Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Mandi

Tunjuk bontot!

Abah perasan sejak seminggu dua ni, si Kakak perangai lawak dia yang ntahapahapantah!! Pagi ni dia buat lagi! Lepas Abah mandikan Kakak, Angah dan Adik, lepas lap badan depan pintu bilik air yang terbuka tu, tiba-tiba dia menonggeng tunjuk bontot dia kat Mama, Umi, Acu dan Opah (meja makan dekat dengan bilik air, diorang tengah sarapan masa tu. Ehh! Kami kat rumah opah kat Penang! ) sambil cakap yeyyey kakak dah mandi! Kakak dah mandi! Dengan muka comel dia tu! Huihh menjerit laa semua orang kat situ! Kakak! Kakak! Ikut perangai sapa lah agaknya yer!? Nak bitau korang ni, Err... Abah dulu kecik kecik baik tau! He he he

Kolam mandi nih Amrafahan yang punya!!!

Imej
Tengahari tadi Abah bawa AMRAFAHAN pergi mandi kolam. Best juga kolam mandi ni, takde orang! Jadi kolam tu AMRAFAHAN yang punya! Tak ramai orang tahu kolam ni ada kat presint 2 ni, biasanya orang mandi kat presint 9. Kolam ni terletak betul-betul sebelah Menara PJH, tapi tersorok sikit, agaknya sebab tu orang tak ramai, kalau lalu jambatan Seri Wawasan tu hala ke presint 2, kolam tu terletak kat sebelah kiri selepas jambatan, masuk ikut tangga sebelah jambatan tu. Tapi masalahnya, nak parking susah, kena parking jauh sikit. Kalau nak berkelah dengan famili Abah rasa tempat tu sesuai, nak buat gathering pun boleh, ada padang kecil sebelah tu. Bolehlah nak guling-guling! Hehehe Apapun memang puas mandi! Errr... AMRAFAHAN jer... Abah tak mandi pun, cuma basahkan seluar dengan baju sikit-sikit jer... Hehehe Tak caya tengok gambar!!

Ada baby eh!

Perbualan seorang Abah yang hensem dengan anak lelakinya yang kacak didalam sebuah bilik air rumah teres sekitar Putrajaya... Masa ini si Abah yang hensem itu nak mandikan si anak lelakinya... lalu terjadilah persembangan ini.. hehehe ABANG: Abah! dalam perut Abah ada baby ehh!! ABAH: Ehh.. mana ada! Ada makanan jer.. ABANG: Ni!... (sambil gosok-gosok perut Abah dia yang tuff yang one pac tu!) ABANG: Takde... dah! dah! mandi! ABANG: Adaaa!!! Ada baby! 4 kan! ABAH: Hahh!!! Dah! dah! mandi cepat! Abah dah lambat nih!! Macam mana Abah dapat cerita ni! Ada laa sumber-sumber yang rapat dengan Abah beritau Abah! kekeke

Punya laa payah nak mandi!!

Video ni aku ambil semalam masa nak suruh Auni Auni Auni naik atas rumah nak pergi mandi... mencabar sungguh bila nak suruh diorang nih naik atas... Jenuh nak suruh diorang naik tangga tu.. siap main-main kat tangga.. dah naik tangga lepas tu turun balik... sabar jerlah... Layan jer lah yeeer...