Showing posts with label MIMPI. Show all posts
Showing posts with label MIMPI. Show all posts

Wednesday, June 4, 2025

Tafsir Mimpi Haiwan Liar dan Bukit Tinggi

 

Tafsir mimpi : Seorang hamba Allah yang kita sebutkan sahaja sebagai Encik X bermimpi (yang kita ringkaskan mimpinya yang panjang) sedang berada bersama2 sahabatnya iaitu Tuan FY, anak sulung Encik X, anak sulung Tuan FY, isteri Tuan FY, dan seorang sahabat Tuan FY. Di situ ada singa yang berbulu di tengkuknya, singa yang tidak berbulu tengkuknya, lembu yang sangat besar, dan seladang. Anak Encik X menternak ayam hutan. Sebagai langkah berjaga2, Encik X pun membuat pagar. Haiwan2 di luar tadi semua kelihatan jinak dengan Tuan FY. Dan haiwan2 itu tidak pula mengganggu Encik X.

 

Encik X mengajak Tuan FY berbincang tentang urusan mereka yang melibatkan tanah lot rezab pelan kubur. Tuan FY memaklumkan yang dia mahu ke Segamat. Encik X pun menunggang motosikal FLX. Sampai suatu tempat, Encik X melihat ada sebuah jalan mendaki bukit yang amat tinggi. Jalannnya melengkung pula, seakan2 kita boleh terjatuh ke belakang. Dia tidak pernah melihat jalan yang sebegitu. Namun dia berusaha dan berjaya sampai ke puncak jalan, berseorangan. Tiba di atas, dilihatnya Encik FY dan keluarganya serta sahabat Encik FY sudah ada pun di atas. Dia tidak tahu mereka naik kenderaan apa.

 

Tafsirnya : (Saya ringkaskan daripada tafsir dan takwilnya yang terperinci lagi panjang) Hidup pada zaman ini sangat mencabar dan cabarannya mengglobal, bersifat sejagat. Umumnya, walau di mana pun kita berada, kita tidak terlepas daripada cabaran dan risiko terebut.

 

Namun keduniaan atau keuntungan2 yang ada di sekeliling kita (di serata dunia hari ini) juga amat banyak dan boleh kita dapatkan. Ia dalam pelbagai bentuk seperti wang, peluang2, jawatan, kedudukan, harta benda, tanah, dan bermacam2 lagi. Ada yang sudah wujud di sekeliling kita, dan ada yang bersifat akan datang, bersesuaian dengn majunya zaman atau teknologi. Encik X ada kesedaran tentang hal ini lalu bertanggungjawab dan berusaha untuk menjaga kelangsungan keluarga daripada risiko2 dan fitnah2 kehidupan, sekadar yang dia mampu.

 

Namun Encik X melihat Tuan FY berjaya menyesuaikan diri dengan baik dalam melalui kehidupan pada zaman ini, iaitu dengan hidup lancar sebagaimana biasa tapi umumnya tidak terkena pun atau kurang terkena bahaya2/ risiko2 zaman akhir ini, dan dalam masa yang sama dapat pula mengambil peluang2 dan manfaat daripada keduniaan. Ringkas kata, walau pun kehidupan hari ini banyak dan kuat cabaran dan bahayanya, tapi setakat hari itu, Tuan FY berjaya meneruskan kehidupan dengan baik juga.

 

Sebenarnya Encik X dan Tuan FY termasuk dalam kalangan orang2 yang ada kesedaran agama, hidup beragama (bagus keagamaannya), dan ada membuat persediaan2 untuk akhirat sedikit-sebanyak. Sungguhpun begitu, Tuan FY hendak berusaha lebih lagi. Dia tidak sekadar bermatlamat untuk masuk ke jannah, tapi ada keinginan dan memang berusaha untuk mendapat maqam2 yang lebih tinggi di jannah (contohnya mendapat jannah2 tertinggi, mendapat redha Allah yang lebih besar daripada janaah, mendapat Tuan Punya jannah sendiri). Dan cara/ laluan/ jalan yang Tuan FY lalui itu tidaklah mudah dan jika tersilap langkah/ cara, boleh terbalik pula. Tapi ternyata Tuan FY berjaya berusaha dan mencapainya.

 

Encik X pun berpotensi untuk mencapainya. Cuma dalam tempoh terdekat ini (jika Encik X cuba mengikut cara/ contoh/ panduan Tuan FY), dia akan lebih berseorangan atau umumnya secara individu. Ada seorang lagi orang lain yang turut berjaya “sampai ke jalan berbukit amat tinggi” itu dan orang itu rapat dengan Encik FY. Wallahua’lam.

 

*Ditanya pada 22 Mac 2025. Umumnya berjaya ditafsirkan dan dijawab pada 31 Mei 2025.

Friday, May 30, 2025

Tafsir Mimpi Bersalaman Kuat

 

Pertanyaan : Salam tuan ustaz. Maaf mengganggu. Semoga tuan ustaz dalam keadaan sihat hendaknya. Saya nak tanya perihal mimpi tapi hari ni baru hendak bertanya. Pada malam ke-7 Ramadhan yang lepas, saya ada mimpi macam ni :

Waktu tu saya dalam perjalanan hendak bersuhbah dengan tuan ustaz. Waktu dalam perjalanan, saya nampak kereta tuan ustaz lalu lau di depan saya. Kawasan itu tenang macam kawasan kampung, hutan kehijauan, bersih tempatnya.

Waktu saya dalam perjalanan, saya berhenti di satu perhentian. Waktu saya berhenti tu ada seorang pemuda menyapa saya. Katanya hendak juga pergi bersuhbah dengan tuan ustaz, tapi saya tak kenal dia. Saya pun teruskan perjalanan dengan si kenalan ni setelah dia cakap kat saya dah dapat kawasan tempat ustaz nak mengadakan suhbah tersebut.

Waktu dalam perjalanan, kami macam berjalan kaki macam tu. Kami sampai di satu jalan dan jalan tu agak sesak dan susah nak ke seberang. Dan di sebelah (*seberang) jalan tu tuan ustaz tengah menungu sambil duduk di atas kerusi. Lalu kami berjaya melintas juga jalan sesak tersebut sampai kepada tuan ustaz.

Sampai ke tempat tuan ustaz, kami bersalaman dengan tuan ustaz, dan salaman tuan ustaz rasa tegap dan penuh rasa kat tangan. Sampai macam agak rasa kat tangan saya waktu sedar dari tidur.

Dan sambung waktu lepas kami bersalaman dengan tuan ustaz, tiba2 ada dua pemuda macam orang Arab memakai serban dan jubah duduk di hadapan tuan ustaz. Nampak macam usia 40-an an awal 50-an pun ada. Diorang bertanya kepada tuan ustaz tapi dalam bahasa Arab dan tuan ustaz pun balas jawapan dengan bahasa Arab.

Begitulah mimpinya. Jika tuan ustaz ada tafsiran dan ada masa boleh la tuan ustaz berkongsi dengan saya. Terima kasih tuan ustaz.

 

@ Waalaikumussalam Tuan Xxxxxx. Setakat ini saya tak dapat banyak pasal mimpi ni. Sikit2 yang mungkin dapat :

1.      Rasanya separuh daripada mimpi ini menceritakan hal yang telah lalu, iaitu sewaktu tuan mula2 hendak mencari dan menemui saya.

2.      “Kereta saya”, “kelajuan”,  “kawasan tenang hijau bersih” itu adalah pandangan tuan terhadap saya ketika itu.

3.      Kenalan tu ialah diri tuan sendiri. Ringkas cakap.. macam ruh, batin, qalbu, diri yang dalaman. Diri yang dalaman itulah yang menggerakkan dan memandu tuan kepada saya. Waktu itu mungkin belum mengenal diri atau kurang mengenal diri, sebab itulah tuan tak kenal dia. Wallahua’lam.

4.      Jalan sesak susah nak seberang tu – kesukaran2, halangan2, keadaan dunia hari ini dan seumpamanya.

5.      Bersalaman hingga “berbekas” di tangan itu maksudnya mengambil Tarekat Ghazaliyah.

6.      Tentang DUA pemuda Arab itu… saya tak dapat tafsirannya.

Begitulah ceritanya.

 

Mei 2025

Tuesday, January 21, 2025

Mimpi Benda2 Terbang di Langit

 

Sekadar mimpi… kami seisi keluarga berada di dalam sebuah rumah lama. Suasana di dalam rumah itu agak gelap kerana tiada lampu terpasang dan umumnya semua tingkap dan pintu tertutup. Tambahan lagi suasana di luar rumah jugak kelihatan redup seakan2 mendung.

 

Di dalam rumah lama itu, kami semua sedang berada di atas sebuah katil besi – katil orang dulu2. Di tepi katil besi itu ada sebuah tingkap cermin yang kecil sahaja saiznya, lebih kurang 1 kaki x 2 kaki. Tingkap cermin itu dibuka sedikit sahaja.

 

Tiba2 saya merasakan ada sesuatu yang tidak kena di luar rumah tetapi saya tidak tahu apakah itu. Saya pun berjalan perlahan2 dan terhendap2 mengintai ke langit dari pintu yang dibuka sedikit.

 

Di langit, saya ternampak ada ratusan benda2 yang bentuknya lebih kurang bulat. Ada yang penuh bentuknya yang bermarna cerah, dan ada pula yang berongga2 tembus ke sebelah macam bola takraw yang berwarna gelap.  Saiznya lebih kurang 25-30 meter diameter. Tinggi rendahnya berbeza2. Ada yang tinggi sayup di langit tinggi sampailah ada yang serendah dua kali pokok kelapa. Semuanya bergerak perlahan2 ke arah barat. Hampir2 tiada bunyi yang dikeluarkan.

 

Terus saya berundur perlahan2, menutup pintu dan menyuruh agar semua orang lain berdiam diri. Cermin tingkap kecil itu juga ditutup.

 

14 01 25

 

*Tidak berkaitan tetapi suka untuk disebutkan – esok paginya bangun2 tidur dapat khabar berlaku kebakaran di California semalamnya.