Showing posts with label Serius. Show all posts
Showing posts with label Serius. Show all posts

Sunday, 25 November 2018

Serius Pengumuman - Kami Telah Berpindah Ke Blogserius.com

Hai

Sekiranya anda membaca mesej ini anda mungkin akhirnya tahu kami telah berpindah ke URL baharu iaitu WWW.BLOGSERIUS.COM. Penghijrahan ini dilakukan kerana ingin memberia nafas, bau badan, kaki. pelipat ketiak dan imej terkini kepada laman yang sudah terlalu lama tidak dipedulikan.

Diharap pihak tuan dan puan sudi ke laman terbaru ini bagi mendapatkan kandungan Serius seperti dahulu.

Terima Kasih atas sokonga moral anda selama ini. Bisjut dan Royi to everyone.

Obefiend.


Thursday, 9 February 2017

Serius - Kanak-Kanak Mati Ditendang Ibu Kerana Enggan Menggosok Gigi


Ibu Mithelli

Sudah hampir tiga tahun kami menjadi bapa kepada seorang puteri berumur 3 tahun. Anak kami ini comel tetapi nakal tahap maysallah. Inilah cabaran apabila anda ingin menjadi seorang ibu bapa. Anak anda akan sentiasa cuba membuatkan anda marah. Tetapi bagi Iris Hernandez Rivas (26) yang berasal dari Maryland Amerika Syarikat, kesabaran bukanlah skill yang wujud dalam tubuh beliau.


Iris ditahan dan kini menghadapi pertuduhan membunuh anak beliau berusia empat tahun. Beliau didakwa menendang anak beliau setelah si kecil enggan memberus gigi. Kerana tendangan yang kuat si anak mengalami kecederaan pada bahagian otak dan hati. Iris cuba menyorokkan penderaan ini dan mendakwa anak beliau terjatuh di dalam kolam mandi. Pihak doktor menemui lebam dan kecederaan yang tidak konsisten dengan cerita Iris. Si anak dirawat di hospital selama lima hari sebelum meninggal dunia 1 Februari yang lalu. So kids. If you don't have the minerals to raise a child. Please wear a condom!

Sumber Fox
 

Wednesday, 8 February 2017

Serius - Panggung Wayang Dengan Katil Di Indonesia Ditutup Bagi Mengelakkan Zina


Harambe.

Panggung wayang dengan bantal empuk sudah wujud di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Sebagai contoh Tanjung Golden Village menawarkan panggung Beanieplex yang membenarkan penonton berbaring selesa seperti di ruang tamu rumah sendiri.


Di Palembang Indonesia panggung wayang CGV menawarkan panggung mewah dilengkapi katil empuk dan selimut. Panggung ini akhirnya di tutup selepas diserbu oleh timbalan Datuk Bandar  Fitrianti Agustinda. Beliau mahu kesemua katil digantikan dengan kerusi biasa bagi mengelakkan pengguna berzina dan melakukan aktiviti tidak bermoral.

Pihak CGV pula memohon supaya pihak berkuasa memberikan mereka pelepasan kerana panggung mereka mendapat sambutan hangat dari kalangan keluarga yang mahu menonton dengan selesa. Pada waktu yang sama sistem kamera CCTV di dalam panggung dapat mengesan pasangan yang mungkin ini melakukan aktiviti tidak senonoh. Diharap di Malaysia pihak berkuasa lebih rasional dan tidak menutup panggung wayang seperti Beanieplex atas sebab agama.  



Sumber Jakarta Coconuts




Sunday, 25 September 2016

Serius - Pasaraya Barang Makanan Terbuang Dibuka Di United Kingdom (6 Gambar)


Membazir Sahabat 1MDB

Masalah ekonomi dunia masih lagi dapat dirasai dengan kesempitan hidup hanya dapat dikurangkan dengan pemberian BR1M. Di Britain masalah kesempitan ini menjadi isu kerana golongan miskin menyalahkan kehadiran pendatang yang "mencuri pekerjaan mereka". Ini menjurus kepada undian untuk keluar dari Kesatuan Eropah iaiatu BREXIT.

Sungguhpun begitu masalah ekonomi masih meruncing di negara bekas penjajah terbesar di dunia ini. Empayar yang tidak pernah tidur ketika Maharani Victoria berkuasa kini tinggal beberapa koloni kecil dan pasukan sepak bola yang hanya sedikit lebih berjaya daripada Harimau Malaya. 

Masalah kesempitan ini mengakibatkan jumlah rakyat Britain yang bergantung kepada bank makanan (food bank) semakin meningkat. Bagi mengurangkan beban ke atas bank makanan yang beroperasi secara sukarelawan dan derma, pasaraya makanan terbuang dibuka di Pudsey,Leeds.

"Pasaraya" ini mengumpulkan makan yang hampir luput ataupun kurang segar yang biasanya dibuang oleh pasaraya seperti TESCO. Tiada pembayaran perlu dilakukan untuk menggunakan pasaraya makanan terbuang ini. Bayar sekadar mampu sahaja sekiranya mahu. Tiada lagi pembaziran makanan akan berlaku dan perut yang lapar kini tidak lagi menghasilkan irama keroncong dubstep. 

Ini di Britain, di Malaysia jangan ingat perkara yang sama tidak wujud. Pembaziran makanan masih berlaku dan kami berharap ada pihak NGO yang akan memperkenalkan konsep pasaraya ini di Malaysia.


Serius - Miguel Andagana : Pengumpul Puntung Rokok Terbesar Di Dunia (10 Gambar)


Anti Rokok

Di Malaysia ada Malaysian Book or Records yang dipenuhi rekod power seperti cupcake terbanyak menghasilkan logo universiti, susunan nasi lemak terpanjang dan some of bloody stupid nonsense. Di Kepulauan Galapos, Miguel Andagana sedang cuba mendapatkan pengiktarafan Guiness sebagai pegumbul puntung rokok terbanyak di dunia.

Apakah motif koleksi aneh ini? Miguel Andagana mengutip puntung rokok terbuang bagi menimbulkan kesedaran bahaya merokok. Sehingga kini beliau telah mengumpul lebih 315000 batang puntung rokok. Puntung-puntung rokok ini dikumpul di dalam beg plastik dan ada yang diubah menjadi arca. Beliau mahu menunjukkan pembaziran akibat tabiat merokok. Pada waktu yang sama puntung rokok yang dikutip mengurangkan jumlah sampah di kaki jalan. Sebuah hobi yang aneh. Apakah yang akan dikumpulkan selepas ini. Kami mahu mengumpul RM 2.5 Billion yang kemudiannya digunakan untuk menentang blog blog yang tidak serius. Join me. I need you donations.  


Serius - Ini Ialah Teknik Menyeludup iPhone 7 Di China


iFag

Apple iPhone 7 dan 7 Plus mula dijual di beberapa pasaran terpilih di dunia. Ia masih lagi dianggap peranti paling berprestij di pasaran dengan harga jualan yang memerlukan anda menjual ginjal, mencari ayahanda gula dan mengopak akaun bank sehingga berdarah. Di China jualan masih belum dimulakan walaupun peranti ini dihasilkan di China. Setiap kali model baru muncul, peranti dari Hong Kong akan diseludup masuk ke China melalui Shenze. 

Sejak 16 September yang lalu pihak kastam China telah berjaya memintas 400 peranti iPhone 7 yang cuba diseludup. Di bawah ialah salah seorang iKeldai yang berjaya ditahan. iPhone dibalut pada tubuh seperti baju zirah Duke Jichang dan shin pad Sun Jihai. In Soviet China, iPhone is the cocaine. 


Sunday, 22 May 2016

Serius - Pinarayi Vijayan - Ketua Menteri Kerala Yang Kelihatan Seperti Tun Dr Mahathir (12 Gambar)


Kembar!

Terdapat kepercayaan yang mengatakan di dunia ini terdapat tujuh orang yang berkongsi wajah dengan kita. Secara ikhlas kami telah menemui dua kembar kami iaitu Melting Dead Guy From Robocop dan Toxic Avenger dari siri Troma.They look just like me in real life.

Pinarayi Vijayan ialah Ketua Menteri Kerala India yang kami rasakan kelihatan sama seperti mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad. Riak wajah ketika masam dan tersenyum memang kelihatan seperti Tun. Perbezaannya ialah beliau lahir pada tahun 1944 dan bukannya 1925. Beliau juga ialah ahli Parti Komunis India tidak seperti Tun yang merupakan ahli parti pejuang demokrasi UMNO.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda telah menemui kembar anda di dunia sebelum ini?

Thanks @Kluangman

 


Wednesday, 16 March 2016

Serius - Gajah Dikebumikan Dengan Penuh Penghormatan Di Sri Lanka (6 Gambar)


Rest In Power

Hemantha ialah seekor gajah yang berusia 23 tahun. Ia kerap digunakan untuk upacara keagamaan di sebuah kuil Buddha di Sri Lanka. Haiwan ini meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian kaki beberapa hari yang lalu dan diberikan pengebumian penuh istiadat agama Buddha oleh penduduk setempat. Kematian Hemantha diratapi kerana ia dianggap sebagai haiwan peliharaan komuniti di Colombo ini. Sebuah kren digunakan bagi mengangkat jasad gajah ini masuk ke dalam liang kubur. Rest in peace good guy.


Tuesday, 15 March 2016

Serius - Bisul Tayar : Apabila Tayar Membengkak Dengan Tragis (9 Gambar)


What The Hell

Tayar yang anda gunakan pada kenderaan memastikan ia dapat berjalan dengan lancar. Kerap kali kita hanya memastikan tayar masih mempunyai bunga bagi memastikan kenderaan sesuai dipandu ketika hujan. Apa yang jarang kita cari ialah tanda-tanda awal bisul tayar. Bisul tayar berlaku apabila permukaan tayar menghentak objek keras. Ruang yang menyimpan udara tayar mengalami kerosakan tetapi lapisan paling luar tidak terkoyak. Ini mengakibatkan udara dari ruang udara memasuki lapisan perantara dan menghasilkan gelembung. Di dalam kes paling teruk berpuluh bisul boleh muncul pada sisi tayar. Apabila ini berlaku tayar tidak boleh lagi diselamatkan dan perlu diganti. Keep safe!



Tuesday, 9 February 2016

Serius - 23 Bukti Menunjukkan Wanita Di Dalam Tentera Adalah Punggung Jahat


Die Waffen Legt Ant!


Siapa bilang wanita tidak boleh kelihatan bad ass di dalam pasukan tentera?





Thursday, 4 February 2016

Serius - Airbow : Senapang Menembak Anak Panah Automatik (10 Gambar)


Silent Kill

Menggunakan busur ialah skill yang digalakkan dipelajari oleh Muslim oleh Saidina Umar Al Khattab. Skill memanah Long Bow juga diwajibkan dipelajari oleh kesemua lelaki England sebelum pergi ke gereja. Pada zaman dahulu panah ialah senjata strategik yang digunakan bagi mengucarkacirkan barisan musuh sebelum mereka diserang secara berdepan dengan petang. Kepentingan memanah di zaman moden sudah berkurangan kerana wujudnya pistol dan senapang. Tetapi ini tidak bermakna ia tidak lagi diperlukan. 

Airbow ialah senapang yang menembak anak panah secara automatik seperti menembak pistol. Panah ditembak keluar menggunakan tekanan udara dan ia akan memecut pada kelajuan 450 kaki sesaat bersamaan lebih dari 400 kilometer sejam. Saiznya lebih kecil dari sebuah busur tradisional dan boleh ditembak sebanyak 8 kali sebelum tangki udara perlu diisi semula. Setiap Airbow dijual pada harga USD 849 (RM 3504) sebuah.




Saturday, 19 September 2015

Serius - 12 Cara Mengangkat Kargo Paling Like A Boss


Extreme!

Kadang kala anda terpaksa menggunakan kenderaan yang ada untuk angkut barang kerana anda tidak ada lori. Oleh itu jika ini berlaku kepada anda, teknik yang digunakan di bawah mungkin boleh menjadi sumber inspirasi!



Friday, 7 August 2015

Serius - Jangan Tercabar : Wanita Hijabi Ini Lebih SADO Daripada Anda (4 Gambar)


My Body Is Ready

Siapa bilang gadis hijabi tidak boleh sado? Wanita hijabi membuktikan berhijab bukan penghalang untuk kelihatan seperti She Hulk ataupun Wonder Woman. Kami kini terasa insecure. 



Wednesday, 24 June 2015

Serius - Xiaoyun Yang Menyelamatkan Ratusan Anjing Dari Menjadi Santapan Festival Yulin (12 Gambart


Hero

Xiaoyun Yang (65) ialah wirawati yang menyelamatkan ratusan anjing setiap tahun sebelum ia menjadi santapan ketika festival tahunan Yulin. Kepada yang kurang pasti festival Yulin ialah festival memakan anjing secara besar-besaran di China. Dianggarkan 10 000 anjing akan dibubuh dan dimakan sepanjang festival berlangsung. Teknik membunuh anjing dengan merebusnya secara hidup-hidup menjadi bantahan aktivis pencinta haiwan di China dan seluruh dunia. 

Xiaoyun Yang yang dahulunya bekerja sebagai seorang guru bekerja dengan badan NGO China yang menyelamatkan anjing dari menjadi lauk kenduri. Anjing yang diselamatkan kemudian dijaga oleh beliau di pusat menyelamatkan haiwan di Tianjin. Wanita ini menghabiskan banyak wang beliau sendiri bagi memastikan anjing tidak menjadi makanan. 

Ini mengingatkan kami kepada Arwah Pak Mie dan Pak Mie Shelter beliau yang dipandang serong masyarakat. Alfatihah Pak Mie dan semoga Xioyun Yang turut akan menerima balasan yang baik dari yang maha esa atas usaha berperikemanusiaan beliau.



Monday, 22 June 2015

Serius - Kem Pelarian Zaatari : Tempat Tinggal Hampir 100 000 Pelarian Syria Sejak 2012 (19 Gambar)


Kasihan

Peperangan Saudara di Syria sudah berlanjutan sejak 2011. Lebih daripada 3 Juta warga Syria sudah melarikan diri sejak peperangan bermula. Kem Pelarian Zaatari seluas 3.3 kilometer persegi yang terletak di Jordan ini sudah dibuka sejak 2012. Kini ia menjadi bandar mini yang mempunyai segala kelengkapan sebuah banda sebenar. Kapasiti maksimum camp city ini sepatutnya 60 000 orang pelarian tetapi dianggarkan terdapat 83 000 pelarian yang menjadikannya tempat tinggal mereka. Sungguhpun ianya sebuah kem pelarian kini terdapat hospital, kedai runcit, dewan orang ramai, sekolah, sarang dadah dan rumah pelacuran di dalamnya. Just to show that life goes on even in wars. People will never change and to survive you got to do anything for sesuap nasi.



Wednesday, 17 June 2015

Serius - 11 Gambar Lambakan Kenderaan Yang Dimusnahkan Bagi Mengurangkan Pencermaran Udara Di China


Recycle

Tahap pencemaran udara di China sudah mencapai tahap lagenda. Kualiti udara sentiasa teruk sehingga bandaraya Beijing sering dilanda jerebu. Bagi mengurangkan pencemaran hampir 1 Juta kenderaan lama dimusnahkan. Ia terdiri daripada motosikal, kereta, bas dan juga kenderaan roda tiga. Kenderaan lama mengeluarkan asap pada kadar yang tinggi berbanding kenderaan baru. Oleh sebab itu banyak junkyard seluruh China kini dipenuhi kenderaan lama yang perlu dikitar semula. Nampak macam Wall-E edisi Asia.



Thursday, 4 June 2015

Serius - Cara Polis Menahan Mat Rempit Yang Berlumba Di Thailand (9 Gambar)


Finish Him!

Di Thailand mereka juga mempunyai masalah Mat Rempit yang berlumba secara haram di atas jalanraya. Nama panggilan bagi Mat Rempit di negara ini ialah Dek Waen manakala Bohsia pula ialah Sao Sakoy. Ini ialah gambar operasi besar-besaran yang dilakukan polis Thailand untuk menangkap Dek Waen di Bangkok Ahad lalu. Seramai 437 pelumba haram berjaya ditaham dan 272 motosikal disita. Selepas ditangkap suspek disuruh berlengging dan meniarap di atas jalan tar. Sangat extreme. Jika perkaran yang sama dilakukan di Malaysia apa pendapat anda? Melampau ataupun perlu bagi mengajar pelesit jalan raya di negara kita?



Monday, 1 June 2015

Serius - Jambatan Kaca Terpanjang Dunia Bakal Dibuka Di China (8 Gambar)


Gayat

Sekiranya anda gayat jambatan kaca terpanjang dunia yang akan dibuka di Ngarai Zhangjiajie, China harus anda jauhi. Jambatan sepanjang 396 meter ini akan dibuka tahun hadapan pada ketinggian 400 meter dari lantai ngarai. Walalupun diperbuat hampir sepenuhnya daripada kaca, ia mampu menampung 800 pejalan kaki secara serentak. Adakah anda berani? Kami akui kami tergolong di dalam kumpulan manusia yang cepat gayat. So this is a big NOPE for us. 



Thursday, 28 May 2015

Serius - 11 Logo Jenama Popular Diubah Bagi Memboikot Piala Dunia 2022


Bantah

Piala Dunia 2022 di Qatar adalah yang paling kontroversi setakat ini kerana terdapat banyak tuduhan rasuah. Semalam FIFA baru sahaja diserbu dan beberapa pegawai tertinggi ditangkap atas pembabitan di dalam skandal rasuah melibatkan USD 100 juta. Ramai yang membantah pemilihan Qatar sebagai tuan rumah kerana terdapat negara ini melanggar hak asasi manusia seperti menggunakan hamba moden dari India untuk membina Stadium. Logo-logo penaja korporat di bawah diubah suai bagi menunjukkan pencabulan hak asasi manusia di negara Qatar. Kreatif dan powerful. 



Wednesday, 27 May 2015

Serius Cool - Pagar Bra Lembah Cardrona Di New Zealand (13 Gambar)


Bra!

New Zealand mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Paling popular ialah lawatan ke set Lord of The Rings dan menaiki bot laju di atas sungai. Tetapi di Lembah Cardrona New Zealand tarikan pelancongannya adalah agak aneh. Terdapat pagar dengan ratusan bra tergantung sejak 1999. Pagar bra ini dipercayai mula wujud pada tahun 1999 dengan empat pasang bra. Bilangannya meningkat kepada 800 menjelang 2006. Jumlah bra tergantung naik dan turun kerana ada individu yang tidak diketahui identitinya akan memotong bra yang digantung. Kini pagar bra ini menjadi tarikan pelancong dan tempat meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara. Jika anda ke Cardrona New Zealand silalah mensedekahkan bra anda di pagar unik ini. 



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails