Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung hanamemories... firstly, syukur alhamdulillah kami telah selamat tiba di bumi Malaysia pada hari Jumaat yang lalu.... terima kasih buat rakan2 yang mendoakan perjalanan kami.... maaf lambat bersiaran sbb banyak urusan yang perlu di settlekan.... tenet kat rumah nih pong kejap lemau, kejap tak lemau.... kesihatan kami alhamdulillah semua ok dan anak2 tengah menyesuaikan keadaan.. lebih2 lagi cuaca dan keadaan sekeliling.... insyaAllah klu sempat akan aku rakamkan detik2 kepulangan aritu..
secondly.... syukur alhamdulillah tak sangka sampai sahaja di Malaysia, resepi2 yg dikongsikan dalam blog nih keluar di majalah JELITA keluaran April 2011... terima kasih buat JELITA kerna sudi melamar dan memberi kepercayaan kepada hanamemories utk memenuhi ruang sajian majalah tersebut... akceli ini bukan lamaran pertama yang pernah hanamemories terima... cuma yang sebelum nih agak low profile la kununnya gtu! haha..... ppon syukur pengorbanan godek2 senduk koli, amik gamba tonggang tonggek, akhirnya membuahkan hasil......... mudah2an selepas ini hanamemories akan terus maju jaya lagi..
Jutaan terima kasih kepada Chef Hanieliza kerana beliau yang mencadangkan nama2 kami di pilih utk memenuhi ruangan majalah JELITA.. dan yang terutama kepada Kak Lily Haslina Nasir selaku penyelaras Sajian dari majalah JELITA yang sudi memberi kepercayaan kepada kami blogger2 masak... terima kasih lagi sekali kak juga buat semua warga kerja JELITA.... dan bagi blogger2 masak yang lain, teruskan semangat dan perjuangan.... sama2 kiter naikkan martabat blogger masak2! dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. insyaAllah...
dan penghargaan juga buat semua pengunjung, followers, silent readers, commenters dan siapa juga di sana tuh yang sentiasa menyokong dan setia... tanpa kalian hanamemories tak akan pergi hingga ke tahap ini... terima kasih sejuta kali dan salam sayang buat semua.....
suka sangat dengan tajuk nih wpon sudah meninggalkan bumi Jepun tetap ader terpalit kenangan. ada ralat sedikit nama yg tertera sedikit silap.. Shamsinah jd Shamsiah. hihi...
alhamdulillah ada sembilan resepi yang di paparkan... tak sangka sebanyak itu... terima kasih juga buat penyumbang resepi asal (tak semua)
hadiah buat kalian sebagai tanda sokongan blog hanamemories
suka tengok gamba2 yang dipaparkan di dalam majalah tersebut.. cantik banget! selak berpoloh2 kali macam tak caya tgk gamba sendrik.. hihi.. tima kasih kak.lily..
akceli pihak JELITA mintak klu boleh ada resepi step by step... tapi disebabkan kesuntukan masa di ketika itu maka aku tak dapat nak tunaikan... nak cipta resepi lain pon tak dan nak perah otak..lamaran dr JELITA nih sebenarnya diterima masa aku tengah sibuk2 packing utk pulang ke malaysia.. resepi2 dipilih secara rawak dgn persetujuan suami.. hanya ini yang dapat aku kongsikan buat semua pembaca
tahniah juga buat kak.nor secubit garam yang sama2 keluar bulan yg sama... patut la date line kiter sama yer? hihihi..... bagi yang belum mendapatkan majalah JELITA, boleh la dapatkannya sekarang sbg tanda sokongan.. terima kasih.










