Memaparkan catatan dengan label Troll. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Troll. Papar semua catatan

Ahad, 2 Februari 2020

0 Buasir Otak TV: Cara membuat perempuan suka kita

Bagaimana nak bagi perempuan rasa kagum supaya dia suka dan jatuh hati pada kita? Dapatkan jawapannya dalam video animasi ini.



Jumaat, 31 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Bos menyamar ketika temuduga

Antara kriteria pekerja yang sering dicari majikan adalah mempunyai hati yang mulia dan ikhlas. Jadi adakalanya bos akan menyamar jadi orang biasa untuk menguji tahap kemuliaan dan keikhlasan hati calon pekerja yang datang untuk temuduga di syarikatnya. Jom tonton video animasi ini.



Isnin, 11 November 2019

0 Buasir Otak TV: Penampilan istimewa Upin Ipin, Boboiboy & Ejen Ali

Sambutan majlis keraian pasti meriah dengan kemunculan khas watak ikon animasi tempatan iaitu Upin Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali. Betul betul betul! Terbaikkk. Jom tonton video animasi ini.



Khamis, 7 November 2019

1 Bila tujuan hidup hanya untuk mengutuk orang lain

1. Dulu masa awal-awal aku tulis blog masa tengah naif, antara modal penulisan aku adalah bahan orang. Ada ahli politik buat benda bangang, terus troll. Ada orang buat benda bodoh sikit kat media sosial, atau buat benda yang nampak poyo dan menjengkelkan, terus bahan.

2. Lepas tu masa zaman kebangkitan Facebook, muncul la macam-macam page yang modus operandinya cuma bahan, troll dan make fun pada orang sahaja macam KHK, Amran Fans dan sebagainya. Masa tu aku pun dah slow down bahan orang dan lebihkan penulisan bersifat pendapat dan ulasan yang lebih teratur.

3. Tak dinafikan cerita pasal orang ni memang laku. Nampak ahli politik menguap tak tutup mulut, troll kaw-kaw. Ada artis bercerai, jaja cerita dengan tajuk bukan-bukan. Ada perempuan suka artis K-Pop, kutuk gila-gila. Ada orang buat silap sikit, letak muka, letak video dia dan aibkan kat page untuk dibahan ramai-ramai.



Isnin, 21 Oktober 2019

2 Buasir Otak TV: Lagenda Cikgu Suraya

Kisah sebenar lagenda cikgu Suraya versi animasi. Jom layan animasi ini.

* Tiada kaitan dengan video kontroversi Alieff Irfan.



Khamis, 10 Oktober 2019

0 Buasir Otak TV: Anime bukan kartun

Bila setiap kali orang cakap anime tu kartun. Btw siapa dah tengok kartun Kimetsu no Yaiba (Demon Slayer)? Jom layan animasi ini.



Jumaat, 19 Julai 2019

1 Menjadi pengasas skim piramid dosa dengan troll

1. Aku memang suka menulis ulasan atau kritikan tentang isu politik, tapi bukan dengan kutuk, kecaman, hinaan, fitnah atau troll ahli politik. Kalau yang dah follow aku lama, sejak dari zaman BN jadi kerajaan lagi aku dah kritik kerajaan, tapi kalau ada pemimpin yang dijadikan bahan fitnah atau troll, aku akan beritahu benda tu tak betul dan tak baik.

2. Antara yang popular masa tu, ada orang edit akhbar Utusan Malaysia letak gambar isteri DS Najib dengan tajuk "Beli cincin sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah". Sejak dari tu semua orang percaya dan troll Rosmah pasal menabung dari kecil sedangkan dia tak pernah pun cakap macam tu. Itu belum lagi bersepahnya gambar pemimpin politik yang diedit dengan hidung babi.



Rabu, 24 April 2019

6 Doraemon sebenarnya berasal dari Malaysia

1. Dua hari lepas keluar di akhbar berita tentang Balai Seni Lukis Negara bercadang untuk mengadakan pameran lukisan bertemakan Doraemon sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

2. Kalau orang biasa baca berita itu mungkin macam takde apa-apa isu pun, sehinggalah page Les' Copaque iaitu pembikin animasi tempatan Upin Ipin menyindir berita tersebut dengan menulis 'Benda boleh pakai animation luar untuk promote Malaysia, buat apa pakai animation Malaysia sendiri'.



Sabtu, 30 Mac 2019

3 Prototaip kereta terbang yang belum boleh terbang

1. Prototaip kereta terbang yang diperkenal menteri PH di pameran LIMA menjadi bahan jenaka dan troll.

2. Pada awalnya diperkenal sebagai 'prototaip' namun ditukar menjadi 'model' setelah menerima kecaman netizen.

3. Tak pasti sama ada prototaip sebenar sudah mula dibina atau belum. Difahamkan pelaburan untuk membina prototaip lebih kurang RM1 juta.



Isnin, 15 Mei 2017

3 Tips dan teknik pro bermain Fidget Spinner

Fidget Spinner.

Jika dulu kita ada permainan gasing, baling selipar, layang-layang, yo-yo dan sebagainya, kini kita ada fidget spinner, sejenis alat permainan yang kini semakin popular, sedang menular dan menjadi trend serta kegilaan ramai masa kini di seluruh dunia dari budak kecil hinggalah orang dewasa. Alat permainannya mudah, ada bearing di tengah dan pemberat pada bilahnya lalu dipusing-pusingkan.



Rabu, 5 Oktober 2016

8 Kaitan lagu PPAP dengan Yahudi dan Illuminati

Anda semua pasti sudah dengar lagu PPAP Pen Pineapple Apple Pen yang sedang viral dan mencetus fenomena di seluruh dunia, bukan? Malah anda juga mungkin sudah hafal lagu tersebut dan sering menyanyikan lagu itu tanpa sedar, bukan? Anda mungkin sudah menonton banyak kali lagu asal dan parodi lagu tersebut di Youtube, bukan? Anda mungkin tidak menyedari yang minda anda kini telah kena brainwash dengan lagu itu, bukan?



Ahad, 31 Januari 2016

17 Seni Trolling: Berdua dalam group Whatsapp

Kita mesti ada kawan yang suka masukkan kita dalam macam2 group kat Whatsapp atau Telegram. Group kawan sekolah, group kawan universiti, group kawan pejabat, group futsal, group badminton, group game, group peminat bola sepak, group lepak mamak, group memancing, group alumni kursus dan macam2 group lagi. Asal ada event, create group baru. Asal ada aktiviti, create group baru. Asal ada apa2, create group baru, lepas tu add kita yang kadang2 takde kaitan sangat pun dalam group tu sampai membuatkan kau stuck dalam group tu dan tak sampai hati nak left.

Kalau korang ada member macam ni, korang boleh troll diorang balik dengan add dia ke dalam group "kita".

Kah kah kah.



Ahad, 24 Januari 2016

17 Kad jimat yang sangat ajaib dan berkuasa luar biasa

Akhir-akhir ini kad jimat ajaib semakin hangat diperkatakan di media-media sosial. Setelah aku sendiri mencuba kad jimat ajaib tersebut, maka terbukti kad jimat ajaib memang ternyata sangat berkesan. Ia bukan sahaja boleh menjimatkan petrol, bil elektrik, bil air, menyembuhkan bayi kekuningan, sakit gout, demam, cirit birit, buasir dan lain-lain penyakit malah juga boleh digunakan di tol dan mesin ATM. Inilah testimoni aku sendiri sebagai pengguna kad jimat ajaib.



Jumaat, 1 Januari 2016

11 Kronologi kes culik yang 1Malaysia kena troll

2 tahun lalu 1Malaysia pernah kena troll oleh seorang budak lelaki belasan tahun yang dilaporkan hilang kat Villa Nabila sekali rupanya pergi lepak rumah awek. Ya, sekali lagi 1Malaysia kena troll pada tahun baru 2016 oleh budak perempuan belasan tahun yang dilaporkan kena culik oleh van putih sehingga menyebabkan 1Malaysia menjadi panik, anggota polis dikerahkan untuk mencari gadis tersebut hanya untuk mendapati yang dia sebenarnya lari mengikut teman lelakinya. Baguslah adik, bagus sangad.



Sabtu, 31 Oktober 2015

6 Carte Blanche: Komik paling menyayat hati abad ini

Tahun 2105...

3/4 daripada bumi telah musnah akibat perang dunia ke-4 yang berlaku 10 tahun yang lepas mengakibatkan krisis kemanusiaan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah peradaban manusia.

Bagi mengelakkan tragedi ini daripada berulang lagi, pemerintah-pemerintah dunia telah mewujudkan sebuah permainan hidup dan mati iaitu “Carte Blanche”.

Khamis, 1 Oktober 2015

10 Hirup udara segar di musim jerebu dengan produk ini

Bersempena musim jerebu ni, aku nak kenalkan satu produk yang sangat berguna dan bermanfaat iaitu "UDARA SEGAR DALAM TIN".

Dengan produk ini, anda tidak perlu risau lagi untuk menghirup udara jerebu mahupun asap rokok dan vape yang dihembus oleh brader sebelah meja ketika tengah makan di kedai mamak. Malah anda juga tidak perlu lagi berkongsi udara dengan orang lain yang anda tidak suka.


Isnin, 29 Jun 2015

16 Nak bergurau, sarkastik dan troll juga ada hadnya

Ramai orang suka buat sarcasm. Ramai orang suka troll orang lain. Namun nak sarkastik atau troll tu pun agak2lah. Tak perlulah nak sarkastik atau troll sehingga melibatkan agama dan kaum sangat sehingga boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama. Bukan semua orang kenal kita. Bukan semua orang tahu yang kita hanya bersarkastik atau buat lawak troll. Ada orang tak tahu dan mengambil serius perkara itu.

Seperti page Asrul Samad yang troll orang pasal senaman salib kristian agenda kristian di sekolah sebelum ini. Tak semua orang tahu page Asrul Samad tu sebenarnya seorang troller yang nak menampakkan kebodohan macai PKR, seperti juga Amran Fans seorang troller yang pada asalnya wujud untuk menampakkan kebodohan macai BN.



Selasa, 16 Jun 2015

16 Pemimpin paling kelakar yang suka troll rakyat

Sebenarnya aku cukup kagum dengan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan ni. Aku tak pernah rasa benci dan marah pun pada dia, malah bagi aku dia seorang yang sangat menghiburkan, sebaris dengan troller2 Internet popular yang lain seperti Amran Fans, Sultan Melaka, Rani Kulup dan Raja Nusantara Langkasuka, cuma bezanya dia seorang pemimpin dan timbalan menteri. Apa sahaja yang dia buat dan cakap pasti akan jadi bahan perbualan, material bisnes, komedi dan trend yang diikut oleh segenap rakyat marhaen.



Jumaat, 22 Mei 2015

11 Kisah pemuda Melayu jadi JUTAWAN sebelum usia 30

KISAH SEORANG PEMUDA MELAYU MENJADI JUTAWAN SEBELUM USIA 30 TAHUN (HARUS BACA!!!)

Pada usianya 23 tahun, ketika orang lain yang sebayanya sedang sibuk merempit, bermain Facebook, video game, smartphone, mencari jodoh, menonton anime, menghadiri konsert K-Pop, membeli motor, dalam kepala Azam (bukan nama sebenar) sentiasa ligat mencari cara untuk menjadi jutawan sebelum usia 30 tahun. Perkara pertama yang beliau buat setelah tamat pengajian di universiti adalah dengan bekerja sebagai seorang eksekutif bank di sebuah bank dengan gaji bersih permulaan hanya RM2,500!


Khamis, 30 April 2015

9 Rakyat tiada sebab untuk tidak menyokong BN

Kita sebenarnya tiada sebab untuk tidak menyokong dan mengundi Barisan Nasional. Sokonglah BN jika mahukan kemajuan pesat dan pembangunan berterusan. Mengundi Pakatan Rakyat hanya akan membantutkan pembangunan. Sokonglah PR jika anda tidak mahu kemajuan di tempat anda. Gambar di bawah menunjukkan betapa pesatnya pembangunan suatu kawasan yang di bawah pemerintahan BN.