::Teman Bersama::

Memaparkan catatan dengan label wahabbi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wahabbi. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2012

Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI.




Pintu Gua Uhud Ditutupi Simen Oleh WAHHABI.


Satu demi satu usaha puak ekstrem wahhabi melukai hati umat Islam di seluruh dunia. Terbaru, usaha wahhabi di Arab Saudi menutupi pintu Gua Uhud dengan simen dan batu. Kebiadaban apa yang telah meresap ke dalam jiwa mereka.



Ini merupakan satu usaha jahat wahhabi di Arab Saudi dalam menghakis kesan-kesan peninggalan sejarah dari Junjungan Mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.  Usaha berterusan dalam melemahkan ingatan umat Islam terhadap Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Semoga ALLAH melindungi kita semua.



Saya tidak faham bagaimana tergamaknya mereka memusnahkan keulungan warisan kemuliaan ini. Tidakkah wahhabi-wahhabi ini merindui dan bercita-cita untuk duduk dimana duduknya tubuh mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Berhajatkan menempatkan tapak tangan, kaki mereka dimana pernah Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم letakkan. Tidakkah hati-hati keras itu dapat merasai betapa kerasnya batu-batu gua yang melindungi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dari serangan tentera musyrik dalam Perang Uhud. ALLAH... betapa kelamnya hati-hati mereka ibarat ditutupi simen-simen yang dibina dari tangan-tangan hina mereka sendiri.



Apabila mendaki Gunung Uhud, tidak terasakah bagaimana perasaan Sayiduna Muhammad    صلى الله عليه وآله وسلم merasai kesedihan apabila melihatkan tentera memanah berpaling dari arahannya. ALLAHU ALLAH. Kerasukan apa yang menyentap jantung para pemuda di Saudi sehingga tergamak menodai tinggalan sejarah Nabi Muhammadصلى الله عليه وآله وسلم . Tidakkah mereka terimbau bagaimana berlumba-lumbanya pemuda sebaya mereka merayu agar turut sama berjuang bersama Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam Perang Uhud.  Ayah pemuda Rafi’ bin Khudaij merayu kepada Nabi Muhammad  صلى الله عليه وآله وسلم Agar mengizinkan anaknya berjuang.



Tetapi belia-belia di Arab Saudi yang terjerut leher mereka dengan akidah wahhabi, tidak langsung merasai keheningan kecintaan terhadap Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. Bapa-bapa di Saudi begitu tenang dengan kerosakan akhlak anak-anak muda mereka.



Tuan-Puan, Gunung Uhud menyaksikan bagaimana syahidnya bapa saudara Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم iaitu Sayidina Hamzah bin Abdul Muthalib.  



Gunung Uhud turut menjadi saksi tubuh mulia Sayiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم terjatuh apabila dibaling bertubi-tubi dengan batu oleh tentera musyrik ketika itu. Gigi mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم bahkan tertanggal dengan kepala yang terluka, darah mengalir di wajah mulia Baginda صلى الله عليه وآله وسلم hingga membasahi wajah beliau. ALLAH.....Seraya Baginda  صلى الله عليه وآله وسلم  berkata dalam keadaan menahan pedih :



كيف يفلح قو م خضبو ا و جه نبيهم و هو يد عو هم إ لى ربهم



“Bagaimana mungkin suatu kaum memperolehi kejayaan, mereka mengalirkan darah di wajah Nabinya yang mengajak mereka ke jalan ALLAH” [Ibnu Hisyam, J:2]



Tuan-Puan, Uhud hari ini menyaksikan betapa kemusnahan akhlak di kalangan pemuka wahhabi. Mereka telah menyakiti Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . Bahkan mereka menghalangi para pecinta Baginda dari menziarahi, merasai dan menghirup haruman syuhada Uhud. Maka tertutuplah hati mereka bagai disimen oleh tangan-tangan hina mereka. Perhatikanlah saudara mara terdekat kita agar tidak terpesong dengan keruntuhan akhlak sebegini.  ALLAHU AKHBAR......



أ خف عنا يا الله


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم


Alfaqir ilallah : almukminun
9 Sya’aban 1433H/28 JUN 2012



Jumaat, 13 Januari 2012

Usai solat Isya' :)




Usai solat Isya' :



Penyoal : Mana lebih baik, berzikir menggunakan tasbih atau jari ? Kerana Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم tidak pernah buat.


Dijawab : Pasti saudara memiliki sumbernya. Siapa ?



Penyoal : Saya dapat daripada seorang Ustaz di alfikrah.net.


Dijawab : Aish, saudara pasti berbuat dan mengambil sumber hanya daripada Saydina

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bukan. Saudara kenal Syeikh Ibnu Taimiyyah ?



Penyoal : Kenal. Beliau Syeikh kami.


Dijawab : "Kami"? Uh, kalau begitu "Syeikh" saudara sudah lama menjawab dalam Kitabnya Majmu' Fatawaa Ibnu Taimiyyah, dalam juz' 5 perihal Saydina Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم ketika melihat Ummu al-Mukminin RA [para isteri Baginda صلى الله عليه وآله وسلم ] bertasbih dengan batu, dan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم memperakuinya.



Penyoal : Mari pulang, saya nak menonton Solehah . :)


Pesanan : Semestinya bagi penuntut ilmu, menghormati gurunya dan memuliyakannya, selalu mencari keridhaannya, dan tidak membuatnya marah, sebab dengan begitu termasuk telah memuliakan ilmu, dengan menghormati ilmu dan guru akan mendatangkan keberkatan didalam menuntut ilmu, berdiri ketika waktu guru berdiri, mencium tangan guru sebagaimana yang dibuat oleh sahabat yang mulia Abdullah bin Abbas. Hmm... :)


Abdullah bin Ahmad bin Hanbal r.h.l. berkata :


"...saya pernah bertanya kepada ayah saya (Ahmad bin Hanbal r.h.l.), tentang seorang pemuda yang memiliki banyak kitab-kitab mengenai hadis Nabi (sallallahu'alaihi wasallam) dan himpunan kata-kata paa sahabat r.a. dan para tabi'in r.h.l., tetapi tidak mengetahui tentang kedudukan sesuatu hadis tersebut samada sahih atau sebaliknya, adakah dia boleh beramal sesuka hatinya? Ataupun, adakah dia layak memilih hadis mana yang dia mahu gunakan, dan memberi fatwa atau beramal dengannya? Imam Ahmad bin Hanbal menjawab: "Tidak! Sehinggalah dia bertanya kepada ulama' mengenai hadis mana yang boleh digunakan. Kemudian, barulah dia boleh beramal dengannya (hadis yang disahkan kesahihannya oleh ulama' yang ditanya mengenainya)."

[Al-Faqih Shiekh Habib Ahmad Al-Kairanawi m/s 5, dipetik dari "I'lamul Muaqi'iin"]


Sollu 'alan Nabiyy....


اللهم صل على سيدنا محمد و على اله و صحبه و بارك و سلم

WALLAHU'alam

almukminun

13 Disember 2011

http://almukminun.blogspot.com/2012/01/usai-solat-isya.html

Rabu, 24 Ogos 2011

Surat Terbuka Buat Dr. MAZA

[Sila klik pada gambar tersebut]




Surat Terbuka Buat Dr. MAZA




Oleh : Ustaz Hudzaifah Al-Yamani






23 OGOS — Bismillahirrahmanirrahim. Dimulai surat ini dengan doa, mudah-mudahan Dr. MAZA beroleh kasih sayang Allah SWT hendaknya, dan terus istiqamah melagang perjuangan Islam di muka bumi ini, tanpa secuit pun rasa takut kepada makhluk; atau secalit rasa curiga diserang pelbagai sudut. Firman Allah SWT: “Dan mereka tidak merasa takut selain kepada Allah.” (at-Taubah: 18)








Dr. MAZA, membaca dan meneliti pandang sisi tuan mutakhir ini, khususnya mengenai korelasi antara isu murtad dan isu agihan zakat, membuat saya semakin tertanya-tanya. Persoalannya ialah, apakah rahsianya menyebabkan agihan zakat di negara ini tidak berkesan dalam menangani isu-isu kemiskinan dan sejauh manakah inisiatif yang telah dilakukan demi memperbaiki keadaan.





Dr. MAZA, Tuan menyatakan di Malaysia ini ada 14 jabatan agama. Ya, itu bermakna Malaysia juga mempunyai 14 pusat zakat dan 14 orang mufti. Wang zakat terkumpul mencecah billion ringgit saban tahun.







Sayangnya, kenapakah masih ramai umat Islam yang tidak tersantuni dengan dana zakat. Ingin rasanya saya bertanya kepada seorang mufti demi seorang mufti, apakah yang berlaku di sebalik tirai zakat di setiap negeri.





Namun, sayugianya saya juga ingin menanyakan soalan yang sama terlebih dahulu kepada Dr. MAZA. Bukankah dahulu Dr. MAZA adalah seorang mufti juga, yang menjabati kondisi mufti di Perlis Darus Sunnah? Maka, kala Dr. MAZA sendiri menjawati jawatan mufti, apakah tindakan konstruktif Dr. MAZA dalam memperbetulkan segala ketempangan ini, khususnya dalam pengurusan zakat di Malaysia, atau paling minimal di Perlis Darus Sunnah, negeri Dr. MAZA paling ‘berkuasa’?





Amat besar kemurkaan Allah, bagi sesiapa yang mengatakan apa yang tidak dikerjakannya.” (as-Saff: 3). Justeru, jujurnya saya berharap dan amat yakin, pastinya Dr. MAZA tidak sesekali termasuk ke dalam kategori di atas. Lalu, dengan harapan dan keyakinan yang sama, pastinya Dr. MAZA juga boleh memberikan penjelasan saksama, secara ditil dan komprehensif, apakah gendalanya yang menyebabkan amalan zakat khususnya aspek agihan zakat masih di takuk lama, termasuklah di Perlis Darus Sunnah.






Kami, para golongan awam ternanti-nanti penjelasan Dr. MAZA dalam hal ini, sesungguhnya! “Maka, bertanyalah kamu sesuatu perkara kepada ahlinya jika kamu tidak mengetahuinya.” (An-Nahl: 43).





Dr. MAZA, sebagai bersifat adil dan tidak bias, saya memaksa diri membuat sedikit kajian dan gelintaran. Lalu, saya dapati di Malaysia ini, keunikannya bukan sekadar dengan 14 orang mufti dan 14 jabatan agama segala; tetapi juga unik justeru semua urusan agama ditadbir berbeza-beza oleh negeri. Padanlah harga zakat fitrah pun berbeza juga, sedangkan kita ini semuanya dalam satu Malaysia.






Maka, saya tidak fikir Dr. MAZA, seorang cendekiawan yang amat cakna dengan keadaan; tidak menyedari senario ini. Pastinya Dr. MAZA punya kenalan di sektor undang-undang yang arif perihal perlembagaan negara, buat menjelaskan kepada Dr. MAZA apakah implikasinya kepada amalan zakat apabila wujudnya pengasingan kuasa agama mengikut negeri. Secara umumnya, pastilah sukar bagi disatukan kendaliannya, kerana masing-masing punya wewenang tersendiri. Pastilah besar juga kesannya kepada isu-isu agihan zakat, bukan?






Ya, saya yakin pasti ada kesan. Antaranya, negeri masing-masing tertakluk kepada undang-undang zakat sendiri. Bila zakat dikutip, pasti setiap negeri mengutamakan negerinya sendiri. Apa yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan juga, tidak semestinya menjadi ikutan negeri. Saya tidak fikir, Dr. MAZA terlepas pandang semua hal ini.





Apa yang saya risaukan, ketidak selarasan ini mengakibatkan ada negeri yang maju dalam pengurusan zakat dan ada yang mundur dan jauh ketinggalan. Apabila Dr. MAZA menembak dengan peluru penabur, maka tembakan Dr. MAZA akan berterabur dan menyimbah merata-rata, kerana pastinya peluru penabur Dr. MAZA tidak bermata dan tidak ada deria rasa.





Bagi saya yang tidak sealim Dr. MAZA, pastilah situasi ini tidak bersifat adil bagi sesetengah negeri yang telah berusaha sebaik daya memperkasakan pengurusan zakat. Ini kerana, jika dilihat kepada Pusat Zakat Pulau Pinang sendiri, tempat Dr. MAZA bermastautin dan mencari rezeki, pengurusan zakatnya adalah antara yang terbaik di Malaysia.





Saya tidak tahulah, jika Dr. MAZA tidak mempunyai koneksi dan hubungan yang baik dengan pusat zakat ini. Namun, berdasarkan apa yang saya baca dan saya amati, Pusat Zakat Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai pendekatan demi memastikan pengagihan zakat dibuat secara telus, berkesan dan sistematik.






Bahkan, di samping Pulau Pinang, Selangor juga dilihat antara negeri yang maju pengurusan zakatnya. Berdasarkan paparan berita di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (saya fikir Dr. MAZA patut selalu singgah di portal mereka, klik sahaja di www.e-zakat.com.my), pelbagai mekanisme agihan mereka jalankan. Secara jujur dan sedar, saya fikir mereka juga layak dianggap negeri termaju pengurusan zakatnya — sama ada kutipan mahu pun agihan.






Apa yang menjadi masalah, adalah beberapa buah negeri yang tidak begitu terurus rapi organisasi zakatnya. Dan seperti yang saya nyatakan di atas, sebagai mantan mufti di Perlis Darus Sunnah selama beberapa tahun, apakah tindakan konstruktif Dr. MAZA untuk memperkasakan institusi zakat di sana? Bukankah Dr. MAZA orang paling besar dalam membuat kata putus dalam urusan fatwa? Maka, apakah fatwa-fatwa berkaitan zakat yang boleh dianggap terbaik dalam menanggapi keperluan asnaf zakat di Perlis Darus Sunnah?






Harus kita ingat, Perlis adalah negeri kecil. Namun, dalam negeri sekecil Perlis pun masih ramai orang miskin. Apakah susah bagi Dr. MAZA mempengaruhi pihak pengurusan zakat di negeri yang beliau sendiri menjadi muftinya untuk membuat perubahan mendasar, yang mampu mendatangkan kebaikan secara holistik kepada umat Islam khususnya asnaf zakat dan paling utama, Dr. MAZA mampu meninggalkan satu legasi sebagai contoh nyata pengurusan terbaik di Malaysia kepada semua pihak.




Inilah namanya, medan menyatakan pandangan tidak sama dengan medan merealisasikan harapan. Sebagai seorang pemikir, ada moleknya Dr. MAZA berfikir dan memberikan saranan dan cadangan, agar pengurusan zakat di Malaysia dapat diselaraskan. Bagi saya seorang awam, amat susah menerangkan bila seorang Cina non-muslim menanyakan soalan: “You orang Islam, apa pasal dalam you punya agama, ada banyak beza...satu negeri kata rokok haram, satu negeri kata halal, itu saham sini haram, sana negeri kata halal, sana negeri kata boleh, sini negeri kata no...”





Dr. MAZA, inilah secebis keluhan kami orang awam yang hanya berpandukan panduan para ulama dan umara dalam kehidupan. Hanya kepada Tuhan kami berserah, tempat kami menggantung harapan. Ampun maaf andai ada kekhilafan. Salam Ramadan daripada saya dan semoga Dr. MAZA terus istiqamah menabur ilmu dan menyemai bakti di Malaysia, tanpa ada sebarang keraguan, tanpa segaris ketakutan dan tanpa sekelumit anasir berkepentingan. Wallahua’lam.





* Hudzaifah Al-Yamani adalah pembaca The Malaysian Insider.




* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.





http://almukminun.blogspot.com/


Sabtu, 20 Ogos 2011

Menolak Tuduhan Musyrik Terhadap Bonda dan Ayahnda Sayyiduna Rasulillah صلى الله عليه وآله وسلم .





Berikut merupakan jawaban kepada tuduhan yang mengatakan Bonda dan Ayahnda Sayyidina Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . "musyrik" .Naudzubillahi miinzaliik.



Yayasan Sofa, pimpinan Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki :

http://ysofaklforms.blogspot.com/2010/05/jangan-sakiti-nabi.html



Bahrus Shofa [Ustaz Abu Muhammad / Adlan] :




Al-Fanshuri [Ustaz Lah / Abu Zahrah] :




Sertai dengan memberi sokongan kepada barisan pecinta Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم . :




اللهم صل و سلم على سيدنا محمد و على آله و أصحابه

20 Ramadhan 1432 H

Isnin, 27 Jun 2011

Sejarah Wahhabi




بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره ووالاه

Sejarah Wahhabi


Menanggapi banyaknya permintaan pembaca tentang sejarah berdirinya Wahabi maka kami berusaha memenuhi permintaan itu sesuai dengan asal usul dan sejarah perkembangannya semaksima mungkin berdasarkan berbagai sumber dan rujukan kitab-kitab yang dapat dipertanggung-jawabkan, di antaranya ialah Fitnatul Wahabiyah karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan [beliau dituduh sebagai syiah oleh wahabi], I’tirofatul Jasus AI-Injizy pengakuan Mr. Hempher, Daulah Utsmaniyah dan Khulashatul Kalam karya Sayyid Ahmad Zaini Dahlan, dan lain-lain.


Nama Aliran Wahabi ini diambil dari nama pelopornya, Muhammad bin Abdul Wahab (lahir di Najed tahun 1111 H / 1699 M). Asalnya dia adalah seorang pedagang yang sering berpindah dari satu negara ke negara lain dan di antara negara yang pernah disinggahi adalah Baghdad, Iran, India dan Syam.


Kemudian pada tahun 1125 H / 1713 M, dia terpengaruh dengan seorang orientalis Inggeris bernama Mr. Hempher yang bekerja sebagai pengintip Inggeris di Timur Tengah. Sejak itulah dia menjadi alat bagi Inggeris untuk menyebarkan ajaran barunya. Inggeris memang telah berhasil mendirikan ideologi-ideologi baharu bahkan agama baru di tengah umat Islam seperti Ahmadiyah dan Baha’i. Bahkan Muhammad bin Abdul Wahab ini juga termasuk dalam tumpuan program kerja kaum kolonial dengan alirannya Wahabi.


Mulanya Muhammad bin Abdul Wahab hidup di lingkungan sunni pengikut madzhab Hanbali, bahkan ayahnya Syaikh Abdul Wahab adalah seorang sunni yang baik, begitu pula guru-gurunya. Namun sejak awal lagi, ayah dan guru-gurunya mempunyai firasat yang kurang baik bahawa dia akan sesat dan menyebarkan kesesatan. Bahkan mereka menyuruh masyarakat untuk berhati-hati terhadapnya. Ternyata tidak lama kemudian, firasat itu benar. Setelah perkara itu terbukti ayahnya pun menentang dan memberi peringatan khusus kepadanya.


Keluarga Membantah Tindakan Ekstrim Muhammad Abdul Wahab


Bahkan abang kandungnya, Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahab, ulama besar dari madzhab Hanbali, menulis buku bantahan kepadanya dengan judul As-Sawa’iqul Ilahiyah Fir Raddi Alal Wahabiyah. Tidak ketinggalan pula salah seorang gurunya di Madinah, Syekh Muhammad bin Sulaiman AI-Kurdi as-Syafi’i, menulis surat berisi nasihat: “Wahai Ibn Abdul Wahab, aku menasihatimu kerana Allah, tahanlah lisanmu dari mengkafirkan kaum muslimin, jika kau dengar seseorang meyakini bahawa orang yang ditawassuli mampu memberi manfaat tanpa kehendak Allah, maka ajarilah dia kebenaran dan terangkan dalilnya bahawa selain Allah tidak mampu memberi manfaat mahupun mudharat, kalau dia menentang bolehlah dia kau anggap kafir, tapi tidak mungkin kau mengkafirkan As-Sawadul A’zham (kelompok majoriti) di antara kaum muslimin, kerana engkau menjauhi dari kelompok terbesar, orang yang jauh dari kelompok terbesar lebih dekat dengan kekafiran, sebab dia tidak mengikuti jalan muslimin.”


Sebagaimana diketahui bahawa madzhab Ahlus Sunah sampai hari ini adalah kelompok terbesar. Allah berfirman :


“Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu (Allah biarkan mereka bergelumang dalam kesesatan) dan kami masukkan ia ke dalam jahannam, dan jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah: An-Nisa 115)


Salah satu dari ajaran yang (diyakini oleh Muhammad bin Abdul Wahab, adalah mengkufurkan kaum muslim sunni yang mengamalkan tawassul, ziarah kubur, maulid nabi, dan lain-lain. Berbagai dalil yang disampaikan ahlussunnah wal jama’ah berkaitan dengan tawassul, ziarah kubur serta maulid, ditolak tanpa alasan yang dapat diterima. Bahkan lebih dari itu, Muhammad bin Abdul Wahab berterusan mengkafirkan kaum muslimin sejak 600 tahun sebelumnya, termasuk guru-gurunya sendiri.


Pada satu kesempatan seseorang bertanya kepada Muhammad bin Abdul Wahab, “Berapa banyak Allah membebaskan orang dari neraka pada bulan Ramadhan?” Dengan segera dia menjawab, “Setiap malam Allah membebaskan 100 ribu orang, dan di akhir malam Ramadhan Allah membebaskan sebanyak hitungan orang yang telah dibebaskan dari awal sampai akhir Ramadhan” Lelaki itu bertanya lagi “Kalau begitu pengikutmu tidak mencapai satu peratus pun dari jumlah tersebut, lalu siapakah kaum muslimin yang dibebaskan Allah tersebut? Dari manakah jumlah sebanyak itu? Sedangkan engkau membatasi bahawa hanya pengikutmu saja yang muslim.” Mendengar jawaban itu Ibn Abdil Wahab pun terdiam seribu bahasa. Sekalipun demikian Muhammad bin Abdul Wahab tidak menggambil peduli nasihat ayahnya dan guru-gurunya itu.


Dengan berdalihkan pemurnian ajaran Islam, dia terus menyebarkan ajarannya di sekitar wilayah Najed. Orang-orang yang memiliki pengetahuan agama yang minimum banyak yang terpengaruh. Termasuk di antara pengikutnya adalah penguasa Dar’iyah, Muhammad bin Saud (meninggal tahun 1178 H / 1765 M) pendiri dinasti Saudi, yang dikemudian hari menjadi mertuanya. Dia mendukung secara penuh dan memanfaatkannya untuk memperluaskan wilayah kekuasaannya. Ibn Saud sendiri sangat patuh kepada perintah Muhammad bin Abdul Wahab.


Jika dia menyuruh untuk membunuh atau merampas harta seseorang dia segera melaksanakannya dengan keyakinan bahawa kaum muslimin telah kafir dan syirik selama 600 tahun lebih, dan membunuh orang musyrik dijamin syurga.


Sejak mula Muhammad bin Abdul Wahab sangat gemar mempelajari sejarah nabi-nabi palsu, seperti Musailamah Al-Kadzdzab, Aswad Al-Ansiy, Tulaihah Al-Asadiy dan lain-lain. Kelihatan dia mempunyai keinginan mengaku sebagai nabi, ini nampak jelas sekali ketika dia menyebut para pengikut dari daerahnya dengan jolokan Al-Anshar, sedangkan pengikutnya dari luar daerah digelar Al-Muhajirin. Kalau seseorang ingin menjadi pengikutnya, dia harus mengucapkan dua syahadat di hadapannya kemudian harus mengakui bahawa sebelum masuk Wahabi dirinya adalah musyrik, begitu pula kedua orang tuanya. Dia juga diharuskan mengakui bahawa para ulama besar sebelumnya telah mati kafir.


Kalau mahu mengakui perkara tersebut dia diterima menjadi pengikutnya, kalau tidak dia akan dibunuh. Muhammad bin Abdul Wahab juga sering merendahkan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dengan dalih, kononya untuk pemurnian akidah, dia juga membiarkan para pengikutnya melecehkan Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam di hadapannya, sehingga seorang pengikutnya berkata : “Tongkatku ini masih lebih baik dari Muhammad, kerana tongkatku masih mampu digunakan membunuh ular, sedangkan Muhammad telah mati dan tidak tersisa manfaatnya sama sekali. Muhammad bin Abdul Wahab di hadapan pengikutnya tidak ubah seperti Nabi di hadapan umatnya. Pengikutnya semakin ramai dan wilayah kekuasaannya semakin luas. Kedua, Muhammad Bin Abdul Wahab bekerja sama untuk membenteras tradisi yang dianggapnya keliru dalam masyarakat Arab, seperti tawassul, ziarah kubur, peringatan Maulid dan sebagainya. Tidak menghairankan apabila para pengikut Muhammad bin Abdul Wahab menyerang, memecahkan, menghapuskan makam-makam yang mulia.


Bahkan, pada tahun 1802, mereka menyerang Karbala-Iraq, tempat dikebumikan jasad cucu Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam, Sayyidina Husein bin Ali bin Abi Thalib. Kerana makam tersebut dianggap tempat mungkar yang berpotensi mensyirikan manusia kepada Allah. Dua tahun kemudian, mereka menyerang Madinah, menghancurkan kubah yang ada di atas kuburan, menjarah hiasan-hiasan yang ada di Hujrah Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam.


Keberhasilan menakluk Madinah berlanjutan. Mereka masuk ke Makkah pada tahun 1806, dan merosakkan kiswah, kain penutup Ka’bah yang diperbuat dari sutera. Kemudian, merobohkan puluhan kubah di Ma’la, termasuk kubah tempat kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam, tempat kelahiran Sayyidina Abu Bakar dan Sayyidina Ali, juga kubah Sayyidatuna Khadijah, masjid Abdullah bin Abbas. Mereka terus menghancurkan masjid-masjid dan tempat-tempat kaum solihin sambil bersorak-sorai, menyanyi dan diiringi tabuhan gendang dengan penuh kegembiraan. Mereka juga mencaci-maki ahli kubur bahkan sebahagian mereka kencing di kubur kaum solihin tersebut. Gerakan kaum Wahabi ini membuatkan Sultan Mahmud II, penguasa Kerajaan Usmani, Istanbul-Turki, murka. Para perajurit Sultan Mahmud II yang bermarkas di Mesir, di bawah pimpinan Muhammad Ali, dihantar memerangi pengikut wahabi untuk melumpuhkannya. Pada tahun 1813, Madinah dan Makkah berjaya ditawan kembali.


Gerakan Wahabi semakin pudar. Tetapi, pada awal abad ke-20, Abdul Aziz bin Sa’ud bangkit kembali mengusung fahaman Wahabi. Pada tahun 1924, ia berhasil menduduki Makkah, lalu ke Madinah dan Jeddah, dia memanfaatkan kelemahan Turki akibat kekalahannya dalam Perang Dunia I. Sejak itu, hingga kini, fahaman Wahabi menjadi pemerintah di Arab Saudi.


Memusnahkan Tinggalam Islam


Dewasa ini, pengaruh gerakan Wahabi bersifat global. Riyadh mengeluarkan jutaan dolar AS setiap tahun untuk menyebarkan ideologi Wahabi melalui wakil-wakil diplomasi mereka termasuk di Malaysia. Sejak hadirnya Wahabi, dunia Islam tidak pernah tenang dan penuh dengan pergolakan pemikiran, ini disebabkan kelompok ekstrem itu selalu menidakkan pemikiran dan pemahaman agama Sunni-Syafi’i yang sudah utuh. Terbukti pada hari ini, isu-isu khilafiyyah diperdebatkan seolah-olah bersalahan dengan aqidah majoriti umat Islam.


Kekejaman dan kejahilan Wahabi lainnya adalah meruntuhkan kubah-kubah di atas makam sahabat-sahabat Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang berada di Ma’la (Makkah), di Baqi’ dan Uhud (Madinah) semuanya diruntuhkan dan diratakan dengan tanah dengan mengunakan dinamit penghancur. Demikian juga kubah di atas tanah kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam, iaitu di Suq al Leil diratakan dengan menggunakan dinamit dan dijadikan tempat parkir unta, namun kerana desakan kaum Muslimin antarabangsa yang bermatian menentang, maka dibangunkan perpustakaan. Kaum Wahabi benar-benar tidak pernah menghargai peninggalan sejarah dan menghormati nilai-nilai luhur Islam.


Sebagaimana AI-Qubbatul Khadra (kubah hijau) tempat Nabi Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dimakamkan juga akan dihancurkan dan diratakan, tetapi kerana ancaman antarabangsa, maka orang-orang biadab itu menjadi takut dan membatalkan niatnya. Begitu pula seluruh rangkaian yang menjadi manasik haji akan dimodifikasi termasuk maqam Ibrahim akan diratakan tetapi kerana banyak yang menentangnya maka ia dibatalkan.


Pengembangan kota suci Makkah dan Madinah akhir-akhir ini tidak mempedulikan tempat-tempat bersejarah Islam.


Semakin habis segala bangunan, tempat dan kawasan yang menjadi saksi sejarah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam dan sahabatnya. Bangunan itu dibongkar kerana khuatir dijadikan tempat keramat. Bahkan sehingga kini, tempat kelahiran Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam terus terancam dan akan dibongkar untuk perluasan tempat parkir. Sebelumnya, rumah Rasulullah Shollallu Alaihi Wassalam juga sudah terlebih dahulu diratakan dengan rakus oleh Wahabi. Padahal, disitulah Rasulullah berulang-alik menerima wahyu. Di tempat itu juga putera-puterinya Baginda Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam dilahirkan serta Saidatina Khadijah Al-Kubro meninggal dunia.


Islam dengan tafsiran kaku yang dipraktikkan wahabisme sangat aktif dalam proses pemusnahan ini. Kaum Wahabi memandang tempat-tempat bersejarah itu mampu menjadi “kiblat” pemujaan berhala baharu. Sami Angawi, pakar arkitektur Islam di wilayah tersebut mengatakan bahawa beberapa bangunan dari era Islam kuno diancam kemusnahan. Di lokasi bangunan berusia lebih 1400 tahun akan dibangunkan jalan menuju menara tinggi yang menjadi tujuan ziarah jamaah haji dan umrah.


Kerakusan wahabi ini dibuktikan pada hari ini dengan perancnagan pembinaan bangunan paling tinggi di dunia, Kingdom Tower dengan kos AS$19.52 bilion (RM59.11 bilion). Bangunan itu setinggi 1.6 kilometer iaitu dua kali ganda lebih tinggi dari bangunanBurj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang kini menjadi bangunan paling tinggi di dunia. Akan dibina di Jeddah dan mengandungi hotel, apartmen mewah dan sebuah pusat beli-belah.


Masa untuk tiba di menara bangunan itu ialah 12 minit dengan menggunakan lif dan mempunyai 275 tingkat. Projek pembinaan itu dibiayai syarikat Kingdom Holdings Company (KHC) milik keluarga diraja Arab Saudi yang dipengerusikan Putera Alwaleed Bin Talal. Syarikat Emaar yang membina Burj Khalifa difahamkan memenangi kontrak untuk mendirikan bangunan berkenaan.


Daripada Abu Hurairah R.A ia berkata; suatu ketika Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam melihat di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam bilakah terjadinya kiamat?” Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim" (Hadis Riwayat Ibn Majah)


“Pada saat ini kita sedang menyaksikan saat-saat terakhir sejarah Makkah. Bahagian demi bahagian bersejarahnya diratakan untuk dibangun tempat parkir,” katanya kepada Reuters. Angawi menyebut setidaknya 300 bangunan bersejarah di Makkah dan Madinah dimusnahkan selama 50 tahun terakhir. Bahkan sebahagian besar bangunan bersejarah Islam telah punah semenjak Arab Saudi menjajah pada tahun 1932. Hal tersebut berhubungan dengan maklumat yang dikeluarkan dari Dewan Keagamaan Kerajaan pada tahun 1994.


Dalam maklumat tersebut tertulis, “Pelestarian bangunan bangunan bersejarah berpotensi menyebabkan umat Muslim menja penyembah keapda berhala.” (Bukankah penyataan ini mirip gerakan Free Manson?)


Nasib kawasan bersejarah Islam di Arab Saudi memang sangat menyedihkan. Mereka banyak menghancurkan peninggalan-peninggalan Islam sejak masa Ar-Rasul Shollallahu Alaihi Wassalam. Semua jejak jerih payah Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam itu musnah dimodernisasikan mengikut nafsu Wahabi. Sebaliknya mereka mendatangkan para arkeologi (ahli purbakala) dari seluruh dunia dengan biayaan ratusan juta dollar untuk menggali peninggalan-peninggalan sebelum Islam baik yang dari kaum jahiliyah mahupun sebelumnya dengan dalih menghapuskan bid’ah. Kemudian dengan bangga mereka menunjukkan bahawa zaman pra Islam telah menunjukkan kemajuan yang luar biasa, tidak diragukan lagi ini merupakan pelenyapan bukti sejarah yang akan menimbulkan suatu keraguan di kemudian hari. Keraguan di kalangan generasi akan datang yang akan tertanya, benarkah Islam ini wujud di daerah Makkah dan Madinah? Jika benar, dimanakah kesan-kesannya ? Tuan-Puan, perancangan penghapusan jelik ini dibuat dengan terancang kononya atas nama pembersihan akidah, wahabi juga mendapat laba dunia!


Menyebarkan Fahaman Pelik


Gerakan wahabi dipimpin oleh jurudakwah yang radikal dan ekstrim, mereka menebarkan kebencian permusuhan dan didukung oleh sumber kewangan yang cukup besar. Mereka gemar menuduh golongan Islam yang tidak sejalan dengan mereka dengan tuduhan kafir, syirik dan ahli bid’ah. Syirik selawat syifa? Mereka menuduh Syeikh Jaafa Barzanj kuno ? Karut belajar dan mengajar sifat 20? Itulah ucapan yang selalu didengungkan di setiap kesempatan, mereka tidak pernah mengakui jasa para ulama Islam kecuali kelompok mereka sendiri.


Di negara kita (MALAYSIA) ini mereka menaruh dendam dan kebencian mendalam kepada para Wali Songo yang menyebarkan dan meng-Islam-kan penduduk nusantara ini.


Mereka mengatakan ajaran para wali itu bercampur dengan kemusyrikan Hindu dan Budha, padahal para Wali itu telah meng-Islam-kan 90 % penduduk nusantara ini. Mampukah wahabi-wahabi itu meng-Islam-kan yang 10% selebihnya? Mempertahankan yang 90 % dari terkaman orang kafir saja mereka tidak mampu, apatahlagi mahu menambah 10 % di kalangan mereka. Bahkan Arab Saudi menjual maruah Islam dengan mendokong sekutu mereka Amerika dan Britain dalam memerangi Islam. Di Iraq, Arab Saudi dengan lemah lembut menyediakan lapangan terbangnya sebagai transit tentera-tentera kuffar laknatullahi alaih. Tetapi, semudahnya mereka mengkafirkan orang-orang yang dengan nyata bertauhid kepada Allah SWT.


Jika bukan kerana Rahmat Allah yang mentakdirkan para Wali Songo untuk berdakwah ke negara kita, tentu orang-orang yang menjadi “pejuang” kaum wahabi itu masih berada dalam kepercayaan animisme, penyembahan berhala atau masih kafir. (Naudzu billah min dzalik).


Oleh karena itu janganlah dipercayai apabila mereka mengaku-akukan sebagai fahaman yang hanya berpegang teguh pada Al-Qur’an dan As-Sunnah. Mereka berdalih mengikuti keteladanan kaum salaf serta mengaku sebagai golongan yang selamat dan sebagainya, itu semua omongan kosong. Merekalah para wahabbi yang telah menoreh jantung umat Islam dengan catatan hitam dalam sejarah dengan membunuh ribuan orang di Makkah dan Madinah serta daerah lain di wilayah Hijaz (yang sekarang dinamakan Saudi). Tidakkah anda ketahui bahawa yang dibunuh pada waktu itu terdiri dari para ulama yang sholeh dan alim, bahkan anak-anak juga mereka bunuh,pukul di hadapan para ibu yang melahirkan mereka.


Jangan Lupa Pembunuhan Keji wahabbi !


Tragedi berdarah ini terjadi sekitar tahun 1805. Semua itu mereka lakukan dengan dalih membenteras bid’ah, padahal bukankah nama Saudi sendiri adalah suatu nama bid’ah?” Kerana nama negeri Sayyiduna Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam digantikan dengan nama satu keluarga kerajaan pendukung faham wahabi yaitu As-Sa’ud! Rujuk kitab Al Qowa’idul Arba karya Al-Imam Al-mujaddid Muhammad bin Abdil Wahab An Najdiy. Gelaran Al-Imam, An-Najdiy dan Al-Mujaddid alfaqir mengambil secara langsung daripada pentaksub wahabbi ke atas Muhammad Abdul Wahab An-Najdiy.


Ingatan Daripada Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam


Sungguh Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam telah memberitakan akan datangnya Faham Wahabi ini dalam beberapa hadits, ini merupakan tanda kenabian Baginda Shollallahu Alaihi Wassalam dalam memberitakan sesuatu yang belum terjadi. Seluruh hadits-hadits ini adalah shahih, sebagaimana terdapat dalam kitab shahih BUKHARI & MUSLIM dan lainnya.


Diantaranya: Al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadith ini dalam bab berjudul: Sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam: “Fitnah itu (datang) dari sebelah timur”. Kemudian, beliau meriwayatkan beberapa hadith, termasuklah doa Nabi Shollallahu Alaihi Wasallam dengan matan (lafaz):



اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، قال: اللهم بارك لنا في شامنا اللهم بارك لنا في يمننا، قالوا: يا رسول الله! وفي نجدنا، فأظنه قال في الثالثة: هناك الزلازل والفتن وبها يطلع قرن الشيطان.

Maksudnya: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”. Baginda (terus) berdoa: “Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Syam kami, Ya Allah Ya Tuhanku! Berkatilah negeri Yaman kami”. Mereka (para Sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah! (Doakanlah) juga untuk negeri Najd kami”.


“Akan keluar dari arah timur segolongan manusia yang membaca Al-Qur’an namun tidak sampai melewati kerongkongan mereka (tidak sampai ke hati), mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya, mereka tidak akan mampu kembali seperti anak panah yang tidak akan kembali ketempatnya, tanda-tanda mereka ialah bercukur (Gundul/Botak).” (HR Bukhari no 7123, Juz 6 hal 20748). Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ahmad, Ibnu Majah, Abu Daud, dan Ibnu Hibban


Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam pernah berdoa: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman,” Para sahabat berkata: Dan dari Najed, wahai Rasulullah, beliau berdo’a: “Ya Allah, berikan kami berkah dalam negara Syam dan Yaman,” dan pada yang ketiga kalinya beliau SAW bersabda: “Di sana (Najed) akan ada keguncangan fitnah serta di sana pula akan muncul tanduk syaitan.” Dalam riwayat lain dua tanduk syaitan.


Dalam hadits-hadits tersebut dijelaskan, bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul). Dan ini adalah merupakan nas yang jelas ditujukan kepada para penganut Muhammad bin Abdul Wahab, kerana dia telah memerintahkan setiap pengikutnya mencukur rambut kepalanya hingga mereka yang mengikuti tidak diiktiraf didalam majlisnya sebelum bercukur gundul. Hal seperti ini tidak pernah terjadi pada aliran-aliran sesat lain sebelumnya. Seperti yang telah dikatakan oleh Sayyid Abdurrahman Al-Ahdal: “Tidak perlu kita menulis buku untuk menolak Muhammad bin Abdul Wahab, kerana sudah cukup ditolak oleh hadits-hadits Rasulullah Shollallahu Alaihi Wassalam itu sendiri yang telah menegaskan bahawa tanda-tanda mereka adalah bercukur (gundul), kerana ahli bid’ah sebelumnya tidak pernah berbuat demikian.” Al-Allamah Sayyid AIwi bin Ahmad bin Hasan bin Al-Quthub Abdullah AI-Haddad menyebutkan dalam kitabnya Jala’uzh Zholam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Abbas bin Abdul Muthalib dari Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam : “Akan keluar di abad kedua belas (setelah hijrah) nanti di lembah BANI HANIFAH seorang lelaki, yang tingkahnya bagaikan sapi jantan (sombong), lidahnya selalu menjilat bibirnya yang besar, pada zaman itu banyak terjadi kekacauan, mereka menghalalkan harta kaum muslimin, diambil untuk berdagang dan menghalalkan darah kaum muslimin” AI-Hadits.


BANI HANIFAH adalah kaum nabi palsu Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad bin Saud. Kemudian dalam kitab tersebut Sayyid AIwi menyebutkan bahawa orang yang tertipu ini tiada lain ialah Muhammad bin Abdul Wahab.


Adapun mengenai sabda Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam yang mengisyaratkan bahawa akan ada kegoncangan dari arah timur (Najed/Najdiy) dan dua tanduk syaitan, sebahagian ulama mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan dua tanduk syaitan itu tiada lain adalah Musailamah Al-Kadzdzab dan Muhammad Ibn Abdul Wahab. Pendiri ajaran wahabiyah ini meninggal pada tahun 1206 H / 1792 M.


WALLAHU'ALAM


"وصلى اللّه على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم"


[Majalah bulanan Cahaya Nabawiy No. 33 Th. III Sya’ban 1426 H / September 2005 M]


Al-Haqir illa ALLAH Al-Ghaniy:

Al-Mukminun

24 Rejab 1432H / 27062011

http://almukminun.blogspot.com/2011/06/sejarah-wahhabi.html