Memaparkan catatan dengan label Demo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Demo. Papar semua catatan

Selasa, 28 Januari 2020

4 Rakyat sudah tidak lagi taksub pada ahli politik

1. Satu perubahan baik yang aku nampak apabila kerajaan bertukar ada PRU14, adalah ketaksuban rakyat terhadap pemimpin dan parti politik semakin berkurangan.

2. Suatu ketika dulu, rakyat kita terlalu taksub dengan pemimpin dan parti politik. Bila ada pemimpin tinggi kena pecat, gerombolan rakyat turun berdemo mempertahankannya.

3. Bila PM nak letak jawatan, ramai orang menangis dan suruh dia tarik balik keputusan. Bila ada pemimpin kena tuduh atau dakwa atas apa-apa kesalahan, ramai orang buat kecoh pertahankan dia sambil laung Takbirrr!!

4. Bila pemimpin kerajaan ada isu yang tak menyenangkan, pemimpin pembangkang ajak tibai dan turun ke jalanan berdemo beramai-ramai. Lepas tu penyokong kerajaan pun turun jugak ramai-ramai nak counter lah. Siap ada baju lagi baju kuning lah, merah lah, hitam lah.



Jumaat, 18 Oktober 2019

2 Kebebasa bersuara bukan kebebasan menjadi bodoh

1. Setiap orang mempunyai hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan. Nak protes tak salah, tapi tengok pada tempat, masa dan keadaan.

2. Majlis konvekesyen adalah hari gembira yang sangat bermakna untuk para graduan dan ibu bapanya. Merosakkan hari besar orang lain adalah hal yang sangat tidak beretika, kurang ajar dan biadap.

3. Amat malang bagi graduan yang mengambil skrol selepas mahasiswa biadap tersebut merosakkan gambar konvekesyen mahasiswa lain.

4. Kalau sekadar nak bantah VC, kau tunggu majlis habis, tunggu VC tu keluar lepas tu kau protes lah angkat placard kat pintu dewan atau kat sebelah kereta rasmi dia.



Selasa, 20 Ogos 2019

3 Kemelut Utusan Melayu suatu pengajaran

1. Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! terbitan syarikat Utusan Melayu (M) Bhd. dikhabarkan akan mula dihentikan penerbitan bermula Khamis ini untuk satu tempoh yang tidak ditetapkan. Walaubagaimana pun Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir berkata, operasi Utusan Malaysia dan Kosmo akan terus diterbitkan seperti biasa, namun harga jualan kedua-dua akhbar berkenaan akan dinaikkan.

2. Lebih 100 kakitangan yang mengambil Skim Pemisahan Sukarela (VSS) dan bekas kakitangan telah melancarkan piket di luar ibu pejabat Utusan di Jalan Chan Sow Lin, antaranya menuntut pihak pengurusan menyelesaikan segera tunggakan gaji kakitangan hampir 2 bulan.

3. Ada kakitangan Utusan dilaporkan terpaksa memberi sirap kepada bayi bagi menggantikan susu kerana tidak mampu membelinya, selain ada yang mendapatkan pinjaman ceti haram serta dikejar bank kerana gagal membayar pinjaman.



Selasa, 12 Mac 2019

1 Ulasan terhadap tuntutan di perarakan Hari Wanita

Sempena Hari Wanita Antarabangsa pada Sabtu lalu, lebih 300 orang berhimpun dan berarak di ibu kota Kuala Lumpur bagi menyambut Hari Wanita. Perarakan yang bertemakan "Hentikan Keganasan, Hormati Perempuan" dianjurkan oleh para aktivis wanita bertujuan untuk membuat beberapa tuntuan berkaitan wanita. Malangnya perhimpunan ini turut dicemari oleh golongan LGBT, aktivis yang menuntut benda pelik-pelik seperti kebebasan pekerja seks, free nips dan sebagainya yang mengambil kesempatan seperti parasit untuk memperjuangkan agenda songsang mereka.

Tidak mahu menyentuh panjang tentang pejuang LGBT dan aktivis-aktivis merepek lain, aku hanya mahu mengulas sedikit tentang tuntutan utama yang dibuat oleh sempena perhimpunan ini.


Rabu, 24 Oktober 2018

9 Bongkar teknik scam Phishing hack secara langsung

Anda ada email? Facebook? Instagram? Maybank2u? CIMBClicks? Dan pelbagai lagi akaun media sosial dan akaun di Internet?

Adakah anda rasa username dan katalaluan yang gunakan selama ini selamat? Biasa dengarkan ramai orang yang akaun Internetnya digodam atau kena hack?

Selain dari katalaluan yang lemah yang senang diteka, tahu macam mana hackers atau scammers dari kalangan orang biasa boleh dapatkan password anda tanpa mereka perlu berusaha pun untuk hack komputer atau akaun online anda?

Mudah sahaja, mereka cuma gunakan teknik PHISHING.



Rabu, 18 Julai 2018

5 Hilang tempat berpaut untuk membangkang kerajaan

Apabila pembangkang terdahulu kini menjadi kerajaan, dan apabila kerajaan terdahulu menjadi pembangkang, lebih-lebih lagi ia suatu yang pertama kali berlaku dalam tempoh 60 tahun, ia sebenarnya telah menimbulkan suatu suasana dan demografi politik yang agak janggal.

Bayangkan, jika dahulu apabila rakyat dan masyarakat bising je terhadap sesuatu isu yang melibatkan kerajaan Barisan Nasional, mereka akan mengadu dan suarakan kepada parti pembangkang pada masa itu iaitu Pakatan Harapan atau PAS, lalu pemimpin parti pembangkang terus memperjuang dan menjuarai isu-isu rakyat ini.

Malah pemimpin-pemimpin parti pembangkang ini akan turut sama turun ke jalanan, berdemo dan membuat bantahan terhadap kerajaan bersama-sama rakyat.



Sabtu, 19 November 2016

3 Walau beza ideologi, usah lupa persaudaraan kita

Tiada drama!

Ini predikat yang boleh menggambarkan himpunan Bersih 5 anjuran gabungan NGO dan kumpulan masyarakat sivil, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau Bersih 2.0.

Masuk edisi kelima, himpunan mega kali ini tidak banyak berbeza dengan penganjuran yang lalu.

Bersih 5 menyaksikan individu-individu dari pelbagai lapisan masyarakat dan sosio-ekonomi berkumpul dan berarak untuk menyuarakan lima tuntutan termasuk kerajaan yang bersih, pilihanraya yang bersih, hak membantah, kukuhkan demokrasi berparlimen dan kestabilan ekonomi di Malaysia.



Ahad, 6 November 2016

8 Aksi anak muda paling membanggakan abad ini

Gerakan baju merah diketuai oleh Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad untuk mengadakan demonstrasi berhampiran pejabat Malaysiakini semalam.

Mereka membantah aktiviti pembiayaan beberapa organisasi tempatan oleh Open Society Foundation (OSF), sebuah organisasi pemberi geran yang dikendalikan oleh jutawan George Soros.

Menurut Jamal, Soros bertanggungjawab terhadap krisis kewangan Asia pada tahun 1997 dan membiayai revolusi di banyak negara di seluruh dunia.



Jumaat, 19 Ogos 2016

6 Melayu keliru dengan logo syarikat pembentungan

Presiden Gerakan Merah mahu syarikat ASW Tech-I Sdn Bhd (ASW) mengubah logo pada lori najis mereka supaya orang Melayu tidak terkeliru dan menyangka ia lori milik Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW).

Mohd Ali Baharom, yang lebih popular dengan gelaran Ali Tinju berkata beliau sendiri terkeliru dan menyangka lori najis itu salah satu produk Permodalan Nasional Bhd (PNB).

Dengan semangat Melayu yang berkobar-kobar, Ali Tinju bersama 10 penyokongnya berhimpun di luar Menara PNB di Jalan Tun Razak petang tadi, bagi membantah logo yang disangka ASW 2020 itu, kerana mencemar institusi yang menjaga saham Bumiputera.



Rabu, 16 September 2015

27 Himpunan Melayu berbaju merah di Hari Malaysia

Hari ini, 16 September 2015, bersempena Hari Malaysia, telah diadakan sebuah perhimpunan halal yang telah dapat permit dan kelulusan iaitu Himpunan Baju Merah yang juga digelar Himpunan Maruah Melayu yang juga dinamakan Himpunan Rakyat Bersatu bertempat di Padang Merbok, Kuala Lumpur.



Ahad, 30 Ogos 2015

23 Koleksi gambar awek dan lain2 sekitar BERSIH 4

Berikut adalah koleksi gambar2 awek dan juga gambar2 menarik para peserta sekitar perhimpunan BERSIH 4.0 yang diadakan di ibu kota Kuala Lumpur pada 29 dan 30 Ogos 2015. Bersedialah untuk menghabiskan kuota data Internet smartphone dan tablet korang.



Rabu, 26 Ogos 2015

28 Persiapan anak muda menentang demonstrasi Bersih

Satu demonstrasi yang difahamkan sebagai aksi mempertahankan diri dibuat kumpulan Anti-Bersih di depan Sogo hari ini, lapor TheRakyatPost.

Kumpulan tersebut dilihat memakai pakaian merah di dalam aksi tersebut manakala kumpulan Bersih 4.0 akan memakai baju bewarna kuning.

Kumpulan tersebut membabitkan gabungan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Melayu. Kumpulan terbabit diketuai oleh Datuk Jamal Md Yunos yang berkata, demonstrasi itu sebagai persiapan pertahanan diri jika berlaku keganasan antara 'merah' dan 'kuning.

“Jika penganjur Bersih 4.0 mengotakan kata-kata mereka, untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100,000 orang menyertai perhimpunan haram itu, maka, pihak berkuasa sudah tentu akan menghadapi masalah untuk memberi jaminan keselamatan kepada semua peserta kuning dan juga kami.



Sabtu, 2 Mei 2015

17 Koleksi gambar pilihan demo Anti-GST Hari Pekerja

Semalam berlangsungnya perhimpunan atau demonstrasi aman menolak cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau dikenali sebagi demo Anti-GST, Bantah GST, Batal GST, No GST dan lain2 seangkatan. Ramai orang Melayu yang turun, malah orang Cina yang dikatakan jarang turun demo pun sudah ramai kelihatan. Lain2 peserta termasuk penyokong parti pembangkang, segelintir mahasiswa, awek muslimah, geng anarkis, orang biasa dan macam2 lagi. Berikut adalah koleksi gambar pilihan Perhimpunan Anti-GST 1 Mei 2015, terutamanya gambar2 awek.



Selasa, 21 April 2015

97 Simbol salib merosak akidah dan cemar otak Melayu

Orang Melayu ramai yang ada satu jenis penyakit fobia, fobia kepada macam2 benda yang mereka rasa ada agenda yang dianggap boleh merosakkan akidah mereka seperti freemason, illuminati, yahudi dan simbol salib, namun mereka tiada pula rasa fobia terhadap agenda2 lain yang lebih merosakkan akhlak dan imej agama malah menyokong dan menyambut baik agenda2 tersebut seperti konsert, rancangan2 hiburan, drama dan filem2 yang dipenuhi pelakon seksi dan tidak menjaga batas agama dan lain2.

Malah bagi mereka kewujudan rumah ibadah agama lain seperti gereja dan kuil yang hanya digunakan untuk penganut agamanya sahaja lebih sensitif sampai kena buat demo dan protes bagai daripada wujudnya pusat karaoke, kelab malam, pusat urut, restoran dangdut dan sebagainya di tempat mereka.



Isnin, 16 Februari 2015

16 Bomoh main golf, demonstran dan misi letup mercun

Rentetan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, berlaku beberapa peristiwa yang memperlihatkan kedunguan manusia, antaranya Raja Bomoh yang main golf depan penjara, peserta demo anarki yang buat vandalisme serta budak2 baru nak up yang bagi amaran nak bakar mercun depan mahkamah di Malaysia pada malam Tahun Baru Cina.



Selasa, 28 Oktober 2014

16 Rakyat hakim negara VS Penyokong mangsa liwat

Perhatian hari ini bertumpu ke Mahkamah Persekutuan di Putrajaya apabila perbicaraan dua hari rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada bulan Mac 2014 lalu yang mendapatinya bersalah meliwat Saiful Bukhari Azlan dan dihukum penjara lima tahun bermula.

Sementara itu di luar perkarangan mahkamah, di sebelah geng2 rakyat hakim negara a.k.a penyokong DS Anwar Ibrahim:



29 Koleksi gambar siswa sempena pidato Anwar di UM

Malam tadi ribuan mahasiswa dan penyokong PKR merempuh pintu pagar Universiti Malaya membolehkan mereka memasuki kampus itu bagi mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka merempuh pintu pagar Kuala Lumpur yang berkunci dan dirantai oleh pihak keselamatan sambil melaungkan "buka, buka" dan kemudiannya memasuki kawasan kampus.

Kemudian, mereka berarak kira-kira 200 meter dari pintu pagar sebelum berhenti seketika bagi menunggu ketibaan Anwar untuk bergerak ke Dewan Tunku Canselor. Selanjutnya di Malaysiakini.



Isnin, 5 Mei 2014

23 Demonstran muslimah bantah GST ibarat pelacur

Kalau muslimah bertudung labuh yang keluar demonstrasi dilabel ibarat pelacur kelas atasan...



Jumaat, 2 Mei 2014

37 Penerangan GST versi kerajaan dan pembangkang

Masih lagi bercerita pasal GST (Goods and Service Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan) kerana isu ini sekarang ini sedang panas dan hangat, lebih2 lagi selepas perhimpunan bantah GST yang diadakan semalam. Ramai yang turun membantah pelaksanaan GST, buat protes, bawak sepanduk, maki hamun, kutuk kerajaan, tapi ada juga segelintir yang bila ditanya soalan paling simple mengenai apa itu GST, itu pun mereka tidak dapat jawab.



Khamis, 1 Mei 2014

37 Para awek dan srikandi perhimpunan bantah GST

Ketika para pekerja menyambut cuti Hari Pekerja atau Hari Pekerja pada 1hb Mei dengan cara tidur di rumah, pergi shopping, tengok wayang filem Spiderman 2, kerja overtime gaji dengan double triple, ada sebahagian yang menyambutnya dengan menyertai perhimpunan Bantah GST atau Anti-GST atau May Day Rally di ibu kota yang dianggarkan seramai 50,000 peserta yang mengambil bahagian. Kronologi perhimpunan ini boleh dibaca di sini. Gambar2 dan video sekitar perhimpunan boleh dilihat di sini, sini dan sini. Yang ada di bawah ini hanyalah koleksi gambar2 para awek dan srikandi yang menyertai demonstrasi ini sahaja.