Showing posts with label Milo. Show all posts
Showing posts with label Milo. Show all posts

15 December, 2010

Kad Jagoan Milo


Setelah melihat paparan Kad Jagoan Milo di blog Bro pada bulan lalu, maka teringatlah bahawasanya BR juga memiliki kad tersebut tetapi tidaklah banyak, cuma dua keping ini sahaja... He.. he..


Adalah difahamkan ini merupakan kad permainan yang amat sesuai untuk kanak-kanak dengan pengiraan jumlah mata untuk menentukan pemenangnya. Secara logiknya ia sepatutnya mengandungi 36 keping kad yang berbeza bagi satu set sama seperti lain-lain kad permainan. Tetapi bagi Kad Jagoan Milo ini, tidak pastilah pula berapa kepingkah semuanya untuk melengkapkan satu set.


Kad nombor 1, Gaya Tendangan Terbang untuk mara ke hadapan... Nilai serangan 105 dan nilai bertahan ialah 40.


Kad nombor 8, Acara Larian Marathon Milo yang menguji kekuatan stamina peserta... Nilai serangan 87 dan nilai bertahan ialah 52.


Pandangan di belakang kad tertera logo Milo sebagai satu langkah promosi.


14 December, 2010

Bocong vs Tumbler Milo


Tumbler Milo atau 'bocong' (meminjam kata-kata bro Rasli) ini, memang menarik kerana bentuknya yang unik dan memiliki ciri-ciri sebuah tumbler yang mesra pengguna. Tumbler ini masih baharu (kira-kira beberapa tahun yang lalu) dan pernah digunakan oleh anak-anak BR ke sekolah.


Pandangan dari bahagian hadapan yang menunjukkan logo Milo emboss pada sebelah atas badan tumbler.


Pandangan yang membelakangi kamera menunjukkan cetakan logo Milo di bahagian bawahnya. Pada badannya juga terdapat bahagian yang menggerutu supaya tidak licin dipegang terutamanya sewaktu tangan berpeluh selepas bersukan.


Close-up apabila penutup atasnya dibuka menunjukkan tempat untuk menyedut air yang akan berfungsi apabila ianya ditarik ke atas. Ring pada penutup atasnya juga boleh digunakan sebagai pemegang tumbler dan boleh dimasukkan tali untuk menyandang tumbler ini.


Penutupnya juga mempunyai lock atau kunci untuk memastikan penutup ini tidak akan terbuka secara tidak sengaja.


13 December, 2010

Gelas Plastik Milo Berkaki Tiga


Malaysia menggunakan 90% daripada penggunaan Milo di seluruh dunia. Ianya amat popular sehingga hampir setiap rumah mempunyai satu tin Milo dan hampir mustahil untuk mencari restoran yang tidak menghidangkan minuman Milo.


Pengarah Urusan Nestle Malaysia, Sullivan O'Carrol berkata Milo telah berada di negara ini hampir 60 tahun dan rakyat Malaysia merupakan pengguna Milo terbesar di dunia.


Kita ikuti keunikan gelas plastik Milo berkaki tiga ini yang BR simpan entah sejak bila dan dari mana ianya diperolehi. He.. he..


Pandangan hadapan menunjukkan logo Milo.


Adalah difahamkan mungkin gelas Milo ini dikeluarkan dengan tema permainan sukan yang berbagai, tetapi setakat yang BR miliki hanyalah dua sahaja iaitu Basketball dan Tennis sahaja.


Amat sesuai sebagai bekas mengisi Ais Kacang (ABC) kerana sifatnya yang tinggi dan berkaki.


25 November, 2010

Pensel Percuma Daripada Milo


Cerita mengenai Pensel Warna Milo ini sebenarnya telahpun diceritakan oleh Bro iaryylr di Hobby & Collection - Hobi & Koleksi beberapa minggu yang lalu. Terdapat beberapa kemusykilan di sini kerana pensel warna milo beliau dan BR tidak sama walaupun daripada bekas yang sama!


Tidak pasti pula dari mana BR perolehi bekas pensel warna Milo ini tetapi yang pastinya terdapat tulisan kecil di bawah bekasnya iaitu "Sample Not For Sale".


Panjang pensel kira-kira 9 cm bukannya pensel warna tetapi pensel betul walaupun di luar bekasnya nyata ditulis "colour pencil set" dengan gambaran berbagai warna pensel.


Sepatutnya mengandungi 12 batang pensel, tetapi yang ini ada 10 batang sahaja, 2 batang lagi mungkin tercicir... he.. he..


Pensel pula jenama 'arco' bukannya Milo. Apa sudah jadi?

Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'