Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, February 21, 2011

in the making


mai adik2...kakak2...kawan2..jiran2... mana yang tingin nak belaja camne deco pagar kek coklat aritu, mai sini datang tengok cikgu nak ajor camne nak buat.... nih cara paling mudah takyah celup2 daun cam ijahdaut kabo aritu.. maybe nnti leh tgk cara dier plak yoo... sori ar coreng2 cikgu tak bape cantik... nnti korang buat la lagik cantik2 yo.. nanti cikgu kasi bintang banyak2... wakakakakaka..... boleh buat bentuk ikut suka korang la... kamben ke, kerbau ke, lori ker, gasak ko lah! ok zassss....


bahan2 : coklat masakan, kertas minyak@baking sheet dan jugak chopstick/lidi. klu guna lidi amik yg bhgn pangkal senang sket nk buat lukis... cairkan coklat masakan secara double boiler. tak perlu tambah marjerin@butter atau sebagainya.

bila dah cair... amik satu sudu, lengserkan di atas kertas minyak, buatkan bentuk daun atau bentuk apa2 yang di sukai. jgn nipis sgt yer, nanti mudah patah.

gunakan chopstick atau lidi, lorekkan urat daun...

bila dah siap, sejukkan dalam peti ais sehingga coklat mengeras lebih kurang 10-15min (bergantung suhu sejuk peti ais masing2). Keluarkan dari peti ais, tanggalkan coklat dari kertas minyak. caranya tolak dari bawah kertas minyak daun tersebut sehingga coklat terjongket sedikit.perlahan2 renggangkan coklat dr kertas minyak sampai abes. jangan umpil dari atas takut coklat pecah/patah.
haaaa beginilah kejadiannya

biler dah siap, bleh la tepek kat tepi kek coklat yang telah dicurah dengan coklat ganache atau disapu buttercream. kalau tak, daun/pagar takkan melekat kat kek. lagi satu dengan cara nih, bleh tutup kecacatan ganache/buttercream yang maybe tak cantik bahagian tepi2 tuh.. tumpang posing jap kat stoberi sbb la nih tak rajin nak wat kek cekelat..hihi

corak blah kiri nih nampak huduh kan! ntah apa2 aku coreng2... tp biler dah siap
nih la hasilnyer...... corak yg td tuh, aku patahkan dua or tiga then tepek kat kek ikut suka hati. amacam cantik tak? sila hangguk paler doblas kali! kahkahkahkah

ok da cikgu nak makan stoberi... nnti klu homework dah buat, bgtau cikgu..cikgu nak bagi bintang dengan bulan.. wakakakakakaka... wassalam.

Friday, January 28, 2011

Onsen Tamago with Beef Rice Bowl

arini aku nak kongsikan camne nak buat onsen tamago atau ngan istilah melayunya telur separuh masak. biasanya kalau kita wat poach-egg putih telur tak selembut telur onsen... akceli jepun sangat terkenal dengan `ketelurannya`..... macam2 menu telur ada... kadang makan mentah dengan nasi pong dah cukop... arini aku gabungkan onsen tamago dengan daging minced... kalau dengan okra pong aku suker... ah! kiranya makan ngan apa pong aku suker... haha.... utk resepi okra tuh aku sertakan skali eh kalau sapa2 nak cuba... selalu tuh buat tapi malas nak amik gamba... nanti kalau ader aku masukkan gamba tuh... jom kita blaja buat onsen tamago.... maybe setengahnya dah tahu dan menggunakan cara yg berbeza2, nih bagi mereka2 yang ingin tahu la yer.... senang jer...

panaskan air sehingga betol2 mendidih. matikan api.

masukkan telur. biarkan terendam air panas selama 10min. setkan minit.. jgn terlalu lama nanti terlebey masak.

dah cukop masa, keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk atau sekurang2nya 10min atau lebih. Pecahkan telur dan lihat hasilnya... Boleh curahkan dgn kicap jepun/syouyu/kicap biasa atau stok dashi (3/4cwn stok dashi+1sb syouyu).selamat mencuba! :)
Gyudon atau beef rice bowl salah satu menu yang sesuai utk makan dengan onsen tamago.. sebenarnya gyudon menggunakan daging slice... tapi aku guna daging minced. tp klu guna slice sedikit berbeza resepinya. lenkali yer... resepi daging nih boleh juga dicurahkan ke atas tofu panas/sejuk.

RESEPI BEEF RICE BOWL
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 1/4biji bawang besar kuning - cincang/potong dadu kecil
  • *1 inci halia - parut
  • *2 ulas bawang putih - parut
  • *2-3 sudu besar kicap pekat
  • *1-2 sudu besar sos tiram
  • *1 sudu besar syouyu/kicap cair
  • 1sk minyak bijan
  • 4 batang asparagus - hiris kecil bulat
  • sedikit blackpepper
  • garam dan gula
  • sedikit air/stok daging
  • daun bawang hiris
  • onsen tamago
  • shichimi togarashi - klu xde bleh buh blackpepper/cili flakes
  • bijan
  • Nasi jepun
Cara-cara
  • Satukan daging dengan bahan yg bertanda *. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging tadi. Kacau hingga daging berubah warna. Masukkan asparagus dan minyak bijan dan kacau. Masukkan air/stok daging, gula, garam, sdikit blackpepper. Masak hingga kuah agak kering. Matikan api.
  • Cara hidangan,sendukkan nasi jepun ke dalam mangkuk. Letak daging minced tadi. Taburkan bijan dan daun bawang. Kemudian letak onsen tamago di tengah2. Taburkan shichimi togarashi. Siap.
RESEPI OKRA RICE BOWL - nnti klu ade gamba aku letak
sorce : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 batang bendi kontot - sapukan dgn garam
  • daikon/lobak putih parut dan toskan airnya
  • onsen tamago
  • nasi jepun
  • kicap syouyu
Cara-cara
  • Didihkan air panas. Celur bendi sehingga 4-5min atau sehingga bendi masak.
  • Angkat dan rendam dlm air sejuk sebentar. Toskan dan hiris nipis.
  • Campurkan dengan daikon/lobak putih tadi. Jika tak suka daikon tak payah letak. Boleh juga klu nk campurkan dgn tuna atau apa2 sahaja yg disukai.
  • Cara hidangan: Sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letak okra tadi. Pecahhkan onsen tamago dan letak di tengah2 bowl. Curahkan kicap syouyu. Siap.

Saturday, January 15, 2011

Okonomiyaki (in the making)

okonomiyaki merupakan salah satu masakan jepun yang popular di sini... boleh di gelar pizza jepun atau pizza kobis! nak kata lempeng kobis pong boleh la kot! hahaha.... nih menu kegemaran anakanda danish... walaupon dier tak gemar makan sayur, tapi bila dbuatkan okonomiyaki nih satu adunan besar nih dier boleh abeskan sorang! sedap katanya... tp biler dbuatkan sayur kobis tak nak pulak dier makan.. hmmmm... ok lah! atas permintaan pengunjung hanamemories, meh kiter saksikan bahan2 dan juga cara membuatnya... sangat mudah dan yang penting sedapp!


Bahan-bahan : 1/2 biji bawang besar hiris , 1 biji telur

150g kobis potong halus (bukan cincang yer), 100g tepung gandum/tepung okonomiyaki

4-5 batang crabstick (boleh letak udang,sotong etc), segenggam udang kering putih/pink

150ml stok dashi (jika tiada guna air biasa, tambahkan sedikit garam/kiub ikan bilis), bahan taburan nori halus dan juga katsuoboshi (bonito flakes/ikan panggang sagat)

sos okonomiyaki dan juga mayonis. Jika tiada sos okonomiyaki, boleh buat sendrik campuran kicap pekat, kicap cair/worcestershire sauce.tp rasa lari sket la..
Cara-cara: satukan semua bahan kecuali sos dan bahan tabur dan kacau sebati. Adunan bila dicampur jgn terlalu cair macam lempeng mesia yer.. lihat seperti gamba bawah.. begitu kejadiannyer seperti di restoran2 jepun.. boleh letak kepingan hirisan daging jika suka..

Panaskan sedikit minyak dalam kuali.. Masukkan bahan yang sudah di gaul. Biarkan masak lebih kurang 8-10min.. Guna api kecil takut hangus.. Kemudian terbalikkan..

bila dah masak, telangkupkan pinggan atas kuali dan terbalikkan.. sapu sos okonomiyaki.

picitkan pula sos mayonis, taburkan nori halus dan juga boneto flakes..

potong square dan bismillah..... jemput makan...

Thursday, October 14, 2010

Apple Rabbits

mari kita berjimba2 mmbuat epel rebit.. hakak rebitt..meh meh meh! kekekeke..
mmula potong baji cenggini yer puan puan..
pehtu buang yang tengah2 keras aka biji dier tuh...
pehtu potong bentuk V jangan sampai futus!
gunekan pisau *bukan kapak yer puan.. potong blah belakang huruf V tadi.. ati2 tajam tuhhh..
buang yang tengah tanggal tuh.. n taraaaa.. tuh dah jadi tinge rebit
kasi duk diam2 dulu sementara nak buat kengkawannya yang lain
wokeyy..dah siappp..
nampak dah sket mentuk rebit tuh.. yg tonggek2 tuh mmg tak tau malu..
calit sket ngan biji epel wat mata dier.. *baka arnab mata tirus..haha
sila tengok2 dulu sampai puas baru bleh makan yer..
sekian kelas utk ari ini.. cikgu nak tido.. haha