Memaparkan catatan dengan label Racist. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Racist. Papar semua catatan

Sabtu, 5 Oktober 2024

0 Suami UK lebih hebat dari suami Melayu

1. Ada yang puji cakap ramai suami UK rajin buat kerja rumah, siapkan breakfast anak, mengemas rumah, laundry, buat kerja dapur, layan anak main dan sebagainya.

2. Kemudian dibandingkan pula ramai suami Melayu tidak seperti itu. Ramai lelaki bila dah berkahwin semua nak isteri layan, buatkan, tak tolong isteri, tak buat kerja rumah, main phone masa makan, habis makan tinggal pinggan, tak kemas katil, stokin pun nak isteri sarungkan dan sebagainya.


Jumaat, 22 Disember 2023

0 Bila bangsa Melayu nampak banyak buat masalah

Ada orang anggap...

Bangsa Melayu banyak yang malas.
Bangsa Melayu banyak yang hasad dengki.
Bangsa Melayu banyak yang buat jenayah.
Bangsa Melayu banyak buat masalah.


Jumaat, 18 Oktober 2019

2 Kebebasa bersuara bukan kebebasan menjadi bodoh

1. Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan. Nak protes tak salah, tapi tengok pada tempat, masa dan keadaan.

2. Majlis konvekesyen adalah hari gembira yang sangat bermakna untuk para graduan dan ibu bapanya. Merosakkan hari besar orang lain adalah hal yang sangat tidak beretika, kurang ajar dan biadap.

3. Amat malang bagi graduan yang mengambil skrol selepas mahasiswa biadap tersebut merosakkan gambar konvekesyen mahasiswa lain.

4. Kalau sekadar nak bantah VC, kau tunggu majlis habis, tunggu VC tu keluar lepas tu kau protes lah angkat placard kat pintu dewan atau kat sebelah kereta rasmi dia.



Rabu, 18 September 2019

0 Buasir Otak TV: Orang Melayu teruk?

Macam ni lah orang Melayu, asal ada yang perangai teruk habis satu kaum kena kecam. Jom layan animasi ini.



Isnin, 16 September 2019

0 Perpaduan kita masih hanya pada permukaan sahaja

1. Masa zaman awal-awal buat blog dulu sekitar tahun 2012, aku dan rakan penulis lain begitu ghairah mengecam orang. Bila ada ahli politik buat benda merepek, kutuk. Bila berlaku suatu isu panas, kecam. Bila orang buat benda bodoh, viralkan.

2. Namun lama kelamaan, aku rasa macam takde arah, sebab apa yang kami buat cuma kutuk, kecam dan viralkan. Langsung takde solusi, langsung tak mengubah apa-apa. Itu yang aku menukar pendekatan penulisan aku dengan memberi kritikan serta idea dan cadangan.

3. Golongan yang selalu menjadi bahan kritikan, adalah orang Melayu. Sebab zaman tu, mengkritik orang Melayu adalah suatu yang sangat cool. Dari Tun Mahathir, penulis blog, warga Twitter dan Facebook, ramai orang lantang mengkritik sikap dan perbuatan buruk yang dilakukan oleh orang Melayu, sampai Melayu yang buruk tingkah laku ini diberi suatu gelaran yang sangat degrading iaitu "meleis".



Jumaat, 16 Ogos 2019

4 Isu perkauman dan kenegaraan yang tiada kesudahan

1. Lagi beberapa hari kita akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke yang ke-62, namun minggu ini berlaku banyak isu yang berkaitan dengan perkauman, keagamaan dan kenegaraan.

2. Bermula dengan insiden pergaduhan di lebuh raya antara warga Melayu dan Cina sehingga menyebabkan kematian.

3. Ahli korporat Cina berpangkat Tan Sri yang menghina jalur gemilang dengan menukar warna putih ke hitam kerana memprotes pelaksanaan tulisan khat dalam subjek Bahasa Melayu di sekolah jenis kebangsaan.

4. Ahli perniagaan Cina yang menghina angkatan tentera Malaysia dengan menyifatkan anggota pasukan keselamatan negara itu hanya makan dan tidur sahaja dan sepatutnya mengganti pekerja asing yang diupah di ladang Felda.



Khamis, 11 April 2019

8 Benda boleh gaduh buat apa bincang?

1. Masyarakat di Malaysia ni ada pelbagai kaum, agama, negeri dan status.

2. Walaupun kita banyak perbezaan, ada ego masing-masing, selalu bergaduh sampai tahap macam boleh putus saudara, tapi sebenarnya kita ini baik, dan saling memerlukan antara satu sama lain.

3. Ada banjir di Kelantan, satu Malaysia turun bantu. Ada pencerobohan di Sabah, satu Malaysia turun bantu. Ada pencemaran di Johor, satu Malaysia turun bantu. Ada orang hilang di Perak, satu Malaysia turun bantu.

4. Kalau tak bantu dengan tenaga fizikal pun, pasti akan menghulurkan sumbangan wang ringgit dan barang kelengkapan harian serta doa. Perbezaan negeri semua letak ketepi, yang penting masalah dapat selesai.



Jumaat, 21 Disember 2018

4 Kerajaan harus membaiki semula perpaduan rakyat

Antara isu yang semakin menjadi-jadi selepas jatuhnya kerajaan lama dan naiknya kerajaan baru adalah isu perpaduan. Tidak tahu di mana silapnya, tetapi perpaduan antara masyarakat majmuk dilihat semakin rapuh dengan berlakunya beberapa kes rusuhan dan pergaduhan yang dikaitkan dengan kaum dan agama, malah ada kes yang sehingga melibatkan kecederaan dan kematian.

Pihak berkuasa juga dilihat semakin sukar untuk menangani masalah yang melibatkan kaum dan agama. Apabila pihak polis menembak orang India yang mengancam keselamatan orang ramai, orang India bising. Apabila pihak polis menangkap orang Melayu yang merusuh, orang Melayu bising. Apabila pihak polis tidak mengambil tindakan apabila orang Punjabi mengamuk dengan pedang samurai dan pemadam api, pun masyarakat bising.



Rabu, 28 November 2018

2 Cara meredakan ketegangan insiden kuil Seafield


Insiden yang melibatkan kuil Sri Maha Mariamman di Seafield nampaknya semakin hari semakin panas. Walaupun pada mulanya kuil diserang oleh sekumpulan individu yang dikatakan diupah oleh pemaju yang juga tuan tanah tapak kuil tersebut, namun kini ia sudah menjadi seperti pergaduhan antara dua kaum.

Pergolakan ini berubah menjadi isu perkauman apabila awal-awal lagi ada pemimpin, ahli politik dan pihak berkuasa memberi kenyataan salah dengan menuduh dan mendakwa ia dilakukan oleh sekumpulan kaum dan agama tertentu. Lepas dah kena kecam baru menggelabah edit tukar kenyataan.



Selasa, 27 November 2018

1 Media dan ahli politik henti melagakan rakyat

Isu-isu perkauman, keagamaan dan kenegerian di negara Malaysia memang tak boleh dipisahkan dari rakyat Malaysia sebab naluri manusia hidup berpuak-puak.

Ada yang sentimen puaknya sangat tebal sampai membenci dan prejudis terhadap puak yang lain, ada pula yang sentimen puaknya tidak kuat dan boleh je bercampur dan "get along" dengan puak yang lain.



Isnin, 16 Julai 2018

2 Utamakan janji pilihan raya, ketepi agenda lain

Sejak beberapa hari yang lalu, banyak isu tentang LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) muncul semula dalam persada politik tanah air, lebih-lebih berita berkaitan Menteri Belia & Sukan baru yang dikatakan mengambil pegawai khas yang juga seorang aktivis dan pendokong idelogi LGBT, namun telah dinafikan dengan menyatakan pegawai khas yang rasmi belum lagi dilantik dan dipilih, manakala aktivis tersebut pula dikatakan telah mengundur diri dan meletak jawatan.

Tidak lama kemudian, seorang Ahli Parlimen DAP mempertahankan aktivis tersebut serta hak-hak golongan minoriti LGBT di Malaysia sehingga menimbulkan kegusaran dan kemarahan orang ramai terutama di kalangan orang Melayu dan Islam.



Sabtu, 9 Jun 2018

7 Wajarkah UiTM dibuka kepada semua kaum?

Seperti yang umum tahu, UiTM atau Universiti Teknologi Mara sejak dari awal penubuhannya sebagai Dewan Latihan RIDA adalah institusi pengajian tinggi yang hanya mengambil pelajar di kalangan kaum Bumiputera sahaja iaitu Melayu, Orang Asli, dan semua etnik kaum Sabah Sarawak seperti Kadazan, Dusun, Murut, Bajau, Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya.

Namun baru-baru ini, malah sebenarnya dari beberapa tahun dulu lagi, UiTM sering menjadi isu di mana terdapat pihak-pihak yang menuntut dan mendesak agar UiTM buka kemasukan kepada semua kaum, yakni kaum selain bumiputera seperti kaum Cina dan India malah warga asing juga layak untuk masuk UiTM. Maka adakah wajar, UiTM dibuka kepada semua kaum?



Isnin, 26 Februari 2018

2 Mengukur dan menilai tahap perkauman anda

Anda seorang berbangsa X. Anda ternampak seseorang yang berbangsa X sedang berbalah dan bertekak dengan seseorang berbangsa Y di tepi jalan. Apakah tindakan anda?

Pilih salah satu dari jawapan berikut:

1. Masuk campur dan terus mempertahankan orang X.
2. Masuk campur dan terus menyalahkan orang X.
3. Masuk campur dan mendengar apa dari kedua pihak apa sebenarnya yang berlaku.
4. Tidak masuk campur tetapi mengutuk orang Y di belakang.
5. Tidak masuk campur tetapi menyalahkan orang X di belakang.
6. Tidak masuk campur dan terus berlalu pergi tanpa menyalahkan siapa-siapa.
7. Terus berlalu tanpa sekelumit peduli dan peristiwa tersebut terus hilang dari ingatan.

Jawapan anda akan menentukan tahap perkauman dalam diri anda.


Khamis, 18 Mei 2017

17 Insiden Mat Over tampar David Teo cerminan kita

Penuh di media sosial tular tentang insiden seorang pelakon veteran iaitu Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menampar David Teo di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam sebuah Majlis Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN2015) bersama penggiat seni tanah air yang diadakan di kediaman rasmi PM di Putrajaya.



Selasa, 9 Mei 2017

0 Kebodohan dan kejahatan wujud tidak kenal kaum

Sesungguhnya kebodohan dan kejahatan manusia itu wujud tidak mengenal kaum, agama, keturunan dan warna kulit.

Namun andai kita turut sama bergaduh sehingga rosak tali persahabatan yang telah lama kita bina hanya disebabkan kebodohan orang lain, maka tiada bezalah kita dengan orang yang bodoh itu.

Jumaat, 24 Februari 2017

2 Melayu Superior VS Melayu Inferior

Melayu... atau apa jua bangsa dalam dunia ini.

Orang yang berbangsa itu ada 3 jenis. Yang superior, inferior dan rasional. Dalam hal ini, aku gunakan contoh kaum aku sendiri iaitu melayu.



Rabu, 28 Disember 2016

3 Walau kita berbeza, darah kita sama

Tak kira apa jua bangsa kita, agama kita, warna kulit kita, negeri mana, pangkat apa, status kita, darjat kita, keluarga kita, harta kita, tak perlulah merasakan diri ini lebih atas daripada orang lain di dunia ini.

Walau siapa pun diri kita, setinggi mana darjat, status dan pangkat kita, darah yang mengalir dalam diri kita bukanlah darah emas pun, tetapi darah kita tetap sama merah seperti manusia lain. Ada masa orang lain perlukan kita, ada waktunya giliran kita pula perlukan orang lain. Maka usahlah sombong dan bongkak hidup di bumi Tuhan ini.



Khamis, 17 November 2016

9 Suatu masa dulu, kutuk dan sindir Melayu itu cool

Pada suatu masa dulu, mengutuk dan menyindir bangsa Melayu itu cool.

Ramai penulis blog, selebriti media sosial di FB, IG, twitfamous, pelukis komik dan sebagainya meraih populatiri mereka bermula dengan penulisan dan lukisan yang mengutuk dan menyindir bangsa melayu. Malah jika tengok komen-komen netizen di media sosial yang mengutuk dan menyindir kaum melayu pun, biasanya akan mendapat banyak Like dari orang bukan melayu dan orang melayu sendiri.




Isnin, 26 September 2016

18 Kembalikan gaya Melayu dan buang penjajahan Arab

Ada orang post gambar wanita Melayu memakai baju kebaya ini di Facebook dan berkata kembalikan gaya dan stail Malaysia dan buang penjajahan Arab. Post ini setakat ini memperoleh 2000 perkongsian dan 3 ribu Like. Aku percaya orang yang post dan menyokong ini adalah orang yang anti dan membenci asimilasi budaya Arab ke dalam budaya orang Melayu terutama dari segi pemakaian. Mereka tidak gemar segala bagai fesyen dari Arab yang di'Melayu'kan seperti tudung, jubah, purdah, kurta, serban dan sebagainya.


Ahad, 18 September 2016

10 Hina kematian orang lain macamlah kau takkan mati

Selepas pemergian Datuk Dr Haron Din 2 hari lepas, ramai orang Melayu yang kongsikan respon dan komen segelintir orang Cina termasuk yang bertaraf pemimpin terhadap kematian tokoh Islam ini di media sosial yang rata-rata sangat menyakitkan hati apabila membacanya. Komen yang penuh dengan prejudis, sindiran dan kebencian terhadap orang Melayu, orang Islam dan parti PAS. Dan walaupun aku tulis segelintir orang Cina, aku percaya segelintir itu bilangannya agak ramai.