Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut. Kini terdapat acara tahunan larian merentasi jambatan tersebut tetapi ia sudah tentu tidak sama dengan peristiwa 1985 itu. Apakah peluang yang sama akan diberikan apabila Jambatan Pulau Pinang yang ke-2 siap nanti?14 February 2009
Pembukaan Jambatan Pulau Pinang (1985)
Beberapa hari sebelum Jambatan Pulau Pinang dibuka kepada kenderaan awam melaluinya untuk pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5km itu. Ia satu peluang istimewa yang mungkin tidak akan berulang lagi, dan oleh kerana jambatan itu suatu binaan yang mengagumkan ketika itu, beribu-ribu orang mengambil peluang tersebut. Kini terdapat acara tahunan larian merentasi jambatan tersebut tetapi ia sudah tentu tidak sama dengan peristiwa 1985 itu. Apakah peluang yang sama akan diberikan apabila Jambatan Pulau Pinang yang ke-2 siap nanti?13 February 2009
Kg. Pisang (2006)
Friday the 13th, berjaya dipopularkan oleh filem Hollywood bagi merujuk kepada kejadian-kejadian seram yang mungkin berlaku dalam zaman moden kini. Di Malaysia, kepercayaan terhadapnya tidaklah begitu kuat, namun nama sebuah kampung ini pastinya mengundang perasaan 'seram' yang juga terhasil daripada pengaruh filem popular, iaitu Kampung (Kg.) Pisang. Tempat dalam gambar ini mungkin satu daripada beberapa lagi tempat yang bernama Kg. Pisang yang wujud di Malaysia, ia terletak dalam kawasan Seberang Perai, Pulau Pinang. Tidak ramai yang mempedulikan kampung ini.Foto: KHYS
12 February 2009
Poken (1990)
Sejenis minyak rambut yang tidaklah terkenal atau diiklankan secara meluas ketika itu (penghujung dekad 1980-an, awal dekad 1990-an). Namun jenama Poken ini yang berbentuk krim padat berwarna hijau mempunyai pengikutnya yang tersendiri walaupun terdapat juga yang tidak menggemarinya kerana bau wangiannya yang terlalu kuat sekiranya dipakai terlalu banyak. Didatangkan dalam bekas "besi" tidak seperti jenama-jenama lain yang lebih terkenal, ia banyak dijual di kedai runcit, pasar malam, mahu pun supermarket. Kini tidak ramai lagi yang menggayakan rambut mereka dengan "minyak" sebegini yang telah pun dianggap ketinggalan zaman.11 February 2009
Suffercation Official Fanclub Book (1992)
Kumpulan death metal tempatan pertama yang berjaya mengeluarkan album, Suffercation, mencetuskan sedikit kontroversi pada 1992 apabila sebuah akhbar memberi publisiti buruk terhadap imej yang ditonjolkan mereka melalui album tersebut yang berjudul Day Of Darkness. Punca utama sudah tentu kerana paparan kulit album yang menunjukkan beberapa tengkorak hidup mengusung keranda, dan juga tajuk-tajuk lagu yang mencurigakan. Walau bagaimanapun kulit album tersebut tidak mengandungi sebarang lirik, mungkin penerbit album itu juga merasakan ia kurang sesuai untuk edaran umum atau mungkin juga tidak diluluskan untuk siaran.10 February 2009
Kalendar Zarina Zainuddin (1993)
Nama Zarina Zainuddin sememangnya menjadi topik besar dunia hiburan sepanjang 1992. Dalam tahun 1993 pula terdapat usaha mengharamkan semua hasil lakonan beliau daripada ditayangkan. Pada Januari '93, majalah Media Hiburan memulakan edisi tahun baru dengan menghadiahkan poster kalendar besar (4 x mukasurat majalah) ini kepada para pelanggan mereka.09 February 2009
Siri Kartun Alihsuara (1987)
Senarai rancangan kartun (animasi) bersiri yang disiarkan oleh stesen televisyen RTM2 sekitar tahun 1987 pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang. Kebiasaannya setiap siri mengambil masa 30 minit (dengan sedikit iklan) dan kesemuanya telah dialihsuara (rakaman semula suara) ke dalam Bahasa Melayu. Malangnya para pelakon yang meminjamkan suara kepada watak pujaan kanak-kanak ketika itu tidak diberi kredit dan tidak diketahui siapakah mereka di belakang watak-watak terkenal kartun seperti Mospeada, Tosho Daimos, Space Cop Gaban, Miss Comet dan Macross.08 February 2009
Buku Kord Gitar (1987, 1991 & 1994)
Buku sebegini mula popular ketika zaman kebangkitan muzik rock sekitar pertengahan dekad 1980-an. Bersaiz kecil dengan isi kandungan utamanya ialah lirik lagu yang disertakan sekali dengan kord-kord muzik untuk sesiapa yang berminat memainkan semula lagu-lagu tersebut sama ada menggunakan gitar atau organ. Selain itu ia dihiasi gambar-gambar penyanyi terkenal. Apa yang menariknya, ia tidak memilih lagu-lagu popular sahaja, tetapi memilih keseluruhan lagu dalam sesebuah album yang popular, kebiasaannya setiap album mengandungi 10 lagu.07 February 2009
Sup (2001)
Salah sebuah kumpulan muzik pop yang menggunakan nama yang paling mengelirukan dalam sejarah muzik tempatan. Sup, kumpulan muzik yang mungkin sekiranya hadir pada masa kini akan digelar sebagai 'indie', iaitu cara mudah melabelkan sesebuah band sekiranya anda (terutama wartawan) tidak tahu atau tidak peduli genre muzik yang mereka mainkan. Tapi, nama Sup memang tidak sesuai untuk apa-apa genre sekalipun. Jadi, kenapa Sup?06 February 2009
Mokhtar Dahari vs. Maradona (1982)
14 Januari 1982, Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Mungkin ramai yang tidak tahu, dua legenda bolasepak ini pernah bertemu dalam satu perlawanan. Di Malaysia! Malah, sebelum Maradona terkenal pada Piala Dunia '86. Peristiwa yang kini dianggap bersejarah ini adalah perlawanan persahabatan antara pasukan pilihan Selangor yang diketuai oleh Mokhtar Dahari dengan kelab terkenal Argentina, Boca Juniors, yang diketuai oleh Diego Maradona (21 tahun) ketika itu.Boca Juniors menang 2-1.
05 February 2009
Bantah konsert Tina Turner (1988)
12 Februari 1988, Persatuan Mahasiswa UTM bantah Konsert Tina Turner di KL! (Pancaindera/Utusan Malaysia). Tidak menghairankan apabila sesebuah konsert ingin diadakan di Malaysia lalu terdapat bantahan oleh pihak-pihak tertentu. Ia telah berlaku sejak dahulu dan konsert Tina Turner adalah salah satu daripadanya. Boleh dikatakan setiap konsert yang akan diadakan (termasuk oleh segelintir artis tempatan) pasti terdapat bantahan. Sesetengah bantahan berjaya menghalang konsert terbabit, tetapi banyak juga bantahan yang tidak berjaya. Dalam kes Tina Turner, beliau berjaya mengadakan konsert di Stadium Negara, Kuala Lumpur pada 24 & 25 Februari 1988 tanpa sebarang insiden seperti yang di'harap'kan oleh para pembantah.04 February 2009
Jenaka Hang Setia (1988)
Disiarkan oleh RTM1 setiap Selasa jam 9.30 malam. Konsep sitkom (komedi situasi) yang dirakamkan dalam studio ini sebenarnya masih lagi digunakan oleh RTM (contohnya Salam Pantai Timur), namun pada 1988 mungkin penonton tidak banyak pilihan (selain daripada TV3 yang masih tidak menyeluruh siarannya di Malaysia) dan tentu ramai yang masih ingat pada siri Jenaka Hang Setia yang sangat membosankan ini. Tetapi untuk meneruskan konsep sebegini pada masa sekarang adalah sesuatu yang ketinggalan zaman.03 February 2009
Klinik Negara, Kuala Lumpur (2007)
Tidak dapat dipastikan tarikh kewujudan klinik ini, mungkin pada dekad 1980-an? Selain Klinik Negara ini, sudah tentu di Kuala Lumpur juga terletaknya Tugu Negara, Bank Negara, Masjid Negara, Muzium Negara, Istana Negara dan lain-lain lagi. Klinik Negara yang tidak terkenal ini terletak di Jalan Putra, tidak jauh daripada kompleks The Mall.02 February 2009
Ramziela dan kucing hitam (1990)
7 Oktober 1990, nampak macam Majalah Mangga kan? Tapi masa itu mana ada Mangga. Namun yang pasti orang kuat Mangga memang berasal daripada Pancaindera Mingguan Malaysia. Juwie, setiap minggu dalam ruangan Poster Kelolaan Juwie pasti akan menghidangkan foto-foto artis terkenal mengikut siapa yang sedang popular dan artis yang paling banyak permintaan daripada peminat. Dan pastinya artis yang 'berani mati' atau paling seksi ketika itu mendapat keutamaan. Contohnya Ramziela, diangkat sebagai artis paling seksi 1990! Walaupun prestasi nyanyiannya tidaklah membanggakan. Kini foto-foto sebegini telah tiada lagi di akhbar Pancaindera. Sebaliknya bercambah lebih banyak menerusi majalah Mangga.01 February 2009
"Rock is dead!" (1994)
Mungkin itu kata Tok Mat sambil tersengih manja setelah Amy Search memberi album solo pertamanya yang menampilkan imej kepala botak. Mungkin juga beliau cuma berkata "Ngeh ngeh ngeh, botak!". Siapa tahu.31 January 2009
Ekspo Pertanian Pulau Pinang (1992)
Ekspo Pertanian diadakan setiap tahun di Tapak Ekspo Seberang Jaya, Pulau Pinang. Selain pameran yang berkaitan dengan pertanian dan pendidikan, diadakan juga pertunjukan pentas. Pada tahun 1992 masih ada banyak kumpulan rock yang aktif walaupun ketika itu telah ada sekatan terhadap konsert yang melibatkan artis rock berambut panjang. Ekspo ini diadakan sekitar bulan Mei/Jun '92. Band yang terlibat ialah Kris, XPDC, Wicitra, UG14, MAY, Mutiara dan lain-lain. Persembahan yang turut menjadi perhatian ialah daripada pelawak duo Pak Man Telo. Ketika itu Senario belum wujud. Pada November 1992, Tok Mat memotong rambut Amy & Awie dalam siaran langsung TV. Tamatlah era rockers berambut panjang. Siapa saja yang sempat menyaksikan zaman itu dan sebelumnya, pasti masih terasa kemeriahan suasananya.30 January 2009
Vitagen (1988)
"Vitagen van akan datang pada 27 Jan 1988". Harga sebotol minuman ini cuma 45¢, istimewa untuk pelajar sekolah. Borang ini akan diedarkan lebih awal oleh cikgu. Isikan berapa yang anda mahu beli. Esok van Vitagen datang ke sekolah, bolehlah beli. Sudah tentu ada juga van Milo, tapi biasanya pada hari sukan.29 January 2009
Keputusan peperiksaan SPM (1989)
9 April 1989, Sheila Rusly dapat Gred 2, Fauziah Latiff Gred 3 (Mingguan Malaysia). Komen Sheila: "Sheila tak sangka dapat keputusan gred dua. Sebab Sheila ingatkan entah pas ke tidak. Cikgu di sekolah Sheila pun tak sangka, sebab Sheila bukannya belajar sangat. Masa ambil periksa pun Sheila sibuk menjalani penggambaran siri drama Harimau Rimba (arahan Yusuf Haslam) pada hujung minggu". Komen Fauziah pula ringkas sekali: "Ala... tak berapa bestlah. Malulah nak beritahu", tapi setelah didesak, memberitahu dapat gred tiga. Kedua-dua mereka berusia 18 tahun dan begitu aktif berlakon dan menyanyi. Beberapa hari selepas berita ini disiarkan, Fauziah Latiff berada di Manila, Filipina untuk bertanding dalam Pesta Lagu Pop ASEAN dengan lagu Kau Merubah Segalanya ciptaan Manan Ngah.28 January 2009
Sahara mahu kecilkan buah dada? (1989)
1 Oktober 1989, ruangan pojok Syhh... oleh BAM (Bahyah Mahmood) muncul dengan nukilan yang agak nakal ini pada suatu pagi Ahad 20 tahun yang lalu. BAM mengusik Sahara Yaakob tentang "buah dadanya yang besar dan membuak-buak tu". "Fullamak!" katanya lagi. Kata Sahara pula, "Kalau orang tengok benda tu berat, berat lagi penanggungan saya nak membawanya ke mana-mana". Sambungnya, "Saiz 42 tau!". Hah! Itulah BAM, seorang penulis pojok yang jujur lagi disegani, usikannya tidak pernah berselindung. Artis yang diusiknya mesti bernama, lengkap dengan gambar terbaik lagi!27 January 2009
Figurine Panini (1986)
Figurine Panini "merupakan pengeluar kad-kad bergambar yang terbesar di dunia", diasaskan di Amerika oleh syarikat Panini U.S.A. Inc dan diedarkan di Malaysia oleh Marketlink Malaysia Sdn Bhd. Pada asasnya kad-kad bergambar yang dimaksudkan ialah dalam bentuk pelekat (sticker) di mana pengumpul kad perlu membeli buku khas yang diterbitkan untuk melekatkan gambar-gambar tersebut, contohnya di sini seperti buku Thundercats dan The Transformers. Kad yang ingin dikumpul dijual berasingan dan boleh dibeli minimum sekeping tetapi tidak boleh memilih jenis gambar kerana ia berbungkus. Sekiranya pembeli mendapat kad yang serupa, dia boleh bertukar-tukar dengan kawan-kawan yang turut memiliki hobi yang sama.Buku Thundercats yang dikeluarkan di Malaysia telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu, ia menceritakan sejarah dan perjuangan pasukan Thundercats dalam menentang penjahat. Di sepanjang cerita, terdapat ruang-ruang kosong untuk melekatkan gambar supaya pembaca mendapat gambaran yang lebih jelas. Buku ini juga menyertakan sebuah poster Lion-O menghunus pedang saktinya.
Buku The Tranformers pula tidak diterjemah dan masih mengekalkan Bahasa Inggeris. Untuk melengkapkan gambaran setiap robot Transformers, pengumpul kad perlu rajin membeli dan bertukar-tukar kad sehingga lengkap kesemuanya. Setiap buku mempunyai lebih 200 ruang untuk melekatkan gambar.
Selain dua buah buku tersebut, Figurine Panini juga terkenal dengan buku WWF - Threatened Animals yang memperkenalkan spesis haiwan terancam, dan juga buku Barbie untuk kanak-kanak perempuan menghabiskan zaman 1980-an mereka.
26 January 2009
Pendedahan berani aktres Zarina Zainuddin (1992)
25 January 2009
RTM haramkan lagu Paul Lekakis (1991)
31 Januari 1991, sebelum tarikh itu perkataan fuck mungkin tak begitu diketahui ramai. Malah lirik lagu-lagu yang mengandungi perkataan tersebut juga bebas disiarkan oleh sesetengah siaran radio yang kurang peka. Buktinya, lagu berjudul Boom Boom, Let's Go Back To My Room nyanyian penyanyi Amerika, Paul Lekakis yang menjadi begitu popular ketika itu, hinggakan Paul sendiri hadir mempromosi albumnya di Kuala Lumpur.24 January 2009
Budaya punk di KL (1997)
Laporan khas ini disiarkan selama beberapa hari dengan kemuncaknya ialah komen daripada Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir.
Pengenalan
Penafian:
Maklumat, gambar dan bahan yang dipaparkan di Arkib Negara X (ANX) ini adalah hak milik pihak penerbitan masing-masing dan disiarkan di sini sebagai rujukan semata-mata. Sebarang penyalahgunaan maklumat, gambar dan bahan daripada ANX adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak yang menyalahgunakannya.


