Showing posts with label Basikal. Show all posts
Showing posts with label Basikal. Show all posts

29 November, 2010

Nasib Si Basikal Raleigh


Pulang ke kampung baru-baru ini maka teringatlah pula pada basikal Raleigh peninggalan arwah ayah yang sudah lama tidak dipedulikan lagi dan hanya diletakkan di belakang rumah. Rasanya sudah hampir berpuluh tahun basikal ini dibiarkan begini.


Basikal ini telah dibeli di sekitar tahun 1953 ketika arwah ayah berkhidmat di Pahang. Pernah BR melihat gambar photo arwah ayah bersama basikal ini diambil di dalam studio gambar ketika ianya mula-mula dibeli. Memang cantik dan berkilat-kilat waktu itu. Kalau terjumpa lagi dengan photo tersebut akan BR uploadkan nanti.


Dikenali juga sebagai basikal 'jantan' kerana ada 'galang', kalau tiada galang dipanggil basikal 'betina'. Teringat di zaman kanak-kanak dahulu mengayuh basikal ini di bawah galang dengan sebelah tangan memegang handle bar manakala sebelah tangan lagi memegang galang... He.. he..


Sudah terlalu uzur kerana ditinggalkan terbiar berhujan dan berpanas sehingga berlumut serta mengalami tahap pengkaratan yang cukup kritikal dan sukar untuk dibaik pulih lagi.


Head badge Raleigh membuktikan bahawa basikal ini adalah sebuah basikal Raleigh yang cukup popular suatu ketika dahulu. Sesiapa yang memiliki basikal ini pada waktu itu bolehlah dikatakan seorang yang hebat.


80% barangannya masih asal tetapi mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi.


'Buyung' atau hub hadapan.


Hub belakang kelihatan lebih besar. Kelebihan basikal ini ialah bunyi yang dihasilkan oleh hub ini cukup enak didengar, "tik.. tik.. tik.." dan mempunyai kabel seperti gear dan dikawal di handle bar basikal.


Mungkin akan memakan belanja yang besar jika hendak dibuat restoration. Begitu juga dengan alat ganti yang entah ada entah tiada. Ada sesiapa yang beminat untuk membeli besi buruk ini?


09 August, 2010

Sepeda Mini Ruby Ada Lagi...


Masih ingat lagi tentang basikal mini Ruby? Baru-baru ini sewaktu pulang ke kampung sambil menyelongkar khazanah, terjumpalah pula dengan 'surat beranak' atau resit pembelian basikal mini Ruby ini. Walaupun setelah 37 tahun berlalu tetapi dokumen ini masih elok tersimpan sebagai bahan bukti pembeliannya.


Basikal mini Ruby yang pernah BR ceritakan suatu ketika dahulu, cukup mengimbau kenangan semasa di sekolah rendah dahulu. Salah satu unsur 'rasuah' yang cuba digunakan supaya BR pergi ke sekolah... He.. he..


Inilah resit pembelian basikal mini Ruby yang dimaksudkan itu. Jelas tertera telah di beli pada 14.02.1973 di Beng Radio, No. 63, Pendang, Kedah dengan harga pada waktu itu sebanyak RM155.00. Nombor frame juga turut tercatat iaitu PG104611. Setem bernilai 10 sen juga turut di'mati'kan sebagai tanda pengesahan pada sebarang resit pembelian atau pembayaran pada waktu itu.


Memang betul nombor frame yang tercatat pada resit pembelian adalah sama dengan yang tercatat pada frame basikal iaitu PG104611. Memang confirm basikal mini Ruby ini adalah milik sah Ramli bin Ahmad iaitu allahyarham ayahanda BR.


Gambaran dari sudut berbeza untuk kejelasan nombor frame. Untuk pengetahuan, sepertimana lain-lain kenderaan, nombor frame, nombor body atau dipanggil juga nombor chassis ini adalah penting sebagai bahan rujukan utama sekiranya berlaku sebarang kecurian ataupun kehilangan terhadap kenderaan yang dibeli. Oleh itu adalah dinasihatkan supaya simpanlah dengan cermat sebarang resit pembelian (tidak kira apa-apa barangan) di tempat yang selamat supaya senang untuk dijadikan rujukan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.


04 August, 2010

Penutup Batang Pedal Basikal (Crank Arm)


24 jam telahpun berlalu dan seperti yang telah dijanjikan, di sini BR umumkan jawapan serta pemenang bagi soalan teka-teki semalam. Telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan di antara jawapan-jawapan yang dikemukakan adalah seperti berikut:

1. nur aisya umaira - penyepit
2. Nur Erma Suzieaty - acuan kuih
3. Cik Awynn - lilin tanpa sumbu
4. Yatt - seat basikal
5. CgMas - butang
6. sweetie2010 - sabun atau lilin
7. AUR - sagat sisik ikan
8. Anonymous - tempat gantung sabun
9. Anonymous (Hercules Man) - penutup batang pedal basikal
10. Syafiq Kadiran - kulit kerang biru
11. Elvin - kayak toilet
12. Ummi Humaira - penutup batang pedal basikal
13. Gen Fujita - klip kertas


Setelah diteliti oleh para juri, keputusan pemenangnya ialah: Anonymous (Hercules Man) berdasarkan beliau adalah peserta terawal yang telah menjawab dengan betul meskipun jawapan yang diberikan oleh Ummi Humaira adalah betul juga.


Sebenarnya apalah sangat pada hadiah yang ditawarkan, tetapi tujuan sebenar BR ialah untuk memeriahkan lagi dunia blog ini di samping lebih saling mengenali dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan bloggers. Selain daripada itu dapat juga kita mengenali semula barang-barang lama yang semakin dilupakan terutama kepada generasi muda kini.




Tujuan penutup batang pedal (crank arm) diwujudkan di antaranya ialah untuk mengelakkan 'kaki' kain atau seluar tersangkut padanya dan juga untuk mengelakkan kotoran minyak atau gris terkena pada pakaian selain daripada satu aksesori yang cukup popular pada basikal suatu masa dahulu.


Gambar yang ditunjukkan semalam yang telah 'memeningkan' banyak pihak. Rujuk: http://bluesriders.blogspot.com/2010/08/mari-bermain-teka-teki-apa-benda-ni.html


Ini pula gambar di bahagian belakang penutup batang pedal (crank arm).


Tahniah kepada Anonymous (Hercules Man) yang telah berjaya menjawab dengan betul. Sila berikan nombor HP (Maxis, Celcom atau Digi sahaja) untuk menuntut hadiah anda. Kepada yang tidak berjaya, cuba lagi di lain kali kerana banyak lagi teka-teki berdasarkan gambar yang akan BR kemukakan. Untuk makluman, Semuanya ini hanyalah untuk suka-suka sahaja dan tiada sebarang maksud yang tersurat mahupun tersirat...


26 April, 2010

Basikal Mini Ruby Di Tahun 70an

Inilah basikal mini yang dihadiahkan oleh arwah ayah supaya aku ke sekolah pada awal tahun 70an dahulu. Masih wujud hingga kini tetapi sudah lama tidak digunakan. Memang blues habis...

Puncanya ialah kerana pada waktu itu memang aku tidak mahu ke sekolah, jadi basikal inilah dijadikan umpannya... Namun begitu aku tetap tidak mahu ke sekolah he.. he..



Masih boleh berdiri dengan kukuh dan teguh. 70% masih ori. Pada waktu itu basikal mini ini memang cukup popular dan pada hari inipun masih kelihatan lagi 'orang-orang lama' yang menggunakannya terutama di pekan-pekan kecil.



Keluaran yang seusia dengan basikal Chooper. Masa mula-mula beli dahulu ada rambu-rambu di handle grip dan ada bakul berwarna putih di hadapan. Ala-ala hippies gitu..



Lambang jenama Ruby.





Brek belakang.. Teknologi apa akupun tak tahu.



Brek depan menggunakan V-brake.



Saddle masih ori tetapi sudah terlalu uzur. Basikal inilah yang pernah aku gunakan di zaman kanak-kanak dahulu berkayuh setiap pagi dan petang sampai tidak ingat makan dan minum.


28 February, 2010

Giant Terrago





GIANT TERRAGO TEAM


Wah.. Macam Team Giant Rabobank la pulak!

Pasai apa aku pakai basikal Giant Terrago?

Pasai yang 'terra-terra' semua dah 'go'. Tinggal la aku yang tak 'terra'...

Cerita pasal cycling ni, memang dah lama aku tak pernah berkayuh. Kira-kira 20 tahun lebih dah. Dah tua-tua ni kenalah exercise sikit. Mula-mula berkayuh rasa macam nak tercabut tempurung lutut. Tapi syok ooo... berpeluh satu badan. Boleh tengok pemandangan, relax.. tak tension.

Setakat ni aku cuma 'one man gang rider', tak join mana-mana group. Kalau ada mana-mana group yang sudi menjemput aku berkayuh sama-sama, janganlah segan-segan.. he.. he..



Specifications:




Sizes

17

Colors

WHITE

Frame

GIANT ALUXX SL

Fork

ROCK SHOX DART-2

Shock

N / A

Handlebar

GIANT XC ALLOY (FOV) 31.8

Stem

GIANT XC ALLOY (FOV) 31.8

Seatpost

GIANT ALLOY 30.9

Saddle

VELO VL-1050U D2

Pedals

WELLGO LU-313 ALLOY

Shifters

SHIMANO DEORE SL-M590

Front Derailleur

SHIMANO DEORE FD-M510

Rear Derailleur

SHIMANO SLX RD-M662

Brakes

SHIMANO HYDRAULIC BRM-486

Brake Levers

SHIMANO HYDRAULIC BRM-486

Cassette

SHIMANO DEORE CS-HG50-9

Chain

SHIMANO HG-53 SUPER NARROW

Crankset

SHIMANO HORROW TECH FC-M521

Bottom Bracket

SHIMANO BB-ES25

Rims

ALEX DP-17 DISC DOUBLE WALL

Hubs

FORMULA DC-20/DC-22

Spokes

14G STAINLESS BLACK

Tires

KENDA K1010 NEVEGAL (26x2.10)

Sumber: http://www.giant-bicycles.com


Do you know where your bike is made?

Giant - You may have ridden a bicycle made by Giant without knowing it! Giant is the world's largest bicycle manufacturer with factories in Taiwan, China, and Europe. Giant, a Taiwanese company started in 1972, manufacturers their own bikes - including the carbon bikes, which is unique in the industry (i.e., most other brands utilize other manufacturers such as Advanced or Martec). In addition to making their own bikes, Giant also makes, or has made, bikes for many other prominent brands, including Trek, Specialized, Schwinn, and Bianchi. Giant's claim to fame is that they have the most sophisticated and efficient manufacturing facilities in the bicycle industry. A bit of trivia is that Giant owns 30% of Hodaka, a key Taiwanese supplier for many brands such as Bianchi.5 Giant also sponsors the T-Mobile professional cycling team.

Sumber: http://mybasikal.blogspot.com


My Accessories:


Cateye Velo8


My Saddle Bag (Topeak)


Topeak Head Light


Cateye TL-LD610 (Rear)


My Bottle


My Glove


Gunk Cycle Chain Lube



Ni pic terkini basikal aku. Baru lepas berkayuh...


Related Posts with Thumbnails
 

'http://bluesriders.blogspot.com @ shabramli@gmail.com'