Showing posts with label Codds. Show all posts
Showing posts with label Codds. Show all posts

Sunday, 7 June 2015

Lian Hong Kuala Lumpur

Mengikut sejarah, botol yang diimport oleh Johnsen & Jorgensen jenama Lian Hong Kuala Lumpur ini dipercayai sekitar 1920an. Wilhelm M.Johnsen dan Johan Jorgensen terbabit dengan kerja-kerja pengeluaran kaca di London. Kedua-duanya pendatang dari Norway.

Kuala Lumpur sekitar 1920an

Saturday, 6 June 2015

Ice Water Stall, Kuala Lumpur

Ice water stall in Kuala Lumpur. Notice the codd bottles?

Sunday, 9 November 2014

Low Tide Codd Bottle

Jumpa botol codd masa air surut. Sayang dah berkecai!

Sunday, 25 March 2012

Chip but nice!

Sedikit retak, kedua-dua botol ini dibeli pada harga RM150 (RM120 + RM30) sahaja dan yang penting gulinya masih berirama! Cheap but nice...

Wednesday, 22 February 2012

Bottle Digging - In Search of Codd

Di antara YouTube pilihan saya, klik sini untuk video lengkap (49:01).

Wednesday, 15 February 2012

Kong Chee Cheong, Penang Codd Bottle

This 14oz Kong Chee Cheong, Penang codd belongs to my buddy Sam Hew; collector Abaj juga memiliki codd yang sama. Jenama ini menggunakan ikon naga jenis Wyvern. Makhluk mitos dari Wales ini mempunyai dua pasang kaki dan ada kalanya empat pasang kaki.


Naga Wyvern

Wednesday, 16 March 2011

Penang Pearl in 1923

Pada tahun 1923, seorang wanita berbangsa Cina telah menjumpai sebiji mutiara semasa mengutip kerang dan tiram di Penang. Mutiara tersebut telah dibeli dengan harga $4,200 oleh seorang yang berbangsa Cina. Apa yang menarik bukanlah mutiara yang dijumpai tetapi berita yang bertarikh 3 May 1923 ini melaporkan mutiara itu sebesar guli pada botol codd :)

Tuesday, 30 November 2010

Direct pull corkscrews with Codd bottle openers

In 1870 Hiram Codd invented the Codd Bottle. His bottle was sealed by a glass marble, held in position by the pressure of the gas in the liquid.

A number of corkscrews were later produced to incorporate a codd opener as well as the corkscrew.

Corkscrews that double up as codd bottle openers

Various corkscrews incorporating Codd openers with wooden or horn handles. The fifth from the left is Matt Perkins 1884 English patent marked "Coney's Patent".
© 2006 Peter R. Borrett

# Buat masa ini saya belum lagi memiliki sebarang alat pembuka botol codd. Sebenarnya ianya boleh dibuka menggunakan jari tetapi rasanya lebih bersih untuk menggunakan alat seperti ini.

Tuesday, 23 November 2010

Syphon bottle



Gambar hiasan botol syphon dari Digger Odell Publication ©2004

Friday, 19 November 2010

Kinta Aerated Water Co, Ipoh # Codd bottle

Botol codd Kinta Aerated Water Co., Ipoh ini merupakan botol 14 oz buatan Dan Rylands Ld., Barnsley, England. Merujuk kepada hak cipta atau 'patent', saya percaya botol ini dikeluarkan sebelum 1898. Encik Shaik Adam adalah pemilik tunggal Kinta Aerated Water yang bertapak di Taiping, Kampar dan Ipoh. Dengan penubuhan Kinta Ice Works, beliau juga membekalkan ais dan air mineral kepada seluruh negeri Perak. Pada sekitar 1907 hingga 1908, kilang beliau mampu menjual dan mengeluarkan ais seberat 12 tan sehari. Mungkin sebelum ini anda tertanya-tanya, adakah codd ini diminum dengan ais batu? :)

Thursday, 18 November 2010

Kinta Aerated Water Co, Ipoh # Codd bottle

Botol codd Kinta Aerated Water Co., Ipoh ini mungkin model terawal dalam koleksi Kinta saya. Terdapat no. 10268 dibawah botol. Reka bentuk 'emboss'nya berlainan dari codd yang saya 'post'kan sebelum ini. Jika kita bandingkan, nama 'KINTA AERATED WATER CO', lambang TRADE MARK dan nama 'IPOH' tergantung tanpa sempadan atau 'border' bujur manakala nama 'IPOH' lurus melintang. Logonya pula lebih ringkas dan perkataan 'TRADE MARK' melengkung. Pengacuan atau 'moulding' pada botol ini juga berpetak dan berlainan sekali dari acuan dan reka bentuk codd yang menjurus kepada botol emboss crown cap. Nama syarikat pembotolan pula tidak dinamakan pada botol ini. Atas beberapa faktor inilah saya mengatakan ianya terawal. Seperti yang saya katakan sebelum ini, di sebalik persamaan terdapat kelainannya.

Tuesday, 16 November 2010

Kinta Aerated Water Co, Ipoh # Codd bottle

Mungkin jarang bagi saya menunjukkan koleksi berkelompok tetapi inilah sebahagian dari koleksi codd yang saya ada dari jenama yang sama. Bukanlah niat untuk menunjuk betapa banyaknya koleksi codd Kinta, Coca-Cola ataupun F&N yang ada tetapi bagi saya informasi lebih penting berbanding dengan quantity barangan! Sebab itulah rasanya saya memilih untuk menjurus tumpuan kepada satu botol. Tidak semua dari botol-botol ini 'perfect' tetapi saya tetap menghargai setiap satu darinya walaupun hanya tinggal cebisan. Terdapat beberapa jenis codd Kinta Aerated Water selain dari apa yang telah di'post'kan sebelumnya. Di sebalik persamaan terdapat kelainannya, insyaAllah saya akan cuba jelaskan di 'posting' yang akan datang dalam versi saya.

Bukanlah hendak berlagak bijak cuma apa yang saya tulis semuanya hasil input dari kawan-kawan, dari internet, dari buku yang saya ada dan juga sedikit pengamatan sendiri. Kalau kita berkongsi ilmu rasanya banyak lagi input yang boleh kita huraikan. Wikipedia berjaya bukan kerana mereka tahu semuanya tetapi mereka berjaya disebabkan input yang diberi oleh berbagai pihak maka terhasillah suatu informasi yang berguna. "Kalau takde passion pun aku rasa tak dapek dibuatnyer blog ni yang dah pun sampai posting yang ke-200, tu jerlah yang bagi motivasi stakat ni!". Kalau anda mencari recipe nasi goreng di blog ini ternyata anda tersalah masuk blog :)
 

Monday, 15 November 2010

Graham & Nicholson, Penang 14oz Codd Bottle

Pengarah Urusan Graham & Nicholson Limited pada tahun 1908 ialah Mr. D. Graham.

Tuesday, 9 November 2010

Kinta Aerated Water Co, Ipoh # Codd bottle

Merujuk kepada buku Kinta Valley # Pioneering Malaysia’s Modern Development oleh Khoo Salma Nasution dan Abdur-Razzaq Lubis, pembekalan dan pengedaran ‘aerated water’ di Perak adalah dibawah kawalan dua buah syarikat berketurunan India Muslim. Pada masa itu air yang boleh diminum sukar diperolehi di kawasan perlombongan dan ini telah memberi kepentingan kepada perniagaan ‘aerated water’. Peluang ini diambil oleh Syed Burhan dari Taiping dengan membuka kilang ‘Perak and Pinang Aerated Water’ pada tahun 1887. Penyaing utama pada masa itu ialah Shaik Adam, pengasas kilang Kinta Aerated di bandar Taiping, Kampar dan akhirnya Ipoh dimana beliau menumpukan perhatiannya disini. Kedua-dua syarikat ini pula telah diberi saingan yang sengit apabila Fraser & Neave, Singapore membuka cawangan di Ipoh pada tahun 1910. Shaik Adam sebelum itu menggunakan kemewahan yang ada untuk membina sebuah masjid India di Ipoh dengan kos $500,000 pada tahun 1908.

Kita tidak nafikan perniagaan ‘aerated water’ pada masa itu sangat menguntungkan, sudah tentu juga botol codd ini tidak terkira banyaknya dan anda boleh bayangkan air soda ini tidak putus-putus diminum :) Tetapi soalan yang bermain di fikiran kita ialah dimana perginya botol-botol ini semua? “Hai botol, dalam beribu-ribu, takkan satu pun aku tak jumpa?”

Tuah ayam di kaki, tuah kita hanyalah usaha dan rezeki, baru-baru ini saya telah menjumpai botol Kinta Aerated Water Company # Ipoh. Terus terang saya katakan bahawa saya sudah agak kecewa untuk menjumpai botol codd jenama ini, cukuplah tengok gambar rasanya. Tidak semena-mena rezeki datang walaupun keadaan botol kehijauan ini tidak sempurna tetapi syukurlah :) Botol yang dikeluarkan oleh Barnett & Foster Makers London, N. (23, Forston Street, Shepherdess Walk) ini menggunakan patent Niagara yang sangat popular digunakan oleh pengusaha ‘aerated water’. Saya mendapat tahu botol jenama ini juga ada dikeluarkan di Germany. Selain dari ‘double pinch’ atau dua lekuk yang terdapat pada botol, patent Niagara juga boleh dicam melalui nombor ‘registered’ Rd 65433 yang di'emboss' pada botol ini. Dua lekuk bermaksud 2 penahan guli codd, jadi lebih senanglah botol ini diminum dari mana-mana arah.

Seperti biasa, dari satu botol kita akan cuba menambah koleksi dari jenama yang sama, semakin besarlah mata saya mencari selepas ini :) Bagi saya ‘thrill’ bagi seseorang collector ialah mencari apa yang dia belum ada. Sudah tentulah juga anda mempunyai cara tersendiri untuk memburu, yang penting anda perlulah berfikiran positif.

Tuesday, 12 October 2010

Digging for codds Part 7

Sehebat makhluk mitos yang bernama unicorn, si kuda berekor singa dan bertanduk satu, ianya tumpas juga kepada sang singa. Apa yang saya maksudkan ialah F&N masih bertahan hingga ke hari ini tetapi kemana hilangnya unicorn, burung phoenix, sang naga dan lain-lain lagi? :)

Botol Fraser & Neave Ltd ini pernah digunakan di negara kita sejak tahun 1898 hingga 1920an. Boleh dikatakan semua botol codd tidak dihasilkan di negara kita tetapi kesemuanya diimport dari negara Eropah. Botol ini dikeluarkan oleh William Barnard & Sons, London. Kos untuk membawa masuk botol-botol ini tentulah mahal tetapi pada awal abad ke 20, permintaan terhadap minuman ini sangat menggalakkan. Merujuk kepada akhbar yang bertarikh 19 March 1900, mesyuarat Fraser & Neave melaporkan 'A most creditable and wholesome report, showing that money is to be made out of the drinks of the people!'.

Botol yang sudah berkecai ini dijumpai dalam tanah. Mungkin nilai atau 'value'nya tiada lagi namun bagi saya nilai sejarahnya masih tetap unggul, tidak sampai hati rasanya untuk dibuang. Biarlah ia diletak dalam cermin kaca bersama-sama codd yang lain :)

Botol ini juga dibersih menggunakan berus sabut kelapa yang canggih, lihat hasilnya di bawah :)

Monday, 11 October 2010

Digging for codds Part 6

Minuman soda jenama YONG KEE & CO # SINGAPORE ini adalah diantara botol codd yang berjaya ditemui semasa misi penggalian tempoh hari. Di bahagian belakang botol di'embossed' 'BEST ENGLISH # IMPORTED BY # THE UNION TRADING CO # SINGAPORE & K. LUMPUR'. Agak kecewa kerana saya tidak berjaya menjumpai botol ini dalam keadaan sempurna.

Jenama Yong Kee & Co ini menggunakan lambang makhluk dongengan yang digelar 'unicorn'. Unicorn digambarkan seperti seekor kuda yang bertanduk satu di dahi yang mempunyai ekor singa. Kalau keadaannya sempurna, codd ini boleh dikategorikan sebagai 'rare'! Terdapat beberapa serpihan jenama ini dijumpai. Ini membuktikan si kuda 'unicorn' ini pernah berkeliaran bebas di negara kita suatu ketika dahulu.

Selepas dibersih menggunakan air, 'dish washing liquid' dan berus sabut kelapa :) Elak dari menggunakan berus plastik kerana ini akan mencalar balarkan codd anda. Agaknya orang putih belum ada teknologi berus sabut kelapa ini :)

BEST ENGLISH # IMPORTED BY # THE UNION TRADING CO # SINGAPORE & K. LUMPUR

Digging for codds Part 5

Inilah sebahagian dari artifak yang saya temui dan belum sempat dibersihkan, saya kurang pasti samaada barangan ini dikategorikan sebagai 'treasure trove'. Mengikut Akta Harta Karun Malaysia "treasure trove" means any money, coin, gold silver, plate, bullion jewellery, precious stones or any object or article of value found in, or in anything affixed to, the soil or the bed of a river or of the sea, the owner of which is unknown or cannot be found, but shall not include any antiquity. Rasanya artifak yang saya temui ini jatuh dalam kategori barangan 'antiquity' atau ada juga sebilangan orang yang memanggilnya sampah sarap :)

Semasa menggali adalah juga penonton yang berhenti untuk melihat kami menggali, terdengar juga kata-kata seperti "Orang-orang KL memang gila!" dan "Mereka mesti dari persatuan sejarah dari KL". Hehehe, macamlah saya tak faham bahasa England :)