simpan apa saja barangan edisi terhad sama ada yang baru atau lama,sama ada dapat free atau beli dan juga barangan kenangan oldskool,antik atau apa-apa aje lah asalkan berkenan dan tertarik dihati.Blog ini dibuat untuk tatapan sendiri,pecinta-pecinta dan pengumpul-pengumpul barangan baru,lama,antik yang mempunyai hobi dan minat yang sama.Terima kasih kerana melawat blog ini.
folooo...
Memaparkan catatan dengan label Cereals. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cereals. Papar semua catatan
07 Disember 2011
Planet Binatang.......
Hanya ada 2 daripada 3 design.Nak cari lagi satu jenis pembaris.Terperasan masih ada lagi di sebuah kedai tapi dah tak banyak.Nak kena cepat ni!Kalau dapat yang sama lagi haru,bukan boleh tengok kat dalam kotak.
10 November 2010
Set mangkuk dari Cereal Nestle
Akhirnya lengkap 4 biji mangkuk dari cereal Nestle.Yang paling susah cari adalah yang kaler coklat.Baru 3 hari lepas dapat setelah pusing kedai selama 2 minggu.Gambar pertama entrimkan sekali sudu dari cereal Nestle tapi kenapa tak sama ek!!?
12 Oktober 2010
Set Lengkap Sudu Cereals Nestle
Makan cereals Nestle memang sedap,bukan budak-budak je suka, orang dewasa macam aku ni pun suka.Makanan berkhasiat dan berzat ini banyak dikeluarkan oleh syarikat Nestle.Aku paling suka koko krunch.Anak-anak aku memang suka sangat makanan ini.Beli mesti tak sampai satu hari dah habis,tu yang kena beli banyak-banyak.Kalau anak-anak suka makan makanan ni aku pula suka beli bila ada souvenir percuma disertakan.Nestle Cereals memang selalu bagi cenderahati bersama kotak-kotaknya.
Disini aku paparkan set lengkap pemberian sudu percuma dari Nestle Cereals.Terdiri dari Koko Krunch (merah), Milo (hijau),Honey Star (biru) dan Cookies Crisp (kuning).Kat sini ada pula terlebih sudu merah koko krunch.......(nampak lawa pula bila beratur warna-warni....he ...he ...he...).
Sudu dah lengkap,kini kena buru mangkuk pula,mangkuk milo dah ada kena cari yang lain cukupkan set.Baru-baru ada nampak mangkuk Honey Star tapi yang lain-lainnya tak pula nampak kelibatnya. Ada satu set macam sudu atau pun tak ada aku tak pasti pulak...konpius ni.Kalau adakan best.....
Info tambahan: sudu kuning juga boleh didapati dengan produk FROSTIES
25 September 2010
24 September 2010
Sudu plastik dari Nestle Cereals
| Selain milo 3 cereals lagi adalah Honey Star,Cookies cries dan Koko Krunch |
| cop 'Nestle' |
| sudu hijau milo |
3 hari lepas anak nak bersarapan dengan koko krunch,terpaksa pergi kedai cari sebab kalau tak beli nanti mogok lapar la pulak.Anak-anak sekarang dah pandai buat bantahan tidak macam budak-budak dahulu ikut cakap mak bapak lagipun benda-benda macam ni mana nak jumpa memang tak ada.
Berbalik tentang sudu ni aku terperasan bila ambil kotak koko krunch pek sederhana,( berat pek aku tak periksa pulak).Sudu edisi terhad ni ada 4 warna pilihan hijau,biru,kuning dan merah.Setiap warna mewakili satu produk, hijau dah tentu untuk MILO,biru untuk HONEY STAR,merah dan kuning untuk KOKO KRUNCH dan COOKIES CRISP.
Apa yang pasti 4 produk ni untuk 4 warna sudu dengan nama masing-masing.
Dalam koleksi Nescafe ada sudu,Lipton ada sudu,mestilah untuk cereals ni pun kena ada sudu juga kan?
Aku juga terperasan teh BOH pun ada bagi sudu plastik macam ni juga, yang bezanya sedikit nipis dan 'bersayap' sedikit pada hujung pemegangnya.
Langgan:
Ulasan (Atom)








