Showing posts with label Milo. Show all posts
Showing posts with label Milo. Show all posts

Thursday, 24 June 2010

MILO® Glass 1984

MILO ialah minuman kegemaran saya sejak kecil. Semasa bergelar pelajar kolej, MILO boleh menjadi pengalas perut di masa kemelesetan 'budget'. Gelas ini saya perolehi semasa men'jember' baru-baru ini, kadang-kadang men'jember' tidak semestinya jumpa botol 'emboss' atau papan iklan 'enamel'.

Pada tahun 1984 Malaysia menghantar 21 orang atlit ke Los Angeles bagi menyertai '1984 Summer Olympics' atau secara rasminya 'Games of the XXIII Olympiad'. Menteri Belia dan Sukan pada masa itu ialah Y.B. Encik Anwar bin Ibrahim yang baru berusia 37 tahun. Seperti tema MILO pada gelas ini iaitu 'Menghayati Semangat Kesukanan', penghayatan semangat kesukanan mesti ada walaupun Malaysia tidak berjaya memungut sebarang pingat pun! Serupalah dengan men'jember', kita harus menghayati semangat ini walaupun hanya mendapat sebiji gelas MILO :)


Saturday, 13 March 2010

Malaysian (1970's to 1980's) TV Commercials

  1. Drive (Eats Dirt & Stains)
  2. Milo
  3. Bulldog Bottled Guinness
  4. Shell (Supershell PowerFull With Platformate)
  5. Coca-Cola (Tentulah Coca-Cola!)
Coca-Cola terkenal dengan slogan pengiklanan sejak 1886. Iklan Coca-Cola ini disiarkan di kaca televisyen Malaysia pada tahun 1982 hingga 1984 dengan slogan 'Coke is it!'.