folooo...

Memaparkan catatan dengan label Coca-Cola. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Coca-Cola. Papar semua catatan

12 Februari 2013

Tak Minum pun dapat...

Satu pemburuan yang tidak disangka mendapatnya.
 Disebuah kedai runcit pada pagi yang dingin.Hujan renyai-renyai menrenjis-renjis......aku dan kawanku menjalankan satu misi mengorek barang-barang koleksi.Sementara hendak membayar sempat berbicara dan bertanya...

Aku                : Aunty, itu dulang-dulang ada jual ke?
Aunty             : Lu mau ka?
Aku                : Yalah.
Aunty             : Itu dulang F & N ada.
Aku                : OK. keluarkanlah,kasi tengok.
Aunty              : Lu tunggu sekejap.
Aku                : Aaaah!
Aunty             : ini mau ka? ( sambil menunjukkan 3 kotak dulang Coca-cola )
Aku               : Ayya! tadi lu cakap itu F & N, takpalah saya mau semuanya.Ada lagi?Berapa harga satu?
Aunty             : Gua mana ingat maaa...ada 3 saja,sudah ada orang beli lor..tak mahal RM3 saja.
Aku               : Kalau ada lagi nanti bagitau saya ya.
Aunty            : Lepas raya la kalau ada nanti saya bagitau.

Kawan          : Nik, kau nak berapa?  (sambil menunjukkan dulang Coca-cola)
Aku              : Aku nak 2 kotak.Nanti lepas ni turn kau pulak...he he he..
Kawan         : OK! deal.

Setelah membayar kami berlalu dengan senyum sampai ke telinga.Hidup ceria dengan COCA_COLA he he he...walaupun aku tak minum Coca-Cola.
Pemburuan yang berbaloi-baloi..


07 Julai 2012

Set Gelas Coca-Cola McD Terhad..(special pack)

 Aku baru tahu semalam Coca-Cola McD ada keluarkan gelas edisi terhad Olimpik 2012 ni, dari link disini BLOG EDILELLY.Tapi aku tak dapat nak sambar kerana bajet sudah dibuat untuk perbelanjaan bulan ini dan tiada peruntukan tambahan yang ada.Mahu tak mahu aku kena buat ikhtiar lain untuk belanja tambahan.(gelas McD Coca-cola punya pasal.....).

McD bukan sahaja keluarkan 1 gelas terhad ni setiap minggu tetapi kengkawan kolektor boleh dapatkan 1 set penuh gelas ini dengan 'pek istimewa' yang cun-melecun.Memang menitis air liuq kalau tengok.
Cepat-cepat dapatkannya sebelum dapat kat orang lain.

Aha....cara nak dapatkannya:-
 1.Kena ada akaun Facebook dan 'like' page McDonald yang bertajuk 'The Ultimate Athlete'.

2.Sertai chalenge yang dibuat oleh McD.

3.Ikut arahan yang diberi sampai habis dan tunggu keputusan dari Page McD.
4.Tak payah beratur untuk beli burger McD untuk gelas tersebut.Dapat semua sekali pulak tu siap kotak.

Kalau ada sesiapa yang teruja nak join tu dan nak dapatkan set gelas tersebut silakan.

Jeng Jeng Jeng!  Inilah rupa set tersebut...cun tak?





>Kalau nak tengok jelas sila klik  gambar dibawah.



Note:- Peruntukan 7 Set gelas untuk setiap minggu.

17 April 2011

Coca-Cola Buat Hal lagi!

Pada 28hb.April ni akan berlaku perhimpunan orangramai di setiap kedai makanan segera Mc Donalds di seluruh Malaysia.Perhimpunan ini bukan berkaitan isu politik atau bantahan orangramai terhadap kedai McD tetapi gara-gara satu benda seperti didalam gambar di bawah









eh! macam nama coca-cola tapi apa benda ni?       



Ini adalah satu iklan yang dibuat oleh McD untuk melariskan burgernya pada hari tersebut dan minggu-minggu berikutnya.Mungkin gambar diatas belum begitu jelas apa kebendanya yang saya maksudkan.Mungkin juga ada yang sudah sedia tahu tentangnya.Takpa lah, info ini aku salurkan kepada yang belum tahu.

Kat bawah ni ada gambar yang menerangkan segala-galanya.




Sebuah gelas tin 'emboss' Coca-Cola akan diberikan PERCUMA kepada pembeli-pembeli set Burger 'Coca-Cola Glass Meal'.
Kondisi gelas yang berwarna-warni dari Coca-Cola ini sungguh cantik dan unik.Berbentuk seperti sebuah tin Coca-Cola tanpa penutup atasnya.Kaca gelas ini nipis,jadi mungkin sesuai untuk dipamerkan atau dikoleksikan sahaja.
Aku pernah tengok design gelas seperti ini sebelum ini.Gelas jernih yang pernah dikeluarkan oleh sebuah syarikat air haram beberapa bulan yang lalu.Info boleh tengok sini
Selama enam minggu berturut-turut gelas ini akan dikeluarkan kepada pennggemar-penggemar barangan Coca-Cola.
Jadi bagi penggemar-penggemar koleksi Coca-Cola dan peminat-peminat lainnya persiapkan diri anda sebab dari pengalaman lepas gelas Coca-Cola akan menjadi rebutan ramai sebab gelas Coca-Cola memang LIMITED EDITION.

Untuk maklumat lanjut sila  ke sini



17 September 2010

Gelas Coca-Cola McD World Cup 2010

set 6 biji gelas

hexagon box
cantik , tertarik, memang de boom

World Cup 2010 South Africa memang sudah lama habis dan mencipta sejarah yang tak diduga.
Banyak kenangan pahit dan juga manis bagi setiap peminat bolasepak dunia.Setiap orang akan mendapatkan satu tanda atau cenderahati bagi ingatan dan kenangan semasa temasya ini.
Bagi aku ini je lah dapat aku buat kenangan sempena temasya tersebut.

Set gelas ni aku beli dari seorang collector di JB dengan harga yang agak lumayan juga lah dan inilah satu-satunya set gelas coca-cola yang aku ada.Aku rasa otai-otai pengumpul barangan coca-cola lagi banyak koleksi gelas coca-cola mereka termasuk yang ini.

Apapun aku letak je lah untuk tatapan kawan-kawan.
Related Posts with Thumbnails