Ismail Sabri Yaakob
Isu kenaikanan harga barang yang kini dihadapi oleh rakyat Malaysia merupakan satu masalah besar yang turut di hadapi di seluruh dunia!... Saya sedar akan kerunsingan yang melanda kesemua masyarakat , desas desus yang kurang enak jugak di canang oleh pihak pembangkang kononnya situasi ini tercetus akibat kerajaan mengurangkan subsidi. Ini tentunya tidak benar dan saya harap masyarakat perlu faham kenapa harga barang makanan meningkat secara mendadak. Untuk makluman pengeluaran makanan adalah 1-2 % sedangkan pertambahan penduduk dunia adalah 4 %. Ketidakseimbangan ini menjadi lebih buruk apabila cuaca dan bencana alam memusnahkan tanaman makanan lalu kita menyaksikan peningkatan harga barang makanan secara mendadak. Kenaikan harga bahan bakar dunia juga dikenal pasti menyebabkan kos pengeluaran meningkat hingga melonjakkan harga makanan.

Kerajaan tidak mengawal semua harga barangan (KECUALI Beras ST 15, Gula, Gandum, Minyak masak) terutama harga barangan yang di import. Harga barang makanan menjadi tinggi di pasaran adalah disebabkan pengeluar utama dunia juga mengalami masalah yang sangat meruncing.Banjir luar biasa di Australia Januari lalu menyebabkan harga daging lembu meningkat, banjir di India menjadi punca kerosakan tanaman bawang merah, banjir di China turut merosakkan tanaman bawang putih mankala kemarau di Russia memberi kesan kepada tanaman gandum. Lebih memburukkan keadaan lagi apabila ada Negara pengeluar yang menghentikan keluaran eksport mereka bagi menjamin bekalan domestik mereka mencukupi dan ini memberi kesan kepada Malaysia secara khususnya.

Malaysia juga tidak terkecuali daripada bencana alam, contohnya banjir besar di utara semenanjung akhir tahun lalu menyebabkan ribuan hektar padi di Kedah dan Perlis musnah, manakala musim tengkujuh di pantai timur menyebabkan harga ikan melambung tinggi. Ini lah antara hakikat yg kita perlu hadapai. Walaupun daripada segi teori kita boleh melambakkan produk di pasaran bagi menurunkan harga pasaran tersebut, namun ianya bukanlah langkah bijak di mana kita seharusnya menjaga kepentingan petani dan nelayan di negara ini. Misalnya, jika kita melambakkan pasaran kita dengan ikan import maka tentu ianya memberi kesan kepada nelayan tempatan. Ini adalah bertentangan dengan dasar Kementerian Pertanian yang menjaga kepentingan nelayan.

Walaupun keseluruhan negara di Asia dan di dunia amnya menghadapai kenaikan harga barang, rakyat Malaysia masih bernasib baik kerana kerajaan tetap mengekalkan subsidi ke atas produk makanan asasi dan juga produk petroleum RON 95 Diesel dan gas minyak masak bagi memastikan bebanan rakyat dapat dikurangkan. Sepanjang tahun 2010 kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM10.3 billion bagi subsidi produk tersebut.
Kerajaan tidak pernah lari dari tanggungjawab membela masyarakat pengguna, justru kerajaan sentiasa mengadakan program seperti Anugerah Kedai Harga Patut, Kempen Kuasa Pengguna, Projek Pengedaran Barang Perlu, Pengenalan Akta Anti Keuntungan Berlebihan Dan Kempen Penurunan Harga. 6

Pakar ekonomi mengunjurkan inflasi dinegara Asia akan berterusan , oleh itu saya menasihatkan pengguna supaya merancang perbelanjaan dan berbelanjalah secara bijak.
Ismail Sabri Yaakob
Baru-baru ini Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia( FOMCA) telah melancarkan Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja 2010. Antara objektif utama kempen ini adalah untuk mengurangkan perbelanjaan harian dengan menerapkan sikap menanam sayur di kalangan pengguna.

Justru, saya menyokong kempen ini kerana dengan menanam sayur seperti serai, daun pandan, dan cili yang boleh ditanam dibelakang rumah atau pasu bunga di rumah pangsa sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan warga pengguna. Sikap ini perlu ada di kalangan pengguna kerana ia mendatangkan faedah. Banyak tanah terbiar di kawasan belakang rumah ,maka lebih bermanfaat jika digunakan untuk menanam sayur.

Walaubagaimanapun ada blogers dan suara-suara yang tidak berpuas hati dengan kempen ini.Kepada yang mengkritik berfikirlah secara positif
dan sama-samalah membantu saya menyedarkan masyarakat tentang perlunya melakukan sesuatu demi mengurangkan perbelanjaan harian.


Sekitar perasmian Kempen Tanam Sendiri Jimat Belanja :