Memaparkan catatan dengan label Merepek. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merepek. Papar semua catatan

Isnin, 22 Ogos 2016

8 Surat rekaan peminat obses yang sweet sangat

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah buat Datuk Lee Chong Wei dan semua atlet negara yang telah menyumbangkan pingat dan mengharumkan nama Malaysia di pentas Sukan Olimpik 2016 di Rio, Brazil. Semoga mereka semua dapat memberikan inspirasi kepada generasi muda yang akan menjadi pelapis kepada mereka dan dapat mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.



Jumaat, 1 Januari 2016

6 Kutuk-kutuk pun masih sanggup layan dan sokong

Kadang2 kita ni dalam kuat2 mengutuk drama, filem dan novel cinta melayu yang merapu2 macam perempuan kena kahwin paksa dengan anak orang kaya yang belajar kat oversea tapi last2 layan juga. Dalam kuat2 kutuk rancangan2 hiburan, layan juga rancangan Gegar Vaganza. Kuat2 mengata ahli politik last2 sokong juga. Dalam kuat2 tegur orang lain tu, mereka pun buat juga benda yang sama. Orang kita ni suka cakap lebih tapi tak serupa bikin.

Sebab tu benda2 merepek lagi mereputkan pemikiran ni langsung tak terjejas dan sentiasa popular di pasaran kerana ramai yang masih layan. Sesetengah tu diorang tahu benda ni merepek tapi mereka tetap nak layan sebab mereka memang suka benda2 yang merepek. Sama seperti pemimpin2 kita yang suka cakap merapu2, kena kutuk macam mana pun mereka takkan terjejas kerana ada sahaja macai yang sanggup menjilat dan mempertahankan kenyataan dungu mereka.


Khamis, 8 Oktober 2015

6 Taktik Baru MLM Part 1 - Keikhlasan dan Rendah Diri

Aku baru je bergaduh dengan sahabat baik aku yang aku dah kenal selama lebih kurang 20 tahun. Punca?

MLM.

Dan dalam dua posting yang akan aku tulis akan mendedahkan bagaimana cara baru cilaka-cilaka MLM Headhunters ni menggunakan taktik baru untuk menjerat rakyat marhaen macam kau dan aku untuk masuk ke jerat MLM , money game, business partner atau whatchamacallit BULLSHIT.


Selasa, 9 Jun 2015

16 Berqasidah Ya Hanana dengan tarian helikopter

Tersebar di media sosial sebuah rakaman video majlis menyanyikan lagu Ya Hanana beramai2 sambil di tengah2nya seorang lelaki menari berpusing ligat macam helikopter. Aku tengok je dah pening, tak tau macam mana lelaki tu boleh pulak tahan sampai 5 minit. Berserban hijau, fanatik dengan zikir ciptaan sendiri, tinggalkan zikir yang diajar Nabi, kaedah berzikir yang tidak tahu asal usulnya, berpusing seperti helikopter, ditambah dengan gerakan2 badan yang tidak tahu mengapa sebabnya.



Selasa, 26 Mei 2015

14 Kucing pun kena makan makanan halal dan toyyibah

Dalam Islam halal bukan sekadar merujuk kepada makanan dan minuman, namun membabitkan konteks lebih luas ia merangkumi apa juga yang kita lakukan setiap hari termasuk yang membabitkan hobi.

Hobi memelihara kucing di kalangan orang Islam misalnya juga termaktub dalam hal-hal yang berkaitan dengan halal. Makanan yang diberikan kepada haiwan terbabit terutamanya tidak boleh sembarangan.


Isnin, 22 Disember 2014

16 Tok Bomoh nombor ekor juga berniaga guna Facebook

Sekarang ni macam2 benda orang jual kat Internet, dari tudung, alat permainan, baju, game, barangan bayi, makanan tambahan, sim kad, ubat kuat, komputer, perkhidmatan membuat kabinet dapur,  termasuk juga benda2 yang tak sepatutnya seperti perempuan dan adult toys. Tapi kini, jangan kata benda2 moden, perkhidmatan tok bomoh tilik nombor ekor pun dah ada kat Facebook, dan ini bukan page troll, tapi betul2 punya khurafat.


Isnin, 1 Disember 2014

16 Setiap butir beras yang dimakan adalah kerana UMNO

Wakil Kedah, Dr Mohammad Nawar Ariffin, mengingatkan kepada golongan muda supaya tidak terus-menerus menentang kerajaan dan menggelarkan parti UMNO sebagai parti rasuah.

"Jangan tuduh parti ini parti rasuah... kita hantar belajar tetapi tuduh UMNO parti macam-macam. Kita bantu mereka daripada susah tetapi bila dah berjaya, mereka tentang kerajaan.

"Anak muda kena tengok balik apa yang mereka perjuangkan. Sepatutnya kena bantu kerajaan bangunkan ekonomi anak muda yang lain... bantu dan perbetulkan ekonomi mereka.

"Ingat anak-anak, setiap butir beras yang kamu makan itu adalah kerana UMNO... itu peringatan kepada anak-anak muda di luar sana," tegasnya.


Khamis, 4 September 2014

31 Kopi penguat tenaga batin yang beracun dan bahaya

Kejadian serangan sakit jantung mendadak terhadap beberapa mangsa lelaki akhirnya membongkar kegiatan penjualan pelbagai produk kopi beracun yang dikesan mengandungi kimia berbahaya.

Kewujudan pelbagai produk kopi campuran dihasilkan syarikat ‘hantu’ ini dikesan kian berleluasa apabila ia mudah dibeli dengan harga RM5 sebungkus.



Ahad, 6 Julai 2014

17 Ke arah mewujudkan pengemis dan gelandangan sifar

Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.


Khamis, 19 Jun 2014

17 Logik artis wanita Malaysia di media sosial

Logik artis wanita Malaysia di media sosial...


Rabu, 28 Mei 2014

37 Siapa dah termakan coklat babi sila tukar darah

Kepada yang dah termakan coklat Cadbury babi tu, sila sertu (atau samak mengikut pemahaman orang meleis) organ2 dalaman badan anda dengan menelan 6 kali air mutlak serta 1 kali air tanah. Jangan lupa pergi ke hospital2 yang berdekatan untuk menukar darah anda kerana DNA babi tersebut telah berada dalam darah daging anda.



Isnin, 24 Mac 2014

20 Semua kawasan perlu PRK baru selesai masalah

Tahniah diucapkan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mewakili PKR kerana telah memenangi PRK DUN Kajang dan mengekalkan kerusi PKR di Kajang dengan majoriti 5,379 undi mengalahkan calon daripada MCA (BN) iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya kecil Kajang.



Isnin, 17 Mac 2014

30 1/3 penduduk Malaysia adalah pengikut Raja Bomoh

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP, Ibrahim Mat Zin kini semakin popular, lebih popular daripada isu kehilangan pesawat MAS MH370 itu sendiri. Beliau bukan sahaja popular di dalam negara, malah di luar negara dengan ritual mencari pesawat yang hilang dengan teropong buluh, bubu mata mata pancing, buah kelapa, tongkat, bakul dan tikar terbang. Kemudian beliau meneropong pula di Teluk Intan dan nak tampar KJ macam buaya.



Selasa, 4 Februari 2014

43 Apabila satira dan jenaka tidak lagi kelakar

Minggu lepas sempena Tahun Baru Cina, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok telah memuatnaik satu video satira politik lakonan beliau dan rakan2nya dalam sebuah rancangan bual bicara yang penuh dengan sindiran berkaitan pelbagai isu di Malaysia termasuk keselamatan, kekayaan, pendidikan, ekonomi dan sebagainya, namun ia telah mencetuskan kontroversi dan menimbulkan kemarahan pelbagai pihak terutama orang Melayu yang pro-kerajaan.



Jumaat, 20 Disember 2013

26 Bayar dan daftar dengan kerajaan untuk guna FB

Dalam dunia politik hari ni banyak benda yang di"troll" dan disarkastikkan oleh penyokong2 mana2 parti politik. Kadang2 bila baca memang kelakar dan lawak, lebih2 lagi bila isu yang ditroll itu memang berlaku, berdasarkan isu semasa, realistik dan datang dari kenyataan2 pemimpin sendiri. Cuma bila suatu troll atau sarkastik itu berdasarkan suatu berita yang tak benar, aku rasa annoying gila.



Rabu, 4 September 2013

84 Kelas mengenai ekonomi dan hutang negara

Rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu-Islam mesti lebih sensitif terhadap situasi ekonomi dan isu hutang negara. Kurangnya reaksi dan kesensitifan rakyat Malaysia, terutamanya orang Melayu-Islam terhadap isu-isu mengenai situasi ekonomi dan isu hutang negara melahirkan kebimbangan. Baca lagi artikel penuh di sini - "Peka kepada ekonomi dan hutang negara".



Sabtu, 27 Julai 2013

31 Jangan jemput imam tarawih dari negara bergolak

Bulan ramadhan ni ramai imam2 dari luar negara terutama dari negara2 arab dijemput ke Malaysia untuk menjadi imam kepada solat terawih di masjid2 dan surau2 di seluruh Malaysia. Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa negara arab yang kini sedang dalam pergolakan seperti Mesir, Palestin, Syria dan Libya, so lepas ni kalau nak jemput imam luar datang, jangan undang imam dari negara2 yang bergolak ini kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka mahu lari daripada masalah dalaman negara mereka.



Selasa, 21 Mei 2013

20 Kenapa Barisan condong, bendera lain tegak?

Ini adalah upacara paling karut dan merepek yang aku dapat lihat setakat ini di Malaysia. Mungkin mereka ni menjadi penyokong PR selepas dapat ramalan bendera BN condong, atau mungkin juga fitnah yang dibuat oleh mahaguru bomoh seperti yang ditulis oleh Amenoworld.



Khamis, 7 Mac 2013

33 Attention seeker tak bertempat

Lagi cerita pasal mahasiswa., video dah lama bulan 10 tahun lepas tapi aku baru jumpa. Dulu pernah viral video pasal majlis konvokesyen UM bagi student Sarjana Muda Seni Tari yang menari2 atas pentas masa nak ambik skrol. Ok mungkin itu tradisi mereka dan sesuailah dengan kursus yang mereka ambik iaitu Seni Tari. Tapi yang aku pelik sejak bila kat UTM ada kursus tari menari?