Melanggan Melalui Email PERCUMA

Jika anda tidak mahu ketinggalan post di blog ini, anda boleh melanggan terus ke mailbox email anda;

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label PPC. Show all posts
Showing posts with label PPC. Show all posts

Menunggu cek Manggaad

Friday, July 30, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 7 comments
Filed under: ,

Salam,

Entri saya berkaitan pada 20 Jun 2010

http://blalang.blogspot.com/2010/06/cari-duit-internet-dengan-mangga.html

Diam tak diam dah sebulan saya ber'manggaad'kan diri, mlm ni saya check balik Alhamdulillah dah RM123.50 dalam masa sebulan.

Photobucket

Proses pembayaran ialah dalam masa 1 atau 2 minggu dan manggaad ni update earning pada hari Isnin atau selasa.

Boleh tahan juga tapi saya ada sikit confuse dgn manggaad ni dan setakat ni saya belum bertanya kepada support mangga lagi.

Dari income yang saya dapat tu semuanya dari impression dan 0 dari klik. Macam tak percaya takde sorang pun klik iklan manggaad yang saya letak di blog tu.

Apa pun saya menunggu cek dari Manggaad kerana minimum pengeluaran saya ialah RM100 sahaja. Saya mmg jenis tak suka simpan lama-lama, dapat minimum mesti terus cash out.

Saya juga menunggu janji manggaad yang akan membayar dalam masa seminggu atau dua minggu tu.

Jadi kalau anda belum mencuba manggaad, boleh la add saya, dengan klik widget di bawah:



Berkenaan Nuffnang pula, saya masih setia juga dan masih ada blog yg saya
yang meletakkan iklan nuffnang.Target cukupkan RM10,000 dgn Nuffnang tahun ini.

Entri saya berkaitan Nuffnang boleh di lihat di :

http://blalang.blogspot.com/search/label/nuffnang



~blalang~
Cari duit internet - janji masyukkk!

Cari duit internet dengan mangga

Sunday, June 20, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under: ,

Salam,

Ini bukan majalah mangga dan tidak kena mengena dengan komik manga :)

Ramai blogger yang telah mencuba iklan Nuffnang, ramai yang dah berjaya tapi ramai juga yang belum mendapat sekeping cek pun dari Nuffnang. Saya telah dapat hampir RM10,000 dari Nuffnang. Apa rahsianya?

Rahsianya mudah saja: Trafik!

Lagi banyak trafik ke blog anda, banyak anda boleh cari duit internet dengan Nuffnang. Iklan nuffnang biasanya menarik jadi lebih ramai pengunjung blog anda, maka makin banyak kliklah anda akan dapat. Begitu juga dengan buffered earning, makin banyak hits blog anda makin banyak masyuk dari iklan buffer Nuffnang.

Ramai kata Nuffnang ni selow,hmm saya akui juga pasal susah nak keluar iklan Nuffnang ni. Sebabnya ialah beribu malah mungkin berpuluh ribu blogger yang memasang iklan Nuffnang ni.

Apabila pengiklan Nuffnang mengiklan produk mereka di Nuffnang, mereka akan setkan berapa banyak impression/view yang keluar. Makin banyak blog pasang nuffnang maka makin cepat habislah iklan tu. Tu yang kadang-kadang keluar tengah malam tapi 2-3 jam dah tak keluar lagi.

Sekarang blogger ramai yang pelan2 meninggalkan Nuffnang kerana nak dapat RM100 sebulan pun sakit, saya pun mencuba satu program PPC yang seakan Nuffnang ni iaitu ManggaAd dari website manggaonline.

Jika anda nak mencuba, boleh klik iklan di bawah terus ke manggad.




Berapa hebatnya manggaad ni saya belum pastikan lagi sebab ni program baru dan belum ada blogger yang pernah cashout lagi. Minimum pengeluaran manggad ialah RM100, bayaran melalui cek atau paypal.

Kata orang tak cuba tak tau, sebelum ini heboh kejap program Innity, mula dengarnya memang gempak tapi akhir-akhir ini dengarnya makin selow dan makin ramai blogger yang kembali kepada Nuffnang. Adakah manggad pun akan mengikut jejak Innity, sama-samalah kita cuba-try-test :). Agak-agak tak berbaloi, just remove jer script dia.


Salam PPC
~blalang~
Cari Duit Dengan Manggaad pulak..

Klik-klik dapat duit

Wednesday, April 14, 2010 www.tips-fb.com by Admin · 2 comments
Filed under: , ,

Salam,

Maaf lama tak update blog ni. Saya memang jarang update blog ni kerana sekarang sudah banyak blog cari duit internet berbahasa Melayu dari rakan-rakan IM yang lain. Apa pun keyword "cari duit internet' dalam google, blog ini masih mengekalkannya.

Klik-klik dapat duit, ingat tak tag ni yang dibuat oleh salah satu program yang gempak sampai iklan di media utama. Ternyata program yang cepat panas ni cepat juga sejuk.

Program sebenar pay per click (PPC) yang proper seperti google adsense,chitika dan sebuah program yang saya akan kongsikan di sini terus mendapat tempat untuk blogger cari duit internet.

Program PPC ni ialah pengunjung datang klik-klik baru dapat duit bukannya kita join program, lepas tu kita yang klik-klik lepas tu kita dapat duit. Memang ada website mat saleh yang klik-klik boleh dapat duit tapi imbuhannya ciput sangat tidak berbaloi dengan masa kita. Tapi masih tidak salah mencuba untuk cari duit internet, janji masyukkk.

Jika anda cari duit internet dengan google adsense, saya amat cadangkan anda mendapatkan produk jana wang adsense tulisan Nawar kerana pada saya produk ini adalah produk yang terbaik dikalangan ebook berbahasa Melayu.

Walau pun tulisannya dalam bahasa Melayu tetapi teknik yang digunakan adalah cukup antarabangsa. Cara menarik trafik yang berkualiti dari global ke blog kita dengan tujuan untuk mengharapkan pelawat klik-klik lubang duit kita.

Memang diakui produk "Jana Wang Adsense" adalah yang terbaik, sebab itu saya tidak bertangguh untuk membeli lesen RR dari Nawar kerana kualiti produk ini. Saya terpaksa menolak tawaran seorang IM yang otai yang lain kerana keyakinan saya kepada produk jana wang adsense ini.

Berkenaan dengan program lain yang saya ingin kongsikan ialah clicksor. Saya dah lama daftar, install dan tinggal di blog saya, semalam saya check dah boleh cash out. Pembayaran adalah melalaui paypal dengan minimum payout USD50.

Secara purata dengan pengunjung blog bawah 500 orang sehari , page impression sahaja kita boleh dapat sekurang-kurangnya USD1 sehari. Itu tak campur dengan earning jika ada klik-klik.

Oleh itu jika anda belum berjaya dengan klik-klik dapat duit dari google adsense saya syorkan anda mendapatkan produk Jana Wang Adsense :

==> http://www.blalang.com/janawangadsense/


Atau mencuba program clicksor.







Selamat mencuba jika belum cuba, tetapi kalau dah cuba diharap sama-sama kita dapat cari duit internet.

Salam.
~blalang~

Cari Duit Internet VS increment ciput hohoho

Bonus Raya Nuffnang

Friday, September 11, 2009 www.tips-fb.com by Admin · 6 comments
Filed under: , ,

Ramai juga blogger yang menghubungi saya bertanyakan pasal Nuffnang. Nuffnang ialah satu program pay per click tempatan yang menerima blog berbahasa Melayu untuk blogger Malaysia dan Singapura.

Ada juga yang tidak percaya boleh cari duit internet dengan Nuffnang.

Lihatlah anak bongsu saya Afif menjadi model sukarela bergambar dengan cek dari Nuffnang sebelum saya telankan cek tersebut dalam ATM Maybank Senai Utama petang tadi. Alhamdulillah rezeki Raya.





Semoga dengan gambar cek dari Nuffnang ini membakar semangat anda cari duit di internet dengan tanpa modal satu sen pun.


Salam Ramadhan
~blalang~
Cari duit internet dengan Nuffnang pun boleh..

Masyuk dari matched.co

Wednesday, September 24, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

e

Related post http://blalang.blogspot.com/2008/07/cari-duit-internet-di-blog.html

Hmm lambat sungguh nak masyuk dari matched.co ni dah bebeberapa bulan baru dapat payment.. setelah aku pun tak letak iklan matched ni kat blog.

Matched ni agak leceh sikit pasal nak matchkan kandungan blog kita dengan iklan advertiser dia. Saya submit 5 blog dan hanya diterima satu blog sahaja. Lagi satu pengiklan di matched.co ni kebanyakannya adalah company yang berurusniaga berlandaskan riba' seperti loan,credit dan sebagainya.

Success story - Nuffnang

Thursday, July 31, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 1 comments
Filed under:

Kepada nuffnanger jangan lupa cashkan earning anda hari ini kerana hari ini hari terakhir untuk kita tunaikan sebelum masuk bulan baru. Kalau kita cashkan hari ini, cek akan sampai ke mailbox kita, Insyallah pada bulan September nanti. Lain la kalau anda nak kumpul banyak-banyak sikit, tetapi nasihat saya program cari duit internet walau apa company sekalipun elakkan dari kumpul banyak-banyak, boleh cashout terus cashout. Mana tau esok lusa akaun kita disable. Kan tak pasal-pasal burn. Program duit online ni bukannya boleh kira kerana saya pernah terkena dahulu. Kononnya nak kumpul sampai $1000, last-last habuk pun takde apabila akaun di disable kan kerana kononnya melanggar TOS yang kita sendiri pasti bila kita langgar TOS. Kalau dah tiada rezekikan, nasi dah masuk mulut pun boleh tersembur keluar balik.

Untuk income saya pula, Alhamdulillah sejak setahun saya menyertai program cari duit internet Nuffnang, pada bulan Julai 2008 adalah pendapatan tertinggi yang saya pernah dapat iaitu RM906.82 . Sebelum ini yang paling tinggi ialah RM349.00. Alhamdulillah rezeki anak-anak. Saya terus cashout earning , kalau ada masyuk lebih-lebih sehingga tengah malam nanti boleh dibawa ke bulan hadapan.



Saya ingat lagi ,pada mula-mula Nuffnang dilancarkan, blogger-blogger Antarabangsa menyindir kepada blogger-blogger Malaysia dan Singapura kerana kononnya payment Nuffnang rendah sangat. Takde standard la konon.

Apa-apa pun saya mengucapkan terima kasih kepada Nuffnang. Malaysia Boleh!


Mari CARI DUIT INTERNET!

Nuffnang Kempen Happy Digi buat blogger happy

Monday, July 21, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 4 comments
Filed under:

Alhamdulillah, kempen happy O meter Digi di Program cari duit internet Nuffnang boleh membuat blogger tersenyum happy.

Kali ini kempen Nuffnang ni lain dari yang lain sikit. Kita boleh buat ayat pemanis kita untuk menarik pengunjung blog kita klik iklan tersebut. Jadi jangan lupa letak perkataan "klik di sini" semasa setup kempen happy Digi tu.

Lihatlah screenshot di bawah:




JOM CARI DUIT INTERNET!

Cari duit internet di blog

Friday, July 04, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Jika anda seorang blogger atau webmaster, selain dari adsense, nuffnang (local),bidvister dan sebagainya ada satu lagi peluang kita meletakkan iklan berbayar di blog kita iaitu matchedco.uk

Jika anda belum mendaftar, jom daftar sebagai publisher di SINI

Pembayaran melalui paypal. Apa yang kta perlu buat semasa pendaftaran ialah memasukkan URL blog/website kita, beri sedikit description dan maklumat-maklumat peribadi lain yang diperlukan.

Kemudian, mereka akan menghantar satu email pengaktifan, klik link pengaktifan yang diberi dan kemudian jangan lupa tambah lagi 4 blog/site lain untuk menjana wang internet anda.

Mereka akan review dahulu blog yang kita submit dan tunggu email dari diaorang untuk arahan selanjutnya.

Jom buat duit internet dengan...

Cari duit internet bersama Bidvister

Monday, June 16, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under: ,

Selain google adsense, bidvister juga adalah satu alternatif program pay per click. Kepada blogger yang pernah kena banned dengan google adsense, bidvister juga boleh beri peluang kita cari duit di internet.

Konsep iklan bidvister juga sama dengan google adsense, kita boleh adjust dia punya colour dan sebagainya dan saiz iklannya juga lebih kurang sama dengan google adsense.

Kelebihan iklan bidvister ini berbanding dengan google adsense ialah, ia boleh keluar di blog-blog berbahasa Melayu!

Setakat ini belum ramai penulis ebook Melayu yang menulis mengenai bidvister secara detail dan bagaimana ia bekerja dan bagaimana kita boleh cari duit internet dengan "bidvister".

Setakat ini hanya seorang sahaja yang telah melancarkan ebook mengenai [bidvister] iaitu saudara Anwar @ Yakuza yang telah mendedahkan rahsia cari duit internet dengan bidvister.

Anda boleh melawati laman promosi ebook saudara Anwar, dengan klik banner di bawah.



Kepada blogger yang berminat untuk menambah duit poket dengan income dari internet apa salahnya kita melabur sedikit untuk mendapat ilmu dan mengetahui rahsia cari duit internet bersama bidvister.

Pay Per Play

Wednesday, January 16, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 0 comments
Filed under: ,

Program cari duit internet yang terbaru

Sebelum ni program Pay Per Click , setiap orang klik kita akan mendapat bayaran seperti Adsense, Nuffnang,Grabmyads, nufflets dan sebagainya.

Yang terbaru masih hangat lagi ialah program pay per play. Caranya ialah kita letak script kat blog/site kita kalau diaorang run program video/audio. Dan akan bayar setiap program yang diaorang main kan.Bayar melalui check atau paypal. Minima pengeluaran $25.Dibayar bukan dikira klik. Juga tidak dikira peratus pelawat blog kita.

Masih diperingkat beta lagi

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi. Sila lawati website dia:

http://www.sellingp.com/

Salam hormat,
~blalang~

Advertlets VS Nuffnang

Tuesday, January 01, 2008 www.tips-fb.com by Admin · 3 comments
Filed under:

Nuffnang dan Advertlets adalah satu program pay perklik yang anda boleh letakkan di blog anda yang beroperasi di Malaysia untuk blogger tempatan dalam cari duit di internet.

Walaupun bayaran mereka tidak semahal google adsense tetapi lepaslah untuk bil streamyx anda.

Untuk newbie, di sini saya sertakan pengalaman saya bersama Advertlets dan Nuffnang.

Walau pun CEO Advertlets, saudara Josh Lim menafikan sekeras-kerasnya mereka adalah SCAM dan mengatakan mampu membuktikan para blogger yang salah mengklik sendiri iklan mereka serta berjanji akan membayar pendapatan yang diperolehi tetapi sehingga kini saya masih belum mendapat sesen pun dari mereka. Sedihnya.

Walau bagaimana pun ramai juga blogger yang mendapat cek dari Advertlets tetapi yang lebih ramai ialah blogger yang mengadu mereka tidak mendapat bayaran dan telah buang iklan Advertlets di blog mereka.

Entahlah samada terdapat fraud click atau terklik sendiri, saya pun tak pasti walau macamana pun saya masih mencuba lagi sebulan untuk mengumpulkan RM100 (minima cashout) dan lihat adakah Josh Lim akan membayar kepada saya. Jika tidak memang sahlah mereka SCAM kerana saya akan pastikan saya atau sesiapa pun yang menggunakan laptop saya ni tidak klik iklan mereka.

Tak pastilah Advertlets menilai fraud click dari IP address atau pun MAC Address untuk memastikan fraud click. Kalau dari IP adress sebenarnya adalah tidak masuk akal kerana jika menggunakan streamyx PPOE ,IP sentiasa berubah dan jika dikesan dari IP pejabat mesti nombor IP di hadapannya adalah sama, lebih-lebih lagi di pejabat saya yang mempunyai lebih 50 host PC.



Manakala Nuffnang, walaupun ada blogger yang mempertikaikan cara earningnya masih tetap bergaya dan menghantar cek ke pintu rumah saya setiap awal bulan. Terima kasih Nuffnang!



Walau macamana pun jika advertlets adalah SCAM masih ada lagi program Pay Perclick lain seperti Nufflet, boleh diletakkan di blog anda.