::Teman Bersama::

Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh. Papar semua catatan

Selasa, 2 Oktober 2012

Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf





Ringkasan Biografi Habib Syekh Bin Abdul Qadir Asseggaf


Isnin, 01 September 2008


Nama Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf sebagai pendakwah, boleh jadi belum dikenal secara  meluas di kalangan masyarakat. Namun di kalangan jamaah majlis shalawat atau kegiatan Maulidan, Beliau cukup dikenali. Terutama kerana ketokohan beliau dikurnikan oleh ALLAH dengan memiliki suara yang sangat merdu.


Selain itu beliau juga mencipta sendiri lagu qashidah yang nada dan iramanya dapat diterima telinga masyarakat, baik masyarakat yang akrab dengan kegiatan majlis shalawat mahupun masyarakat awam.


Dengan suara yang merdu ini, Habib Syech berhasil memikat kalangan muda sehingga mereka menyukai qashidah dengan syair-syair yang seluruhnya bersumber dari kitab Simthud Durar. Ribuan bahkan jutaan belia turut bergabung dalam acara-acara selawat yang dianjurkan.


Sebenarnya syair-syair qashidah yang dibawakan beliau bukanlah syair puji-pujian yang baru, namun Habib Syekh berhasil membentuk dan mengemas kini irama pembacaan maulid Tradisional menjadi lebih indah dan menggoda telinga yang mendengarnya.


Selain itu, Habib Syekh bin Abdul qadir Asseggaf ini juga suka berkongsi dan memberi, meskipun beliau sendiri kadangkala dalam kekurangan. Bahkan ketika awal pembabitan  dakwahnya ke pelosok-pelosok Indonesia, beliau membawa nasi bungkus, untuk dibahagikan kepada para jamaah.


Dengan Kereta Angin


Perjalanan hidup Habib kelahiran Solo, 20 September 1961, ini cukup berliku. Beliau pernah berjawa sebagai seorang usahawan tapi kemudian muflis. Di saat sulit itu, Habib Syekh melakukan dakwah menggunakan kereta angin ke pelosok-pelosok untuk melaksanakan tugas dari sang guru, almarhum Habib Anis bin Alwi Alhabsyi, imam masjid Riyadh Gurawan Solo.


Pada saat itu Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf juga sering diejek sebagai orang yang tidak punya pekerjaan dan habib jadi-jadian. Namun Habib Syekh tidak pernah marah atau mendendam kepada orang yang mengejeknya. Justeru sebaliknya, beliau tetap tersenyum dan memberi sesuatu kepada orang tersebut.


Terkadang Habib Syekh bin Abdul Qadir Asseggaf secara istiqamah memberikan ta’lim di sebuah daerag bernama Kebagusan, sedangkan dakwah rutinnya di kota Solo dan kota kota di Jawa Tengah.


Buat seluruh rakyat Malaysia, INSYA’ALLAH, khabarnya beliau akan hadir ke Malaysia pada tarikh 20-22 Oktober 2012. Mohon kuti perkembangan dari [The Official " Inteam Band " Fan Page]  ya. Jom berkasih sayang saling doa mendoakan ya..    ^_^


Sumber: Majalah Kisah Islam Al-Kisah No.18/25 Ogos - 7 September 2008


WALLAHU'alam   ^_^


Sumber Gambar : FB : [The Official " Inteam Band " Fan Page] 


16 Zulkaedah 1433H
02102012

Jumaat, 29 April 2011

Salam Perpisahan Buat Y. Bhg. Dato' Wan Mohamad bin Dato' Sheikh Abdul Aziz [Mantan KP JAKIM]











Salam Perpisahan Buat Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz [Mantan Ketua Pengarah JAKIM]









Jika mahu dituliskan cukup banyak jasa dan sumbangan beliau dalam memartabatkan Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat antarabangsa amnya. Justeru, saya kongsikan sedikit penghargaan ini daripada kacamata seorang yang faqir. Muzakarah kali ke-94 bermula pada 20 hingga 22 April 2011 bersama Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) di Sepang merupakan tugasan rasmi terakhir beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM.









Secara jujur saya bukanlah daripada kalangan kakitangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia [JAKIM], bahkan jauh sekali mengenali beliau sebagaimana ahli keluarga, orang atasan dan rakan-rakan seperjuangan mengenali beliau. Cukuplah saya mengenali beliau sebagai seorang Muslim.






Bahkan, saya ringkaskan dengan usaha beliau membela aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah Islam di bumi Malaysia ini sebagai salah seorang penjawat awam. Ya, JAKIM dilabel dengan berbagai nama kerana rasa kebencian meluap yang lahir di kalangan mereka yang tidak berada di dalam lingkungan JAKIM. Sebagaimana penjawat awam lain juga di lebelkan dengan pelbagai gelaran kerana stigma yang terlekat dikotak fikir umat. Biarlah dengan tuduhan, kerana manusia akan membenci perkara ia tidak tahu akannya.





Lihat kepada ketokohan Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, beliau amat tenang menghadapi tekanan di kalangan ahli politik pemerintah, pembangkang atau bukan Islam. Kata-katanya ampuh dan beliau berfikir, mengkaji sebelum mengeluarkan kenyataan.






Beliau menghormati ulama dan auliya tanpa beza fahaman politik kerana sikapnya yang bebas “

neutral”. Beliau lantang menegaskan larangan penggunaan nama ALLAH Subhanahu Wa Taala tanpa bersikap apologetik terhadap kebiadaban sesetangah pihak. Beliau menegaskan bahawa lafaz ALLAH Subhanahu Wa Taala merupakan kalimah suci yang perlu dijaga dan amat berkait rapat dengan akidah Islam. Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama, bersikap terlalu terbuka dengan membiarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat berbahaya. Justeru kita semua terpanggil kepada satu perjuangan untuk memperjelaskan konsep tauhid kepada yang bukan Islam bagi mengembalikan keharmonian di negara ini.




Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz yang saya kenali, sangat teguh peribadi dengan

menegur kebiadaban mufti Perlis ketika itu Dr. Asri Zainul Abidin :




"Jadi sudah tiba masanya mufti tersebut ditakdib (diperadabkan), bimbang nanti dia terbelenggu dengan sifat ujub, rasa pandangannya hebat sehingga ada kecenderungan merendah-rendahkan orang lain,'' katanya.






Y. Bhg. Dato' Wan Mohamad amat memuliakan ahlillah. Beliau tidak segan meraikan para alim ulama yang hadir ke Malaysia. Terakhir saya melihat sifat tawadhu beliau memuliakan majlis Maulid Sayyiduna Muhammad Shollallahu Alaihi Wassalam dan berjabat salam dengan Syeikh Afeeffuddin Al-Jilani [Pengerusi Al-Wareesen Trust] di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.






Beliau juga tegas mempertahankan

kakitangan beliau yang sering diperlekehkan oleh golongan-golongan yang tidak sependapat dengan kelantangan JAKIM mempertahankan aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah di Malaysia. Mutakhir amat sukar mencari ketua jabatan yang bermatian mempertahankan anak buahnya daripada campurtangan orang asing dalam urusan “rumahtangga” jabatan. Tetapi, beliau telah membuktikan ketokohannya dengan cemerlang semenjak memimpin JAKIM.




Beliau, Y. Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz pada pandangan saya yang faqir telah meninggalkan kayu ukur kepada penganti beliau iaitu Ketua Pengarah JAKIM yang baharu [ Tn. Hj. Othman Mustapha ]. Semoga Tn. Hj. Othamn Mustapha dapat meneruskan perjuangan JAKIM dalam memartabatkan JAKIM sebagai salahsatu institusi agama yang disegani kerana kekentalan mempertahankan Aqidah Ahlu Sunnah Wal Jamaah daripada pelampau wahabbi-syiah-liberal.





WALLAHU'alam.





Almukminun

http://almukminun.blogspot.com/2011/04/salam-perpisahan-buat-y-bhg-dato-wan.html
25 Jamadilawal 1432H / 29042011

Ahad, 28 November 2010

Majlis bersama ulama dunia "SHEIKH PROF. DR. MOHAMMAD SAID RAMADHAN AL BOUTI"



Majlis bersama ulama dunia "SHEIKH PROF. DR. MOHAMMAD SAID RAMADHAN AL BOUTI"




Liqa Mahabbah : [29/11/2010 - 11 pagi- 1230tgh Hotel Holiday Villa Subang Jaya, Selangor].
SYARAHAN PERDANA [29/11/2010 - Selepas Maghrib-10 malam di Dewan Solat Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam Selangor].




Wacana Ilmiah: Islamic and Extremism*
Penceramah : Y.Bhg. Sheikh Prof. Dr. Mohammad Said Ramadan Al-Bouti
Tarikh : 30 November 2010 (Selasa)
Masa : 3.00 petangTempat : Bilik Senat, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM
Anjuran : Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), FakultiPengajian Islam (FPI) &Kumpulan Kajian Rantau Asia Barat (AKRAB)(*Ceramah dalam bahasa Arab-mempunyai penterjemah)




Wacana IKRAB bil. 17: Islamofobia and Western Cultures: Conflict ofInterest of Cultures
Penceramah : Y.Bhg. Prof. Dr. Anis Ahmad Naib Canselor, RiphahInternational University, Pakistan
Tarikh : 2 Disember 2010 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat 1, Aras 2, Fakulti PengajianIslam, UKM
Anjuran : Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) &Kumpulan Kajian Rantau Asia Barat (AKRAB)




Majlis Syeikh Bouti di KUIS.30/11/2010 di Masjid al-Azhar KUIS. jam 9pm




Program“APLIKASI FIQH SIRAH DALAM REALITI SEMASA”
Selasa, 30 November 2010
Jam 10.00 pagi
SHEIKH PROFESSOR DR. MOHAMMAD SAID RAMADAN ALBOUTI
Universiti Damascus, Syria diDewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)2, Langgak Tunku off Jalan Duta,50480 Kuala Lumpur.


http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20101122123310_kad_jemputan.pdfhttp://www.ikim.gov.my/v5/index.php
http://www.ikim.gov.my/v5/file/event/20101122123310_kad_jemputan.pdfwww.ikim.gov.my




Muslimin dan Muslimat dijemput Hadir.




Had ni, yang mengaku ahli jamaah haraki perlu hadir.




Yang biasa duk buka wasiat 20 As Syahid Imam Hassan Al Banna. Tak kiralah wahabbi jadian yang ringan mengharamkan ikhwan al Muslimin ke idak.




Ini masa mengenali jamaah Islam yang kita duduk dipayungi dibawahnya. Inilah juga masa untuk membersihkan sifat, sikap tasybih, tajsim, taqqiyyah yang kita secara sedar atau tidak sedar bahawa kitalah yang mengembangkannya dek kerana obses dengan usrah, tetapi alpa nak mengenali susur galur USRAH besar Ikhwan Al-Muslimin. Anda perlu hadir.




http://almukminun.blogspot.com/2010/11/majlis-bersama-ulama-dunia-sheikh-prof.html


Isnin, 23 Ogos 2010

Jumaat, 16 April 2010

Gelaran Syeikh Al-Islam


Gelaran Syeikh Al-Islam




Bukan sebarangan ulama yang memperolehi gelaran “Syaikh al-Islam”. Ulama yang memiliki ketinggian ilmu sahaja yang layak menyandangnya.





Gelaran *Syaikh al-Islam* biasanya
diberikan oleh beberapa ulama kepada seorang ulama atas ketinggian ilmunya. Ada beberapa kriteria untuk layak menyandangnya.





Ibnu Nashiruddin, dalam kitab Radd al-Wafir, mencatatkan beberapa kriteria tersebut.




Pertama:, seorang tokoh hendaklah seorang yang memahami al-Qur’an dan as-Sunnah dengan
perbedaan qira’ah dan asbab an-nuzul-nya.





Kedua :, tokoh tersebut perlu menguasai bahasa Arab secara sempurna.





Ketiga :, tokoh tersebut ialah seorang yang menguasai masalah ushul (pokok) dan furu’ (cabang) dalam Islam.





Empat :, beliau adalah ulama yang menjaga ibadahnya, tawadhu, dan tidak menganggap dirinya manusia maksum.





Walhal, tidak banyak ulama yang menyandang gelaran tersebut. Berikut ialah di antara ulama yang bergelar Syaikh al-Islam:






1. Ibnu Qudamah Al-Maqdisi




Nama lengkapnya ialah Asy-Syaikh Muwaffaquddin Abu Muhammad Abdullah bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Qudamah al-Hanbali al-Maqdisi, lahir di Nablusi, dekat Baitul Maqdis, Palestin, pada 541 Hijriah. Pada usia 10 tahun, beliau sudah menghafal al-Qur`an.




Menginjak usia 20 tahun, Ibnu Qudamah, pergi ke Baghdad untuk menuntut ilmu kepada beberapa ulama, antara lain: Abu Zur’ah bin Thahir, Ahmad bin Muqarib, dan ulama wanita Khadijah an-Nahrawaniyah. Merasakan ilmu yang dimiliki belum mencukupi, beliau melanjutkan perjalanan menuntut ilmu kepada ulama di Damaskus dan Makkah.




Beberapa ulama, seperti Hafidz Dziya’ al-Maqdisi dan Hafidz al-Mizzi mengakui gelar Syaikh al-Islam amat tepat dianugerahkan kepada Ibnu Qudamah al-Maqdisi.




Semasa hidupnya, Ibnu Qudamah telah menghasilkan pelbagai karya. Di antaranya ialah al-Mughni (fiqih), al- I’tiqad (aqidah), ar- Raudhah, dan al-Burhan. Selain itu beliau menulis biografi para ulama yang telah menjadi gurunya.




Ibnu Qudamah wafat pada hari Sabtu, bertepatan dengan hari Aidilfitrah pada 620 Hijriah.





2. Izzudin bin Abdissalam (Sultanul Ulama)




Beliau yang bernama Izzudin, lahir pada tahun 577 hijriyah. Beliau berguru kepada ulama ternama, seperti Hafidz Ibnu Asakir dan Saif al-Amidi.




Beliau adalah ulama yang berani berkata haq di hadapan penguasa. Sikap beraninya ini membuatkan beberapa penguasa Mesir di waktu itu tidak mampu menentangnya, termasuk ketika Izzudin meminta agar mereka menyiapkan pasukan untuk menghadapi pasukan Tatar di Syam.




Beberapa karya yang pernah ditulisnya adalah al-Qawa’id al-Kubra, Majaz al-Qur’an, Tafsir al-Qur’an, Muhtashar Shahih Muslim, dan Al-Fatawa
al-Mishriyah.





Maka, Tajuddin as-Subki, Ibnu al-Imad, Tilmitsani, dan Imam as-Suyuthi memberikan gelar Syaikh al-Islam kepada Izzudin. Beliau wafat pada tahun 660 H dan dimakamkan di Cairo, Mesir.





3. Imam Nawawi




Lahir di Nawa, sebuah desa yang berada di daerah Dar’an Suriah pada 631 H. Keluarganya sangat menghargai ilmu Islam.




Pada tahun 649 hijriah, beliau melakukan perjalanan ke Damaskus, Syria untuk mempelajari kitab Tanbih dan al-Muhadzab. Kitab rujukan dalam madzhab Syafi’i itu berhasil beliau hadami dalam tempoh 4,5 bulan. Dalam sehari beliau menghadiri 12 majlis ilmu dalam berbagai macam disiplin ilmu.




Beliau juga termasuk ulama yang produktif, beberapa karya beliau ialah, Syarah Shahih Muslim, Syarah Muhadzab, dan Riyadh as-Shalihin.




Banyak ulama yang mengakui Imam Nawawi sebagai Syaikh al-Islam. Di antaranya, Tajuddin As Subki dalam Thabaqat-nya, Imam Sakhawi dalam al-Ihtimam, serta Syaikh Abdul Ghani Daqqar dalam karyanya Imam an-Nawawi Syaikh al-Islam wa al-Muslimin.




Beliau wafat pada tahun 676 H dan dikebumikan di Nawa.





4. Taqiyuddin Ibnu Daqiq al-Ied




Lahir pada 625 hijriyah, berasal dari keluarga terkemuka. Melalui ayahnya, Abu Hasan Ali bin Wahab yang juga seorang ulama,beliau mendalami fikih mazhab Syafi’i. Beliau juga mempelajari perkara yang sama kepada murid ayahnya, Al Baha’ al-Qufthi. Sedangkan, dalam ilmu bahasa Arab beliau berguru kepada Muhammad bin Fadh al-Mursi.




Semangatnya dalam menuntut ilmu begitu kuat. Taqiyuddin terus ke Cairo dan berguru kepada Izzudin bin Abdissalam.




Beliau pernah mengajar di Dar al-Hadits, Qahira. Banyak ulama yang mengakui ketinggian ilmunya. Al Adfawi pernah berkata, ”Tidak ragu lagi bahawa beliau adalah seorang mujtahid, tiada yang menyanggah, kecuali orang-orang yang keras kepala.”





Karya yang telah dihasilkan, di antaranya ialah Ihkam al-Ahkam, Syarah Umdah al-Ahkam, al-Iqtirah (Musthalah Hadits), dan Syarah Muqadimah Mathruzi (ushul fikih). Beberapa ulama telah menyebutnya sebagai Syaikh al-Islam, antara lain Tajuddin as-Subki dalam Thabaqat-nya, Imam ad-Dzahabi dalam Tadzkirah al-Huffadz, dan Ibnu Hajar al-Haitami al-Maki. Taqiyuddin wafat pada 716 H.





5. Ibnu Taimiyah




Setelah pasukan Tatar menguasai Harran (kini berada di Turki), beliau yang lahir pada tahun 661 hijriah, diajak ayahnya berhijrah ke Damaskus. Di sana, beliau berguru kepada beberapa ulama, salah seorang darinya ialah Ibnu Abdu al-Qawi at-Thufi.




Penguasaan terhadap ilmu tidak diragukan lagi, selain menguasai masalah ushul dan furu’, beliau juga seorang hafidz, faqih, dan mufassir. Tidak hairan pada usia 19 tahun beliau sudah berfatwa.




Beliau merupakan guru kepada Ibnu Qayim al-Jauziyah, dan Ibnu Katsir juga pernah membuat karya yang cukup terkenal, Majmu’ah al- Fatawa, Jawab As Shahih, Iqtidha’ Sirath al-Mustaqim, dan Qawa’id Nuraniyah.




Para ulama yang memperakuinya sebagai Syaikh al-Islam di antara lainnya ialah, Imam Dzahabi, Ibnu Qayim al-Jauziyah, dan Hafidz al-Mizzi.




Ibnu Taimiyah Wafat pada 20 Dzulhijjah 728 H, ketika beliau didalam penjara Qal’ah Dimasyq yang disaksikan oleh salah seorang muridnya Ibnu Qayyim.





6. Taqiyuddin as-Subki




As Subki lahir pada tahun 683 hijriah. Ayahnya, Zainuddin adalah sekaligus gurunya itu adalah seorang hakim. Beliau dihantar orang tuanya ke Mesir, untuk berguru kepada beberapa ulama, seperti Hafidz Dimyathi dan Syaikh al-Islam Ibnu Daqiq al-Ied.




Para ulama semasanya, seperti Al-Baji, Ibnu Rif’ah, dan Dimyathi memanggilnya dengan Imam Muhaditsin, Imam Fuqaha, dan Imam Ushuliyin. Tajuddin as-Subki dan Hafidz al-Mizzi pun memberikan gelar Syaikh al-Islam.




Beberapa karyanya antara lain, Tafsir Durar an-Nadzim, Al-Ibhaj Syarh Minhaj, dan Majmu’ Syarh al-Muhadzab.




Jasad as-Subki, yang wafat pada tahun 756 di Cairo ini diiringi ribuan umat Islam. Ada yang mengatakan bahawa tidak ada yang mampu menandingi jumlah orang yang memberi takziah kepada Imam Ahmad bin Hanbal, kecuali jumlah orang yang memberi takziah kepada as-Subki.





7. Ibnu Hajar al-Atsqalani




Beliau lahir dalam keadaan yatim pada tahun 733 hijriah di Mesir. Pada usia 9 tahun, beliau sudah mampu menghafal al-Qur’an, hafal al-’Umdah (kumpulan Hadits-Hadits hukum), Alfiyah Hadits Iraqi (ilmu Hadits).




Imam Syaukani menyebutkan bahawa guru-guru Ibnu Hajar adalah para pakar di bidang masing-masing, antara lain: Hafidz al-Iraqi (ahli Hadits), Ibnu Mulaqqin (ulama terbanyak berkarya), dan Al Bulqini (ahli fikih). Beliau telah melakukan perjalanan ke Hijaz, Yaman, Syam, dan Makkah untuk mecari ilmu.




Beliau merupakan guru kepada Imam Sakhawi dan Imam Suyuthi ini menghasilkan karya terkenal sehingga kini iaitu Fathu al-Bari, dalam waktu 25 tahun. Juga beberapa buku yang berhubungan dengan kedudukan periwayat Hadits, seperti Lisan al-Mizan dan Tahdzib at- Tahdzib.




Ulama yang menggelarkannya dengan Syaikh al-Islam adalah Imam as Suyuthi. Imam Sakhawi juga mengarang buku khusus yang berjudul Jawahir ad Dhurar fi Tarjamah Syaikh al Islam Ibnu Hajar. Beliau wafat tahun 852 H di Mesir.




Wallahu’alam




-----------------------------------------------------------------------------------
Nantikan artikel selanjutnya mengenai KRITIKAN Taqiyuddin As-Subki terhadap Ibnu Taimiyah, yang mana Taqiyuddin As-Subki juga sama-sama bergelar SYAIKH AL-ISLAM
------------------------------------------------------------------------------------


http://almukminun.blogspot.com/2010/04/gelaran-syeikh-al-islam.html


12 Rabiulawwal 1431H