folooo...

Memaparkan catatan dengan label Julie's. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Julie's. Papar semua catatan

03 Disember 2011

....with compliments from Julie's

Bekas tisu dan barang kemas 2 dalam 1......with compliments from Julie's.Souvenier ni tidak diedarkan kepada customer tetapi 'penghargaan' untuk pengedar-pengedar dan juga  promoter-promoter biskut Julie's.
Aku dapat ni dari pemberian anak sedara yang bekerja sebagai stok controller di sebuah pasaraya di KB Mall.Semua mak sedaranya dapatlah satu seorang.

Diperbuat daripada kertas keras(kadbod) dan tombol laci dari besi.Ukuran sebesar kotak tisu tetapi tingginya lebih sikit kerana ada 2 laci dibawahnya yang boleh disi dengan butang baju atau barang kemas.

'Edisi Terhad' yang tidak dapat diperolehi dimana-mana kedai atau pasaraya.

08 Oktober 2010

Hero No.1 Malaysia

Hero No.1 Malaysia, mug versi pendek sedikit daripada yang bro iaryylr punya.Pemberiaan hadiah sempena ziarah hari raya tahun 2009 kerumah anak saudara.Anak saudara ni memang pengumpul tegar mug-mug souvenir,penuh satu almari besar dengan mug-mug bermacam jenis.Apa taknya dia bekerja di bahagian promosi barangan Biskut Julie's di sebuah pasaraya besar di KB Mall.Apa-apa mug yang keluar promosi di pasaraya tersebut dia yang angkut dulu.
Berbalik pada mug ni berapa design yang dikeluarkan aku tak tahu tapi apa yang aku tahu ada versi tinggi seperti bro iaryylr punya dan yang ni.Versi tinggi aku pernah tengok di rumah anak saudara,dia guna buat minum kat dapur....hu hu hu...( kes terlebih mug la ni...)
Related Posts with Thumbnails