Tuesday, May 8, 2018

Moga ada penyelesaiannya

pertama kali si icad neb belum genap setahun
puncanya bila batuk sampai nafasnya berbunyi
wheeze

banyak kali dia admit sebab benda ni
ada yang dia admit
tak demam pun ..tapi perlu neb
yang last sekali hari tu siap kena pasang oksigen

ada yang bagi cadangan try dekat Pakar Dr Soon ni
mungkin boleh jumpa ubat yang sesuai

selalu masa dah datang sakit dia..
macam dah terpikir nak gi sana.. faktor masa dan jarak..klinik buka ada masanya
bukan 24 hour
so kali ni, hari sabtu tu 5/5/28
kita orang decide la bawa dia gi sana

4/5/18 malam dia macam dah batuk2
ada selsema sikit
so takut lagi melarat

timing pun okay..klinik buka sampai jam 1
so , ibu dan ayah icad pun merancang la pergi sana
dalam perjalanan call..nasib call
kena bikin app pula..last time call kata x yah bikin app
so dia bagi app jam 11

kita orang sampai awal dalam jam 10 lebih la
masa tu tak ramai orang juga
tapi sekali masuk ambil masa 15-20 minit
ye la jumpa pakar
of course penenrangannya akan lebih details kan

turn icad sampai dalam jam 12 lebih gitu
masa jumpa dr tu
barula penjelasan tentang sakit dia 
ko lebih faham
dan terbuka sikit minda kita ni


kalau sekali masuk biasa dia panggil Brochitis
kalau berulang dan kurang terjangkit   dalam 4 kali setahun dipanggil Recurrent Bronchitis
kalau lebih istilahnya sebagai Viral Associated Wheeze iaitu asthma ( ampus)

tapi sebelum umurnya meningkat 5 tahun
benda tu berada dalam keadaan kekal atau hilang
depands dengan pendekatan ibubapa atau penjaga
nak biar
or bertindak?
of course la kan kita as parent
berusaha untuk ke arah kebaikan

kemudia dr pakar tu terangkan pula penggunaan ubat
kes icad ni jangan bagi ubat batuk cair kahak or yang hitam atau sewaktu dengannya
sebab akan membuat keadaan menjadi lebih teruk
yang dia perlu
something yang boleh buka rongga yang sempit
dan pastinya something berbentuk gas
sebab tu dia kena neb
tapi neb ni kesan dia lambat sikit sebab tu neb berulang kali baru baik

dulu masa pigi Kundasang
pernah dr di poliklinik bagi icad ubat
sebab masa tu dia batuk dan demam sikit
disebabkan kundasang tu sejuk Dr standby bagi ubat
yang boleh kasi buka luas pernafasan dia let say asthma dia jadi
sebelum jadi dia bagi
dalam bentuk pil
so ketuk bagi hancur masuk dalam susu
alhamdulillah even cuaca sejuk atas tu
asthma dia terkawal dan tak keluar pun
syukur alhamdulillah
so aku cerita benda ni sama dr pakar
dia kata klinik dia ada juga ubat tu
tapi lain sikit
manis dan chewable
nah sesuai sangat
la kan kalau manis..tak payah pk macamna nak bagi

ubat tu dia panggil singulair
dah ambik sepapan sebagai bekalan

dan satu lagi dia bagi ventholin

benda ni kita biasa nampak yang penghidap ampus guna kan
dr hospital sebelum ni asyik la kata nak bagi
tak juga bagi dan kita as parent tak request sebab kita tak tau
pa fungsi benda ni sebenarnya kan

Dr soon explain dengan bergambar

wheeze tu bermula sebab saluran tu sempit
so apa yang perlu benda untuk buka saluran bagi luas supaya tak sempit
salah satu ubatnya tu benda alah kat atas tu
Ventolin
kalau dr hospital explain so i pun of course la nak juga benda tu
even dia kecil tak pandai guna
ada corong boleh beli
tapi, guna cawan plastik je pun
klinik dr pakar dah standby benda tu
senang je pun

2 syarat untuk elak asthma dia jadi
firtsly, kalau dia start batuk terus bagi ventolin tu
jangan tunggu dah bunyi
dengan start bagi singulair
dah 30 tahun dia guna ubat tu
in sha Allah membantu pada pesakit peringkat awal
walaupun dia kata kajian luar bagitau ada long term effect
tapi setakat dia guna 30 tahun tak ada kes macam tu berlaku dengan pesakit dia
so kita setuju saja

selain penerangan yang hebat tu
dia cek dalam telinga masuk camera takut ada jangkitan ke apa ke
sebab hidung dengan telinga saluran sama nya bertembung kot
alhamdulillah atak ada jangkitan

so 2 minggu lagi akan review lagi
hasilnya seperti di bawah :



okeh la kan
penenrangannya berbaloi
dan bermanfaat~

mudahan anak ibu tak lagi mengalami
Viral Associated Wheeze

Monday, May 7, 2018

yang pertama untuk 2018

haccchooooooooo!!!
boleh bersin kalau lama tak masuk rumah
last masuk bulan sept lepas
sekadar masuk gitu-gitu saja lepas tu tak pernah post apa pun

kesibukannya sampai tahap malas
semuanya tepek kat insta
nasib la ada insta.. ada juga perjalanan hidup tercata kat sana kan

tapi insta tu bukan boleh percaya juga
kot terkena macam orang lain terkena.. merana jugak la
hilang segala memori ~

so sementara terasa masa tu ada
i nak update sikit cerita pasal teratak Vila Intan

deal dengan dealer masa november 2016
plan asal nak beli kat membakut yang dijangka siap 2019
so boleh rancang sikit kewangan kan..
tapi masa datang dia offer kat Vila Intan
sebab dia tau aku dari sebelah Papar
sebab aku takut hilang EPW kalau jarak rumah dekat sangat dengan sekolah kan
so memandangkan masih bertugas sebelah Beaufort
aku pertimbangkan juga dekat sebelah papar tu

tapi..
tak ada pilihan masa tu
dia offer rumah no94 untuk teres 2 tingkat
atau teres biasa..
kalau nak cerita berbaloi ke tidak dari segi keluasan rumah dengan harga
tak payah cerita la
harga rumah kat sabah ni..
mahal nak mampussss dengan keluasan yang seciput
kalau aku beli sebelah perak ke pahang ke.. boleh dapat rumah yang keluasan dia 1500 ke sqft

so hal tu tak berapa nak dipertimbangkan
yang aku kisah masa tu
tentang harga yang semakin tak munsabah
kalau x grab sekarang harga makin naik
lepas tu nak cuba buat atas tanah sendiri masa tu terlampau banyak la SOP nya
so..
kira ambil langkah cepat
bincang dengan husband.. ambil je la
sebab dia kata pemotongan start hujung 2018
walaupun dari segi harga dan keluasan.. hubby x berapa nak setuju
tapi hati tekad~

tak pe la..memang kalau orang start beli rumah ni
memang sakit sikit 2-3 tahun kan..
semua orang merasa juga.. tapi nanti okeh la

cumanya, yang kita punya plan ada lari sikit
April 2018, dapat surat nak start pemotongan la pula
gitu..cepat benorrr
bagus la dapat kunci awal..cumanya perjanjian delaer tu tak sama dengan yang kita plan

so aku call la bahagian Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)
ejen dia terangkan pemotongan akan berlaku bila mana-mana benda ni berlaku
tahun selepas tanda tangan perjanjian
atau berlaku penuntutan dari pihak LPPSA maksudnya perumahan tu dah siap dari jangkaan awal

hampeh..masa cakap..mulut manisss saja kan
tapi kenapa senang aku deal dengan dealer ni sebab
dari awal pembelian rumah ni
TIADA deposit
TIADA bayaran guaman
dia BAGI 500 selepas sign dengan company dan 500 selepas lulus dari LPPSA
banyak barangan FREE
banyak benda company yang setelkan 
kita tunggu rumah siap saja

so benda tu kira bagus la juga kan
hitung masa saja

so akhirnya lepas setahun lebih duk lawat tapak..
daripada tak berapa nak siap
dah pasang tiang letrik
masuk perabot
akhirnya 19hb April dah boleh ambil kunci
tu pun sebenarnya dari 16hb dah boleh ambil
terlambat tahu la pulak

so petang 19 April lepas MAKES kat sekolah
aku terus la gi ambil
nasib la Jumaat tu cuti peristiwa kan



cumanya, letrik tak setel
katanya kena bayar deposit di Lembaga Letrik di Papar
yang ni.wakil AE di CP kk yang bagitau
dia tak mention pun letrik tak ada lagi

bila dapat kunci, esoknya aku pegi opis untuk urus document lain2
ambil surat yang berkaitan
so petang tu, husband baru balik berkursus di KL dari Isnin tu
so tak sempat nak urus letrik

minggu tu juga, dah call kontraktor dengan sorang lagi yang aktif tangkap kontrak bikin rumah
ko tau apa punya pattern rumah sekarang dapur tak tutup habis
ko tunggu aku jadi menteri.. semua benda ni aku ubah
muahaha
bengong buat rumah pesen gitu
nak mampusss agaknya
dia offer juga 9k untuk tambah dapur
setakat beli bata..tak luak dari 9k tu okay!
so x deal..tak ramai pun yang deal..semua dapur ternganga luas

kita orang deal dengan orang no 2..


disebab orang no 1 tu tak berjaya deal harga dengan yang kita punya bajet
pastu demand tinggi
so kita deal la dengan orang ni

orang ni baru lepas siap projek perumahan company yang sama kat sebelah Tuaran
banyak pattern rumah macam kita orang ni.
bersepah2..kalau beli dari dulu..harga jauh lebih murah
sebab tu aku grab takut harga makin meningkat
muntah hijouuuu nanti tengok harag 2 tahun akan datang

orang dela..esoknya nak berkampung kat rumah
tapi letrik tak setel..
so kita orang kataokeh je la..sebab pasang meter tak de la lama sangat
hari selasa tu, minta tolong parent aku lari ki sesb papar
sebab tak sempat nak pigi
sibuk dengan kejohanan Tenis MSSD Beaufort

masa petang isnin dorang sampai tu
kita orang datang juga la
nak tengok konco-konconya jugak kan
tapi bila sampai taman tu
scary gelap gelita
dah tu pintu masuk utama dia mangga!
aih..kunci dah bagi
pun dia tutup jalan ke?
dah macam nak menceroboh
tapi sebab kunci dah dapat..aku rasa kontraktor site tu patutnya tak boleh dah kunci kan
sebab kunci dah bagi!

nak call opis..tak dapat
sebab dah habis masa bekerja

esoknya tu
aku call banyak tempat
complain pasal lampu jalan tak ada
dan kenapa dia mangga jalan masuk

dan hari tu juga, masa parent aku gi sesb
baru tahu..letrik belum boleh pasang sebab ada masalah dari company tu sendiri juga
lepas kita complain, baru la dorang kalut hantar surat apa entah pergi sesb
so kena tunggu 1-2 hari
adoi la
hanggginnnnn betul
sebab pekerja dah datang
letrik tak ada
petang tu jugak sesb ada datang meronda
aku tak tau macamna dorang deal
kunci dah serah letrik tak setel
nasib minggu sibuk
tekad juga nak siasat macam OC OBTAINED ..letrik tak setel..
nasib la petang rabu..dah boleh apply meter


tapi cerita pasal letrik tu tak setel juga
meter dia janji nak masuk 2 hari..
petang isnin jugak baru setel (30/4/18)
tapi rupanya dah ada meter
tak ada jugak letrik
kontraktor tak pasang wayar dari tiang masuk gi rumah
masa ni la kesabaran aku macam tergoncang ala tsunami sikit
bab gini..aku memang boleh pakai #makcikuatkomplenservistakbagus!

aku kena sabar 1 mei  jatuh hari selasa
2 mei, aku call sesb
pasal apa karen tak ada
meter dah ada, walaupun aku tau puncanya

masa tu aku call dah petang
dia kata, hujan kuat
tak boleh pasang
okeh nasib la orang duk sibuk kata petang tu ribut..sebelah pagi cuaca baik ko tak pasang
aku ni kalau bukan sebab ada pekerja dah berkampung dekat rumah
aku tak kisah pun
sikit tak kisah nak tunggu
ni aku complain dari 23 hb pekerja dah ada..
letrik tak setel2
mana tak angin..


27hb April tu
pinjam generator set abh
tu pun rosak..kena hantar baiki, petang sabtu baru dapat guna
sebab setahun tak guna..
so kalau ada gen set ni,even tak guna jangan buat2 tak nampak
kena start2 jugak la.
so adanya gen set tu, pekerja dah boleh sambung menyimen belakang
nasib la tak bayar gaji hari kan
rugi betul

3hb tu
aku call lagi sesb tanya perkembangan
sebab kesabaran dah senipis kulit bawang
sekali pertanyaan sesb tu menyebabkan kesabaran aku jatuh pigi 0%
dia boleh tanya, nama aku tak ada dalam list bayar deposit meter
okeh..
padan muka la aku hanginnnnnn dengan sesb hari tu
habis aku basuh..
macamna korang buat kerja..masa aku datang ko taip nama masuk dalam sistem nama ..tapi boleh cakap nama aku tak ada??
aku dahla #tukangkomplentegar ko kata nama aku tak ada dalam list??
tu pun dia suruh kontraktor dia yang pm
aku dah menyinga dalam hp
takut agaknya nak tanya sendiri..
pastu aku suruh cek ic
sebab banyak berlaku ic aku ni orang tak berapa pandang
sebab ic sabah 12 or 49
dorang laju isi ******-12-****
benda ni pun menyusahkan juga
sebab aku pun tak berapa nak semak 
hospital papar pun silap tulis ic aku gi 12 menyebabkan sangkut nak claim insurans
pastu aku malas dah nak urus..

so kali ni..aku yakin..memang kes yg sama jugak
sekali bila dorang semak nama
sah2 la dorang keyin ic salah
dorang keyin 13

dan petang tu jugak la baru selesai masalah letrik
rugi masa pekerja tu kat sana sebab letrik ni

so ni la hasil mereka berkampung sehinga 4/5/18
weekend lepas mereka balik cuti
agaknya dah berkeluarga kan..
hari ini in sha Allah akan kembali bekerja..
semoga lancar lepas ni








 buka pintu dapur atau bilik icad, nampak playground
nah.. asal lawat tapak..kat sini la dia menyinggah

dah aku membayangkan 
esok2 kalau dah duduk sana
dia la pengunjung playground no 1 punya!

 akan datang..kita update lagi progressnya..










Thursday, February 9, 2017

RESET EPSON L210

Kalau dulu printer ada masalah
terpaksa angkut printer gi kedai cari yang expert
or else.. beli baru kan?
tapi sekarang ni..
sebelum cari TUkang segala mak TUKANG
baik google dulu
bagi mengelakkan duit kita melayang

EPSON yang tank kat luar ni
memang sangat menjimatkan
sebelum ni Brother 3-4 biji dah beli
masalah sama yang akan timbul
ink tak mau keluar
kuning ke..merah ke..biru ke
mana-mana la satu
fedup
tapi tak pernah google sangat
sebab dah beli epson

puncanya
kedai kata kita gi beli ink n topup
perghhh..then jangan jual tank luar yang panjang
kalau bikin rosak head ink

so meh nak kongsi
masalah kalau berlaku
bila butoon tempat display ink dan paper
yang logo segi tiga merah tu
blink blink
dari paper ke ink
non stop
then printer jam
kalau semak status ink
dia akan display
need to service

salah satu solution
ink pad  tu kena reset sebab dah tahap maksima penggunaannya

ko try cara ni dulu
then kalau tak berkesan
gi la cari TUKANG

so macamna nak setelkan

so i ajar untuk yang guna MAC
sebab i try guna os Machintosh

firstly
gi link bawah ni
http://epsonreset.com/resetter.shtml
 download..
atau google 
reset epson l210 for MAC

i think link yang sama akan keluar

WIC RESEt namanya


okeh biasanya
MAC ni tak benarkan kita untuk download sumber macam ni
katanya MALWARE
tapi jangan pening dulu
pergi logo apple atas sebelah kiri tu

click system preferences

click general

then yang bahagian allow apss tu
just click bagi allow
biasanya notification keluar bagitau yang apps mana dia block
lupa screen shot tadi

okeh then sambung install semula


ni la paparannya

so next step
pastikan USB printer bersambung dengan laptop
dia akan baca dengan sendirinya nama printer

pastu click
READ WASTE COUNTERS
kemudian
CLICK RESET WASTE COUNTERS
kena ingat
internet kena stabil ok

then dia minta key
key percuma boleh guna sekali je
kalau nak guna lain kali..guna laptop lain..or bayor  usd8

masukkan key ni
trial
then click okeh

bahgian bawah tu ialah status aplikasi
Reset started..do not turn off printer

waktu dia reset
ko rasa macam nothing happen
sehinggakan ko confuse kejap
betul ke dia reset ni?
bunyi tak da
senyappp sangat..
kuat lagi bunyi kipas yang berpusing tu
haha

then dalam 3-4 minit
keluar status lagi
reset completed
 then u jeling kat status segi tiga merah tadi tu masih blink2
okeh relax..jangan menyumpah dulu

please restart your printer
then..
siap

okeh senang kan????

ni kalau pergi kedai
ko rasa berapa dia charge? maunya nya sepuluh hinggit ke?
dia tulis bil kata beratusss
padahal
itu je step yang ko kena buat

tapi ingat trial sekali je

kalau berlaku lagi
guna la pc lain lagi untuk install

kan? kan?
benda free ada
sila nikmati

disebabkan semua benda sekarang dah naik
cari lah benda yang percumaaaa!!

okeh selamat bertukang

Tuesday, January 3, 2017

Selamat Tahun 2017


sumber : google

bah..
apa lagi..setelkan dulu keja hari ni
bari kita bikin imbas kembali la

happy new year everyone !

Thursday, October 6, 2016

Kali ke 3

dah memang sekali pernah
memang lepas tu berkali-kali ke??

last keluar hari 16/8/2016
masa check in kali ke 2 tu
icad tak demam
sama macam kali pertama tu
tapi yang 1st admit
on antibiotic
tapi kedua tu
ubat langsung tak masuk badan
memang icad kena tahan untuk kena bagi nebul je
ada improve la sikap bila kali ke 3
walaupun lebih banyak mengamuk dari nak guna benda alah tu
sakit kot sedut asap..tapi benda tu yang melegakan dari segala bunyi-bunyi yang pelik tu kan
so mau tak mau
kita kena paksa bagi juga
kalau dulu
tak sampai hati nak balut segala kalau nak bagi
rasa cam sedih je
macam tu la perasaan kali pertama
ni dah kali ke 3..
bukan kata tak ada perasaan
hati dah kuat
kalau nak balut then pam
so tak de gambarnya sebab mak nye yang pam kan sendiri kan
kalau dia tidur
lagi senang la nak pam..
so lebih banyak i try bg icad tidur dulu
then baru bagi pam
terlepas 1-2 jam tu biasa
janji bagi

kali ke 3 ni
icad dah senang nak di kawal
tak berapa nak cari ayah
kalau dulu
dengan i sekali menangis bila icad nangis cari ayah
sekarang..okeh je
kalau ayah datang sebelah petang je
sebab sebelah pagi kerja..balik kerja suh rehat dulu,,baru datang
tapi tak menyempat nak rehat

yang menjaga dan menjaga
sama naik penat
memang kalau anak sakit macam ni
tak de la menyempat nak rasa tidur cukup
dugaan kecil
i redha

nak flashback sikit macamna icad kena tahan kali ke tiga ni

memula petang tu 19/9/2016
icad ikut ayah dia smayan (solat)
icad panggil smayan..muahaha
dia sujud tu
cam i terdengar bunyi
wheee
macam wisel halus sangat
rasa cam pelik la jugak
aih tak batuk tak demam
takkanlah kan
tapi bial dia biasa-biasa tak de pula bunyi

masa nak tidur tu
dia macam susah sangat nak tidu
2-3 jam bangun
sampai la ke pagi
masa tu nak iron baju pun
hati rasa berat
takut berulang lagi
duk tengah keja kena call anak kena bawa gi kecemasan
cam trauma i
ye la,,dia tak mau kalau x de ayah ibu dia kalau nak gi jumpa dr
susah nak kawal
kang doang duk main kasar2..
kesian si anak juga kan

so cakap kat husband..
bawa la kejap gi kecemasan..
then baru ayah gi keja kan
so pergi la 5.30 tu bawa gi kecemasan
nasib la
rumah dengan hospital
tak jauh sangat..
kekadang rasa nak buat rumah sebelah hospital je

sejak kawin ni..kerap oo gi hospital
dulu-dulu lari ke klinik je
tapi anak kalau dah macam ni
memang i rela ward in la
senang ada dr yang pantau icad kan
kat rumah
tak ada benda  yang boleh nak tolong anak rasa comfort sikit
memang nebul tu la penawarnya

lepas dah pam 2 kali
ke 3 kali
balik
kena suruh ambil ubat..tapi farmasi tutup lagi

so tak pergi la

petang tu..
atoknya dari putatan datang
dengan hariz..
duk main kejap
atok bawakan peach dari forever living
nak mencuba sebab ada budak yang sihat dengan benda tu
kita usaha la kan selagi belum bertemu yang sesuai

dari petang tu berkira-kira nak bawa
tapi on off 
hujan lagi..
hurm..tapi siap packing dah barang-barang

akhirnya 8:30 p.m bawa juga
takut tengah malam buta kang ada apa
baiklah pergi sekarang kan..

sebab dah 2nd visit within 24 hours
memang sah la admit kan
ai memang dah prepare

masa sampai kecemasan
penuh budak berpam
sorang baby 5 bulan
kesian kan

last-last
icad ngan baby 5 bulan kena tahan
20-23/9.16 berkampung dekat wad

yang baby tu tak boleh lagi discharge
sabar je ibu ye
kalau anak sihat..baru kita kuar senang hati

kalau tak sihat ..merayu-rayu nak bawa keluar
hurm..kesian anak
dia yang merasa bebanan tu

kalau dulu dr cakap belum boleh discharge
sedih hati ai
yang kali ke 3 ni..
memang 100% ikut cakap Dr
i tot sambung hari ke 5
tapi dia kata bagi la keluar

tapi on ubat
tu yang payah
sebab..icad susah nak bagi makan ubat

ada malam last tu
dengan nurse nak bagi ubat demam
surender okeh nurse
dia suruh bawa gi toilet lap-lapkan je

tapi ai dah bawa spray
kalau panas sembur-sembur je
hah moden sikit kan..
tak dapat nak bagi kain lembap
dicampaknya jauh-jauh
so tu caranya yang boleh di buat nak bagi turun panas

sebab suhu 37 lebih je

masa 38-39
minta ubat






lain kali sambung... 


Tuesday, July 19, 2016

Raya ke 14

Raya ke 14
makan-makan kat sekolah
ni baru group 1

banyak sangat makanan
mee
nasi
kek
puding
daging
ayam
buah-buahan

ada lagi yang tak dapat disenaraikan

tengok gambar yang ai makan je la
kih kih kih
macam ni
bagus untuk bina lemak tepu



Monday, July 18, 2016

camna nak buat Flat Lay Photo ?

dulu-dulu magazine
dah lama apply teknik macam ni

bila dah banyak golongan peniaga yang kreatif
nak attract dia punya cust
kasi naik sale
hah ... berusaha la nak bikin flat lay photo ni kan

aku dulu gila photo
DLSR selalu je tergantung kat leher
berat-berat sanggup pikul

now.. nak pikul anak lagi
so..yang bergantung kat leher beg susu anak je la
haha

tapi
jiwa nak menggambar
memang masih ada

semalam dalam group Fame
isu pasal photo lay
hihi masing-masing mencuba

dia punya teknik senang je
dapatkan pencahayaan yang cukup
x mau flash
kalau tak terang
amik la USB lamp LED nak bantu pencahayaan yang baik
tak semestinya bg nak white
tapi tengok situasi
dah kalau barang white nak white juga
pa yang timbul??

lepas tu theme penting
jangan nak gambar make up tetiba ada sudu + pisau la pulak kan
tak matching pula
so pandai2 tetapkan theme

cara nak susun
terpulang la pada individu

tapi aku suka tengok flay lay photo ni
pada skala yang besar ni

gambar dari google

cantik kan???
teringin nak gambar macam ni

so tadi
amik je kertas lukisan size a3
barang yang ada
susun-susun

jeng jeng
hasilnya


nah hasilnya

2nd susunan





nanti kita bikin tutorial lagi

p/s: teknik menggambar dari atas tepat
jangan senget-senget


Raya 12

Bukan main tahun ni
sampai raya ke 12
masih ada entri

haha
tahun lepas tak berapa nak raya kot
anak masih kecil

semalam sempat beraya kat petagas
umah ira di kimanis umah mak cik belah hubby kat benoni
and last kat papar
aku lupa area nya pa
tempat nak jalan ke pantai manis tu

hah sana la aku beraya
umah nenek ( aunty my mom jugak )
dah abah aku bukan orang sini
so memang tak de la sedaranya kalau raya belah sabah

hihi

beraya umah ira pun tak de gamba
sebab dah la hujan + penant kot
sampai lupa
padahal semangat nak berselfie ngan ira
lupaaaaa
grrrr
dah jadi mak
hangpun dah tak berapa nak hangpun
phone dalam beg je
phobeg kahkah kah
so no photo
nyesal aku..
ira pun tak ingatkan kita nak bergambar

hurmm
malam tu beraya lagi
padahal atas pagar
sebab laki dah penat
tapi duk pk2..
kalau beraya boleh gantung kuali kan
sambil menziarahi
soooo...sambung juga beraya lagi



aih aku dan fam x de dalam gambo
sebab anak dah mengamuk nak balik
so abadi kan je la gambar dorang
dari sampai ... sampai nak balik
icad berjalan berlari je
mana taknya luas rumah
memang rumah mak datin..hihi
yang pegang baby tu pangkat nenek ngan aku
mak sedara mak (adik beradik belah arwah bapanya juga)
aku panggil nenek dayang kaya
kihkih boleh pulak

so humble + peramah
so gitu je cerita raya ke 12

nak terkucil..so habiskan cepat entri
hahaha... 




Raya ke 11

Alhamdulillah
masih sempat beraya pada raya ke 11

banyak rumah yang di singgah
sampai ke rumah pun dah malam

pagi tu
sarapan buras + kelupis + serunding
perghhhh memang terasa la mood raya sangat


mak ai kata
makan buras sedap bercecah asam pedas
lupa nak tary
dah kenyang sangat membedal dua benda ni
hikhik

dalam jam 1 lebih
bertolak gi papar
beraya gi rumah MIL dulu
haha tuan rumah pun datang beraya okayyy

semangat suasana raya pertama
sebab SIL baru balik cuti beraya
so layankan saja raya pertama nya di raya ke sebelas okayy

banyak dia masak
rojak + soto + nasi berlauk pun ada
puding 
tapi sibuk makanan
lupa lagi nak gambo
pehal la lupa saja nak bergambar ni kan

nak bergambar sesama mereka pun lupa
sebab nak berkejar beraya belah atas
sebelah bongawan, kampung belah mak

jom layan kan gambar dorang
gambar tuan belog je tak de
:((


dari kiri: kak lyna, ani, kak tini, atie, bongsu ayu, limah

ipar ai banyak gegurl okay
alhamdulillah
semuanya baik2
macam adik beradik 
tak de la nak jadi musuh (nauzubillah)
minta jauh-jauh



masa dorang snap gambar ni
ai dalam kereta
nak turun dah agak payah
so.. aku ngan icad
bubye je la dari dalam kereta
**kiciwaaaa
haha

lepas dari benoni
terus ke Mandahan
melawat mak ai punya pok cik
kiranya..satu-satunya pak cik dia yang adik beradik dengan arwah bapa dia
yang masih ada
sorang dah meninggal tahun lepas
nenek nordin
lupa nak shoot gambooo

pastu ke rumah adiknya
yang ni 2nd visit
sebab dah gi beraya masa raya ke 3 hari tu
lepas tu singgah umah nenek bongsu
the only aunty mak yang masih ada 
adik beradik juga belah bapanya

yang ni ada gambo
dari kiri : babu kiok(cousin mak), ahkak le ngan icad, my mom, nenek bongsu, my youngest sister dan hariz

aiseh
diam icad ye nak
icad ngan hariz dah macam sama besor
icad ni kalau beraya
memang habis dia round satu kawasan
dah macam abang kawasan pulak
pantang nampak kereta + basikal
nak naik nak naik
kalau dah keluar term naik
pusing la cari..mana ada  mini vehicle
laju je mata dia nampak okay
yang hariz ni
jenis diam je
kadang-kadang je dengar suaranya
tu belum dapat kaki kan hariz
haha
so aku pun penat sikit kalau beraya
turur serta walkhaton dengan anak
takut dia tarik ke ..masuk bilik orang ke hapa
dan tukang jaga kuih raya
macam biasa

ada kes berjaya cecah se jug air
hahah
minum saja la mak cik-mak cik ye
icad cilok sesaat je nak rasa suhu aiar
sejuk ke tidakkk
kah kah kah

sambung layan gambar
dah tiba rumah ke 5
baru ada modd nak gambar
tudung dah senget
lantak la
janji ada gambar..

bertiga


anak tak mau bergambar..biar ayah ngan ibu je gambo

selfie ngan zara
tetiba abad ni
nama zara cam glam je pulokkk
haha

salah posing
nampak bambam


teett
ni gambar ada nilai estetika
sebab tu ai gambar
suka je tengok gambar dapur cam ni


okay dah balik
pergi next houseeee

pun x de gambar
2 buah rumah yang lepas dari sini
tak ada orang
pastu last di kg malawaring
dah magrib
malas nak gambo-gambo

balik dari sana
singgah kfc 
for dinner
then balik umah
pengsannnnnnn!


so begitula ceritanya raya ke 11
next entri raya ke 12