Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tutorial. Papar semua catatan

Ahad, 12 Oktober 2025

0 Buasir Otak TV: Cara buat Lagu AI guna Suno LIVE

Jom belajar cara buat Lagu AI guna Suno.

Tutorial buat lagu AI request by Kazahane.
Lagu yang dicipta bertajuk Teman Palsu request by Afya_Gaming2712​​.


Selasa, 4 Jun 2024

0 Buasir Otak TV: Belajar Buat Lagu Guna AI LIVE

Jom belajar buat lagu bersama saya dengan menggunakan AI.


Isnin, 19 Disember 2022

0 Apa dapat lepas buat 1000 video Youtube?

1. Lama tak bersiaran kat FB, IG dan TT sebab fokus buat video kat Youtube. Selepas 3 TAHUN 4 BULAN, akhirnya capai juga 1000 video Youtube. Apa aku dapat lepas dah buat 1000 video? 75K Subs, 25M Views dan RM25K.

2. Akhir-akhir ini banyak channel Youtube mengalami penurunan Views untuk video format biasa, tapi video Shorts pula yang mengalami peningkatan Views, mungkin sebab nak bersaing dengan TikTok.


Khamis, 2 Disember 2021

0 Mana pergi duit gaji aku?

1. Isu gaji minima RM1,200 cukup menghangatkan. Ada yang kata gaji RM1,200 tak cukup, ada yang brag kata gaji RM1,200 lebih dari cukup.

2. Cukup atau tak itu sebenarnya subjektif. Kita langsung takkan boleh bandingkan dengan orang lain kerana kehidupan masing-masing berbeza, latar belakang berbeza, tanggungan berbeza, tanggungjawab berbeza.


Rabu, 25 Ogos 2021

0 Akhirnya 50,000 Subsribers selepas 2 tahun

1. Alhamdulillah, hari ini 25 Ogos 2021 genap 2 tahun channel Buasir Otak TV (BOTV) wujud. Hari ini juga, channel BOTV mencapai 50K Subs. Milestone lain adalah 10M Views dan 400 Uploads.

2. Channel BOTV bermula dengan video-video animasi komedi dan komik, kemudian diselitkan juga dengan animasi motivasi, seram, isu Palestin dan kini dikembangkan lagi dengan content gaming terutamanya Roblox.


Rabu, 18 Ogos 2021

2 Buasir Otak TV: Teka-teki mengarut

Bila kawan kau bagi teka-teki tapi kau tak boleh jawab, kau mula lah bagi teka teki dengan jawapan mengarut. Jom tonton animasi ini. 


Isnin, 16 Ogos 2021

0 Buasir Otak TV: Belajar lukis muka orang

Setiap kali nak belajar lukis muka orang. Tonton video ini untuk tutorial bagaimana melukis potret wajah manusia secara realistik. Jom tonton animasi ini. 


Khamis, 17 Jun 2021

2 Perjalanan sebuah channel kartun bodoh dan cringe

1. Sukacita ingin saya kongsikan yang setakat ini channel Youtube Buasir Otak TV telah mencapai milestone 32K Subs, 7.5M Views dan 350 Uploads.

2. Saya sendiri tak sangka saya dah buat 350 video animasi sejak saya mula buat channel Youtube hampir 2 tahun lepas pada 25 Ogos 2019. Nak sampai tahap ini bukannya mudah. Untuk membuat content secara konsisten, ia perlukan terlalu banyak kegigihan dan kesabaran. 


Selasa, 25 Mei 2021

0 Jadi Youtuber jana pendapatan RM10,000 sebulan

1. Sukacita dimaklumkan channel Youtube Buasir Otak TV setakat ini telah mencapai milestone 23K Subs, 5.5M Views dan 300 Uploads.

2. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong dan menonton video-video animasi merapu saya selama ini.


Khamis, 1 April 2021

0 Buasir Otak TV: Ada berani tengok video seram?

Kamu semua berani ke tak tengok video seram? Setelah mendapat undian paling tinggi, Bos akan react pada video seram yang sangat seram dari video ini. Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 27 Mac 2021

0 Buasir Otak TV: Naikkan kerbau atas lori seorang diri? Biar betul!

Kami akan buat reaction video pada satu video yang mendapat jutaan tontonan iaitu "Cara Naikan Kerbau Ke Atas Lori Walau Seorang Diri". Jom tonton animasi ini.


Khamis, 21 Januari 2021

0 Nak jadi Youtuber perlu buat orang rasa terhibur

1. Bila ada orang tanya aku cara dan tips macam mana nak buat Youtube dan dapatkan banyak Subscriber, aku susah nak jawab sebab benda tu sangat subjektif. Ia langsung tak sama dengan bidang kerjaya konvensional.

2. Kalau kau nak kejar cita-cita kau unutk berjaya dalam bidang kerjaya konvensional, ada set-set laluan yang kau kena ikut. Nak jadi doktor, kena belajar rajin-rajin kat sekolah, dapatkan result bagus dalam SPM, sambung degree dalam bidang perubatan dan seterus-seterusnya. Nak jadi cikgu, kena masuk maktab perguruan dan sebagainya. Nak jadi juruterbang, kena masuk akademi penerbangan dan sebagainya.
 


Rabu, 20 Januari 2021

2 Terima kasih untuk 20,000 Subscribers

Syukur Alhamdulillah, channel Youtube Buasir Otak TV, akhirnya telah mencapai 20,000 Subscribers, beserta pencapaian milestone lain iaitu 4,500,000+ Views dan 250+ Video.

Walaupun sasaran untuk dapat Silver Play Button masih jauh, namun tak akan ada pencapaian besar tanpa pencapaian-pencapaian kecil.

Terima kasih kepada semua yang masih sudi memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.


Jumaat, 16 Oktober 2020

0 Buasir Otak TV: Budak malas belajar sebab nak jadi Youtuber

Bila budak-budak malas belajar dan rasa pelajaran itu tak penting sebab nak jadi Youtuber dan mahu dapat gaji ribu-ribu juta-juta. Jom tonton video animasi ini.


Ahad, 19 Julai 2020

0 Kenapa aku buat channel Youtube Buasir Otak TV?

Alhamdulillah. Satu lagi milestone berjaya dicapai. Buasir Otak TV telah mencapai 3.5M views, 15K subscriber dan 175 video selepas 11 bulan channel ini wujud.

Sejak aku mulakan channel Buasir Otak TV, boleh kata dalam seminggu aku akan upload 3 ke 5 video animasi dan komik.

Cuma channel ini mungkin baru nak masuk setahun, tapi jenama Buasir Otak TV sendiri sebenarnya dah 9 tahun aku usahakan.



Ahad, 12 Julai 2020

0 Formula berjaya dalam Youtube bagi marhaen

1. Nak berjaya dalam Youtube ni dia takde formula yang tetap. Dia macam hit or miss.

2. Bagi seorang selebriti yang dah ada nama, mungkin senang nak dapat audien kat Youtube sebab dah ada peminat dan dah ramai orang kenal.

3. Tapi bagi orang biasa, orang kebanyakan dan rokyat marhaen, ia memang sangat bergantung pada nasib dan rezeki terpijak.



Isnin, 29 Jun 2020

2 Hard disk selalu penuh tapi tak tahu kenapa?

1. Kadang-kadang bila kita dah lama guna PC atau notebook, walaupun kita rasa kita tak banyak save atau download file, tapi hard disk kita selalu penuh, makin lama makin sikit space yang tinggal.

2. Lepas tu bila kita clear recycle bin dan buat disk cleanup pun, hard disk masih tinggal sikit ruang yang kosong. Kita pun mula berfikir, sebenarnya aku simpan apa dalam komputer ni sampai banyak makan hard disk space? Ada hard disk 500GB atau 1TB pun penuh juga.

3. Nak check satu-satu folder yang pakai space banyak ni jenuh juga. Dah check space kat directory tu, lepas tu nak kena check pulak satu-satu sub directory di dalamnya.



Ahad, 21 Jun 2020

0 Mencari audien sasaran yang tepat bagi Youtuber

1. Kali ni aku nak share sikit tips untuk Youtuber, tapi tak semestinya untuk Youtuber sahaja. Benda ni boleh apply juga pada benda lain seperti bisnes, muzik, filem, komik, buku dan sebagainya.

2. Buat Youtube ni sebenarnya sama macam buat bisnes menjual barang dan perkhidmatan. Channel Youtube dan video-video kita adalah produk kita. Ramai orang nak buat Youtube, tapi strategi dan fokus kurang berkesan. Ini tidak termasuk bagi orang yang buat Youtuber lalu bernasib baik contentnya jadi viral. Jadi aku nak share sikit berdasarkan pengalaman aku sendiri.

3. Bila kita mula buat Youtube, biasanya orang pertama yang kita suruh tengok dan Sub adalah dari kalangan kawan dan keluarga kita. Biasanya mereka akan Sub, tapi mungkin tidak tengok video kita sebab tak minat dengan content kita. Mereka Sub pun atas dasar ikatan keluarga dan kawan. Lagipun volumenya sangat kecil kerana bilangan kawan dan keluarga kita tak lah banyak mana.



Isnin, 8 Jun 2020

0 Teknik mudah simpan dokumen ke format PDF

Mungkin ada yang dah tahu, tapi bagi yang tak tahu, ni saya nak share satu kaedah paling mudah nak simpan atau convert sebarang jenis dokumen atau fail ke format PDF.

Teknik ini boleh digunakan di semua komputer Windows 10 tanpa perlu install atau gunakan sebarang perisian PDF atau converter tools.

Langkah-langkahnya mudah sahaja:



Sabtu, 14 Mac 2020

4 Buasir Otak TV: Cara membuat animasi Buasir Otak TV

Sempena pencapaian video Buasir Otak TV yang ke-100, kami akan membongkar rahsia bagaimana cara animasi Buasir Otak TV dihasilkan dalam tutorial ini. Jangan lepaskan peluang untuk belajar cara mudah untuk membuat kartun ini. Jom tonton animasi ini.