Memaparkan catatan dengan label Sakit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sakit. Papar semua catatan

Sabtu, 9 September 2023

0 Buasir Otak TV: Ikrar

Sebuah komik yang mengisahkan tentang dua orang pelajar sekolah menengah, seorang dari kelas hadapan manakala seorang lagi dari kelas belakang. Walaupun mereka dari dunia yang berbeza, namun bersama mengikat ikrar demi mengejar impian. Jom tonton animasi ini.



Sabtu, 2 April 2022

0 Jangan sakiti orang lain jika tidak mahu disakiti

1. Aku bukanlah menyokong perbuatan merakam dan menularkan sesuatu insiden. Malah hal itu tak perlu dilakukan pun, andai semua masalah dalam dunia ini dapat diselesaikan dengan baik tanpa ajak netizen jadi hakim.

2. Contohnya kau terlanggar kereta orang. Orang tu keluar kereta dan berjalan jumpa kau nak selesaikan baik-baik, tapi kau bersikap defensif dan maki hamun dia pula. Dia pun angin maki hamun kau balik. Lalu kau, dia, dan orang sekeliling masing-masing keluarkan handphone untuk rakam insiden tu dan upload kat media sosial.


Rabu, 23 Jun 2021

0 Buasir Otak TV: Setiap kali bila cedera Part 2

Bila kau jatuh pokok cedera patah kaki lepas tu pergi kena hospital jumpa doktor. Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 19 Jun 2021

0 Buasir Otak TV: Setiap kali bila cedera

Setiap kali bila mengalami kecederaan seperti kena gigit, luka dan bengkak. Jom tonton animasi ini.


Selasa, 19 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Keputusan saat akhir

Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menunggang motosikal cuba mengejar lampu kuning dan melanggar lampu merah. Tindakannya itu telah menyebabkan dia dilanggar dan hampir meragut nyawanya. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 17 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Kenapa aku yang diuji?

Seorang lelaki yang berjaya dalam hidup dan membuat banyak amal kebaikan, diuji dengan dugaan berat apabila dia hanya tinggal 5 hari sahaja lagi untuk hidup akibat penyakit kanser hati. Namun isterinya sukar untuk menerima kenyataan dan mula mempersoalkan kenapa dalam ramai-ramai orang di dunia, suaminya yang dipilih untuk menerima ujian berat ini? Jom tonton animasi ini.



Khamis, 14 Mei 2020

1 Buasir Otak TV: Sedetik bahagia

Sebuah kisah tentang seorang wanita yang bakal melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya pada minggu hadapan, namun mendapat tahu yang beliau menghidap penyakit leukemia dan hanya ada beberapa bulan lagi untuk hidup. Jom tonton animasi ini.



Rabu, 6 Mei 2020

0 Buasir Otak TV: Hasrat terakhir

Sebuah cerita tentang seorang wanita yang baru mendapat tahu bahawa dia takkan dapat hidup lama lagi kerana menghidap satu penyakit kronik, berhasrat untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya kerana tidak mahu menyusahkan kekasihnya itu. Jom tonton animasi ini.



Ahad, 26 Januari 2020

0 Buasir Otak TV: Tabahlah duhai hati

Sebuah cerita pendek yang mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Sara yang kehidupannya tidak seperti orang lain kerana kesakitan yang telah dialaminya sejak kecil.



Rabu, 23 Oktober 2019

2 Dendam tak tentu hala tanda hati hitam dan busuk

1. Kita semua manusia. Manusia tidak sempurna. Ada ketika kita pasti terlakukan kesilapan dan kekhilafan kecil yang tidak disengajakan.

2. Atau adakalanya kita terlakukan sesuatu yang kita sendiri tidak perasan yang ianya salah, namun hanya sedar apabila orang lain menegur.

3. Apabila kita sedar yang ianya salah, kita merendahkan diri turunkan ego dengan meminta maaf. Itulah yang sewajarnya setiap orang buat.

4. Kesilapan kecil ini pula bukanlah sampai ke tahap jenayah pun seperti mencuri, membunuh, rasuah, membuli, merogol dan sebagainya pun yang memerlukan penghakiman pihak berkuasa, tetapi mungkin hanya kerana tersilap kata, terguris hati atau berbeza pandangan.



Sabtu, 23 Julai 2016

9 Ramai orang gila di media sosial dan Internet

Di media sosial... memang ramai orang gila.

Ini bukan lagi yang sekadar ada kesihatan mental, tapi bagi aku memang cukup syarat untuk diklasifikasikan sebagai orang gila.



Khamis, 7 Julai 2016

4 Pembuli siber, penyakit mental dan bunuh diri

Pembuli siber.
Penyakit mental.
Bunuh diri.

Seorang penulis dan insta-famous di media sosial, Arlina Banana dikatakan mendedahkan hasrat di laman Twitter untuk membunuh diri ekoran terlampau tertekan gara-gara dibuli secara verbal di laman sosial.

Arlina difahamkan menerima pelbagai kutukan dari pengguna Twitter yang membalas daripada salah satu kicauannya sebelum ini yang seolah-olah ‘menggalakkan’ lagi wanita itu untuk meneruskan niatnya.



Selasa, 22 Mac 2016

6 Beza kritikan membina dengan kritikan menjatuhkan

Kadang-kadang orang keliru antara kritikan membina dengan kritikan yang menjatuhkan lebih-lebih lagi kritikan yang dibuat terhadap hasil usaha seseorang individu. Kritikan yang baik tak perlu disertai dengan kata-kata kesat dan hinaan seperti bodoh, buruk, bangang, teruk dan sebagainya. Malah kritikan yang baik adalah kritikan yang disertai dengan cadangan dan idea, bukan hentaman dan kecaman semata-mata yang sangat menjatuh dan melemahkan semangat orang. Kalau tak mampu bercakap dan berhujah dengan baik lebih baik diam sahaja daripada menyakitkan hati orang lain.



Ahad, 23 Ogos 2015

17 Pekerja yang mengaibkan pelanggan sila mereput

Gambar seorang doktor 'junior' merakam gambar dirinya dengan isyarat 'peace' sehingga menampakkan kemaluan/aurat pesakit wanita di sebuah hospital kerajaan, tersebar di laman sosial.

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Kak Long Di Sini, menunjukkan doktor berkenaan menunjukkan isyarat 'peace' ketika sedang bertugas di Dewan Bersalin sehingga aurat pesakit wanita itu juga terdedah kepada umum.

Menurut penyebar gambar itu, Kak Long, memperolehi gambar tersebut dari rakannya.

"Saya terkejut dengan kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. Gambar ini telah ditunjukkan kepada saya oleh rakan. Si ibu sedang mengalami sakit nak beranak, mereka bukannya mengambil serius tentang si ibu, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula.



Selasa, 14 Julai 2015

7 Ibu tunggal pesakit saraf yang memerlukan bantuan

Dulu aku pernah iklankan Serunding Asli homemade dari Kampung Laut Kelantan kat blog ni yang dijual oleh Puan Alia Haryani. Untuk pengetahuan anda, beliau juga merupakan seorang penghidap penyakit saraf Guillan Barre Syndrome. Sebelum itu, aku ingin kongsikan sedikit kisah hidup beliau yang pernah disiarkan dalam akhbar Harian Metro pada tahun 2012 yang lalu malah kisah beliau telah banyak dikongsikan oleh blogger2 lain sebelum ini.



Selasa, 2 Disember 2014

6 Perjuangan si kecil pesakit Short Bowel Syndrome

Tidak semua orang di dalam dunia ini mempunyai nasib yang baik. Ada yang diberikan harta yang banyak tapi tidak dikurniakan zuriat. Ada yang dikurniakan zuriat yang ramai tetapi tidak mempunyai harta yang banyak. Ada juga yang dikurniakan zuriat yang sempurna, namun ada juga yang dilahirkan tidak sempurna seperti kanak2 normal lain. Untuk itu, aku nak kongsikan kisah seorang anak kecil iaitu adik Izz yang menghidap penyakit Short Bowel Syndrome yang dihantar oleh Puan Yana Yani.



Ahad, 24 Ogos 2014

21 ALS Ice Bucket Challenge yang semakin merapu

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.



Khamis, 14 Ogos 2014

46 Selfie punca kita kurang bijak dan tidak sensitif

Selfie jimak, sudah.
Seflie kuburan, sudah.
Selfie tempat kemalangan, sudah. 
Selfie tempat mangsa rogol, sudah.
Selfie budak sekolah tunjuk kelangkang, sudah.
Seflie kena langgar motor, sudah.
Selfie pistol tembak diri sendiri, sudah.
Selfie lemas di sungai, sudah.
Selfie jatuh gaung, sudah.
Selfie riang ria dengan nenek yang terlantar sakit di hospital, belum ada. So... kita selfie dulu!



Isnin, 21 Julai 2014

30 Selfie itu sakit mental, troll itu sakit jiwa

Di zaman Internet moden ini ada 2 trend yang telah dikaitkan dengan masalah mental dan jiwa, satu adalah Selfie yang kebiasaannya dilakukan oleh wanita muda yang mahukan perhatian orang lain, dan satu lagi adalah Troll atau agen pemecah belah masyarakat biasanya dilakukan oleh orang lelaki muda atau dewasa yang tiada kehidupan yang suka melihat orang lain tertekan dan bergaduh sama sendiri.



Ahad, 17 Mac 2013

70 Ingat sihat sebelum sakit

Sorry lambat update. Gua demam start hari Jumaat lagi. Nak tengok skrin komputer pun mata berpinar2. Nak bergerak pun badan lenguh2. Ni pun update pakai henfon je. Kalau gua dah sembuh nanti gua update lagi.