Memaparkan catatan dengan label Kutuk. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kutuk. Papar semua catatan

Rabu, 7 Jun 2023

0 Makian dan hinaan bukan sejenis lawak

1. Kriteria untuk menjadi pelawak atau comedian adalah kena lawak. Content kena lawak, bahasa badan kena lawak, lebih bertuah bila tengok muka je tak cakap apa pun dah lawak. Tujuan buat lawak adalah untuk ramai orang ketawa dan terhibur.

2. Namun bila seseorang klaim diri sebagai pelawak, berdiri pula di pentas lawak untuk membuat persembahan lawak, cuba buat lawak tapi dah la takde apa yang kelakar, malah menyakitkan hati dan menyebabkan ramai orang marah, itu bukan pelawak tapi pembenci.


Sabtu, 2 Januari 2021

1 Buasir Otak TV: Menangani kecaman dan kata-kata negatif

Kecaman dan kata-kata negatif adalah perkara yang biasa kita hadapi di dunia realiti dan juga media sosial. Maka bagaimana cara untuk menanganinya? Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 12 Disember 2020

0 Buasir Otak TV: Suka hina rupa paras orang lain

Bila ada kawan yang suka menghina, mengutuk dan mengejek rupa paras (body shaming) orang lain. Jom tonton animasi ini.


Ahad, 21 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Slow Mo Battle - Coki VS Budak 46

Antara dua orang ikon slow mo tempatan iaitu Coki dan Budak 46, siapakah yang lebih hebat? Teknik slomo siapakah yang paling mantap? Persoalannya bakal tidak terjawab dalam video ini. Jom tonton animasi ini.



Jumaat, 19 Jun 2020

0 Buasir Otak TV: Jurujual hina pelanggan

Bila jurujual berlagak menyindir dan hina pelanggan kerana hanya menilai mereka dari rupa luaran sahaja. Jom tonton animasi ini.



Khamis, 7 November 2019

1 Bila tujuan hidup hanya untuk mengutuk orang lain

1. Dulu masa awal-awal aku tulis blog masa tengah naif, antara modal penulisan aku adalah bahan orang. Ada ahli politik buat benda bangang, terus troll. Ada orang buat benda bodoh sikit kat media sosial, atau buat benda yang nampak poyo dan menjengkelkan, terus bahan.

2. Lepas tu masa zaman kebangkitan Facebook, muncul la macam-macam page yang modus operandinya cuma bahan, troll dan make fun pada orang sahaja macam KHK, Amran Fans dan sebagainya. Masa tu aku pun dah slow down bahan orang dan lebihkan penulisan bersifat pendapat dan ulasan yang lebih teratur.

3. Tak dinafikan cerita pasal orang ni memang laku. Nampak ahli politik menguap tak tutup mulut, troll kaw-kaw. Ada artis bercerai, jaja cerita dengan tajuk bukan-bukan. Ada perempuan suka artis K-Pop, kutuk gila-gila. Ada orang buat silap sikit, letak muka, letak video dia dan aibkan kat page untuk dibahan ramai-ramai.



Jumaat, 19 Julai 2019

1 Menjadi pengasas skim piramid dosa dengan troll

1. Aku memang suka menulis ulasan atau kritikan tentang isu politik, tapi bukan dengan kutuk, kecaman, hinaan, fitnah atau troll ahli politik. Kalau yang dah follow aku lama, sejak dari zaman BN jadi kerajaan lagi aku dah kritik kerajaan, tapi kalau ada pemimpin yang dijadikan bahan fitnah atau troll, aku akan beritahu benda tu tak betul dan tak baik.

2. Antara yang popular masa tu, ada orang edit akhbar Utusan Malaysia letak gambar isteri DS Najib dengan tajuk "Beli cincin sendiri guna duit menabung dari kecil - Rosmah". Sejak dari tu semua orang percaya dan troll Rosmah pasal menabung dari kecil sedangkan dia tak pernah pun cakap macam tu. Itu belum lagi bersepahnya gambar pemimpin politik yang diedit dengan hidung babi.



Rabu, 19 April 2017

2 Guna krim beracun untuk putihkan wajah

Dua tiga menjak ini banyak produk kosmetik, skincare dan kecantikan telah disahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengandungi bahan beracun. Founder produk ini pulak selalu klaim produk mereka natural la organik la buat research kat lab la tapi nama kilang ke nama makmal ke tak letak pun.



Selasa, 18 April 2017

2 Sampai bila nak mereput kerja makan gaji?

Selain daripada suka menayang kereta mewah upline dia, sesetengah orang MLM ni suka merendah dan memandang hina pada orang yang kerja makan gaji semata-mata nak paksa orang jadi downline MLM dia.

Habis tu kalau semua orang kerja jual produk MLM, siapa yang nak kerja makan gaji? Siapa nak kerja jadi cikgu? Siapa nak jadi tentera? Siapa nak jadi doktor? Siapa nak jadi mekanik?

Nak ajak orang join pun tak perlu paksa dan hina pekerjaan mereka. Kutuk-kutuk pun duit diorang hasil kerja makan gaji jugak yang kau terhegeh-hegehkan.



Ahad, 15 Januari 2017

12 Kakitangan kerajaan usah hina majikan sendiri

Seorang pegawai tadbir diplomatik (PTD) di Kedutaan Malaysia di Filipina, yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur menghina kematian bekas Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, digantung tugas dan diarah pulang.

Sumber berkata, pegawai itu digantung tugas serta-merta dan diarah pulang untuk siasatan lanjut susulan kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook 'Wa Sengat Lu' malam kelmarin.



Jumaat, 26 Ogos 2016

16 Buat orang rasa bersalah pada perkara yang baik

Baru-baru ini viral tentang seorang nenek sedang siapkan thesis untuk pengajian masternya. Sesungguhnya usia itu bukan penghalang seseorang untuk menuntut ilmu dan menimba kejayaan kerana ilmu itu tdak pernah ada tarikh luput. Setiap orang layak untuk belajar tidak kira ilmu dunia mahupun akhirat pada bila-bila masa sahaja selagi nyawa di kandung badan. Kerana itu ada pepatah "tuntutlah ilmu hingga ke negara China" dan "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad".

Ramai yang memuji dan mengambil inspirasi dari gambar nenek itu, malangnya ada sesetengah orang Melayu ada perangai yang suka buat spoil dengan buat orang rasa bersalah dengan menggunakan agama pada perkara yang tidak salah.



Khamis, 24 Mac 2016

5 Beri otak peluang untuk berfikir sebelum menilai

Kadang-kadang kita ni, baru baca tajuk berita dah buat andaian sendiri macam dah baca habis 8 perenggan artikel berita. Baru baca tajuk filem dah kondem macam dah habis tonton seluruh cerita. Baru tengok kulit luar buku dah nilai macam dah khatam habis seluruh isi kandungan. Baru tengok gambar makanan dah boleh review habis rasa makanan tu tak sedap. Baru tengok pemakaian seseorang dah kutuk habis perangainya walaupun tak pernah kenal pun.

Inilah yang sering berlaku apabila manusia lebih pantas gunakan mulut (atau jari) sebelum beri peluang kepada otak untuk memproses terlebih dahulu. Suka sangat menilai sesuatu hal hanya berdasarkan luaran semata-mata sedangkan tak pernah merasai atau mengalaminya sendiri pun.


Khamis, 17 Disember 2015

9 Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat

Ramai orang suka mengejek, mengutuk dan menghina orang lain seperti mereka itu sangatlah sempurna dan darjatnya lebih tinggi daripada orang lain. Kutukan dari segi fizikal seperti gemuk, hitam, bantut, pendek, botak, hodoh serta dari segi emosional seperti bodoh, lembab dan dungu itu sudah sangat biasa bagi sesetengah orang hanya kerana mereka tidak gemuk, putih, tinggi, kacak dan sedikit bijak daripada orang lain.

Namun mereka tak sedar yang setiap perbuatan itu pasti ada balasannya, kalau tak kena pada diri sendiri, siapa tahu segala kutukan itu akan kembali pada ahli keluarga kita. Oleh itu berhentilah dari merasakan diri itu layak untuk mengutuk orang lain.


Rabu, 19 Ogos 2015

19 Layakkah kita menghina pekerjaan orang lain?

Akhir2 ini banyak benar isu orang menghina profesion jururawat. Mungkin disebabkan mereka pernah ada peristiwa hitam dengan seorang dua jururawat, maka habis kerjaya jururawat itu habis dicemuh dan dihinanya. Aku tak nafikan, jangan kata jururawat, malah doktor, jurutera, arkitek, cikgu, polis, tentera, posmen, pemotong rumput atau apa2 kerja pun pasti ada orang yang bermasalah, namun yang bermasalah itu adalah individu itu sendiri, bukan kerjaya dan orang2 lain yang sama profesion dengannya.

Serius, apa kelayakan kau yang membolehkan kau menghina pekerjaan orang lain? Hebat sangatkah kau sehingga merasakan betapa tingginya diri kau dan kerjaya kau sehingga melayakkan diri kau untuk memperlekeh dan memandang rendah pekerjaan orang lain?


Rabu, 10 September 2014

28 Kebebasan bersuara itu ada batasannya

Aktivis Ali Abd Jalil yang baru saja dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama, kali ini kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menurut waran tangkap yang diserahkan kepada peguam Ali, Michelle Yesudas, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan kenyataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Facebook pada 18 Ogos jam 11.42 malam.



Khamis, 12 Jun 2014

17 Beza perdebatan parlimen kita dengan negara lain

"Nasib baik kau jadi cikgu, kalau tak mesti kau dah jadi perompak". Ungkapan2 seperti ini jarang kita dapat dengar di tempat2 awam seperti kedai makan, stesen bas, pusat membeli-belah dan pusat karaoke, namun ajaibnya, kita boleh mendengarnya di sesi persidangan parlimen di Malaysia.



Khamis, 5 Jun 2014

24 Menghina pemimpin tidak akan mengubah apa2

Sewaktu kemangkatan Sultan Perak minggu lepas, terdapat beberapa individu dalam laman media sosial yang didapati telah menghina institusi beraja dengan mengeluarkan kata2 kesat. Namun ini bukan kali pertama kes institusi beraja dihina di laman sosial, sebelum ini pun dah pernah berlaku dan telah diambil tindakan.



Jumaat, 15 Mac 2013

106 Salah siapa kaki bayi ini berdarah?

Baru2 ni kecoh ada orang post gambar seorang bayi yang kakinya berdarah sampai menitik2 atas katil di Fanpage Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang dikatakan berlaku di sebuah hospital kerajaan di Kota Bharu, Kelantan, dan orang tersebut telah menyalahkan sikap jururawat yang bertugas. 



Khamis, 17 Januari 2013

108 Hak bukan Melayu/Islam yang lebih istimewa

Semalam ada komentar mintak aku ulas pasal isu yang membabitkan pelakon berbangsa Cina, bukan Patrick Star ya tapi Patrick Teoh yang dikatakan menghina agama Islam dan Al-Quran.