar dari internet)
tin simpanan aku,dapat macam ini belum dibersihkan lagi.(tanda hitam bekas salotape)
sebelah dalam tin
tiada cetakan belakangnya berbeza dengan yang baru.
Tin ni sebenarnya hadiah hamper hariraya antara tahun 1997-1999,aku pun dah tak ingat.
'Design' tin ini adalah yang lama dan aku pun tak pasti dah berapa kali designnya ditukar.Yang terbaru adalah seperti gambar yang pertama.Aku pun jarang makan coklat jadi tak mengikuti sangat perkembangan pasal pembungkusan cokelat ni.

Sekarang dah ada tin,mungkin lain kali aku suka kot? Apa yang pasti anak-aku pantang nampak cokelat,memang suka sesangat.
Bagi peminat/pengumpul tin yang lain, layaaaaan!!!

16 September 2010

Tin Rokok SAAT jenama Malaysia

'SAAT' (Belilah Barangan Buatan Malaysia) tapi yang ni aku tak rekomenkan


Hasil beraya sambil 'menjember' kat rumah bonda maka dapatlah 2 biji gelas dan 1 tin rokok SAAT.
Sebenarnya ada 2 tin rokok SAAT ni tapi satu lagi tak dapat ambil kerana orang lain punya yang tertinggal bersama sedikit duit didalamnyaTakkan lah aku nak sapu orang lain punya, kan?.Tuannya pun tak datang-datang ambil tin ni,dah berbulan-bulan tin ni tersadai kat rumah bonda.Takpa lah sekurang-kurangnya aku dah ada satu.

31 Ogos 2010

Tin Edisi Terhad


Ukuran 18cm(P) X 15cm(L) X 7cm(T)

Pandangan bawah tin

Tin Edisi Terhad dari Lipton ini aku dapat pada penghujung atau awal bulan Julai 2010.Pembelian Teh Uncang Lipton Yellow Label 100 uncang yang disumbat ke dalam tin ini dibeli di Pasaraya Econsave cawangan Pasir Gudang.
Nasib aku agak baik kerana semasa hendak membeli teh ini hanya ada 1 tin sahaja kat rak dan aku pergi pun dah agak terlewat dari promosi.Menurut jurujual kat pasaraya tersebut tin ini dah macam goreng pisang panas.Aku cuba juga pergi ke pasaraya dan kedai lain,memang stoknya dah habis menurut tokey kedai tersebut yang ada hanya promosi teh buahan dan yang biasa.

Aku memang pengemar kopi dan teh sejak dari dulu.Sebelum ini aku minum teh BOH.Sekarang dah bertukar ke Lipton.
LIPTON ada kepuasan bila meminumnya.....ewaaah! macam pelakon iklan  la pulak!
pelakon iklan tak berbayar!!........he he he..Terima kasih LIPTON!














Related Posts with Thumbnails