Showing posts with label HARDtalk. Show all posts
Showing posts with label HARDtalk. Show all posts

Wednesday, 29 December 2010

Warkah untuk kekanda

Ka-hadapan buat kakanda yang saya hormati, izinkan-lah saya man-jelaskan sa-galanya kepada 'kamu' sa-belum tahun baru 2011 ini dan mungkin juga ada yang ingin tahu :) Berkenaan botol pecah tu saya tak kisahlah botol Abang ke botol siapa, yang penting saya beli secara sah dari Bro ****. Saya tak tau pun botol tu Abang punya sebab 'brother seller' tu tak cakap apa, 'well I can’t blame him', dia pun carik makan. Kalau Abang nakkan 'credit' saya boleh kasi, cakap jer. Besaaarrr nama Abang saya letak nanti, setau saya kalau saya dah beli, itu dah jadi hakmilik saya, suka hatilah saya nak tulis apa. Kalau rasa panjang lebar, pandai sangat atau 'boring' penulisan saya janganlah baca, 'move on'! Berpuluh lagi blog lain yang Abang boleh tenyeh. Kalau saya nak cakap, dalam blog Abang pun ada barang saya tapi takkan saya nak terhegeh-hegeh macam Abang :)

Ini cerita lama tapi dulu Abang pernah cakap saya dengki? Dengki apa tu Bang? Hehe, oi bangunlah wei!!! Kalau ikutkan, semua collector dengki dengan Abang, tak logik la, betul tak? Kadang-kadang saya rasa Abang tak baca balik apa yang Abang sendiri tulis :) Saya masuk blog Abang bukan maknanya saya kena anti terus macam Abang, kalau saya dengki, blog Abang takkan terpampang di list blog saya dari mula sampailah ke hari ni. Dulu saya bangga Abanglah diantara follower saya yang terawal, lepas tu tiba-tiba hilang macam Abang sendiri :) 'Honestly, I have the highest respect for your collection but not necessary for the person', 'so' janganlah perasan dan gah bila saya masuk blog 'kamu'. Gila talak apa semua, mengarutlah tu! Itu bahasa Abang jer tu, itu bukan orang laki bini jer pakai ke? Bila saya kahwin dengan Abang? Kalau nak sambung blog janganlah malu-malu, ini asyik nampak jer kepala lepas tu hilang, lepas tu muncul balik. Macam biskut Oreo’s pula :)


Ada blogger pinggan 'mangkok' ni yang SENANTIASA tak puas ati pun aku letakkan blog dia kat blog 'list' aku, yelah nak tolong 'member'lah katakan, PREE jer aku letak, tak mintak satu sen tapi siap kena seranah, kononnyalah dia dah menang, hehe. Yelah, DIA PUN TAK SURUH AKU LETAK. Agaknya itulah bayaran yang setimpal, sampai sekarang aku pun tak tau apa yang dia sunguh-sungguh tak berapa suka sangat dengan aku, aku tak kacau dia pun :) Kalau jumpa ok jer. Agaknya aku tak beli barang dia kot? Rasanya dia ni pun jenis kes yang tak baca balik apa yang dia sendiri tulis. Suruh orang belajar dan tahu pulak siapa yang celik mata, "ngkau" siapa bai terror sangat? Bawak bertenanglah sikit :)

Silap haribulan tanah yang aku penat gali pun kena mengaku belakang rumah diaorang jugak, macam ni aku kenalah gali kat obersea! :) Nak beli atau 'trade' barang sekarang pun takut, musykil jadi barang dia!!! Silap haribulan macam nak beli ikan koi pulak, ini dari ‘farm’ mana, ini kolam mana punya? Memandai jer cakap tak bernilailah, mahallah, barang aku tak perlulah kau nak nilai-nilai, jaga periuk nasik pinggan mangkok hang sendiri sudahlah. Untuk pengetahuan anda, apa yang anda tulis telah menjadi bahan lawak seantario 'collector' tanahair, buat-buatlah renung balik apa yang anda tulis tu, mungkin 'kebahlolan' yang anda katakan itu sebenarnya anda sendiri. Kasihan saya tengok, saya rasa perasaan rendah diri "kamu" tu harus dikikis. Nak tembak aku? Cubalah tembak pakai pistol kontot hang tu :) Untuk Abang pula, bila nak sambung berbelogging balik? :)

Tuesday, 14 December 2010

Welcome to Fantasy Island

Masihkah anda ingat siri tv 'Fantasy Island' yang ditayangnya sekitar awal 1980an? Mungkin ada yang ingat-ingat lupa, sebenarnya saya sendiri tidak berapa ingat cerita ini tetapi saya ingat bila si Tattoo menjerit "The plane! The plane!" dan bila Mr. Roarke berkata, "Welcome to Fantasy Island!".

Tanpa diduga, rancangan ini mengingatkan saya tentang dua orang hero yang wujud di alam serupa fantasy island ini :) Rancangan ini berkisar tentang pengunjung yang datang ke pulau fantasi tersebut, kadang-kadang terasa sayalah diantara pengunjung pulau misteri itu, pelik betul, anda pula bagaimana? Biasanya 'host' pulau itu iaitu Mr. Roarke akan cuba mengajar pengunjung tentang erti kehidupan dan banyak pengajaran yang dilalui semasa mendiami pulau tersebut. Si kerdil Tattoo pula ialah pembantu kepada Mr. Roarke, kerja utama beliau ialah berlari ke menara loceng dan menjerit "The plane! The plane", kecoh memberitahu kedatangan para tetamu. Jangan tergelak dahulu, biarlah saya menghabiskan penceritaan, 'kamu' seriouslah sedikit :)

Ya, berbalik kepada kisah di pulau fantasi ini, saya membayangkan sayalah diantara pengunjung pulau tersebut. Pengalaman saya pula mungkin berlainan dengan pengunjung lain, fantasy islandlah katakan. Mula-mula kononnya nak berkongsi ilmu tapi kebanyakan yang saya nampak hanyalah untuk menunjuk-nunjuk apa yang ada di pulau itu. Orang kampung saya cakap "taik paw" lebih! Yang tak berapa seronoknya saya yang diseranah balik dan diserang secara 'personal' kerana memasuki pulau itu, saya dituduh tunjuk pandai :) Kesimpulan bila kita keluar dari pulau itu, apa yang kita dapat hanyalah fantasi semata-mata. Fantasinya ialah bila saya dikaburi oleh cerita tokok tambah yang tidak masuk akal dan cerita yang dibuat-buat. Tanpa kita sedari fantasi itu hanyalah rekaan mereka sahaja yang kononnya macam bagus, kebanyakannya bertujuan untuk kepentingan diri sendiri semata-mata. Ada orang adalah dia, "welkam to Fantasy Island!" :)

Fantasy Island TV intro (1978)

Monday, 13 December 2010

Itu Kamu

Kumpulan Estranged mula-mulanya tertumpu kepada mendendangkan muzik 'hard rock' yang banyak membayangkan perasaan marah, namun selepas pengalaman Richael (Rich) di AF4, barulah kumpulan ini beralih ke muzik pop-rock beremosi ceria melalui single 'Itu Kamu' yang dinobatkan sebagai Lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu 2007. Kamu sudah dengar lagu ni? :)

Rythm Guitars: Din Hormatov, Lead Guitars: Not Hanafi, Drums: Azwin Andy, Vocals: Rich

Dilema Amcorp Mall

'Flea market' di Amcorp Mall masih beroperasi sejak 1998 dan rasanya saya menjadi pengunjung setia Amcorp sekitar awal 2001. Harga botol emboss pula tersangatlah murah pada masa itu, kalau bawa RM50, mungkin boleh balik dengan dua biji botol :) Masa tu pun 'complain' mahal bila botol cecah RM30. Biasanya saya beli dan 'trade' botol dari Thien, malangnya beliau telah pun meninggal dunia beberapa tahun lepas. Kebanyakan botol yang dibawa mendiang Thien boleh pengsan dibuatnya. Tidak lupa juga kadang-kadang dapat botol ehsan dan 'trade' dengan Megat Shazrin.

Saya biasa melepak di kedai Megat (Putri Antiques) di Shah Alam sebab pejabat pun dekat, banyak yang saya belajar darinya dan rakan Mohd Iruadee. Kalaulah anda berpeluang mengunjungi kedai Megat waktu tu, tidaklah keterlaluan kalau saya katakan seperti museum, botol tak payah cakaplah, sayangnya tiada digital camera. Koleksi Mohd Iruadee pun boleh tahan dasyatnya. Blog pun belum wujud lagi, kedai Megatlah dijadikan 'reference'. Ada juga collector lain yang saya cuma dengar nama sahaja. Masa tu 'frightrice' hanyalah nama kumpulan 'punk rock' yang saya tubuhkan pertengahan 1990an di kolej :)

Saya ingat lagi, bermacam barangan 'rare' yang ada di Amcorp, masa itu tidaklah boleh dikatakan 'rare' kerana barang yang sama boleh jumpa setiap minggu :) Sekarang jangan haraplah ada lagi :) Papan iklan pun hanya beratus harganya. Dulu saya collect barangan 'military' seperti 'helmet' WWII, oleh kerana susah nak dapat, lama-kelamaan hobi ini agak menyepi :) Kadang-kadang saya masih suka dengan barangan 'military', mungkin ada masanya saya postkan koleksi 'military' yang ada tapi tidaklah banyak. Orang cakap berpenunggu, alhamdulillah hingga sekarang tiada sebarang kejadian mistik yang dialami.

Hari ni saya masih melihat muka-muka lama di Amcorp termasuklah saya sendiri, kebanyakannya muka-muka baru. Ada kalanya terasa mereka melihat saya yang baru walhal dulu tak pernah nampak pun :) Pernah sekali tu saya ingin membuka meja dan bertanyalah kepada salah seorang peniaga di mana nak tengok no. meja? Dia terus melenting, dengan broken englishnya berkata, " This my table!". Amboi, aku tanye jer bukan nak ambik meja dia, masa tu dia pakai baju logo Captain America, lagilah geram aku tengok. Semacam target yang boleh ditembak tepat! :) Kalau beginilah cara berniaga siapa yang berani beli barang darinya?

Pagi itu saya datang awal, carilah no. meja. Nak cari no. meja mengingatkan semasa sekolah rendah, cari nama kelas mana nak masuk di papan peringatan. Tak sangka hingga ke hari ini masih dipraktikkan di Amcorp. Saya cadangkan agar menggunakan khidmat SMS, tak mahal rasanya SMS dan lebih efektif rasanya di zaman yang serba moden ini. Berapa sen sangatlah satu SMS bagi setiap bayaran yang diterima. Memang malang sedikit pada hari itu kerana nama saya pun tiada dalam notis :) Berkali-kali telefon pihak pengurusan dan akhirnya dapat juga. Yang menariknya dia baru lepas sarapan dan saya disuruh melihat senarai sekali lagi, kononnya saya tak tengok betul-betul. Saya cakap, "I'm in front of the list, you are not and right now my name is not in the list?". Sebenarnya nama saya memang tiada dalam senarai tetapi disalah letak nama orang lain. Akhirnya saya berjaya juga menjumpai meja atas nama orang lain, terima kasih!

Baru-baru ini saya terdengar keluhan dari rakan-rakan peniaga dan collector. Walaupun kurang pasti 'detail' masaalah mereka tetapi rasanya pihak Amcorp haruslah peka dan sensitif terhadap keluhan mereka. Merujuk kepada website Amcorp 'the main attractions in Amcorp is the weekly flea market selling various items from arts and crafts to collectibles, as well as second-hand items and clothes'. Di sini bolehlah kita katakan tarikan utama Amcorp Mall terletak pada 'flea market'nya, saya percaya mereka tentulah lebih bijak menangani sebarang masaalah bagi menjaga prestasi yang sedia ada. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Semasa zaman punk rawk dulu, boleh katakan setiap minggu Atria menjadi tumpuan band underground tapi sekarang saya hanya ke sana untuk beli buku atau majalah, tiada lagi gig seperti dulu. Kalau boleh, saya tak maulah lepas ni terpaksa pula berkunjung ke mall lain untuk bertemu dengan geng-geng collector. Leceh!

Saturday, 11 December 2010

Mana racket saya?

Terus terang saya katakan sebenarnya saya tidaklah berapa minat nak me"nyemash" dan mencari kesalahan orang lain. Mereka ini biasanya pakar bermain badminton, pandai mencari ruang kelemahan, pandai mengumpan dan pantang diberi bola tanggung, 'Smash'! 'Smash'! dan "Semash"! Tak bagi peluang langsung orang lain yang baru nak belajar main. Asyik-asyik dia "jer" hero Tamil walhal semua orang tau dan terbukti dia ni jaguh kampung! Pemain yang tengah minum air pun di'smash' luar gelanggang, kesian saya tengok, lepas tu bersorak-sorak macam kerbau baru dapat bini. Hai, siapa berani tegur, kerbaulah katakan, mendengus-dengus, tak pasal-pasal penonton pun kena tanduk.

Saya yang berselipar jepun dan tidak bermain pun di'smash' juga tapi yang peliknya 'smash' 'out' pun bersorak! Tak boleh ke main badminton elok-elok? Macam nak rak dibuatnya, saya pun tak faham :) Nampaknya saya kena cari kasut badminton saya, entah mana racket saya letak. Saya kena cari juga!!! Walaupun saya bukan jaguh kampung, pernahlah saya main untuk wakil kelas sekolah menengah. 'Service over' kan? Baiklah!

Wednesday, 1 December 2010

Bermain puput

Amboi, angin sepoi-sepoi bahasa pun ada. Mengikut Dewan Bahasa dan Pustaka ianya berupa angin yang bertiup perlahan-lahan, lemah lembut, dan silir-semilir :)

# "Bro, takkan nak jual barang pun nak sindir? Kalau inilah yang diperlukan untuk jual hang punya barang terpulanglah, aku tak ambik ati pun :) Aku nak sindir balik nanti hang buat bisnes 'full time', malaslah. Apa-apa pun cantik codd tu, ada 'discount' ke? 'Booking' bole?"

Monday, 29 November 2010

Berbunyi!

Hari ini saya hanya ingin menulis, "et tu diaaa" :)

Wednesday, 18 August 2010

The Sore Loser

Pada pandangan saya, bahasa memainkan peranan yang penting dalam penghasilan blog supaya pembaca tidak kira siapa dapat memahami apa yang kita cuba sampaikan. Pembaca di sini termasuklah orang yang tidak kita kenali, rakan kita, jiran kita, dan termasuklah juga keluarga kita. Jadi kalau malu dikentut, kenapa tak malu bila berkentut? Kadang-kadang apa yang ditulis boleh mencerminkan peribadi seseorang tetapi lain pula yang bersikap ‘pegi jahanam’! Sedap ‘jer’ melepas tetapi bila orang lain melepas dia melenting tak nak kalah walhal dia yang melepas dulu dan mati-mati tidak mengaku! Orang yang tidak terlibat pun turut memekup hidung kerana busuk yang melampaui batas. Kasihan…

Sedikit sebanyak blog saya ini ada berkaitan dengan sejarah jadi wajarlah sejarah dimuatkan dengan gambar-gambar bodoh. Oh ya! Pada posting yang lepas saya ada menulis berkenaan bodoh, jadi tak perlulah saya menerangkannya lagi. Saya cuba membuat kelainan dalam blog saya dari segi konsep, berjaya atau tidak terpulanglah kepada anda, hehe. Kalaulah semua rakan-rakan bloggers menghasilkan konsep yang serupa, tentu agak membosankan. Cuba bayangkan seluruh pasar Ramadhan menjual karipap kentang? Kalau buat pertandingan pun siapa agaknya yang menang? Bagi saya blog ini bukan suatu pentas untuk bermegah-megah dengan koleksi yang ada tetapi malangnya...

Koleksi saya tidaklah sehebat mana tetapi saya bersyukur dan saya gembira dengan apa yang ada. Tak perlulah saya bertanding dengan sesiapa pun. Wahai hero tersohor, tak perlulah kasihan dengan kami malah kami lebih kasihan dengan perangai kamu yang teramatlah kelakar. Siapa yang sebenarnya dengki? Setakat gambar bodoh ni pun boleh dibangkitkan, kamu ‘save’lah dalam desktop buatlah wallpaper. Nah! Kamu pun ada juga gambar-gambar bodoh tahun 70an ini. ‘Hambik’lah semua! Kalau ada peluang akan saya postkan gambar-gambar lain khas untuk anda.

Minta maaf kalau saya seperti mengganggu dan menyekat pembelajaran. Sebagai seorang yang benci tapi rindu saya juga pernah memujuk hero kita ini dengan ikhlas. Tentu anda tidak lupa dengan peristiwa penutupan blog yang amat dasyat itu, ini hanyalah kali kedua. Sedarlah penutupan blog ini hanyalah peluang untuk menuding jari ke atas saya dan rakan-rakan lain yang kononnya dengki dengan harta karun Gaban. Usahlah Melayu digunakan sebagai alasan.

Ramai kawan-kawan yang menasihati saya supaya mendiamkan diri dan jangan dilayan sebab Gaban ‘will never lose’. Tetapi biarlah saya jelaskan bahawa penulisan ini bukan untuk kemenangan atau ingin menjadi ‘hero’ :) Sebenarnya saya ‘sajer’ nak tengok Gaban (宇宙刑事ギャバン) beraksi, macam-macam 'gadget' yang dia ada termasuklah Laser Z Beam, Silver Beam. Laser Blade, Gavan Dynamic, Gavan Punch, Gavan Kick, Dimension Bomber dan bermacam lagi peralatan yang canggih. Ini tidak termasuk kenderaan lagi, tak terlawan oleh kita yang baru nak memasang langkah. Saya hanya mampu melarikan diri sambil ketawa. Dulu bangga rasanya berkawan dengan Gaban tetapi sekarang rasa kelakar pula, ayuh Gaban!

Monday, 16 August 2010

Mirror mirror on the wall, who is the fairest one of all

Beginilah bunyi petikan filem 'Snow White and the Seven Dwarfs', filem animasi 1937 yang dihasilkan oleh Walt Disney. Saya tidak mempunyai sebarang cermin ajaib, setakat cermin bilik mandi 'British India' untuk memberus gigi, ada baiknya saya berdiam diri dan terus memberus gigi.

Semalam saya berniaga di Amcorp Mall untuk pertama kali selepas 'Buy, Sell & Trade' fair tempoh hari. Terimaskasih kepada kawan-kawan yang sudi melawat saya di Tingkat 1. Agak menyeronokkan kerana dapat berdiri di belakang meja walaupun saya hanya rumah tumpangan pada hari itu (saya menumpang meja). Berbagai telatah dapat dilihat tetapi sebagai seorang penjual, 'customer is always right' :)

Di hari yang sama seorang sahabat menemui saya dan secara 'jokingly' mengatakan sayalah punca segalanya. Terfikir juga, kemungkinan orang lain akan mengatakan sayalah si penebang pokok. Mentang-mentanglah saya yang memegang kapak! Kalau setakat kapak kecil masakan pokok sebesar dan sekeras itu boleh tumbang. Mungkin ada yang tidak tahu kapak juga boleh digunakan untuk memotong kayu bagi memanaskan badan dan memberi keselesaan kepada semua, bukannya untuk menebang pokok semata-mata. Agaknya hanya si empunya 'chainsaw' yang mampu menebang pokok itu, tapi sayanglah pokok ditebang! Kalau boleh biarlah ia terus bertahan sampai ratusan tahun dan bermanfaat kepada semua.

Disebabkan 'posting' saya yang lepas, nampaknya ada yang mengamuk macam kerbau naik sheh kerana kononnya saya telah membuat perbandingan. 'In the first place, I'm not trying to compare anyone'. Sila buktikan dari penulisan saya ini, dimanakah saya membuat perbandingan dan lebih-lebih lagi dimanakah kebanggaan dan keriakan saya? "Baru-baru ini saya memasuki laman blog seorang blogger tempatan dan mendapati ramai rupanya soda pop 'collector' di Malaysia yang tidak kurang hebatnya! Adakah ini bermakna ada ramai lagi 'collector' yang hebat dan mungkin juga terhebat di luar sana? Saya ingatkan 'Space Cop Gaban' sahaja yang hebat :)" Janganlah disebabkan posting ini anda mengeluarkan naga Gaban anda, ada baiknya kuasa yang sehebat itu digunakan untuk kebaikan.

Tidak dinafikan saya seorang yang suka membuat perbandingan. Tetapi seeloknya kita elakkan perbandingan yang bertujuan untuk melagakan sesama kita. Maksud saya di sini ialah perbandingan yang membangkitkan permusuhan dan hasad dengki yang mungkin tidak disengajakan. Tidak salah rasanya kita membandingkan sesuatu. Misalannya saya suka membandingkan kereta Naza Forte dengan Honda City kerana kuasanya lebih kurang sama tetapi agak tidak munasabah kalau kita membandingkan kedua-dua kereta ini dengan Mercedes-Benz SLS :) 'The legendary' Bruce Lee ada mengatakan talipinggang hitam akan hanya menamatkan ilmu kita setakat itu sedangkan ilmu akan senantiasa bercambah, tidak akan tamat dan tiada penghujungnya.

Sunday, 8 August 2010

So, now you're a badminton player?

Tahniah kepada En Mat, bagi saya beliau telah berjaya menganjurkan 'Buy, Sell & Trade' fair ini secara 'professional', saya cukup berpuas hati. Saya juga nampak kerjasama yang amat positif ditunjukkan oleh semua 'collector'.

Semasa termengah-mengah menolak 'trolley', ada juga rakan-rakan menceritakan perihal saya di'smash' bulu tangkis, tak apalah, baru bulu tangkis :) Tapi sayang kalau 'smash' masuk tak apa, ini keluar! "Out!!!" kata 'umpire'. Bersoraklah para penonton di stadium, maklumlah saya ni bukan pandai sangat main badminton. Kalah pun tak apalah.

Teringat saya dengan lagu 'Hijau' dari Zainal Abidin. Kalau tak salah begini bunyinya, "Apalah gunanya kematangan fikiran, bila di jiwa kita masih lagi muda dan mentah, ku lihat hijau...".

Friday, 6 August 2010

Tak sangka...

Baru-baru ini saya memasuki laman blog seorang blogger tempatan dan mendapati ramai rupanya soda pop 'collector' di Malaysia yang tidak kurang hebatnya! Adakah ini bermakna ada ramai lagi 'collector' yang hebat dan mungkin juga terhebat di luar sana? Saya ingatkan 'Space Cop Gaban' sahaja yang hebat :) Sekian, laporan ringkas dari saya buat hari ini.

Monday, 2 August 2010

So, you think you're a politician?

Walaupun 'subject' SEJARAH dalam peperiksaan SPM tidak mendapat sebarang 'credit', saya suka dengan sejarah. Tidak dinafikan faktor tersebut berpunca dari hobi ini tetapi tidaklah bermakna saya seorang pakar sejarah :) Kalau saya pakar sejarah sudah tentulah saya mempunyai ijazah atau kedoktoran dalam bidang ini. Mustahil anda seorang pemandu F1 tetapi tidak minat dengan kereta berkuasa tinggi atau ganjil sangatlah kalau anda seorang ahli politik tetapi tidak minat membantu rakyat tetapi ada juga ahli politik yang buat-buat minat nak tolong orang tapi sebenarnya mereka ada tujuan lain. Tak beranilah saya menggunakan perkataan bodoh sebab bodoh ini subjektif, kalau kita menuduh seseorang itu bodoh, orang lain atau majoriti mungkin menganggap kita yang sebenarnya bodoh. Bukannya ada mahkamah yang boleh putuskan siapa yang bodoh? Lainlah kalau bodoh sombong, golongan istimewa ini akan senantiasa betul :)

Mungkin juga pendapat saya ini bodoh kerana saya beranggapan kita semua, khususnya para 'collector' memiliki kelebihan masing-masing dari segi keupayaan dan barangan. Kalau kita mampu melihat kelemahan kita sendiri, masa itulah orang akan melihat kelebihan kita. Kalau kita hanya dapat melihat kelebihan kita sahaja, masa itulah orang akan nampak kelemahan atau mungkin juga kebodohan diri kita.

'Maaf, saya tidak ada menyimpan gambar ahli politik tersebut'

Gambar hiasan 'fried rice' atau nasi goreng

Saturday, 29 May 2010

About fishing and going to the fish market

Pada hari ini saya ingin bercerita tentang hobi yang dah lama menyepi iaitu memancing di tepi pantai atau di jeti. Saya bukanlah seorang fishing hustler, ikan terbesar pernah ditangkap pun seberat 5kg, itupun saya tak ingat spesis apa. Kalau dibandingkan dengan senior atau otai lain memang jauh panggang dari api kerana ada yang pergi sampai ke tengah laut, ikan yang ditangkap pula jenis rare dan mahal, saya kagum dengan mereka. Kalaulah saya ni jenis yang tidak mudah mabuk laut :)

Berbalik kepada hobi ini, saya gemar memancing bila air pasang, pada masa inilah ikan biasanya naik, memancing pun kena ada strategi, bukan main redah jer siang malam. Strategi dan kemahiran pemancing berlainan dari segi individu, umpannya pula bermacam jenis dan mata kailnya pula lain-lain. Sudah tentu otai-otai ikan dan abang-abang kita dah tau benda basic macam ni, sepatutnya saya tak perlu cakap pun. Diantara ikan yang saya biasa tangkap ialah ikan sembilang, pari, senangin, dan ikan yang entah apa spesisnya. Buat masa ni saya belum pernah tangkap ikan yu lagi :) Kalau anda ke pasar, ikan senangin boleh tahan juga harganya sekilo. Kadang-kadang saya tertangkap berbagai ikan yang pelik, ikan yang tidak dijual di pasar pun ada.

Semasa di bangku sekolah geng memancing tidak seramai geng yang minat music, bola dan snooker. Sebut snooker jer ramai la yang terhegeh-hegeh nak join, ada yang tak dijemput pun menampakkan muka, bila memancing boleh la kira dua tiga kerat yang nak ikut. Persepsi biasa bagi yang bukan kaki pancing ialah bosan, membuang masa, apatah lagi yang sanggup pergi jauh untuk mencari kawasan pancing yang sesuai, bagi mereka ini membazir wang dan tenaga, lebih-lebih lagi yang membawa balik ikan kecil seekor dua. Mungkin pelik kenapa ada pemancing masih boleh tersenyum walaupun mendapat seekor ikan kecil, memang kelakar!!!

Ada sahabat yang menegur kenapa menyusahkan diri memancing, beli jer kat pasar, melambak ikan kat pasar tu, ikan bawal putih, ikan yu, udang galah pun ada! Mungkin ada kebenarannya tetapi secara ikhlas dan jujur, si pemancing bukannya tak mampu, tidaklah sampai sebakhil atau kedekut yang disangka tapi setakat pergi pasar beli ikan tenggiri apa thrill? Kadang -kadang lebih seronok tangkap sendiri walaupun hanya ikan kembong seekor. Tapi terpulanglah kepada individu dan selera masing-masing kerana kebanyakan dari kita dan termasuk saya sendiri pun pergi pasar, nak canggih lagi pergilah shopping di pasaraya. Ikan di pasar pula berlainan jenis, ada ikan mahal dan ikan murah, yang lebih penting sekali ianya ikan dan zatnya sama-sama kita perolehi. Thrill memancing begitu subjektif bagi setiap individu, pengalaman masing-masing pula tidak ternilai oleh wang ringgit.

Seperti yang saya sebutkan awal tadi saya bukanlah seorang pakar pancing, atau pun pakar beli ikan di pasar, nak cakap pasal ikan saya bukanlah orangnya, setakat memilih ikan sardine mana yang sedap dalam tin bolehlah tanya saya. Setiap orang ada minat masing-masing, siapalah saya untuk menilai mereka. Tapi orang putih cakap, no big deal, janji ikan.

Ikan yang saya tangkap di Tioman pada 30 Januari 2006. Ikan-ikan ini semuanya dijadikan lauk pelbagai masakan. Jom memancing ikan!