Kini Apollo XVII selamat kembali, kami ingin mengatakan betapa bangga kita telah dikaitkan dengan NASA di seluruh misi ruang angkasa. Now that Apollo XVII is safely back, we would like to say how proud we are to have been associated with NASA throughout the space missions.
'A morsel of genuine history is a thing so rare as to be always valuable' - Thomas Jefferson
Showing posts with label Watches. Show all posts
Showing posts with label Watches. Show all posts
Monday, 18 April 2011
Tuesday, 12 April 2011
Jam Omega
Levy Hermanos adalah pengedar untuk berlian, batu permata, mutiara, jam tangan, kronometer, 'repeaters', barangan perak, barangan beraneka ragam, jam dinding, gramafon dan barangan optik. Mereka juga adalah pengimport untuk jam tangan terkenal jenama 'Omega'. Omega membuka cawangan di Singapura/Malaya sekitar bulan May 1904. Pada masa itu cawangan Singapura terletak di Bras Basah Road, No. 93 (Bangunan Raffles Hotel yang bertentangan dengan kolej). Selain jenama Omega, Messrs. Levy Hermanos juga pengimport filem pertama di Singapura pada tahun 1904. Tentulah sukar untuk mencari atau memiliki jam Omega yang begitu 'rare'! :)
Iklan Omega tahun 1904
Präzisions Uhren Manufaktur (Precision Watchmaker)
Gambar dari http://www.omegawatches.com/spirit/hall-of-fame/advertisement
Friday, 24 September 2010
Vietnam military surplus Part 2
Selamat berhujung minggu sambil mencuci mata. Rasanya saya membawa 'market' ini ke rumah anda :)

Jam dan pemetik api






Helmet







Labels:
Adventure,
Smoking Accessories,
Vietnam,
Watches
Tuesday, 10 August 2010
Sincere Cheaper Watches

Star 'Automatic' 17 Jewels Swiss Incabloc awal 1970an
Jenama ini terkenal dengan rekaan 'grandfather clock'.

Ricoh 'Automatic' 21 Jewels
Jenama Ricoh diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1967 dan pengedar tunggal di Malaysia pada masa itu ialah syarikat Kian Gwan (M) Ltd.


Ricoh Dynamic Wide 'Automatic' Waterproof 21 Jewels

Seiko 5 'Automatic' 21 Jewels awal 1980an
Sincere Cheap Watches
Kalau anda berkunjung ke Suria KLCC, anda akan menjumpai sebuah kedai mewah yang bernama Sincere Fine Watches. Kedai ini biasanya mempunyai 'security' dan anda akan disambut dengan senyuman lebar jika kelihatan 'sincerely potential' :) Saya pernah melawat kedai ini dengan memakai jam murah, tidak dinafikan potensi saya agak 'sincerely' kurang waktu itu, hehehe.
Agaknya mungkin gaji purata kenalah RM10,000.00 ke atas, barulah boleh melabur :) Tapi kalau rajin menyimpan dan berjimat, InsyaAllah gaji tak sebanyak itu pun anda mampu berbelanja di kedai tersebut, betul tak? Walaupun rakan anda memakai jenama Jaeger-LeCoultre dan anda hanya memakai Casio, jam anda tetap berbakti dan membantu anda menepati masa sama seperti mereka.









Agaknya mungkin gaji purata kenalah RM10,000.00 ke atas, barulah boleh melabur :) Tapi kalau rajin menyimpan dan berjimat, InsyaAllah gaji tak sebanyak itu pun anda mampu berbelanja di kedai tersebut, betul tak? Walaupun rakan anda memakai jenama Jaeger-LeCoultre dan anda hanya memakai Casio, jam anda tetap berbakti dan membantu anda menepati masa sama seperti mereka.



Tag Heuer '2000 professional' 'boy size'
Bilik pameran dan pusat servis jenama Tag Heuer yang terawal (lewat 1980an) di Malaysia terletak di Plaza Yow Chuan, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.


Enicar Ultrasonic lewat 1960an - awal 1970an
Jam jenama Enicar (lewat 50an) di Malaya/Singapura diedarkan oleh Enicar Watch Co. yang beralamat di 8-G, Asia Insurance Building, Singapore. Pada hari ini bangunan Asia Insurance Building dikenali sebagai Ascott Raffles Place. Saya masih dan sedang mencari model Enicar Ultrasonic Sherpas (1957).

Asia Insurance Building sekitar 1959

Favre Leuba Sea King 'manual wind' sekitar lewat 1950an
Pengedar jam jenama Favre Leuba (awal 50an) di Malaya/Singapura beralamat di 18F, Battery Road, Singapore.


Battery Road sekitar 1969


Henri Sandoz & fils (son) 17 Jewels Incabloc
Mr. Charles Sandoz, Pengurus Jualan dan juga cicit kepada Henri Sandoz pernah melawat Singapura pada tahun 1955. C. Sandoz bercadang untuk membawa 30 model terbaru ke Malaya termasuklah jenis 'chronometer'. Sebelum itu jenama ini telah memperkenalkan sebanyak 100 model jam tangan di Malaya yang tebalnya tidak melebihi 7mm.
Wednesday, 28 July 2010
Enjoy Coca-Cola Trade Mark Regd Quartz Watch
Saya gembira bila jam ini masih boleh berfungsi dengan sempurna selepas diganti bateri. Bagi saya tiada gunanya menyimpan jam yang tidak berfungsi. Mengikut pendapat seorang rakan 'watch collector', jam Enjoy Coca-Cola Trade Mark Regd ini digunakan pada tahun 1990an. Di bahagian belakang jam ditulis 'Advertising Authorisation by the Coca-Cola Company' selain dari 'Stainless Steel Back' dan 'Base Metal Bezel'.
Monday, 5 July 2010
A priceless Citizen Automatic
Mengikut pendapat seorang 'collector' jam tangan dan juga sahabat saya, nilai pasaran bagi model jam Citizen Automatic ini tidaklah seberapa mahal kalau dibandingkan dengan model lain. Jika kita perhatikan secara dekat, terdapat tulisan 'Presented by Tunku A Rahman' pada rantai jam ini. Mungkin jam seperti ini dihadiahkan kepada seseorang yang tertentu sebagai cenderahati peribadi oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Hajj, saya pun kurang pasti. Dengan adanya 'engraving' tersebut, nampaknya jam ini tidaklah semurah yang disangka, itu pun kalau ada yang ingin menjualnya.
PRESENTED BY TUNKU A RAHMAN
Subscribe to:
Comments (Atom)







