folooo...

Memaparkan catatan dengan label Mangkuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mangkuk. Papar semua catatan

16 Mac 2012

Mangkuk Kiss Me

putih polos dan bergelang perak,nampak tertarik menarik
Saiz sama sepertimana mangkuk Chesdale.Terdapat 2 dozen di rak.Hanya RM0.50 sebiji sahaja tapi ambil 2 dulu sebab banyak beli benda lain.Tak larat nak bawa dengan motosikal.Bila 'repeat' balik ke kedai selepas seminggu, mangkuk dah langsai..waduh!

02 November 2011

Mangkuk Nasi Tambah 9.25"

tambah nasi jangan malu-malu,nasi banyak lagi dalam mangkuk tu!Tak cukup warna biru, ada 3 lagi warna merah,hijau dan coklat tu.

03 Jun 2011

Mangkuk Seramik dari Darlie

Mangkuk ni agak ringkas dan seperti dibuat dengan tangan(agak je lah),pembuatannya agak kasar,tidak licin.Tiada lukisan atau lakaran warna yang banyak.Memang betul-betul simple tetapi agak berat dan ukuran diameter mulut adalah 6 inci.
Mangkuk ini memang sesuai sangatlah dengan masakan panas seperti sup,lauk berkuah atau maggi berkuah disebabkan ketebalannya.Free gift yang diberikan oleh Darlie ini rasa-rasanya pada akhir 2009 atau awal 2010.

23 Mac 2011

Mangkuk 5" CHESDALE

Minggu lepas ada membeli susu yogurt dari Dutch Lady untuk anak-anak,sambil tu beli beberapa barangan lain yang ada tawarkan 'free gift'.Jadi apabila pergi ke kaunter untuk tuntut 'free gift' rasa-rasanya ada terlebih la pulak.Kenapa ni?.............terpinga-pinga juga aku......dan bertanya.....''yang ni hadiah untuk apa?"......

Perempuan yang jaga kaunter tu kata beli apa-apa produk dutch lady akan dapat 'hadiah' dan tengah nak habiskan semua stok hadiahnya.Yang peliknya dia bagi aku mangkuk ni yang ada tanda nama 'Chesdale'.Aku pun malas nak tanya lebih-lebih.Apa yang orang bagi aku sapu je...yelahkan nanti kecik hati la pulak....he he he..
Bak kata Amy Search berbaloi memang berbaloi........alhamdulillah.,syukuuuur..
Tak tau pulak mangkuk ni promosi untuk beli produk apa...yang aku tau Chesdale yang keju keping tu tapi untuk keju keping biasa atau keju perisa coklat aku tak pasti.
Cantik juga mangkuk ni buat makan bubur.

11 Januari 2011

Mangkuk kecil 5" dari Fruit Tree Fresh F & N

Hasil korek sebuah pasaraya yang tak terkenal. ada lapan biji tapi aku hanya ambil 6 biji sahaja.Walaupun cantik tapi cara pembuatannya agak kasar sedikit.Kalau nak dibandingkan dengan free gift Darlie memang jauh sangat bezanya tapi disebabkan ia keluaran F&N aku teruja juga untuk mengumpulnya.Mana nak dapat lagi lepas ni,kalau ada lagi dikeluarkan selepas ni (kalu ada la) mungkin designnya dah lain.

Buat masa sekarang ni aku guna je mangkuk ni bersama-sama pinggan lauk dari Colgate dan juga pinggan makan jernih juga dari Colgate.

08 Januari 2011

Mangkuk Melamine Tweety


Mangkuk pemberian adik perempuan sebab dia dah tak perlukan lagi.Sebenarnya mangkuk ini digunakan sebagai bekas penyediaan makanan bayi(Nestum).Oleh kerana dia dah tak boleh hamil lagi( dah ikat ) maka mangkuk ini diberikan kepada aku sebab kami baru mendapat baby baru ( tahun 2006 ).Dari mana dia mendapat mangkuk ini aku pun tak tahu dan aku sendiri pun tak pernah tanya.
Saya suka mangkuk ni sebab kualitinya baik,mangkuk yang tebal dan tahan lasak.Yang paling penting kartunnya comel.

05 Disember 2010

Mangkuk Plastik Fernleaf

Dapat mangkuk ni pada bulan Oktober 2010 dengan pembelian susu Fernleaf 3 +.Kalau tak silap ada 4 pilihan corak untuk dikoleksikan,saya pun dah lupa.Saya hanya sempat kolek 1 sahaja sebab anak lebih suka susu Dutch Lady.Oklah juga daripada tak ada,boleh juga dibuat rujukan nanti.

Sedikit info tentang Plastik ABS:-
1. Sejenis termoplastik yang dinamakan ABS (Acrylonitrile-Butadienestyrene ) atau dalam bahasa yang mudah acrylic@akrilik.
2. Kelebihan bahan ABS ialah tahan panas sehingga suhu 240 darjah keatas,tahan lasak,murah dan ringan

10 November 2010

Set mangkuk dari Cereal Nestle

Akhirnya lengkap 4 biji mangkuk dari cereal Nestle.Yang paling susah cari adalah yang kaler coklat.Baru 3 hari lepas dapat setelah pusing kedai selama 2 minggu.Gambar pertama entrimkan sekali sudu dari cereal Nestle tapi kenapa tak sama ek!!?
Related Posts with Thumbnails