Showing posts with label Tembaga. Show all posts
Showing posts with label Tembaga. Show all posts

12 June, 2010

Barang Tembaga Ada Lagi...!


Inilah beberapa lagi koleksi barangan tembaga yang masih ada di dalam simpanan yang ingin dikongsikan bersama untuk tatapan generasi kini.


Bekas ini adalah bekas tembaga serbaguna, boleh diisikan dengan berbagai benda yang kecil-kecil mengikut kesesuaian penggunanya.


Bekas membakar kemeyan. Selalunya digunakan ketika kematian ataupun perubatan. Bekas yang besar itu digunakan untuk membakar kemeyan manakala bekas yang kecil pula digunakan untuk mengisi kemeyan. Penyepit juga disediakan untuk menyepit kemeyan.



Bekas abu rokok. Terdapat dua versi iaitu yang berkaki pendek dan yang berkaki panjang.





Bekas mengisi air mawar. Digunakan untuk merenjis air mawar ketika di pusara atau digunakan juga untuk tujuan perubatan.


Bekas mengisi celak.


Batang yang bertindak sebagai penutup bekas ini juga adalah sebagai alat untuk meletakkan celak di mata.

16 April, 2010

Tepak Sirih Tembaga



Ini pula tepak sirih yang memang biasa kita lihat. Pernah digunakan suatu masa dahulu oleh keluarga tetapi sekarang sudah tidak digunakan lagi dan hanya disimpan sebagai perhiasan.



Beserta dengan gobek dan kacip.


Kegunaan gobek: Untuk menghancurkan sirih dan pinang sebelum dimakan.
Orang dulu-dulu akan menggunakan gobek ini untuk menghancurkan sirih dan pinang kerana rasanya lebih sedap apabila dimakan atau juga kerana tiada gigi untuk mengunyah. Ada juga gobek yang diperbuat daripada buluh.


Kegunaan kacip: Untuk memotong buah pinang.


Masa kecil-kecil dahulu selalu juga aku makan sirih. Orang tua-tua kata kanak-kanak tidak elok makan sirih kerana lidah akan menjadi 'keras'. Contohnya tidak boleh menyebut perkataan 'R' dengan betul... Mungkin ada sesuatu rasional yang tidak kita ketahui disebalik larangan itu.




Pemandangan dari atas. Beberapa helai daun sirih biasanya diselitkan ditengah-tengah. Mengandungi lima bekas yang biasanya diisi dengan kapur, pinang yang telah dipotong, gambir dan lain-lain.

Pada zaman ini berbagai produk kecantikan dan kesihatan telah dikeluarkan berasaskan daun sirih. Maknanya banyaklah khasiat daun sirih ini. Sebab itulah orang dulu-dulu suka makan sirih. Kalau hendak cantik, si pemakan sirih ini hendaklah bergigi emas.. he.. he..


15 April, 2010

Seterika Arang Tembaga Berbentuk Titanic


Tajuk entri biar gempaq sikit... he.. he..


Seterika arang dari tembaga ini adalah pusaka dari keluarga. Tidaklah antik sangat kerana ianya masih benyak terjual sekarang ini terutamanya di tempat menjual barang-barang lama.


Dulu-dulu memang seterika inilah yang akan digunakan untuk menyeterika pakaian sebelum adanya seterika elektrik.



Inilah bentuk Titanic yang dimaksudkan. Ada serupa ka? Pemegangnya dilapik dengan kayu untuk mengelakkan tangan kepanasan sewaktu 'menyeterika'. Masa dulu-dulu aku tengok emak balut pula dengan kain tuala 'Good Morning" ditangkainya ini.



Kalau seluar anggota polis di zaman berseluar pendek berwarna coklat dahulu, mesti dikanji dan diseterika supaya sentiasa kemas dan 'keras'. Bak kata orang, kalau kena kulitpun boleh luka..



Pemandangan hadapan. Sebenarnya seterika ini didatangkan dengan pelapiknya sekali. Tetapi hilang entah kemana, tidak dapat dicari...



Pemandangan dari belakang.



Pemandangan dari atas.



Boleh di'nganga'kan untuk mengisi arang yang telah menjadi bara. Hendak menggunakan seterika arang ini memang memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana proses sebelum, semasa dan selepas 'menyeterika' ini amat leceh dan memenatkan. Silap-silap haribulan banyaklah kain baju yang rosak terbakar...



Terdapat kunci penutup seterika.



Terdapat tulisan Cina di bahagian dalam. Ada sesiapa boleh 'translate'kan?



Tertulis "SING SOON HUAT' di bahagian belakang seterika. Mungkin nama syarikat yang mengeluarkannya.

Sanggupkah surirumah di zaman ini menggunakannya?


14 April, 2010

Sudu Dan Garpu Tembaga Kassim Selamat...



Sudu dan garpu tembaga ini adalah koleksi barangan tembaga yang seterusnya. Aku rasa anda semua tentu pernah melihat atau memilikinya. Koleksi biasa saja..



Menurut maklumat yang aku terima, sudu dan garpu tembaga ini amat tidak sesuai digunakan untuk masakan kerana masakan kita nanti akan bertukar warna. Contohnya kuah masak lemak yang berwarna kuning akan bertukar ke warna hijau!



Ada enam batang sudu..



Mungkin inilah garpunya yang digunakan oleh saudara Kassim Selamat di dalam filem 'Ibu Mertuaku' untuk mencucuk matanya (dengan gaya tangan bersilang)?



Dan enam batang garpu.



Kepala sudu.



Kepala garpu.



Terdapat kemasan kayu pada tangkai kedua-duanya.



Ini sebatang garpu 'sesat'. Kecil sahaja dan cuma ada tiga forks. Buat makan rojak sedap ni..


13 April, 2010

Gelas Tembaga Cleopatra...



Gelas tembaga ini adalah salah satu daripada koleksi barangan tembaga yang aku miliki. Pusaka daripada nenek di sebelah isteri.



Menurut Kamus Dewan, perkataan gelas membawa maksud: bekas untuk minum (sirap, air dll) yang dibuat daripada kaca. Jadi jika gelas yang diperbuat daripada tembaga hendak dipanggil apa?



Terdapat ukiran yang bercat tetapi telah pudar dimamah usia.



Pemandangan dari atas.



Bersaiz gelas biasa tetapi beratnya pun boleh tahan juga.. Buat minum air anggur sedap ni, berbaring pula di kerusi panjang ada orang kipas pula di kiri dan kanan. Macam Cleopatra gitu...



Aku selitkan juga tempat meletak lilin daripada tembaga. Ada sepasang, cantik juga sebagai hiasan. Buat bawa 'menurun' pun boleh juga ni... he.. he..



Barang tembaga ini perlu rajin menjaganya. Perlu dibersihkan dan digilap selalu, barulah ianya nampak cantik dan berseri.


Diantara beberapa petua orang dulu-dulu untuk mengilat/mencantikkan barangan tembaga:


1. Gosokkan barang tembaga tersebut dengan kulit nanas.

2. Gosokkan dengan kain yang telah dicelupkan ke dalam air asam jawa.

3. Pakai car polish.. he.. he..


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'