folooo...

Memaparkan catatan dengan label Pinggan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pinggan. Papar semua catatan

28 Februari 2012

Ceria dengan Mamee....

Makan Maggie di pinggan Mamee.Kecerian terserlah dan selera pun terbuka maka perut kekenyangan..Burp!...Burp!Alhamdulillah...

11 Mei 2011

Pinggan LEXUS

 hanya 3 dari 4 design dapat dikumpul,design 'family' tak jumpa sampai hari ni



Pembelian yang berbaloi,dengan sebungkus biskut LEXUS keluaran terbaru yang beharga RM4.99 maka dapatlah sebiji pinggan ini .Promo biskut terbaru LEXUS perasa coklat,cheese,blakcurrant dan peanut.

30 Mac 2011

Pinggan 8" seasons dari DARLIE

Pinggan seasons dari Darlie ini dengan pembelian ubat gigi Darlie 175g.Ada 4 pilihan untuk dikoleksikan.Bertemakan 4 musim spring,winter,summer dan autumn.Aku hanya sempat kolek musim spring (ungu) sahaja sebab promo ni memang dah lama berlalu,kalau tak silap bulan Ogos atau September 2010 yang lepas.Aku membeli 2 kali ubat gigi ni tetapi kali kedua tak dapat free gift ni sebab stok sudah habis dan digantikan dengan mangkuk kaca.
Kalau dilihat pada sekarang promo Darlie yang masih kelihatan adalah promo mug dan pinggan Snoopy,pinggan leper 8" bunga lily dan mangkuk.
Pinggan dan sebahagian mug Snoopy tu aku belum dapat lagi.


18 Mac 2011

Pinggan 8'' dari sabun basuh DAIA (wings)

Sepertimana koleksi En.Ahmad Tahir aku juga ada kumpul koleksi pinggan dari sabun basuh Daia.Koleksi aku tidaklah sebanyak koleksi En.Ahmad Tahir.Banyak lagi design yang belum aku jumpa.Sememangnya koleksi pinggan Daia En,Ahmad Tahir cantik-cantik.Sehingga sekarang free gift ini masih ada lagi di kedai-kedai.
Aku suka guna sabun Daia kerana kain basuhan tidak berbau hapak walaupun dijemur di tempat teduh semasa hari hujan.Kadang-kadang bila tempat jemuran dah penuh terpaksa biarkan kain basuhan didalam mesin basuh sampai berhari-hari.

Info Syarikat Wings Grup Indonesia:-
Ditubuhkan pada tahun 1948 dengan nama Fa Wings.
Daia menguasai 30% pasaran sabun Indonesia.( Daia dilancarkan pada tahun 1997)
Jenama lain sabun keluaran Wings Grup adalah SoKlin,Wings Biru,Cream Ekonomi,Cream Dangdut, Giv, Mama Lemon dan juga Winn.
Berkerjasama dan membentuk syarikat  PT Lionindo Jaya Corp dengan Lion Corp (Japan) untuk memasuki pasaran barangan bayi,tisu,ubat gigi dan juga makanan/minuman.
Salah satu produk terkenal makanan adalah Mi Sedap.
Selain pengeluar bahan-bahan toiletries Wings Grup juga ada memasuki bidang perbankan ( Bank Ekonomi ), makanan, pertanian, bahan bangunan dan juga hartanah.



20 Januari 2011

Pinggan Makan Kaca Colgate 10''

Pinggan ni dah lama aku tengok kat rak di sebuah pasaraya,macam tak ada yang hendak je! Pinggan makan kat rumah pun dah banyak yang sumbing,tak elok dan tak selamat kalau digunakan.Jadi beli dan gantikan pinggan-pinggan kat rumah tu.Masa beli memang ada cukup-cukup 6 biji,jadi rembat semua sekalilah.Memang dibeli untuk diguna sambil-sambil mengumpul free gift dari barangan pengguna kira menyelam sambil minum air...he he he..

Pinggannya memang sempoi dan cantiklah juga kalau dipandang lama-lama.Satu barangan 'free gift' dari Colgate yang agak lama juga.




04 Januari 2011

Pinggan Lauk Colgate 8''

mula2 tengok taklah menarik sangat,bila lama2 renung cantik pula cantuman warna biru dan coklat muda
sesuai sekali untuk pinggan lauk
deko buah anggur dan buaah.....ntahlah jambu ke epal?
Tengok pada corak ini macam pinggan baru.Memang pun ini pinggan baru tapi taklah betul-betul baru.Hasil memburu sessi petang di sebuah pasaraya.Bukan dengan pembelian barangan pengguna tetapi dari rak barangan peralatan dapur,kira stok lama la ni.Info mengenai pinggan ni aku tak pasti bila ia dikeluarkan dan dengan pembelian apa.Kenapa pula aku sanggup beli dan buat koleksi pinggan ni?
cop 'Colgate'
Ya rupa-rupanya ia adalah daripada pemberian percuma dari Colgate.Ada 6 keping semuanya dan aku rembat kesemuanya sekali,Setelah dibasuh dan dibersihkan maka nampaklah rupanya yang memancar-mancar.










21 Disember 2010

Pinggan Nescafe Classic 8"


Memburu santai barangan souvenir dari jenama produk-produk yang dikenali ramai terutamanya produk minuman dan makanan serta produk konsumer yang lain maka dapatlah beberapa barangan yang dihajati.
Salah satunya adalah pinggan Nescafe Classic yang kontemporari ini.
Dengan saiz 8" dan bentuk yang sama sepertimana pinggan Darlie cuma bezanya pada cetakan lukisan dan logo serta kontour diatas pinggan sahaja.Pinggan Darlie ada beberapa gegelang yang timbul di permukaan atas pinggan manakala pinggan Nescafe hanya licin.
Sebenarnya pinggan ini ada 14 biji semuanya tapi aku hanya ambil 6 sahaja untuk cukupkan set.Memang ada hati nak ambil semuanya sekali tetapi duit pula tak cukup sebab dah ambil barangan yang lain.








Pinggan Leper Darlie 8"

Ada dua pilihan warna bunga iaitu yang ini oren-purple dan biru.Sebenarnya aku tak biasa dan tak berapa suka guna ubat gigi Darlie,sebab dah teruja nak dapatkan pinggan ni maka belilah juga.Darlie selalu buat promo dengan hadiah-hadiah pinggan-mangkuk,gelas dan mug serta beberapa jenis barangan porcelain.
Pada masa sekarang ni Darlie ada buat promo Mug Snoopy dan mangkuk.
Bagi penggemar barangan Darlie memang tak putus-putus akan dapat souvenir dari Darlie,barangan yang dikeluarkan pun cantik-cantik.Kebelakangan ni je aku rasa berminat nak kolek barangan Darlie tapi........

Apapun kena dapatkan dulu souvenir tu,ubat gigi pikir kemudian.Mungkin boleh bagi mak-ayah kat kampung nanti.Selepas ni kena dapatkan yang satu warna lagi.Insya Allah.
Related Posts with Thumbnails