Memaparkan catatan dengan label Fitnah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fitnah. Papar semua catatan

Rabu, 9 September 2020

0 Ibarat gajah bersungguh-sungguh memijak semut

1. Engkau orang besar. Kau ibarat gajah. Ku hanya semut merah. Aku orang kecil. Selepas beberapa hari masih tak reda lagi kisah adik Veveonah. Sebelum ini Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mendakwa adik Veveonah menipu tidak ambil ujian atas pokok, kemudian Timbalan Menteri Kewangan I yang juga Ahli Parlimen Kudat pula mendakwa dia menipu dan berdrama lalu mengarahkan pegawainya menjalan siasatan.

2. Dakwa beliau, adik Veveonah M tidak tinggal di Kampung Sepatang, malah kalau nak ambil exam online patut boleh ambil di Pekan Pitas yang mempunyai kemudahan Internet yang lebih baik, jadi kenapa berdrama nak ambil ujian online atas pokok?

3. Persoalannya, aku tak tahulah kenapa sampai 2 orang ahli politik beria sangat nak cari salah seorang budak yang bukan dari keluarga senang, malah dia bukan sesiapa pun, bukan ahli politik pembangkang pun, hanya seorang pelajar asasi yang baru nak kenal dunia. 


Jumaat, 4 September 2020

2 Bila ahli politik mendakwa Youtuber menipu demi views

1. Bulan Jun 2020 lalu, tular kisah adik Veveonah M kat Youtube yang sanggup panjat dan belajar atas pokok semata-mata nak dapatkan line Internet untuk jawab exam.

2. Namun tular pula apabila Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia memberi kenyataan dalam Parlimen bahawa adik Veveonah hanya menipu semata-mata nak dapatkan views di Youtube.

3. Maka ramailah netizen percaya cakap menteri tersebut lalu kecewa dengan adik Veveonah, malah turut mengecam adik Veveonah tersebut kerana sanggup menipu demi views. 


Selasa, 28 April 2020

3 Buasir Otak TV: Fitnah itu membunuhku

Mengisahkan tentang seorang isteri yang telah difitnah oleh kawannya sendiri lalu dia dibenci keluarga dan diceraikan oleh suaminya. Sesungguhnya fitnah itu membawa kehancuran yang besar.



Sabtu, 23 September 2017

4 Rupa luaran bukan menggambarkan apa di dalam

Di zaman teknologi ini betapa mudahnya manusia menghukum dan membuat kesimpulan walau sekadar melihat dari rupa luaran sahaja, dan betapa sibuknya manusia membuat fitnah dengan orang yang langsung tiada kaitan dengan dirinya.



Isnin, 14 November 2016

8 Menyalahkan orang lain di atas andaian sendiri

Assume.
Assumption.

Andaian. tanggapan. kepercayaan yang direka dan diada-adakan.

Perangai membuat andaian sendiri ini dah biasa kita hadap hari-hari. Orang buat andaian buruk terhadap seseorang hanya kerana dia salah anggap, salah faham dan salah tafsir, kemudian mengecam pula hal buruk tersebut dan menyalahkan orang itu itu walhal dia sendiri yang membuat andaian salah.



Isnin, 7 November 2016

11 Tajuk berita sampah menghasilkan pembaca sampah

Nora Danish, seorang pelakon wanita tempatan yang pernah aku minati suatu ketika dulu kerana wataknya dalam drama Puteri dengan taglinenya "Kita enjoy!", namanya kini tiba-tiba hangat dikecam netizen kerana dikatakan mahu minta artis diberi pelepasan cukai kerana banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri dalam satu temubualnya bersama akhbar Utusan Malaysia. Walaubagaimanapun dia mendakwa penyampaiannya telah diputar belit.



Selasa, 14 Jun 2016

5 Cara terbaik untuk menyebarkan berita khabar angin

Hari tu Felixia Yeap. Lepas tu Stacy. Kali ni Acapan. Ya, aku faham kita suka apabila ada orang bukan Islam mendekati dan memeluk agama Islam, namun kita kena la jadi muslim yang bijak, yang tahu menghormati privasi orang lain, yang memastikan suatu info itu tepat dan sahih baru kongsikan. Ini tidak, asal dapat info kat Whatsapp, kat FB, yang tidak disertakan sumber yang sahih, yang info masih lagi di level khabar angin, main sebar je tanpa berfikir panjang.

Seperti juga dengan berita kematian, dah berapa ramai dah orang mati hidup balik sebab ramai sangat kongsikan berita tak betul cakap orang itu dah meninggal sedangkan dia masih hidup. Itu belum dikira lagi dengan orang yang mereka-reka cerita fiksyen tapi dikatakan kisah benar konon atas nama nak berdakwah atau nak memberi pengajaran.



Khamis, 3 September 2015

12 Antara gelaran, ikon belia dan ketua perbarisan

Semua bermula apabila anak kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Dato' Nurul Hidayah Ahmad Zahid menyelar tindakan penyokong Bersih 4 kerana membuat perhimpunan jalanan dengan menyifatkan protes itu sebagai perbuatan bodoh dan lebih baik penyokong2 yang terlibat memasuki askar dari membuat demo jalanan.


Rabu, 1 Julai 2015

23 KFC masih penuh walaupun harga minyak naik

"Minyak NAIK RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?"
Dipetik daripada sebuah FB dengan nama Ahmad Maslan malah dilaporkan juga di banyak blog.



Selasa, 30 Jun 2015

9 Belilah kuih raya dari China di pasaraya Giant

Mula2 tersebar mesej ini di Whatsapp group dan media sosial:
PERHATIAN ...
KUIH RAYA KT ECONSAVE & GIANT
JANGAN BELI. SEMUA DARI CHINA.
LABEL DA DI BUANG GANTI LAIN.
HARAP MAKLUM
...info dari pekerja kat situ..



Rabu, 4 Mac 2015

25 Wanita yang menulis surat buat PM difitnah teruk

Segalanya dikatakan bermula pada 22 September 2013, selepas seorang penasihat usahawan, Siti Hajar Aladin menulis surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook dan blog Anak Jerung miliknya.

Di dalam surat itu, Siti Hajar meluahkan perasaannya mengenai keperitan kehidupan rakyat di negara ini terutama kepada golongan anak muda selepas pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen pada waktu tersebut.

Malah masa tu aku sendiri pernah tulis surat yang berbaur sarkastik kepada PM berdasarkan surat Siti Hajar yang sangat viral pada ketika itu. Namun sejak itu, gadis tersebut telah difitnah dengan begitu teruk di media2 sosial oleh orang lain yang membuat akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya sehingga memburukkan nama beliau serta keluarganya.


Isnin, 16 Februari 2015

9 Orang Jepun turut sedih dan hormat kematian TGNA?

Telah bersebaran di media2 sosial sebuah status Facebook yang dikhabarkan milik oleh warga Jepun yang berkongsi gambar beliau dan rakan2 pejabatnya di Jepun yang turut bersedih dan memberikan tunduk hormat sebaik sahaja mendengar perkhabaran Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia pada minggu lepas. Gambar ini menunjukkan kepada kita betapa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bukan sahaja disayangi oleh rakyat Malaysia, namun juga orang2 Jepun. Namun, sejauh mana kebenaran status dan gambar tersebut?



Isnin, 5 Januari 2015

9 Pengembala kambing dan serigala di zaman Internet

Di dalam sebuah kampung tinggal seorang penternak kambing dengan anaknya. Setiap hari, dia menyuruh anaknya mengembala kambing-kambingnya di sebuah padang rumput dekat dengan kampung mereka.

Anak penternak kambing itu sangat malas. Dia sering tertidur semasa menjaga kambing-kambingnya sehingga tidak sedar yang beberapa ekor kambingnya telah masuk ke dalam hutan. Apabila dia pulang, dia dimarahi oleh ayahnya kerana cuai. Akibatnya, dia terpaksa masuk ke dalam hutan untuk mencari kambing-kambing yang hilang.



Khamis, 23 Oktober 2014

34 Video berniat jahat jatuhkan Ustaz Azhar Idrus

Media2 sosial warga tempatan digemparkan dengan penyebaran video hubungan intim yang kononnya mengaitkan seorang pendakwah tempatan yang terkenal iaitu Ustaz Azhar Idrus atau UAI. Keratan gambar dan video terlibat melihatkan seorang lelaki yang mirip Ustaz Azhar bersama seorang wanita. Bagaimanapun, pembantu UAI telah menyatakan yang ia adalah fitnah jahat yang berniat untuk menjatuhkan golongan ulama.


Jumaat, 3 Oktober 2014

29 Gambar orang ditambah lawak haram adalah ghibah

Hari ini ramai orang mula menyebarkan gambar "lawak haram" walaupun untuk gurauan. Ambil gambar orang kemudian tulis kata2 lawak yang orang tersebut tidak kata sekarang sudah menjadi satu trend dan budaya lebih2 terhadap pemimpin dan ahli2 politik. Trend ini ditiru dari trend Internet dari barat yang menggunakan gambar orang untuk dijadikan meme dan troll. Tapi tahukah anda yang ia sebenarnya adalah ghibah yang menjadi suatu kesalahan dari sudut agama?



Rabu, 10 September 2014

28 Kebebasan bersuara itu ada batasannya

Aktivis Ali Abd Jalil yang baru saja dilepaskan dengan ikat jamin RM5,000 selepas didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini sekali lagi ditahan polis mengikut akta sama, kali ini kerana dikatakan menghina Sultan Selangor.

Menurut waran tangkap yang diserahkan kepada peguam Ali, Michelle Yesudas, tertuduh didakwa menerbitkan penerbitan kenyataan menghasut terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah di laman Facebook pada 18 Ogos jam 11.42 malam.



Ahad, 10 Ogos 2014

26 Tak mati pun kalau kerajaan nak tutup Facebook

Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
   
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.



Ahad, 20 Julai 2014

43 Geng mata sepet pakai baju bercorak ayat Al-Quran

Gambar wanita cina pakai baju Ayat Al Quran (Surah Al Fatihah) di Pasaraya Hero, Taman Dagang, Ampang tersebar. Menerusi laman sosial, orang ramai mengecam tindakan wanita berkenaan kerana memakai baju dengan corak tertera ayat Al Quran. Tindakan itu juga seolah menghina kesucian agama Islam. Dalam foto tersebut, dapat dilihat seorang lelaki menegur wanita berkenaan kerana memakai baju tertera ayat Al Quran. Nampaknya sekali lagi geng mata sepet ni dengan beraninya mencabar orang Melayu dan kesucian agama Islam. Adakah mereka ini mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali?



Isnin, 23 Jun 2014

9 Kes menyayat hati kanak2 mangsa curi organ

Info: Van tu dapat ditahan di sempadan, pihak berkuasa telah menjumpai kanak2 yg separuh sedar, tapi dalam keadaan yang sungguh menyayat hati.

Apa salah kanak2 ini? Tergamak dan berhati binatang sungguh manusia yang melakukannya. Semoga ibu bapa diluar sana dapat mengingatkan anak2 supaya jangan main jauh dari ibu bapa. Tolong cakna juga setiap langkah anak2 anda sebelum terlambat.



Ahad, 25 Mei 2014

10 Logik macai politik terhadap suatu fitnah

Tulis kenyataan mengarut, letak gambar, tulis nama, orang terus percaya. Ya, cara ini masih lagi kekal sebagai teknik membuat fitnah paling mudah, cepat dan efektif kerana 2 sebab, satu kerana majoriti rakyat Malaysia taksub dengan parti politik, kedua kerana terlalu ramai rakyat Malaysia yang malas membaca, mengkaji kesahihan suatu benda dan rela diperbodoh dan ditipu.